Rabu, Februari 10, 2010

Seksi Terlampau

Sebilangan gadis remaja gemar berpakaian seksi. Kekadang hanya memakai singlet bertali kecil lalu mendedahkan sepertiga payu dara. Ada juga berseluar pendek singkat hanya menutup bahagian kelangkang, itu antara pakaian pilihan segelintir remaja gemar berkunjung ke pusat hiburan.

Apakah tujuan sebenar mereka berpakaian menjolok mata?

Mungkin cuaca khatulistiwa terlalu panas? Pakaian begitu memudahkan mereka bergerak lebih bebas? Atau sebenarnya, ‘desperado’ ingin menarik perhatian lelaki?

Jika diperhatikan gadis rupawan jarang berpakaian tidak senonoh. Wajah manis dan bentuk tubuh menarik, aset utama. Kedua faktor lebih daripada cukup mendorong lelaki menoleh berulang kali jika terlihat kelibat mereka biarpun hanya berpakaian sederhana.

Berbalik kepada isu gadis berpakaian seksi terlampau.

Peliknya, jika direnung tepat dek lelaki majoriti mereka kelihatan berasa kurang selesa namun segelintir ‘gedik’ melontarkan komen berbeza.

“Alah! Setakat tengok, tidak mengapa. Bukan dia orang dapat pun”

Anehnya apabila teman lelaki atau suami menjeling gadis remaja berpakaian seksi, teman wanita atau isteri lebih berusia kerap terasa.

“Awak jangan menggatal, boleh?,” tegur mereka.

Jika teman lelaki atau suami menjawab …

“Alah, setakat tengok, tidak mengapa. Bukannya dapat pun”

Acapkali sukar jawaban itu diterima dengan hati terbuka dek pasangan.

Walhal, spesis berpakaian seksi terlampau itu pun perempuan juga. Jadi kenapa lelaki menjadi mangsa?

Nota Esok, 9 malam, saksikan laporan khas '999', 'Jenayah Pak Hitam'

31 ulasan:

  1. my pakwe pun akan jadi macam gitu bile nampak gadis seksi, sekali bila saya perasan dan pandang muka dia terus tersenggih-senggih..

    "saya pun nak pakai baju macam itu"

    reti pulak cakap tak boleh...

    dunia... ;)

    BalasPadam
  2. Lily, pakailah macam mana sekalipun, selalunya bila menjadi gf or isteri, kesan keseksian tidak begitu jelas.

    BalasPadam
  3. like your comment lily..=)
    saya sokong 100%!

    BalasPadam
  4. btul bro mazidul cakap. ada kenikmatan terlarang disini, setakat bini tu lain skit feel dia...

    BalasPadam
  5. Salam angkel mazidul,

    Pendedahan yam mantap! ai suke...('',) realitinye, itu yam berlaku di zaman skam ni...ai slalo dicubit oleh mai waif bila kitoram kuar dating...mata ai melirik ke arah pompuan seksi, bukan sengaja pun...sape suroh dowang pakai sebegitu lalu depan ai, mestilah ai akan tengok, xkan nak pejam mata pulak...nanti jatuh...koh koh koh

    BalasPadam
  6. kalau lah gadis cina, sue tak kisah sgt, tp kalau perempuan-perempuan melayu yg pakai baju tak cukup kain, memang sue kisah.
    nak kate cuaca panas, hello... orang lain pakai jubah, pakai tudung tak merungut panas pun..
    mungkin diorang ni dah terikut-ikut fesyen barat..
    kalau hubby sue tengok perempuan pakai seksi-seksi, secara sengaja atau tidak, sue takde jeles lak..:D

    BalasPadam
  7. bukan org lelaki jer suke tengok yg cantik,hensem & SEKSI (wallaa..!)tp org pompuan pun.'alah tengok jer jamu mata' ekeke :p

    tapi 'part' yg nak dikasi tengok tu biarlah bersih putih gebu.. :)

    yg berkurap dan panau sila tutup yer...erkkk loya mokcik! ha ha ha :D

    *ada yg kasi tunjuk lurah bontot serta sepentot yg mcm tak pernah basuh setahun...aiyarkkk! >> lelaki pun sama.. =P

    BalasPadam
  8. betul...sekarang nieh dah ramai anak muda (pompuan )dah berani pakai seksi2,konon2 nak tunjuk diorang 'hot'..ape kejadahnya,menambah dosa ade la..;p

    BalasPadam
  9. Kalu dah cantik, tak tunjuk pun orang akan menoleh tengok 2,3 kali juga..

    kalu setakat seksi, tapi tergedik pun ada yang tengok naik meluat...

