Jumaat, Februari 19, 2010

Ana kahwin Tiga

Urusan pernikahan seharusnya dipermudahkan.

Apapun di Malaysia pasangan ingin bernikah wajib menjalani kursus nikah kahwin diselenggarakan Jabatan Agama Islam atau syarikat swasta, membuat pengesahan status perkahwinan lelaki dan perempuan, mengatur janjitemu dengan kadi dan kemudian baharulah upacara pernikahan disempurnakan.

Keseluruhan proses memakan masa lama, lebih 24 jam. Itu pun andai pernikahan pasangan direstui keluarga kedua belah pihak dan lelaki bernikah kali pertama.

Bagaimana andai timbul masalah?

“Tahun 1994, saya bawa kawan baik, umur 23, kerja bar tender dengan girlfriend dia, 19 tahun, mengandung 2 bulan, nikah di Thailand,” ujar 'Azman', 34 tahun.

Ketika itu mereka semua bekerja di Pulau Langkawi, Kedah.

“Dari Langkawi, kami naik 2 kereta ke Padang Besar tanpa passport (baca: dulu senang, sekarang susah) terus masuk ke Thailand, pergi Masjid Songkhla,” sambungnya.

Azman dan rakan mendapatkan bantuan lelaki dikenali sebagai ‘Abang’ di Kuala Perlis untuk menguruskan pernikahan terbabit.

“Sampai di masjid. ‘abang’ berbincang dengan iman lebih kurang setengah jam. Mas kahwin masa itu, RM22 dan bawa sebentuk cincin. Cukup semua rukun dan syarat, kawan saya dinikahkan imam, sijil nikah dapat on the spot,” jelasnya.

“Kemudian?,” soal saya.

“Lepas nikah kita orang masuk balik ke Langkawi dan terus pergi ke Jabatan Agama Islam Langkawi. Report pernikahan, kakitangan jabatan interview pasangan dan kemudian sahkan surat nikah dia orang,” jawabnya.

“Kalau congak congak, berapa kos semua?,” tanya saya lagi.

“Duit minyak kereta, makan untuk 7 orang, mas kahwin, upah imam dan saksi, less than RM500,” katanya yakin.

Satu daripada laman web menawarkan perkhidmatan menguruskan pernikahan di Thailand boleh dibaca di sini.

Apapun kepada pasangan bercadang untuk bernikah di Thailand (baca: ramai rasanya), berhati-hati kerana dilaporkan banyak sindiket menangguk di air keruh, butirannya di sini.

Baik, berikut berita terkini dilaporkan Harian Metro hari ini.

7 pasangan siswa siswi bernikah di institusi pengajian tinggi awam. Pasangan dilaporkan pelajar, juru nikah dan saksi juga pelajar.

Baca perinciannya di sini.

Macam macam, kan?

Bukan tujuan utama saya menggalakkan lelaki Malaysia bernikah di Thailand, cuma sekadar berkongsi maklumat dengan semua pembaca (baca: Hu! Hu!).

Lelaki (baca: BUKAN semua lelaki), bila hati sudah terpaut dan hendak bernikah, di mana sekalipun mereka akan menyempurnakan hajat biarpun dihalang pelbagai pihak(baca: termasuk isteri tua).

Teringat lagu 'Madu Tiga', nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, 'Bila dua dua merajuk .. Ana kahwin tiga!'

Gambar 'Azman' ketika ditemubual di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor

26 ulasan:

  1. ada 1 kenalan saya kahwin kat thailand..alasan dia,family perempuan tak bagi n meletakkan harga hantaran yang tinggi..macam nak jual anak..maybe ni salah 1 kenapa ramai sangat nak kahwin kat sana..kos pon rendah...

    pandangan jer..berdasarkan pengalaman...:)

    BalasPadam
  2. Pengalaman bernikah tahun lepas, proses mendapatkan borang hingga disahkan imam/pendaftar nikah untuk dibenarkan bernikah memakan masa hampir sebulan. Dokumen yang banyak perlu diisi, Test HIV dan sebagainya... Bukan merungut tetapi kadang-kadang terfikir, patutlah ramai yang kahwin di sempadan.... Agak remeh dan sangat memakan masa. Selepas bernikah, perlu menghantar borang untuk membuat kad (yang mudah dibawa kemana-mana) yang juga memakan masa kerana setiap negeri prosedurnya tidak sama. Di negeri ini, prosesnya sebulan, di negeri sana prosesnya seminggu. Kalau pasangan berlainan negeri, lain pula masa prosesnya... Tidak bolehkah ditetapkan prosedur yang sama bagi setiap negeri...... Harap jabatan agama dapat memikirkan mekanisme yang efisyen supaya memudahkan urusan yang baik ini.... Bukannya menyusahkan.....

