Jumaat, Februari 05, 2010

Al-Fatihah

Saya mengenalinya sewaktu beliau memegang jawatan Ketua Polis Daerah Segamat, Johor. Ketika itu saya membuat liputan 999 berhubung kes rampasan lori. Beliau kemudian berpindah ke Selangor sebagai Ketua Polis Daerah Petaling Jaya sebelum ke Terenggananu menyandang jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah.

Jam 12.45 malam tadi saya dimaklumkan beliau dan pemandu ditimpa kemalangan di Lebuhraya Plus berhampiran susur keluar Bukit Tagar menuju ke ibu kota dari Ipoh. Kereta Proton Perdana dinaiki terbabas lalu terlanggar belakang treler berhenti di tepi jalan pada jam 12.30 malam. Pemandu treler terbabit dikatakan mengantuk lalu memberhentikan kenderaannya di lorong kecemasan untuk tidur. Pemandu kereta cedera parah manakala Ketua Penolong Pengarah Siasatan II, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Mohd Hazam Abdul Halim, 52 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau pegawai polis, peramah dan mudah didekati wartawan. Kepada ahli keluarga, saya ucapkan takziah. Semoga rohnya dicucuri rahmat, Al-Fatihah.

Nota Gambar, sila lihat blog ondscene.

23 ulasan:

  1. Rest in peace ,
    Takziah buat keluarga dia ,

    Bagi pemandu2 kat luar tu sila berhati2 ketika memandu , ingat orang yang tersayang .

    Berdoa seblum memulakan perjalanan

    BalasPadam
  2. al-fatihah

    Smuga kluarga dan sahabat beliau tenang menghadapi uijian Ilahi...

    BalasPadam
  3. Al-Fatihah..

    Saya juga mendengar berita mengenai kemalangan 'arwah' di radio pagi tadi.

    Jawatan terakhir di Jab. Siasatan Jenayah, Bukit Aman.

    BalasPadam
  4. saya juga ingin ucapkan takziah kepada keluarga beliau.

    BalasPadam
  5. takzih buat keluarga beliau.sempena dgn CNY ni, berhati-hatilah ketika memandu..

    BalasPadam
  6. Nilah dia, biasanya pejuang macam ni yg mengharumkan nama polis, tidak di beri perhatian oleh masyarakat.

    Polis yang buruk juga di baca orang... Saya tau. Saya membesar di balai polis bersama allahyarham bapa saya.

    Al-fatihah.

    BalasPadam
  7. Takziah...

    Alfatihah..


    *Lori di lorong kecemasan? Malang tidak berbau..

    BalasPadam
  8. Innalillah.. bahagian kita nanti bagaimana pula agaknya ya..

    BalasPadam
  9. Agar roh Allahyarham aman di sana...

    Amat bahaya kalau ada lori atau kenderaan berhenti di lorong kecemasan tanpa kon keselamatan pun tanda amaran...

    BalasPadam
  10. Al-Fatihah....

    Takziah buat keluarga Allahyarham...

    BalasPadam
  11. Kesiannya...Al-Fatihah...
    Semoga rohnya dicucuri rahmat...

    Bagi pemandu2 lori... berhentilah di tempat yang telah disediakan jika mengantuk... jangan disebabkan anda 'besar' anda boleh buat sesuka hati di jalanraya...

    BalasPadam
  12. al fatihah. semoga roh arwah ditempatkan bersama roh orang-orang yang dicucuri rahmat.

    BalasPadam
  13. Al Fatihah untuk arwah
    dan takziah utk keluarga arwah

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.