    BalasPadam
  10. aku kalau boleh tak nak la orang lain nak tengok body bini aku... hmm...

    BalasPadam
  11. Tengok sahaja, gadis Melayu sewaktu balik berhibur pada jam 3 pagi di deretan pusat hiburan berhampiran The Zon Hotel, Johor Bahru, Johor.

    Berpeluh, mabuk, pakaian? Skirt tersingkap ke atas pun tidak disedari.

    Mereka menjadi tontonan ramai, sambil berpeluk mesra dengan boyfriends atau kenalan baharu.

    Lagi seksi, lagi tergedik sebab dia tahu dirinya diperhatikan ramai lelaki.

    BalasPadam
  12. saya sebenarnya naik pelik bile tengok mereka yang berpakaian seksi ni...bukan apa..macam tak cukup kain wal hal kedai kain kat malaysia ni banyak...ape dierorg dapat biler pakai seksi2 macam tue..sepatutnya aurat kiter hanya untuk suami..ni dok dedah awal2 kat orang ape laki dapat ni...akhirnya sisa - sisa yang tinggal(biler kene rogol)...betul tak...

    BalasPadam
  13. btul tu matjoe..hehe..feel dia memang ade len ckit..ya kan bro??

    BalasPadam
  14. Salam 1Malaysia..
    wah wah komen semua sungguh mantap..=)
    From my observation, most girls di luar sana yang memakai pakaian yang mencolok mata ni tidaklah boleh dikatakan cun,menawan,sedap mata memandang. mereka berpakaian sebegini untuk menarik perhatian lelaki. Makin lelaki memandang,makin galaklah jadinya! But they really dont know that, Most lelaki yang pandang tu bukan pandang dengan pandangan bernafsu. Realiti to myself, I pun ada pandang-pandang juga. Tapi most of my penglihatan, i akan cakap.."kalau lawa,seksi bolehlah aku lihat lama2.Ni tak,muka pecah rumah,pakai pulak macam tu.Dahlah muka cam orang asli.tak padan dengan dosa aku tengok.."
    Komen ni bukan menunjukkan saya ini baik..but most of my friends neither boys or girls cakap macam tu juga. Dalam islam juga ada menyatakan;

    "Sekiranya seorang wanita yang tidak menutup aurat keluar dari rumah, maka semua hidupan,haiwan,tumbuh-tumbuhan atas muka bumi ini akan melaknat mereka sepanjang mereka berada di luar rumah."


    nauzubillah..

    M.RIZAL
    http://imipro.blogspot.com/

    BalasPadam
  15. Hawari, sebilangan mereka ada kelihaan cantik, fakta tidak dapat dinafikan. Saya juga pemerhati seperti awak.

    Cuma kekadang kita kurang faham dan terkeliru, apa sebenarnya kepingin mereka 'tonjolkan'? Jika mempunyai teman lelaki, adakah teman lelaki terbabit berasa bangga dengan membenarkan teman wanitanya mempamerkan 'aset' mereka? Atau di dalam hatinya tidak langsung tercetus perasaan cemburu? Atau mungkin, dia juga berfikiran sama, "boleh tengok sahaja, bukan dapat pun!"?

    BalasPadam
  16. aset cantek. mesti la bangga nak tayang. cuba yg tak cantek. takde makna nya.. tapi pelik laa.. ade gak yg tak cantek tp mau tayang.. sengal ke ape??
    taktau ke orang bukan nmpk stim. tapi nmpak mcm nak bg pelempang.

    plss laa.. lg2 yg da taw bdn xxxl. nk jugak berseksian..

    tp kalu badan cantik, kulis cantek. ok. tengok je. bukan dapat pon. ehehe.. *tapi dpt dosa ringan kan encik kan??

    BalasPadam
  17. laki mmg suka tgk pmpuan seksi, tapi nak bwt bini, ramai yang tak brani, btol x wahai laki??...:-p

    BalasPadam
  18. Agaknya yang pernah RASA tak ada kelebihannya ,pandang sebelah mata

    jadi nak rasa /jamu yang belum rasa .

    memuja yang tak dapat.