    BalasPadam
  3. Ida dan Sweet, entah mengapa saya teramat suka membaca komen awak berdua (baca: I read them twice).

    BalasPadam
  4. Haha.

    Bagaimana dengan lirik berikutnya bro?

    "Mesti pandai pembohong, mesti pandai temberang, tetapi jangan sampai hai pecah tembelang."

    Nyanyi, kena sampai habis. Baru feel.
    haha. Sekadar bergurau.

    Sokong Sweet Renee. Seragamkan urusan yang baik ini.

    -kalau tidak mampu berlaku adil, maka memadailah dengan yang satu itu-

    BalasPadam
  5. salam
    sy juga setuju dgn tuan rumah, ida dan sweet, perkara baik, apa salahnya dipermudahkan. Mungkin jabatan agama perlu gubal undang2 baru untuk memudahkan urusan pernikahan.
    Lg satu mungkin juga para ibu bapa perlu fikirkan untuk turunkan wang hantaran supaya tidak membebankan. Rasanya ibu bapa zaman sekarang perlu fikirkan cabaran yang anak masing2 sdg hadapi kalau mereka tak dapat berkahwin hanya kerana hantaran yang tinggi. Hantaran yang tinggi bukanlah satu jaminan yang anak kita ini tinggi nilainya. Hantaran yang rendah pun kalau direstui dan didoakan oleh ibubapa dan keluarga tetap bahagia hingga akhir hayat

    Untuk pelajar2 tu, niat yang baik tidak menghalalkan cara. Kdg2 anak2 perlua fikir, orang tua tak bagi kawin dulu sblm tamat belajar bukanlah untuk menyusahkan tetapi untuk kebaikan diri sendiri. Kalaulah betul2 perlu utk berkahwin semasa belajar, pujuklah baik2 keluarga masing2, jika kena dgn caranya Insya Allah akan dipermudahkan

    BalasPadam
  6. Rosnanie, berapa hantaran berpatutan di zaman ini ya? RM5000 mungkin rendah, RM10,000 mungkin mahal. Itupun bergantung kepada kemampuan lelaki.

    Kekadang si perempuan tiada masalah tetapi keluarga pula demand terlalu tinggi. Tambahan pula apabila hantaran perkahwinan anak jiran sebelah menjadi kadar perbandingan.

    So, berapa?

    BalasPadam
  7. Proses mohon nikah di tempat kita bukanlah susah sangat. Susahlah kalau orang yang ada masalah seperti yang dah mangandung.

    Biasanya orang yang dah mengandung macam ni nikah di Siam tapi tarikhnya dikebelakangkan. Tipulah tu. Kat Siam, 'orang tengah' ni boleh buat. Tapi kalau dikaji dari segi hukum, haram menipu tarikh nikah, kerana nikah ni melibatkan keturunan dan generasi yang akan datang termasuk selepas kita mati nanti. Kalau dia kawin masa dah mengandung, anak itu tidak boleh dinasabkan kepada bapa tu.

    Kalau anak perempuan, bapa dia tu tak boleh jadi wali sebab anak luar nikah. Nanti nikah anak perempuannya boleh jadi tak sah pula. Janganlah menipu Allah Taala, menipu kat surat nikah memang boleh. Cukuplah kalau dosa ibu bapa dia tu.

    Jangan jadikan alasan untuk pergi kursus kahwin itu sebagai satu masalah besar. Ilmu yang ditimba dalam masa 2 hari itu cukup bermanfaat. Rata-rata saya tanya ornag yang ikut kursus kahwin, kata, kalau boleh masa ditambahkan lagi. Ramai yang seronok ikuti kusus kawin walaupun pada mulanya rasa berat nak pergi.

    Datanglah kursus kahwin di Kluang, esok (Sabtu) pun ada, terus datang ke pejabat jam 8.00 pagi.

    www.kadikluang.blogspot.com

    BalasPadam
  8. Tuan Khalil, itu persoalannya. Jika perempuan sudah mengandung, bagaimana kita harus membantu? Atau tidak ada alternatif lain?

