Khamis, Februari 12, 2009

Asma Ghani AF

“Bang, apa khabar?,” katanya sambil menghulurkan tangan bersalaman.

“Baik,” balas saya.

“Tak kenal ke? Mas lah, Mas AF,” katanya.

“Ok”

Saya tidak pernah bertemu Asma Ghani, 28 tahun, Mas, peserta program realiti itu. Hanya sekadar menyaksikan persembahannya di kaca televisyen. Secara peribadi, dia kelihatan peramah dan beradap orangnya.

Terkejut, Khamis lalu, dia dilapor menimbulkan kekecohan di Balai Polis Ampang Jaya, Selangor. Mas kemudian dimasukkan ke wad psikiatri Hospital Kuala Lumpur selama 6 hari. Dia dikatakan mengalami tekanan emosi berikutan masalah percintaan dan kerjaya. Kini dia pulang ke kampung halamannya di Tawau, Sabah.

Bukan mudah menjadi artis, itu kesimpulan saya. Banyak cabaran terpaksa dilalui. Penghijrahan ke bandaraya tidak semestinya menjamin kesempurnaan hidup. Hanya sebilangan dapat mengharungi, selebihnya tidak.

26 ulasan:

  1. Bukan senang nak jadi SENANG kawan!!!!
    Orang2 yang mampu menahan ujian darinya saja mampu bertahan kekal!!!
    Buat MAS....
    tabahkan hati & perasaan dalam Dunia Artis Yang Penuh Ngn Cabaran...

    P/S Teringat waktu Gua sms Vote Mas dulu heheheh

    BalasPadam
  2. Salam Bro MAS..
    Mas jugak??hehehh.. :P
    kesian die..dengar cite nak balik kampung pun xde duit..
    hmm..hope die berjaya n dapat menghadapi liku2 kehidupan dgn tabah lepas ni..
    menjadi artis bukan mudah..
    ada baik ada buruk..
    somtime dlm hidup perlukan pengorbanan,tapi pengorbanan yg dibuat kadang2 tak di hargai oleh org sekeliling susah jugak..
    jadikan pengajaran bagi sesiapa yg mahu jadi artis..

    p/s: nasib baik tak jadik artis.. :P

    BalasPadam
  3. Epoi, benar tu bah!

    Hysman, dulu artis Chris Vadam terkenal kerana lagu, 'Nyanyian dalam sepi', kemudian menghilankan diri.

    Ada orang kata dia juga mengalami masalah mental, terjumpa di KL dalam keadaan menyedihkan.

    BalasPadam
  4. kesian dia...terlalu ghairah nak jadik artis....

    BalasPadam
  5. Casper, kekadang keghairahan membawa kehancuran :)

    BalasPadam
  6. tp kes die pukul org tu apa citer...rentetan dr peristiwa ni ke...tertekan di zaman kegawatan...kesian kesian

    BalasPadam
  7. Kesian...

    Tapi terus terang cakap la

    Mas AF ni memang tak de package untuk jadi penyanyi pun, dia bertahan masa di AF dulu pun sebab rasanya dapat undi kesian kot.

    Orang undi dia ebab dia pelik, kelakar, nasi tambah dan macam macam lagi.

    Kalau dari dulu dia jual satay agaknya masalah ni tak akan timbul.

    Sebab pernah makan satay MAS AF ni beberapa kali semasa di Artis Corner (sudah tidak beroperasi), memang sedap.

    Mungkin sudah takdir MAS jadi begini.

    Apa pun kita doakan yang terbaik untuk MAS dan sesiapa juga saudara sesama Islam.

    Semuga MAS mendapat kehidupan yang lebih baik selepas ini.

    BalasPadam
  8. Alid, suka pandangan telus dan jujur. Mungkin ada antara kita memang dilahirkan menjual satey. Kalau buat kerja lain, tak berapa jadi?

    BalasPadam
  9. Ntahlah bab ni susah sikit nak komen, siapa yang betul..siapa yang salah

    BalasPadam
  10. lebih banyak kerjaya lain selain menjadi artis. kerjaya artis ini penuh glamer dan jika tidak berhati-hati akan bergelumang dengan dosa dan maksiat. kalau menjadi penjual satey itu mungkin lebih baik dan lebih berkat, hidup akan menjadi lebih tenang walaupun kewangan tidak seberapa. biarlah hidup sederhana. jangan terlalu terpesona dan taksub dengan kehidupan insan yang bergelar artis.

