Jumaat, Februari 06, 2009

Ingkar Titah Sultan?

Saya dilahirkan di Kampung Sungai Bill, Tanjung Malim, PERAK. Justeru kemelut politik berlaku di negeri kelahiran menarik perhatian saya.

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diberitakan enggan melepaskan jawatan Menteri Besar, MB Perak, bercanggah sekaligus mengingkari titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

“Saya dengan rendah hati mohon derhaka dengan berkata kepada baginda ’patik sebagai MB dan pemimpin kerajaan, mohon tidak letak jawatan’,” ujar Nizar dalam sidang media.

Bagaimanapun, keputusan mutlak Sultan terbabit tidak boleh dicabar kerana dilakukan mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Maksudnya, Nizar tidak punyai pilihan lain kecuali akur titah Baginda.

Sehubungan itu semalam, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atas perkenan Sultan mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak ke-11. Zamri akan mengangkat sumpah sebagai MB di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak pada jam 3.30 petang ini.

Ada komen?

27 ulasan:

  1. Hmm...entahlah ek, bengong betul!!

    Makcik ni memang tak mahir politik ni...tapi, pada fikiran makcik la, lebih baik adakan pilihanraya semula, biar semuanya puas hati.

    Namun keputusan sudah ditetapkan oleh baginda sultan...tak berani nak bantah...cuma ini satu cadangan je...sebab wakil rakyat yang 2 orang tu dituduh rasuah, tentunya pengundi rasa tertipu...hm...tak sukalah main lompat sana sini...macam tak de pendirian je...tak kiralah parti mana pun, kita ni kan di malaysia, rasa macam dok kat taiwan pulak! Malu pun ada dengan perangai wakil2 rakyat ni...

    Rasa2nya perkara ini takkan berkesudahan. Dendam mungkin akan timbul, yang menjadi mangsanya rakyat juga, termasuk anggota keselamatan...bila berlaku huru hara, polis juga yang disalahkan...kesian gak...

    BalasPadam
  2. Yang baik untuk semua harus dipikirkan.......

    Gua rasa ler kan ....
    Lebih baik ikut Titah Sultan...
    Aper Yang Dilakukannya.. rasa Gua dah yang terbaik dari semua segi/faktor..
    Jangan terlalu emosional sangat...atauponk bersikap pentingkan diri...dalam keadaan Ekonomi yang tak menentu skank..
    Lagipon.. setahu Gua Sultan Perak adalah salah seorang Hakim yang Terbaik dan mempunyai ilmu Undang2 yang cukup tinggi....cuba g tengok Pengalaman TUANKU.....

    Diingatkan....dah ler Melayu dah jadi caca-marbaaaa sekarang.
    Jangan sampai Pulak Keistimewaan Orang Melayu & Kesultanan dijadikan bahan Politik!!!

    Kat Siapa lagi lah.. kita nak harapkan?

    Itu kata Gua ler kan...lain orang Gua tatauuuuuuuu....

    BalasPadam
  3. jangan derhaka titah sultan.. harus patuh, taat dan setia. harapan dan doa dari kami agar semuanya berjalan dengan lancar dalam kesempurnaan demi keamanan negara ( tanahair kita )..

    BalasPadam
  4. Bukan mengingkari titah sultan tapi sultan cam ada udang disebalik mee aje, pada saya adakan aje pilihanraya semula kita tengok siapa jantan dia yang memerintah. Kang bila selesai kes dua ekor katak ni kat mahkamah, dia balik lompat kat parti asal dia, lagi sekali kecoh. Susah nak cakaplah bro, sayapun tak suka perkara cam ni. Masa bila kita nak fikir hal kemajuan kalau asyik nak bertekak aje. Malu ngan bangsa lain, sebab tulah kita masih jauh ketinggalan dalam semua bidang.

    BalasPadam
  5. salam..bagi saya pula seharusnya ada pilihanraya utk menentukan siapa pilihan rakyat..bila terjadinya hal begini ramai yang akan mempertikaikan keputusan wakil rakyat terbabit.mengap mereka tiba2 ingin menukar parti@bergerak solo?apakah ada anasir2 luar yang mempengaruhi mrk?