    BalasPadam
  19. hmmm..tak nampak apa faedahnya berpakaian seksi....

    BalasPadam
  20. Pepatah Yunani ada menulis, sesungguhnya kecantikan dan kenikmatan adalah satu ujian/dugaan,

    oleh itu bila kita cantik syer syer la kecantikan itu untuk orang/jiran sekitar..

    pepatah yang belum di cop SIRIM

    BalasPadam
  21. Saya teringat kpd terjemahan hadith berkaitan dgn menjaga pandangan mata kepada yg bukan hak lebih kurang maksudnya "Pandangan (terlihat) kali pertama adalah rezeki, pandangan yg kedua & seterusnya adalah haram & berdosa"

    Kaum Hawa di luar sana, sekiranya anda sopan bertudung & berbaju kurung tetapi jarang tanpa lining/inner & kain dalam - darjat & saham anda sama je dgn yg berskirt pendek bontot terjongket tu.

    Kaum Adam pula, terpulanglah kepada mata & hati anda - pilihan utk menambah dosa & pahala di tangan anda sendiri.

    Apepun saya malu sekiranya terlihat wanita yg sebangsa & seagama menonjolkan aset2 yg berharga itu kerana anda seolah2 melelong diri sendiri secara FOC - hamba abdi dalam siri "Kunta Kinte" zaman tu pun bernilai tau...

    BalasPadam
  22. Bro Maz,

    memang tidak dinafikan ada yang cantik. Yang ini sedap mata memandang dari yang tidak cantik. Andai kita memerhati dua golongan cantik dan xberapa cantik(kan guna hodoh terasa pula..=P)yang seksi..for sura dosa yang kita dapat. Tapi better tengok yang cantik sebab dosa adalah sama,tidak kira dia tu lawa atau tak. Tapi seboleh-bolehnya, elakkan dari membuat zina mata ini. (Saya sendiri susah juga nk hindari)
    noharanutdya, memang dosa kecil kita dapat.tapi andai berulang kali,ia akan menjadi dosa besar.semua tahu,tapi mereka masih juga begitu..Ini adalah keluhan yang saya saya pernah terbaca:

    CELAKA..????!!!!!!!

    TOLONG LAH..FAHAMI HATI LELAKI INI!!!!!!!!



    "Assalamualaikum..

    Boleh dikatakan setiap hari saya berperang dengan nafsu, sakit jiwa dan mental dibuat nyer, tak tau sampai bila dan sampai mana boleh tahan. Nak dimudahkan cerita, boleh dikatakan setiap hari hidup ni berhadapan dengan perempuan-perempuan yang menghairahkan depan belakang kanan dan kiri (celakalah ke atas kamu!!!).

    Tolonglah wahai wanita, aku ingin jaga mataku dan imanku

    95% jiwa memberontak nak melakukan seks bebas/zina.. 5% jer yg tinggal sebab takut nanti Allah marah dan sebab kerana aku orang Islam, nasib baik Islam tak bagi.

    Jalan kearahnyer cukup mudahhhh, sangat mudah bagi saya, tak payah rogol-rogol atau paksa atau bayar. Free sahaja!!!Dah macam-macam strategi saya gunakan untuk penjarakan nafsu ini, sampai membuat perintah berkurung tak payah keluar rumah tapi mana boleh setiap hari, mesti juga kena keluar pergi kerja.

    Secara jujurnyer sebahagian orang perempuan zaman sekarang dah melampau!!!!

    Berpakaian melampaui batas tanpa segan silu. atau ada perasaan malu, saya ni orang lelaki kalau disuruh pakai seluar pendek celah kangkang berbaju singlet pergi ke tempat khalayak ramai pun tak sanggup.. maluuuu..

    tapi ada orang perempuan yang sanggup pada masa kini mana pegi hilang malunyer aku pun tak tau... menyusahkan akuuu...

    Tanpa segan silu saya menaip, kekadang diri terpaksa menumbuk sepak terajang pintu atau bantal maki hamun nyumpah serapah nak meredakan nafsu.. bagi penatt... isteri memang ada tapi sendiri pahamlah.. kalo nampak isteri aku sorangg jerrr mudah sket nak kawall.. kalo dah kluar dari rumah mau terbeliak bijik mata... lagi-lagi kalo time nak gi atau balik kerja.. adehhhh!!! nak gak kawen lagi satu tapi belum mampu lagi...

