Khamis, Februari 11, 2010

Siapa Telan Razor Blade? Urgh!

Raja Azman, 34 tahun, anak editor Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin dilapor dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor dipercayai akibat menelan pisau cukur, 'razor blade' petang Selasa lalu.

Kejadian dilaporkan Bernama, Malaysiakini dan Malaysia Today.

Bukankah razor blade digunakan untuk mencukur misai, jambang, janggut dan rambut? Not to be consumed. Barangkali ada kisah di sebalik kejadian. Kisah itu juga pastinya mempunyai pelbagai versi.

Baik, beralih ke isu lebih menarik, menyentuh kita semua.

Wanita juga mencukur bulu kaki, kan? Contohnya, seperti gambar di bawah. Tetapi mereka menggunakan pisau cukur (pisau ke?) kelihatan lebih berbentuk dan bersifat kewanitaan, cantik dan berwarna-warni berbanding pisau cukur digunakan lelaki, plain.


Majoriti lelaki dikatakan berasa 'geli geleman' jika terpandang betis wanita berbulu kasar, tambahan pula jika dia rupawan. Apapun, perasaan itu tertakluk kepada citarasa tersendiri.

Aha! Alang kepalang menyentuh kisah pisau cukur, terfikir, kenapa istilah 'pisau cukur' sering dikaitkan dengan wanita berbanding lelaki? Sedangkan saya percaya, lelaki lebih kerap menggunakan alat itu.

Wanita 'pisau cukur', bukan 'lelaki pisau cukur', sedangkan sebilangan lelaki zaman ini juga bijak mengikis harta wanita. Mungkin istilah terbabit boleh dikongsi, kasihan wanita terlalu lama dicop stigma sebegitu.

Nota Gambar untuk hiasan sahaja

14 ulasan:

  1. Bagaimana? menelan?

    Saya membayangkan proses menelan itu? heeeee...

    Adakah itu suatu cara pemberontakan perasaan cara baru?

    Hmmm... apa agaknya kisah di sebalik tindakan...

    BalasPadam
  2. Banyak lagi makanan kat malaysia boleh dimakan, Pisau cukur juga jadi pilihan..

    apa-apapun semoga dia tabah hadapi dugaan.

    dunia..dunia..

    BalasPadam
  3. telan pisau cukur?? agak ngeri bila memikirkan bagaimana mamat tu menelannya....huhu

    BalasPadam
  4. Ngeri lah angkel bila ai pikir kan dan bayamkan cemana tergamak beliau menelan menatam tu ha...ishh~

    pisau cukur...hmmm~ ('',)

    BalasPadam
  5. Gelaran Pisau Cukur untuk wanita sudah tidak adil lagi, kerana lelaki pun ramai yang begitu bijak mengikis...

    Dunia sekarang semakin mendesak mereka...

    BalasPadam
  6. bila di sebut lelaki pisau cukur. Macam tak sesuai je dan pisau cukur ni memang dah sinonim dengan wanita. ada bagus jugak pisau cukur ni, utk kesenangan sendiri juga kan? :)

    BalasPadam
  7. tajuk pun bikin seram..aduiii :(

    .........

    stigma pisau cukur patut diberi kpd lelaki skrg sbb ramai wanita bekerja dan lelaki selalu ambil kesempatan esp lelaki yg mmg muka tak malu.

    sabo jer aku!

    BalasPadam
  8. kalau selamat selepas menelan kira bleh makan besi..

    selamat mencukur kepada wanita..
    termasuk jika ada lelaki yang sedar tercukur

    kalau cukup yg ada anak bini lagi parah kesannya.

    BalasPadam
  9. banyak2 makanan pisau cukur jugak yang ditelan...susah nak terima..hurm..

    BalasPadam
  10. bang, apa nama abg pakai dlm facebook?(L/Kpl Mohd Azayusrin bin Kasri, PGM Bukit Aman)

    BalasPadam
  11. Kalu pisau cukur tersebut ditelan kerana si penelan itu sedang berada di dalam keadaan yg tertekan memang kesian... Kadangkala memang sukar nak menguruskan tekanan & emosi diri sendiri - keputusan yg diambil pd kebiasaanya pasti di luar dugaan - bukannya menyelesaikan masalah malah menambah kpd permasalahan yg sedia ada.

    Si pisau cukur di zaman millenium ini memang relevan kpd lelaki mahupun wanita. Menarah material si mangsa, membukitkan dosa si pemangsa - "rentikanlah Mannn...."

    BalasPadam
  12. Abang Dol, he is probably ill mentally... i mean confirm lah tu kalau dah telan blade.... tak yah lah orang media besar-besarkan cerita tu.... kesian dia.

    he needs help... but sometimes you need to help yourself, kena MAHU ditolong, bar boleh tolong.

    Anyway, just to drop by and say...... lama nya tak nampak....rindu ah! hehe Tke care!

    BalasPadam
  13. Gelaran Pisau Cukur hanya sesuai untuk perempuan sebabnya lelaki lebih pandai pun kerap guna pisau cukur untuk cukur janggut atau misai; mana ada masa nak cukur perempuan pula.

    Perempuan dapat pisau cukur lain pula kerjanya!; Tak ada kerja cukur duit lelaki; maka itu ujud gelaran Pisau Cukur ini.. khas untuk perempuan.

    Lelaki mungkin sesuai digelar mesin cukur; lagi hebat dari pisau cukur!.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.