Rabu, Januari 27, 2010

Kes 4 Kepala Babi

Diberitakan subuh tadi, kepala babi ditemui di dalam kawasan Masjid At-Tarmizi di Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur beserta wang tunai RM35. Pasukan polis forensik dan unit anjing pengesan K-9 dilaporkan berada di lokasi menjalankan siasatan. Pada ketika ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dilapor berada di lokasi.

Masjid Jumhuriah Taman Datuk Harun juga dikatakan ditimpa kejadian sama.

Menuduh bangsa tertentu melakukan perbuatan khianat terbabit, satu kesilapan besar selagi tiada bukti kukuh.

Apapun, mengikut hemat saya, jelas ada kelompok bersungguh-sungguh benar ingin melihat perpecahan di kalangan rakyat pelbagai bangsa.

20 ulasan:

  1. Ya Allah, semoga mereka yang berbuat silap akan sedar..

    tak sanggup lagi rasanya membaca kes-kes sebegini...

    BalasPadam
  2. Apa jenis penghinaan yg cukup hina lagi selain kepala babi dicampak kemasjid. Perlu ditunggu lagi berekor ekor babi hidup disusun di saf. Kejadian serupa bukan tak pernah berlaku, dah pernah...apa tindakan nya....tapi mengapa berlaku lagi. Pandai sangatkah mereka menyelinap masuk atau ada habuan besar.

    Kasar sangat kah kalau aku kata mereka gampanggg...

    BalasPadam
  3. masyallah...bala apakah sedang menimpa umat Islam di bumi tercinta ku ini!

    BalasPadam
  4. Memang babi betullah siapa saja yang melakukannya... Semoga kesedaran segera hinggap di hati mereka..

    BalasPadam
  5. masjid ini dekat dengan rumah saya... semoga orang yang melakukannya diberi hidayah!

    BalasPadam
  6. siapa punya kerja lah ni... tak ada hormat pada negara, bangsa dan agama...

    BalasPadam
  7. sangat keji perbuatan meletakkan kepala babi di rumah Allah...harap pihak yang terlibat ditangkap dan dihukum dengan setimpal...

    BalasPadam
  8. memang tak akan sedar makhluk macam ni. sumpah saja jadi katak!

    BalasPadam
  9. maka tertawalah pada mereka2 yang memegang tali sandiwara di atas sana..

    dari konflik nama tuhan, bakar gereja dan kemudian kepala haiwan dicampak didalam masjid...

    BalasPadam
  10. adoilah..

    bile lah kite blh balik pd Malaysia yg dulu2..
    yg sweet , yg manis...

    mmmmmm

    ni habis gaduh
    dah kurg waras ke hape sume
    kakakaka

    BalasPadam
  11. Saya pernah menulis bab ini; kita sekarang sekitar 50++% sahaja di Tanah Melayu ini; tak ramai mana, malahan ada yang menjangkakan Melayu akan pupus sekitar 50 tahun lagi.

    Fakta ini payah kita tolak sebabnya bumi ini semakin dibeli oleh kaum lain. Malahan dihujani oleh PATI yang sukar dikawal.

    Dasar kerajaan pun semakin memudahkan orang luar menjadi rakyat tanah air ini. Ini kena cepat diperbetulkan.

    Mana ada Tanah Besar China dibanjiri orang Melayu; mana ada India sana punyai Perkampungan Melayu. kelompok kita amat kecil di negara luar.

    Maka itu saya amat kerap menyarankan jagalah Tanah Rizab Melayu biar hutan, kita hidup harimau pun tak apa; agar bumi ini bukan milik orang. Jangan jual bumi kita. Jangan leka cari duit di kota. Harta tak menjanjikan apa-apa.

    Kelompok Melayu kaya pula jangan gila buat ladang di luar negara. Jangan pijak kepala bangsa sendiri.

    Siapa yang menjolok sarang tebuan; itu isunya. Nama Tuhan kita dicuri iman kita sama saja. Kalau sampai kita bakar gereja orang & kini ada bakar surau kita siap letak kepala babi lagi; apakah kita nak melatah?.

    Mereka semakin berani sebab orang kita pun sejak berzaman semakin berpecah. Cakap & saranan yang baik diabaikan. Mengadu domba diagung-agungkan.

    Mahu ke mana kita, jika bangsa pun telah hilang martabat; agama pun semakin diinjak orang. Siapa lagi mahu membetulkan bangsa sendiri; jika tidak diri kita.