    Kalau tarikh nikah tidak betul, adakah bermaksud pernikahan di Thailand itu tidak sah dari segi hukum syarak? Itu saya kena tanya.

    Mungkin Tuan boleh jawabkan sebagai panduan kepada pembaca blog ini.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  9. Tuan rumah : Zaman sekarang ni, hantaran dinilai dari segi kelulusan. Paling rendah RM8,000.00 (rata-ratanya), itupun untuk berkelulusan SPM. Kalau diploma? degree? Master? mungkin berganda-ganda. Pengalaman sendiri, ibu dimarahi jiran tetangga kerana meletakkan hantaran terlalu rendah (kerana ingin mengurangkan beban suami), kerana pada ibu saya mas kahwin yang lebih penting dari hantaran. Alasan yang diberi jiran tetangga, barang-barang dah naik, anak gadis kita pun perlulah naik harga juga. Mana mampu untuk menanggung belanja kenduri. (Trend sekarang kan lebih pentingkan gaya dari kebendaan).

    Tuan Khalil : Pergi kursus kahwin memang mudah, bayar sahaja RM80 untuk 3h2m dapatlah sijil tu (di KL.) Memohon juga tidak susah, yang menjadi susahnya bila kerenah birokrasi terjadi. Pengalaman saya dahulu, pegawai di jabatan agama mengatakan borang itu dan ini tidak perlu diisi, oleh kerana berlainan negeri, di negeri suami menyuruh isi. Hendak berjumpa pendaftar nikah di pejabat, perlu appointment dan sebagainya. Di pejabat negeri ini, kebenaran perlu borang dari jabatan, di negeri sana tidak perlu borang, memadai hanya surat kebenaran. Bila terjadi percanggahan begitu, yang peningnya pasangan yang ingin bernikah. Akhirnya memakan masa. Cuti yang diambil sebelum berkahwin lebih banyak dari cuti kahwin. Belum lagi urusan menempah kadi, mendapat kebenaran wali dan sebagainya.

    Saya akui, kadang2 proses perlu kerana zaman sekarang ramai bijak pandai, yang mengambil kesempatan atas kemudahan. Memalsukan kad nikah dsb. Tetapi kadangkala, seperti post saya di atas, kalau diselaraskan semua negeri, mungkin kerenah birokrasi dapat dikurangkan sekaligus mempermudahkan urusan pernikahan.

    BalasPadam
  10. Terkejut bila baca artikel pasal nikah koboi kat Metro tu....isk2..macam-macam hal...

    Tapi tak dinafikan prosedur nak berkahwin bagi setiap negeri memang berlainan....adakalanya menyusahkan bakal pengantin...tapi nak buat macam mana kan? kena ikut la...

    saya nak nikah nanti pun kena setel awal-awal borang kahwin...nanti takde la dok pening fikir...huhu (^__^)

    BalasPadam
  11. kalau termengandung, bantuan yang boleh diberikan hanya yang dibenarkan oleh syarak. Janganlah sampai nak tukar tarikh nikah kesian generasi akan datang mungkin keliru dan melibatkan persoalan akhirat yang tiada keadilan kecuali keadilanNYA.

    BalasPadam
  12. nak seribu daya, tak nak sepuluh dalih., kawian dalam negeri saja semangat Malaysia,

    ..dari Kelantan ke Ganu dah cukup syarat, yang penting kawin dengan pasangan yang lebih KAYA baru berbaloi.

    BalasPadam
  13. salam
    Itu lah masalah masyarakat kita yang suka sangat membanding2 dengan orang lain dan suka menunjuk2 dgn orang lain. Kalau ank jiran kwin hantaran 10k, anak kita kalau boleh 20k. Yang susah nanti anak kita sendiri. Pada saya 5k pn masih relevan lagi dan bukannya terlalu rendah. Dan kalau pihak lelaki benar2 tidak mampu, 3k pn sudah memadai sebenarnya.

    p/s Cerita2 mcm ni buat sy teringat dialog dlm filem P Ramlee... bujang lapuk... "Siapa punya salah dalam hal ni? Siapa yang bersalah? Mak bapak ko yang punya salah. Masa aku masuk meminang mak bapak ko minta sampai 5 ribu. Aku tidak ada uang, aku pinjam sama benggali. Sekarang, sudah ada anak sebegini, hutang tak habis2, bunga makin naik! Mak bapak ko yang salah!"

