Ahad, Februari 14, 2010

Kali Ini Guru Dan Murid TIDAK Bergaduh

Ha????  Di mana?

Cheras, Kuala Lumpur.

Apa jadi?

Guru perempuan pengkid mendakwa membelanjakan hampir RM100,000 sejak tahun 2007 untuk menawan hati (baca: mengurat) pelajar perempuan tingkatan 4 di sekolahnya.

Selepas itu, apa berlaku?

Bapa pelajar dapat tahu dan guru terbabit dilaporkan memaki-hamun dia memalui SMS sekaligus mengugut supaya kes tidak dilaporkan kepada pihak sekolah. Pelajar sama mendakwa sering dihubungi guru pengkid itu melalui SMS.

Stop! Stop! Stop!

Apakah sebenarnya diidamkan guru pengkid terbabit daripada pelajar berusia 16 tahun itu? Jika ingin dikahwini, jantina mereka sama. Andai terlalu kepingin menagih kasih sayang masakan menyandarkan harapan kepada remaja sementah itu.

Tolong jawab.

Nota Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahi Hamzah Othman mengesahkan menerima laporan bapa pelajar terbabit.

8 ulasan:

  1. 100k, aPa yang dia beli utk budak form 4 tu. hmm, mcm exaggerate jer bapak budak f4 tu

    BalasPadam
  2. termasuk insan2 yang kena LAKNAT

    ..tobatlah sebelum habis bateri.

    BalasPadam
  3. RM100k? banyak tu...boleh beli rumah tu kalau nak...isk2..apa nak jadi la...

    BalasPadam
  4. Janganlah memalukan kaum pendidik. apa nak jadi ni, macamne anak murid nak respek cikgu yang macam tu...

    BalasPadam
  5. Salah asuhan pun salah bidang kerjaya!.

    Guru begini kena digantung kerja perlu dimotivasikan demi menjaga nilai moral guru yang lain.

    BalasPadam
  6. Kesian guru ni sebab tak faham nilai menjadi pendidik disisi Allah. Membuat kecemaran yang akhirnya akan memakan diri duni dan akhirat. sedar-sedarlah. tapi untuk semua warga pendidik yang lain teruskan dedikasi anda dalam membentuk anak bangsa yang hebat dan terbilang.

    BalasPadam
  7. skng nie da rmai guru prempuan kapel ngn pengkid...@ jadi lesbian..sy sendiri ade knl bberapa pndidik yg kapel ngn pengkid...hope pihk kmterian peljarn siasat & selidik perkara ini...risau ank2 akn dtg akan dididik oleh mereka2 yg tak terdidik ini...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.