    Kepada kaum perempuan aku merayu tutuplah aurat muuu.. tutup setutupnyerrr. . !!!!!

    kasihanilah aku yang terpaksa berperang setiap hari oleh dek kerana perbuatan kamu... tolongglahhh. .. !!!!!!

    aku bukan orang warakk.. aku bukan orang alim ulamak.. aku hamba Allah yang biasa.. tak tau sampai bila aku mampu bertahan.."


    M.RIZAL
    http://imipro.blogspot.com/
    *dapatkan siri produk kesihatan dan siri penjagaan kereta anda!

    BalasPadam
  23. Pn. Liza, mungkin juga aset dipamerkan keterlaluan itu sudah tidak begitu berharga.

    Kalau emas disimpan di safe box bank, begitu juga intan dan berlian.

    Lihat barang kemas tiruan, diletak terbuka di atas meja solek. Kalau orang tahu, sentuh pun tidak mahu!

    BalasPadam
  24. ambo lagi sedih...

    bila melihat golongan wanita sebegini mula berevolusi di pantai timur..terutamanya klate..

    BalasPadam
  25. Betul tu En. Mazidul - Jadi, Sang Arjuna di luar sana jagailah panahan mata anda, jgn terpanah di lopak hapak, jgn terpanah di tanah jerlus - Pandai2lah bezakan yg mana kaca yg mana permata.

    Kaum hawa, pandai2lah meletakkan harga diri kita masing2 ye.. Nobody is perfect - Takpe, kita sentiasa ada ruang & peluang utk berubah... Selagi ada masa...

    BalasPadam
  26. Usahkan lelaki, sy perempuan pon suka tengok org sexy hehehe ... sexy utk kepuasan! Sy pernah bertanya pd sorg rakan yg agak seksi pd sy, senang aje jawapannya " yg cantik yg lawa buat apa nak simpan, kena tayang barulah ada yg menghargai!" Dasyat jawapannya..Berilah ceramah apa pun tentang aurat, bahaya seksi dia tak makan saman...

    Dah lama tak jumpa dia...ntah macamana sekarang di usia cecah 40-an ni masih menyeksi ker lagi...

    BalasPadam
  27. emmm....xfaham ngan pompuan2 mcm ni...saya yg salu kne ngorat kt kucing2 jalanan pon ase nyampah smpai kalo nmpk dr jauh "kucing2" itu cepat2 diri ini mengubah haluan menjauhi mereka....tp if pompuan2 mcm ni msti bgge kn kalo kne ngorat....tu 1perkara yg saya sgt xfaham dr dlu smpai sekarang...

    BalasPadam
  28. Maksiat mata, jauhi diri dari terusan dengan bau maksiat ini.

    Sebaliknya perempuan cantik sering dilukis dalam keadaan ghairah. Iklan pun begitu, asyik memperagakan perempuan seksi.

    Kena pandang jangan beralih pandang... pandang sekagus menikmati kecantikan perempuan ciptaan Ilahi. Bolehkah!?. Macam ajaran Guru Yahya sahaja.

    BalasPadam
  29. Dunia kita dah lintang pukang...
    Perempuan ibarat umpan syaitan....

    Cuba kita fikirkan :-
    1) Perempuan takut kena rogol, tapi ada perempuan yang berani ikut lelaki sebarangan tanpa takut.
    2) Takut kena rogol, tapi gadis2 sekarang suka pakai seksi seolah2 mecabar nafsu lelaki, tahukah mereka nafsu lelaki begitu rakus.
    3) Tak suka suami menggatal tetapi masa muda dahulu suka diusik atau melayan lelaki2 yang miang atau kaki perempuan yang suka menggatal.
    4) Nak cari suami baik, tetapi tidak berkelakuan baik atau masih kehulu-kehilir dengan jantan2 yang buruk perangainya.
    5) Gadis2 sekarang kurang tahu menjaga diri dan maruah, mudah merasa diri selamat (terlalu berani bersendirian) itu pasal mudah menjadi mangsa lelaki jahat.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.