Khamis, Februari 18, 2010

Mykad Is YourKad

Ada pihak mencadangkan setiap warga asing di negara ini diwajibkan memakai pas atau lencana khas dilengkapi ciri keselamatan bertujuan mempermudahkan pihak berkuasa memantau status mereka.

Cadangan bernas tetapi kerajaan terlebih dahulu wajib memastikan dokumen antaranya MyKad, pasport antarabangsa (baca: MyKad dilengkapi cip keselamatan 64k) dan visa negara ini ‘kebal’ (baca: forgery proof), tidak boleh dipalsukan. Selagi dokumen terbabit boleh dipalsu dan diubahsuai warga tempatan atau asing, mewajibkan pemakaian pas atau lencana khas hanya akan memperkayakan individu atau syarikat diberikan hak mencetak dokumen itu. Jika MyKad boleh dipalsukan, apatah lagi pas!

Isu pemalsuan Mykad didakwa banyak berlaku di Sabah, pelbagai komen dilontarkan rakyat tempatan.

“Aku pun ndak faham bah macam mana dia orang boleh dapat itu MyKad, hairan”

Itu hanya satu daripada komen.

Mungkin pelayar dari Negeri Di Bawah Bayu boleh berkongsi pengalaman mereka berhubung pemalsuan MyKad. Menurut laman web ini, warga India berpengaruh di Sabah turut terbabit menggunakan dokumen palsu.

Pengalaman menyertai ratusan operasi membanteras pendatang tanpa izin, PATI sebelum ini sudah cukup menyakinkan saya, sindiket memalsukan MyKad mengaut keuntungan tidak terkira.

Ada ‘Mykad’ (baca: palsu) di jual dengan harga di antara RM200 dan RM17,000 setiap satu. Pelanggan mereka, PATI. Kelompok tidak memiliki dokumen sah atau tinggal lebih masa di Malaysia.

Tahun 2006, Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen termasuk MyKad di Subang Jaya, Selangor, baca di sini.

Saya percaya, sindiket mampu meraih keuntungan besar akan terus mencari ruang dan peluang. Imbuhan diraih bukan kecil mampu mencecah jutaan ringgit dalam tempoh singkat.

Seperkara lagi, saya melihat majoriti pihak berkuasa di Malaysia berhempas pulas membanteras kehadiran PATI selepas mereka berjaya membolosi sempadan negara kita samada melaui jalan laut (baca: menggunakan pengangkutan seperti tongkang. bot pancung dan bot besar) atau udara.

Maka timbul persoalan, sejauhmanakah efisyennya sistem pemantauan pintu masuk negara ini? Di lapangan terbang? Di pelabuhan? Di jeti?

Selain daripada pintu masuk tidak sah (baca: haram) sukar dikawal.

16 ulasan:

  1. selagi sikap amanah tidak ada di kalangan kakitangan yg memantau sempadan negara, selagi itulah sempadan negara senang dibolosi...

    BalasPadam
  2. Sudah macam-macam program kerajaan laksanakan, sudah berapa kali pengampunan dibuat. masih lagi ramai pati ni. Sehingga di tempat saya kampung melayu asalnya dah bertukar menjadi kampung indon, entah dimana silapnya.

    Sekarang kita pun tak pasti pendatang halal ataupun haram kerana terlalu ramai. Anak-anak perempuan kita pun takut untuk ke bandar kerana macam di kota asing. Mereka melihat kita seperti melihat orang asing sehingga menimbulkan ketidakselesaan. Ayuhai penguatkuasa buatlah sesuatu segera janganlah sampai terjadi tragedi ataupun keselesaan rakyat bukan keutamaan. Sahut cabaran PM rakyat didahulukan dan tunjukkan pencapaianmu supaya tiada orang memandang serong dan sinis.

    QubulWatan Minal Iman.

    BalasPadam
  3. PATI ni kaya gak kan..untuk nak dapatkan Mykad kene bayar ribu2..

    BalasPadam
  4. setuju dengan pandangan bro Maz...kerajaan kena selesaikan dulu masalah pemalsuan pasport dan Mykad sebelum boleh laksanakan cadangan penggunaan pas untuk rakyat asing...

    BalasPadam
  5. Pintu tidak berdaun
    Yang datang berduyun-duyun
    Tu pasal sikit yang off, ramai yang on
    Mudah pula mencari makan.

    Apa penyelesaian? - Masih tinggal soalan...

    BalasPadam
  6. aspirez,
    "QubulWatan Minal Iman" yg sebetulnya "Hubbul Watan Minal Iman"..

    jgn pula nnt masalah baru pula yang timbul..

    BalasPadam
  7. Terima kasih Jimi, bukan nak aibkan sesapa cuma nak cepat taip sampai tersilap. Maaf Tuan Maz dan semua.Salam Jumaat.

    BalasPadam
  8. Risau juga mykad saya yg hilang dulu digunakan Indon.... nasib baik ada buat report polis... senang dibuat rujukan kalau apa2 hal berlaku.