    BalasPadam
  6. betul tuh epoi..gua sokong lu..

    ikut perintah Sultam..yang tuh lagi afdal..

    BalasPadam
  7. http://pkrpasdap.blogspot.com

    Nizar solat untuk jatuhkan kerajaan Pakatan..supaya Allah berkat kerajaan yang benar jadi sekarang kerajaan yang benar sudah wujud...

    siapa sultan dan siapa rakyat...

    yahudi sahaja tak mahu sultan...

    BalasPadam
  8. Saya dengan rendah hati mohon derhaka dengan berkata kepada baginda ’patik sebagai MB dan pemimpin kerajaan, mohon tidak letak jawatan’,”

    apa ni? patutkah statement seperti ini dikeluarkan? seperti hendak mencabar institusi kesultanan dan seperti hendak mempermainkan titah sultan.. perangai yg di tunjukkan seperti perangai seorang yang GILA KUASA.. kelakuan beginikah yang patut di tonjolkan kepada genarasi pemimpin pada masa hadapan?

    wajarkah?

    komen sikit bro mazidul...

    BalasPadam
  9. Sebagai rakyat kelahiran negeri Perak, hamba menurut perintah Tuanku. Namun harapan hamba pihak media usahlah sampai menokok tambahkan fakta yg ada. benar tetap benar dan jangan kerana politik, semua rakyat Perak bertelagah sesama sendiri atau menyimpan perasaan tidak puas hati...

    BalasPadam
  10. sy org behrang stesyen
    rasanya perlu di tanya kepada rakyat negeri perlukah membuat pilihanraya semula..

    tetapi perlulkah..?? sedangkan banyak dun telah pun dipilih wakil mereka melayu PRU12 lepas...

    BalasPadam
  11. situasi politik ni macam telah dirancang-rancang dan apapun keputusannya janganlah kita berpecah belah kerana boleh memalukan orang Melayu je.

    BalasPadam
  12. FOBIA NAJIB

    Pakatan Rakyat huru-hara takut ada ahli lompat parti.

    Ada ahli mereka buat tuduhan kononnya akan dibayar oleh BN untuk lompat atau ditawarkan jawatan.

    Mereka lupa- dulu Anwar Ibrahim lakukan perkara yang sama...

    Karajaan BN huru-hara bila ada yang hendak lompat parti sertai Pakatan

    Anwar tawar jadi EXCO dan jawatan dalam kementerian jika ada ahli dari Sabah lompat parti.

    UMNO Fobia Anwar kerana masalah lompat parti dan kini...

    PAS, DAP dan PKR FOBIA NAJIB...

    Kita tunggu Najib jadi PM selepas MAC nanti...bertambah lagi fobia Pakatan.

    http://pkrpasdap.blogspot.com

    BalasPadam
  13. Tie, tuduhan rasuah berbeza berbanding disahkan menerima rasuah oleh mahkamah.

    DJ, dalam suasana sekarang, cabar mencabar dan bersikap emosi sukar dielakkan.

    Zul, ampun Tuanku!

    Dandon, titah Sultan muktamad. Kecuali ada pihak ingin menderhaka.

    Ezan, lompat parti ni dah berlaku kepada pembangkang dan kerajaan. Tidak harus dipersoalkan lagi. Cuma undang2 sahaja perlu digubal secepat mungkin.

    Mie, kita wait and see, ok?

    Royard, ingat lagenda Tuah dan Jebat?

    Hazlin, bahagian mana MEDIA menokok tambah? Jika TIDAK benar, fitnah, dakwa sahaja di mahkamah. Sekadar tuduhan?

    Frame, keputusan Sultan sudah titahkan? Full stop.

    Hazlin, dalam politik banyak perancangan :)

    BalasPadam
  14. Radiohead, tidak semua kut. Macam radio, banyak jenis. Ada audio elok, ada hampeh!

