Syafia Humairah Sahari, 3 tahun maut jam 7.30 malam, 26 Februari, Jumaat lalu di Kampung Batu 30, Batang Kali, Selangor.
Bedah siasat mayat di Hospital Kuala Kubu Bharu semalam mendapati abdomen Syafia pecah dan berlaku pendarahan otak selain kecederaan di leher, pipi dan bahu. Suspek, pemandu teksi berusia 28 tahun semasa disoal siasat polis dilaporkan mengaku menendang mangsa dan memijak kepalanya sewaktu kejadian. Saya tidak mampu membayangkan trauma dilalui dan kesakitan dideritai tubuh kecil itu. Dia anak kecil bukan tandingan tenaga si bangsat terbabit.
Malangnya, beberapa saksi dikatakan tidak berani menegur perlakuan suspek apatah lagi melaporkan kes kepada polis kerana dia banas baran.
Hairannya, Nurhanim dikatakan mula menjalinkan perhubungan bak suami isteri bersama suspek sejak 6 tahun lalu. Buta hati andai dia mendakwa tidak mengenali sikap teman lelaki, menyamar sebagai suaminya itu.
Buletin 1.30 tadi menyiarkan temubual bersama Nurhanim. Dia mengaku suaminya, ayah Syafia enggan menceraikannya (baca: digantung tidak bertali). Untuk rekod, suami Nurhanim, ayah kandung Syafia, Sahari kini ditahan di Penjara Sungai Buloh kerana terbabit dalam kes pembunuhan pada tahun 2006.
“Saya mengaku banyak membuat kesilapan …,” kata Nurhanim ketika merayu mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Nurhanim dipercayai melahirkan bayi lelaki berusia 1 tahun 6 bulan hasil perhubungan dengan suspek, kini dia dilaporkan mengandung 4 bulan. Sehubungan itu menurut Timbalan Ketua Polis Hulu Selangor, Deputi Superintendan Bakhtiar Mohd Rashid, polis akan merujuk kes terbabit kepada Jabatan Agama Islam Selangor untuk tindakan lanjut. Jika dakwaan berhubung kelahiran anak luar nikah itu benar, Nurhanim wajib dituduh di mahkamah syariah. Melalui saat duka, bukan alasan dia dilepaskan begitu sahaja dari tindakan undang-undang dunia.
Akhbar sebelum ini melaporkan, datuk mangsa, Aziz Shahar, 50 tahun, terkilan kerana pernah melihat kesan kecederaan pada tubuh cucunya itu tetapi mendiamkan diri kerana tidak menyangka dia didera. Terfikir, jika benar dakwaan Aziz, masakan Nurhanim sebagai ibu, hidup bersama Syafia tidak mengetahui kejadian sebenar?
"Hasil bedah siasat yang dijalankan juga mendapati terdapat penderaan berterusan pada badan mangsa. Ada kesan-kesan kecederaan luaran baru dan lama dilakukan dipercayai dipukul oleh benda keras”
Cinta tidak mengenal siapa, barangkali.
Berikut kenyataan klise ibu mangsa berhubung suspek disahkan positif ujian saringan dadah sewaktu ditahan.
“Orang sepertinya tidak patut wujud atas muka bumi ini,” komen Hurhanim berhubung suspek.
Malangnya, hanya selepas 2,190 hari (baca: 6 tahun) baharu dia tersedar berhubung fakta itu.
Keluarga Nurhanim dan keluarga suspek dilaporkan bertengkar lebih 20 minit di pekarangan bilik mayat hospital mempertikaikan hak tuntutan jenazah mangsa. Jenazah Syafia akhirnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 17 Kuang pada jam 5 petang semalam.
Apapun berlaku, seksa dunia Syafia, dinoktahkan sudah. Mereka masih hidup dan terbabit dalam pembunuhannya akan dibicarakan di mahkamah dunia dan mahkamah Allah. Pembasalan setimpal akan mereka terima.
NOTA Dalam Buletin Utama 28 Februari, Nurhanim menafikan dia mengandung anak kedua (4 bulan).
NOTA Dalam Buletin Utama 28 Februari, Nurhanim menafikan dia mengandung anak kedua (4 bulan).