    Bini dia jawab pulak, "Kalau mak bapak aku minta 5 ribu kenapa dulu ko tak tolak?"
    "Sebab aku ingat ko mahu sehidup semati dengan ku. Kalau aku tahu ko mahu minta cerai begini, tak hingin aku sama ko!"

    BalasPadam
  14. proses yg susah baru ada feel bila kawin.dan mungkin akan berfikir 2,3 kali utk tambah cawangan.. :p

    hantaran yg mahal bukan membebankan tapi memberi peringatan kpd lelaki supaya menghargai wanita yg selama ini ditatang minyak yg penuh oleh ibubapa.

    apapun bila nak kawin kena ukur baju dibadan sendiri.enggang sama enggang biar pipit sama pipit baru padan.

    jangan kerana cinta sanggup membelakangi ibubapa kerana redha ALLAH itu adalah redha kedua ibubapa jugak.

    en mazidul..org yg gatal nak kawin mmg tak boleh dibantah kerana nafsu dah meluap-luap.betul tak??

    kalau tidak takan ada yg sanggup larik kawin disiam cuma kerana undang-undang kita yg konon menyusahkan!

    susah ke?? tak susah kalau kita ikhlas dan jujur utk berkahwin kerana ALLAH bukan berkahwin kerana gelora nafsu.

    BalasPadam
  15. cik idaY =
    kos tinggi.? nilaikan pula titik peluh keluarganya yg telah membesar,menjaga,mendidik bakal isteri itu..bakal suami ambil yg dah siap cantik molek je..suatu hari nnt kita juga bakal menerima menantu..renung2kan juga isu dipihak keluarga perempuan.. tp kalau kos melampau saya pun tak setuju..


    Sweet n rosnani =
    mmg menjadi hasrat jbtn agama seluruh negeri dgn kerjasama jakim hendak mempermudahkan urusan perkahwinan..ye lah, org kg ckp perkara baik jgn disusahkan..
    cuma bila timbul masalah siapa yg akan dipersalahkan kalau bkn jbtn agama juga..dokumen yg diperlukan serta borang2 yg byk perlu diisi adalah supaya pihak2 yg akan melaksanakan kontrak tidak terpedaya/tertipu oleh pihak yg satu lagi..utk makluman setiap negeri prosesnya adalah sama..yg menjadikannya lmbt dan pjg masa adalah krn borang yg dihntr tidak lengkap dan ada juga pemohon yg bermasalah..
    sbg contoh,bg pengantin perempuan jika dia anak sulung dlm keluarga pihak jbtn agama memerlukan sijil nikah ibubapanya agar wali beliau dpt ditentukan..prnh berlaku si perempuan anak luar nikah..bygkan jika bapanya yg menjadi wali..siapa yg akan ditegur dlm paper kalau bkn jbtn agama jua..menjadi masalah jika sijil nikah ibubapanya hilang/tiada dlm simpanan..membuat carian semula akan memakan masa..setiap perkara yg dikuatkuasakan telah dibahaskan diperingkat tertinggi namun tidak dinafikan usaha penambahbaikan sdg diusahakan..komen anda amat bermakna dan membantu pihak jbtn utk memperbaikinya..
    nak dptkan lesen memandu pun perlu melalui mcm2 proses dan memakan masa apatah lagi jika kita nak dptkan lesen membina keluarga..

    bro maz..
    prp yg mengandung ttp melalui proses yg biasa..dilayan sama spt pemohon yg lain..yg menjadi masalah hanyalah si janin yg bakal lahir ke dunia itu nnt..biasanya pasangan tersebut dinasihatkan dan diberi makluman ttg hukum anak tidak sah taraf ini supaya bila bayi ini kelak jika perempuan tidak boleh diwalikan oleh bapanya..byk kes yg berlaku pihak keluarga menyembunyikan isu ini demi maruah keluarga..biar menanggung dosa dari menanggung malu...
    sah atau tidak pada syarak adalah jika rukun2 nikah telah dipatuhi dan lengkap..nikah di siam adalah sah spt yg telah diputuskan oleh jwtnkuasa fatwa kebangsaan berdasarkan syarat2nya yg telah ditetapkan dan secara teknikalnya perlu disahkan secara undang2 oleh mahkamah syariah..isu yg dibawa oleh tn khalil adalah jika merujuk kepada dokumen (yg tarikhnya tlh dikebelakangkan) maka anak dlm kandungan akan lahir sebagai anak kandung sdgkan hakikatnya dia adalah anak tak sah taraf..maka tatkala itu permasalahan pun bermula..