    BalasPadam
  11. Mungkin itu bukan rezekinya. Rezekinya mungkin hanya sebagai penjual satay.

    BalasPadam
  12. Pernah gak jumpa dia tahun lepas. Masa tu dia ok je.

    Kekadang kalau tak mampu nak buat sesuatu lebih baik kita berundur sebelum terlewat. Kalau dah terantuk baru nak sedar selalunya dah tak leh nak buat apa2.

    BalasPadam
  13. Memang senang utk berkata, tapi org yg menanggung nya yg tahu perit nya. Kita tak boleh nak salahkan sesiapa, itu lah perjalanan hidup Mas yg telah tersirat dalam Qada' & Qadar. Mcm kite jugak, masing2 pernah gagal dlm hidupkan? Kalau Mas x masuk AF, org Sabah sendiripun mungkin tak tau Satay Mas kan? So ada impak jugak sebalik kegagalan Mas. Satay Mas kat Tawau tu terus melatop bila org kanal Mas. Terpulang pada tuan badan utk meneruskan aganda hidupnya. Kita sebagai pemerhati saja.

    BalasPadam
  14. mmm.. artis tu sekejap ajer di atas.. dan tak semua bleh hidup begitu.. dan tak semua diberi peluang untuk hidup begitu.. salahkan pada program realiti tv sampai anak2 kecil sekarang bila ditanya nak jadi apa bila besae=r nanti.. nak jadi penyanyi!

    BalasPadam
  15. tapi i minat nabil.. coz the tag line.. Lu pikirla sendiri.. and he always try selitkan a good deed..tapi ada jugak orang taknak bagi pendengar ni berpikir so jadi la macam cerita2 'takyah pikir' etc

    BalasPadam
  16. Saya bukan orang Sabah tapi se'Borneo" , orang Kuching! Your next trip to Kuching kasi tau k.... banyak coverage kita boleh buat kat sini...

    BalasPadam
  17. hidup bagaikan roda kadang kita di atas kadang kita di bawah.

    P/s: apapun yg kita cuba yg anggapnya sbg beban. bila dah tak berjaya cuba yang lain sbb Allah akn membantu hambanya. kita aje kena usaha dan cari rezeki tersebut

    BalasPadam
  18. Jef, next trip to Kucing, saya nak bercuti, tidak berhasrat untuk bekerja.

    Nak duduk makan kat Water Front tu, beli ikan terubuk kat Pasar Satok, makan laksa, pergi Muzium ..

    BalasPadam
  19. kali terakhir acu jumpa Mas nie masa teater Impak Maksima The Musical kat IB...nampak ok je..terkejut bila baca berita dia di tahan di wad psikiatri...semoga dia kembali pulih spt sedia kala...Amin

    BalasPadam
  20. Malaysia tak besar mana pun semua berasak mahu jadi artis.

    mana program mahu lahirkan Ulama?
    mana program mahu lahirkan Imam Terkemuka?
    mana program mahu lahirkan cendiakawan Al-Quran?
    mana program mahu lahirkan Tahfiz?
    mana program mahu lahirkan Pemidato?

    ahahaha...
    inilah Malaysia Boleh...

    BalasPadam
  21. Tul tu PA ALIF LAM YA ..

    Mmg glamer jdi artis ni .. sakit pening, gaduh @ seumpamanya akan mnjadi isi kandungn surat khbar.

    Brsyukur jdi 'org2 biasa' je (">)

    BalasPadam
  22. mazidul, bagus tu... yelah asyik tekejar sana sini memang takde masa nak berehatkan? Anyway, if happen u go to kuching for holiday, please drop a note kat my blog and I will personally meet u in Kuching. I dont mind to bring u around and we can visit some of the homestay kat sini for u to experience 'the real life of Sarawakian'. FYI i adalah pensyarah khas utk projek homestay sarawak. Ramai anak murid i serata sarawak! Daripada u duduk kat hotel Y not u stay kat homestay di sini. Cheap and yet expensive in experience! Set !

    BalasPadam
  23. Lama tak jenguk blog bro ni.. terbaca plak citer si Mas ni.. Pity her... pandangan sy maybe masatu Mas di bawah pengaruh pil khayal kot... (hihiihi).. biasalah bro.. manusia ni kadang2 kalau hidup dah terlalu tertekan senang terpengaruh dan dipengaruh... anyway to Mas tabahkan hati kuatkan semangat..

    BalasPadam
  24. x semestinya kehidupan sebagai artis je. kehidupan sbg org biasa pun mencabar juga di bandaraya yang besar ni..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.