    BalasPadam
  9. en mazidul...bukan saja my kad palsu tp lesen memandu terbang pun ada.mungkin disebabkan utk mendapat sekeping lesen memandu sangat mahal so cara mudah adalah dgn membeli lesen tersebut.

    diharap pihak berkenaan membuka mata kerana kekadang benda yg dianggap remeh pada yg mampu tapi pada org yg tak mampu ia sgt membebankan.

    disini combi sertakan bayaran utk lesen memandu disebuah pusat memandu dituaran SABAH:

    kereta kelas D = rm1340.00

    motor B = RM740

    motor B2 = rm640

    lori kelas E = RM1670.00

    ada yg berkata " kalau dah mampu beli kenderaan ngape tak mampu mengambil lesen memandu..? "

    itu bukan alasan kerana ada pekerjaan yg mewajibkan kita mempunyai lesen memandu seperti penghantar pizza,posmen,penghantar surat,drebar lori,van,bas dan sebagainye.

    pekerjaan begini memerlukan lesen memandu.betul tak??

    *sekali sekala combi suka jugak jadi sukarelawan yg dapat membantu org lain :)

    BalasPadam
  10. ini kisah benar mengenai warga asing (indonesia) dan mykad:
    Hujung tahun lepas saya terdengar perbualan telefon jiran depan rumah saya, seorang perempuan muda warga indonesia. waktu tu dia mundar mandir berbual di koridor depan rumah (saya memasang telinga dari dalam rumah slps mendengar ayat 'saya tak boleh pulang, kalau saya pulang, saya tak boleh datang semula.').
    antara perbualannya saya terdengar lagi ayat ni: saya mahu passport, kalau ada mykad pun saya mahu.
    dari dalam rumah saya terfikir, siapakah manusia di hujung taliannya itu.

    p/s: untuk pengetahuan... saya dah naik bengang dengan warga indonesia yang membanjiri tingkat rumah saya ni. habis semua sofa buruk, basikal anak dia nak susun kat koridor, kemudian melepak hingga menyusahkan orang nak lalu lalang. mana lagi dengan berbual berdepannya tapi bercakap menjerit macam sorang sebatu jauh jaraknya.

    BalasPadam
  11. aspirez..saya tak maksudkan kata2 saudara itu bakal menimbulkan masalah..yg saya maksudkan ialah isu pas utk warga asing ini kalau silap gaya dan teknikalnya bakal menimbulkan isu yg baru pula kepada negara..

    harap maaf kalau saya tersilap menaip..

    BalasPadam
  12. Manusia memang sebaik baik kejadian yg Allah cipta..dengan otak yg Allah beri pada dia,apa saja pemasaalah yg ada depan dia akan dicari jalan penyelesaianya samaada dengan cara baik atau sebaliknya.Apatah lagi kalau dah terdesak...gunung yg besar pun boleh rebah rata dibuat nya,denai yg kecil pun boleh bertukar jadi tasek yg besar dan luas dan macam2 lagi lah...cakap apa saja pasti manusia ni mencari jalan untuk mencapainya.

    Kecuali bila sampai maut,yg ni manusia mati akal...sebab yg pegang benda ni ialah yg mencipta manusia tu sendiri...

    BalasPadam
  13. Saya ilang MyKad lagi... nak buat yg baru pun seriau sbb denda atas kesalahan yg bukan salah saya... teramat ler tidak mampu... heeeee...

    BalasPadam
  14. saya rasa di zaman kecik2 saya dulu, kad pengenalan lama tu lagi bagus kot? plastik jernih jalur2 halus dgn cap jari kiri kanan kad dan gambar di tengah2. yg best sekali tak akan patah or koyak sebab dia lembut dan flexible! tak pernah plk dengar ada org cuba palsukan kad pengenalan (masa tu) ; ataupun pemyangak dah terlalu ramai skrng ni... ada tak agak2 dlm nisbah 1:10 ? hehe!

    BalasPadam
  15. Apa kata kita kembali jadi negara miskin, siapa pun tak sudi datang merantau ke sini.

    Apa kata kita turunkan nilai RM kita... tukar nilai RM serendah mungkin. Kerja kuat pun bayaran tak bawa kita kaya pun.

    Apa kata kita janganlah berwawasan sangat 2020 itu kita andaikan hari kiamat kita!

    Apa kata jangan ada orang kaya, rampas semua harta orang kaya agar jangan sampai mereka ini buka kilang ladang untuk PATI berkerja

    Apa kata tutup semua kilang kereta, kapcai semua itu, pakat naik basikal, buat kilang basikal boleh tapi milik Persatuan atau Kerajaan bukan individu. Hanya polis atau penguasa sahaja ada kereta senang nak tangkap PATI

    Apa kata! kita tutup semua lapangan terbang pun semua perlabuhan, Jeti... pakat-pakat makan ubi kayu atau sayur seadanya sahaja! Di sinilah punca PATI masuk.

    Kemudian kita perang sesama kita!...

    Semua tak mahu terima ide gila saya di atas.

    Semua impikan kemodenan, memewahan, itu yang berlaku, maka bertambah ramai PATI, hingga pandai buat kad MyKad palsu.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.