    BalasPadam
  16. Mungkin kena fikir dan renung semula tujuan perkahwinan ni, dewasa ini aspek lain nampak yang lebih menonjol berbanding dengan tujuan asal berumahtangga. Kena tanya orang yang dah berpengalaman rasanya nih.

    BalasPadam
  17. ros >> 3k jek?? adehhh :p

    tu zaman combi kawin boleh laa.tapi combi lebih mahal dari tu tau...hiks :)

    macam nak sangat bermenantu pulak bila dah murah mcm gitu.tak rela teman :(

    ehhh...org lelaki pun mesti jaga maruah jugak.takan ler zaman skrg 3k jek.anak kambing pun lebih mahal dari tu tau :D

    BalasPadam
  18. jimi >> combi setuju dgn jimi sbb membesarkan anak tidak sama 'membela' lembu atau kambing.

    dari kecik ditatang dgn penuh kasih sayang,diberi pelajaran sehingga menjadi 'manusia' jadi biarlah hantaran atau mas kawin sepadan hendaknye.

    lembu dgn kambing pun ada nilai dipasaran!

    BalasPadam
  19. Perbelanjaan melebihi kemampuan tu pasal udah beranak 5 kekadang baru nak habis bayar hutang/kad kredit.

    Tak mampu memberikan duit hantaran - zaman ni majoriti RM5,000 ke atas (baca : Mahar yg WAJIB sebenarnya) membuatkan ramai pasangan yg menangguh Nikah. Tu pasal ramai yg main "kahwin-kahwin" menyebabkan statistik anak tak berbin/berbinti naik mencanak2 di JPN - Tu pasal bayi hasil kemungkaran dicampak, dihanyut, ditanam & dibakar sewenang-wenangnya bagaikan sampah - sampah pun kalu dikitar semula ada harganya.

    Material & puji-pujian memang melekakan.

    Semoga diriku & saudaraku sekalian berhemah dalam setiap tindakan - jika mampu kita "sakan", jika tidak kita "ala kadar" - Mulut orang x dapat nak tutup - kita sakan depa dok kata menunjuk2, kita ala kadar depa kata kita sengkek - buat apa nak puaskan hati orang - badan kita yg menanggung...

    Adik2 yg bernikah di Dorm U tu nikahlah semula ikut sunnah yg satu dik, jangan nak memudah cara yg akhirnya menyusahkan kalian. Udah Nikah tau le kome macam mane nak hidup kalu x de mate pencarian - Cinta & nafsu x dapat beli beras Dik - Pandai kome nikah, pandailah kome meneruskan kehidupan di zaman yg semakin mencabar ni Dik - Akak doakan kalian tabah & kuat - Jangan lupa minta ampun dgn Ibu, Bapa & DIA.

    BalasPadam
  20. Yang pelik (mungkin segelintir) bila kita tak kisah, malah suruh, depa tak mau pula kahwin lagi...

    hmmmm.... rugi. hehehehe

    BalasPadam
  21. Perkhawinan yang berkat ialah perkhawinan yang majlisnya tidak membebankan kedua dua belah pihak dan murah belanjanya serta tidak membazir....
    Maksud berkat..panjang jodohnya,bahagia hidupnya,elok semua anaknya,murah rezekinya dan sentiasa dalam hidayah Nya..

    BalasPadam
  22. Peliknya ada yang komen utk mendapatkan kelulusan bernikah itu menyusahkan. Pada pendapat saya, ia menyusahkan bila kita tidak ikut prosedur dan maklumat tidak lengkap. Saya tidak ambil cutipun untuk memohon kelulusan pejabat agama. Borang dihantar oleh wali, dah jam itu juga diproses dan dibawa pulang. Ambil masa 10 MINIT sahaja.