    BalasPadam
  15. Sdr MAS,
    kadang kadang laporan media berat sebelah dan memutar belit fakta. tak kira media elektronik dan media cetak. w/b pun, semua org berhak utk bersuara kerana negara ini negara demokrasi. Tak suka atau bercanggah fakta, saman saja. yg penting berduit...

    BalasPadam
  16. Hazlin, saya perlukan contoh 'putar belit' seperti dinyatakan?

    BalasPadam
  17. Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria pun ada bagi kenyataan, wajib taat perintah Sultan selagi mana ia tidak melanggari perintah agama.

    BalasPadam
  18. HEH, baca post terbaru. Hebatnya negeri kelahiran saya :)

    Kekadang kita hairan, akibat kecewa dek pergolakan politik, sanggup mencabar kedaulatan Sultan.

    BalasPadam
  19. Kalaulah......nak kena adakan sekali lagi PILIHANRAYA....

    Taktau lah... berapa banyak wang yang harus nak dibelanjakan lagi.....?
    Ader saper tau berapa banyak wang yang dibelanjakan oleh sesebuah Parti di Kuala Terngganu baru2 ini?
    Sendirik mau kira beb!!!!

    Lebih baik wang2 itu digunakan bagi Kemajauan Rakyat.....tak kira lah parti mana ponk...
    Yang Penting Setiap wang yang digunakan haruslah pada jalan yang betul.....

    Ampun Tuanku!!!
    Dj Epoi

    BalasPadam
  20. Dj Epoi saya sokong awak.

    daripada membuat semula piliharaya lebih baik ikut perintah Sultan, lebih afdal keran perintah seorang sultan selagi tidak bercanggah daripada agama haruslah dipatuhi.


    dalam keadaan ekonomi sekarang yang banyak kena buang kerja adakah patut pilihanraya diadakan?

    banyak lagi masalah yang seharusnya kerajaan lihat untuk diselesaikan bukan masalah dari segi politik dan kedudukan.

    tidak kira sesiapa yg menjadi MB atau ahli politik yang peting sumbangannya...

    abg mazidul komen yee

    BalasPadam
  21. tak habis2 politik ni.. dan mana boleh engkar perintah raja.. atleast kene hormat pada raja.. kita yang bekerja yang ada bos ni pun kene show hormat pada bos kiter.. tempat kita cari makan la kan...

    BalasPadam
  22. Kini berita menyatakan, Karpal akan meneruskan tindakan undang2 terhadap Sultan Perak. Pada masa sama meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan.

    Macam2 berlaku.

    BalasPadam
  23. Dj Epoi - Senyum Kambing......eihhhh...eihhhhh..eihhhhhhhhh

    BalasPadam
  24. Jangan Suka Menyalahkan Orang Lain;- Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jika ada seseorang berkata : “Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak” ,maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka.”;- ( Riwayat Muslim).
    Bilakah Akan Terjadi Kehancuran?;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: “Pada suatu masa ketika Nabi s.a.w sedang berada suatu majlis dan sedang bercakap-cakap dengan orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang A’rabi (Arab Badwi) dan terus bertanya kepada Rasulullah s.a.w, “Bilakah akan terjadi Qiamat?”. Maka Nabi s.a.w. pun meneruskan percakapannya. Maka sebahagian yang hadir berkata, “Beliau (Nabi) mendengar apa yang ditanyakan, tetapi pertanyaan itu tidak disukainya.” Sementara yang lain pula berkata, “Bahkan beliau tidak mendengar pertanyaan itu.” Sehingga apabila Nabi s.a.w selesai dari percakapnnya beliau bersabda, “Di mana orang yang yang bertanya tentang Hari Qiamatt tadi?” Lalu Arab Badwi menyahut, “Ya! Saya hai Rasulullah.” Maka Nabi s.a.w. bersabda: “Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah Hari Qiamat.” Arab Badwi itu bertanya pula, “Apa yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kedatangan Hari Qiamat.”;- (Riwayat Bukhari)

    BalasPadam
  25. Hurm...xtwla nk ckp pe... Klu nk tgk percanggahan antara media, try click www.perisik-rakyat.com, www.malaysiakini.com/bm.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.