    Kita ingat mahu bersatu tapi jika terus begini gelagat kita pastinya kita akan ketemu jalan buntu.

    Cepatlah sedar dari terus tersasar.

    BalasPadam
  12. Saya kongsikan pengalaman arwah mak ketika zaman Bintang Tiga memerintah dulu. Selepas Jepun menyerah kalah, gerombolan Bintang Tiga memberi amaran kepada penduduk Kampung Bharu, Lumut supaya jangan menyokong British. Mana-mana lelaki Melayu dewasa yang dianggap 'perisik' British diculik pada waktu malam dan hilang entah ke mana.

    Pagi esoknya, gempar apabila kepala babi berlumuran darah dibiar di dalam masjid Kg. Bharu, Lumut.

    Itulah kisahnya, zaman pemerintahan Bintang Tiga, selama 14 hari...

    BalasPadam
  13. Jika ada pihak yg inginkan perpecahan terjadi, barangkali mereka sudah bosan dgn keamanan yg dikecapi slama ini. Fikirlah...

    BalasPadam
  14. Ya Allah... lindungilah rumahMu di Malaysia seperti Kau lindungi Kaabah dari serangan tentera Abrahah....

    p/s:Kalau dulu burung2 Ababil datang membawa batu2 dari neraka menimpa mereka.... kali ni biar mereka rasa.

    BalasPadam
  15. Saya nak tunggu berita malam ni - Apa agaknya tindakan pihak berwajib?

    Buat saudaraku yg beragama Islam, Jgn kita terlalu beremosi 'merasakan' perbuatan tersebut dilakukan oleh bangsa itu, agama ini... Natijahnya, akan menggugat keharmonian pelbagai kaum - Allah swt tidak kasih kpd kita selagi kita tidak menumpahkan kasih & sayang kepada makhluk yg lain (betulkan saya kalau maksudnya tidak tepat ya).

    Sama2 kita tunggu bukti yg sahih lagi nyata siapakah gerangannya, apakah agamanya, apakah tujuannya & siapakah dalangnya yg membuat onar tersebut. Dah dapat siapa orangnya? Ha... silalah siarkan wajahnya memandang tepat ke arah kamera di kaca TV berserta permohonan MAAFnya - Kalau dia beragama Islam ajarlah dia solat taubat, pada yg beragama lain sesuaikan dgn ajaran mereka.

    Oh MALAYSIAku yg tercinta, kalaulah perundangan agama rasmi negara ini dilaksanakan...

    Pantun soalan :-
    SUSAH agaknya?
    EKONOMI merudum nanti?
    PAYAH agaknya?
    PEMBANGUNAN terhenti?

    Allah swt tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan kaum itu sendiri yg mengubahnya.

    Kalau tak dipecahkan ruyung di mana kan dapat sagunya?

    BalasPadam
  16. salam...

    kesian dekat babi,
    tak bersalah langsung..
    walaupun dia kita tak boleh makan tak bermakna kita boleh buat dia macam tu...
    hina sesuka hati...

    apalah nak jadi negaraku ini...

    dah aman cari pasai...

    ada otak tak mau pakai...

    hurm...

    BalasPadam
  17. Bagi saya ini adalah petanda yg Allah bagi bahawa sesebuah masjid itu tidak hidup waktu 'malamnya'.
    Mungkin ramai pensioner, tapi takde sorang pun yang mampu memberi masa bergilir2 untuk hidupkan amal2 masjid di waktu malam..

    Masjid gah, tapi waktu malam nya 'mati'.
    Yang 'hidup' kilang ber syif...

    BalasPadam
  18. Inilah akibatnya jika agama dicampur adukkan dengan politik.

    Dari dulu ramai yang dah beri nasihat, jangan politikkan agama, jangan politikkan agama...tetapi mereka degil.

    Apapun, walau siapapun yang empunya angkara, pihak berwajib tidak boleh tunggu dan lihat lagi. Tindakan tegas mesti dilakukan segera.

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  19. Kenapa politik tidak boleh dicampurkan dengan agama? Apa maksud politikkan agama? Sedangkan agama islam itu sendiri lengkap dengan politiknya, akhlaknya, cara hidupnya, cara berperangnya..Kalau tak takkan dipanggil "add-din" yang bermaksud cara hidup?

    Atau betul2 mahu menjadi sekular? mahu asingkan politik dengan agama?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.