    Undang-undang dibuat untuk kepentingan kita sendiri. Semak : http://resipihidup-bersamasuzana.blogspot.com/2010/02/prosedur-adalah-untuk-kebaikan.html. Yang pi nikah di Siam, bila nak bercerai kenapa tidak ke siam saja? MENYUSAHKAN pejabat agama pula! Nikah di Siam banyak keraguan. Adakah kadinya bertauliah? Saksipun dibayar?! Saksi nikah itu penting, kerana saksi juga tidak patut ada ciri-ciri fasik. Adakah saksi nikah di Siam itu kita kenali? Jika dia kaki judi, siapa tahu? Akibatnya nikah di Siam tidak berkah. Itu belum lagi kes nikah lari, bila nikah lari, tentulah tiada redha ibu ayah, jika tiada redha ibu ayah, ia mengundang murka Allah. Berkahkah perkahwinan yang mengundang murka Allah. Saya tidak hairan, orang nikah di Siam, 3 tahun kemudian sibuk nak bercerai. Sebab apa? Sebab tiada redha ibu ayah dan hilang pula redha Allah. Sendiri cari BALA...

    Bagi saya, lelaki yang bawa anak dara orang kahwin lari ke Siam itu TIADA 'telor' ... hu hu.. Esok lusa anak perempuan dia pula orang angkut nikah lari ke Siam, baru dia rasa mcmana ibu ayah mertua dia rasa.

    http://laman-seri.blogspot.com

    BalasPadam
  23. 3 mana cukup. kalau nak ok kena 4 orang baru ok. lepas tu jangan sibuk minta bantuan sana sini kalau ada masalah ye abang-abang, pakcik jangan marah. nanti kena jual.

    BalasPadam
  24. Hmm... pandangan saya, proses memohon kelulusan pernikahan di Malaysia ni tidak susah dalam situasi biasa, cuma tidak seragam antara negeri. Tapi dalam sesetengah situasi pasangan yang menghadapi pelbagai halangan, ianya menjadi susah.

    Kita tak boleh pukul rata memandang serong mereka yang bernikah di Siam, kerana ada antara mereka benar-benar menghadapi masalah yang mendesak. Bukan semua yg nikah di Siam tu sebab nak buka cawangan, atau sebab termengandung, ada juga yang ada masalah valid seperti wali enggan tanpa sebab-sebab munasabah menerusi hukum syara'.

    Saya pernah terbaca satu luahan anak yang dihalang nikah oleh bapanya, kerana mahukan menantu professional. Bertahun memujuk, tidak berjaya. Apa yang nak dibuat oleh anak? Dia fikir-fikir, dia tak sanggup melalui proses untuk dinikahkan melalui wali hakim di Malaysia, kerana prosesnya melibatkan si ayah dipanggil oleh mahkamah etc etc sebelum kebenaran bernikah wali hakim. Si anak fikir, kalau dah nak mintak nikah begini sampai masuk mahkamah, mungkin boleh menggugat hubungannya dengan si ayah. Jadi dia fikir, dia sendiri perlu berkorban. Nak ditinggalkan kekasih hati, hati sendiri yang parah, nak diturut kata hati, risau hubungan ayah-anak pula parah. Jadi dia solat istikharah, akhirnya mengambil keputusan, biar dia sacrifice sedikit, nikah di Siam dan merahsiakan perkahwinannya dari pengetahuan keluarga, kerana mengelak diri melakukan maksiat. Sementara itu, dia mahu cuba hingga hati ayah dapat dilembutkan.

    Kita tak boleh pandang remeh kes begini, mungkin ada orang kata, alah.. kenapa nak ikut sangat kata hati, ikut ckp org tua, bukan mati kalau putus cinta. Kita cakap memang mudah.. diri sendiri tak kena. Ingat ada satu kes masa zaman Rasulullah dulu, seorang gadis datang pada Rasulullah mengatakan dia dinikahkan oleh bapanya dengan suami yang dia tak suka, Rasulullah suruh dia minta cerai.

    BTW En Mazidul, yang kata proses belanja nikah kat Siam tak sampai RM500 tu masa tahun 1994 tu lah kot.. la nih bayar kadi (yang ditauliahkan) serta saksi sudah RM500, itu baru bayar kadi dan saksi :)

    BalasPadam
  25. alhamdulillah la dorg nikah gak...

    ade tue tau kahwin je.. nikah x jugak.. dh ngntuk lesap entah ke mane..

    so mane yang terbaik

    BroFramestone Blog

    BalasPadam
  26. Itulah namanya RINTANGAN... Tapi... kemahuan boleh mengatasi rintangan itu. Nak kahwin kenalah ikut prosedur... Ada sebab musababnyer kenapa ditetapkan begitu.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.