Saya menaiki pesawat Malaysian Airlines System, MAS, MH722 dari Jakarta, Indonesia ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur petang semalam. Masa penerbangan dijadualkan, 6.15 petang. Pada jam 6.30 saya terdengar rungutan penumpang penerbangan sama.
"Kapal terbang pun tak nampak lagi," ujar lelaki memakai business suit duduk di belakang saya.
Penerbangan jelas terlewat namun tiada sebarang pengumuman berhubung kelewatan terbabit. Semua penumpang sabar menunggu dalam keadaan tertanya-tanya.
15 minit kemudian penumpang kelas busines dipersilakan memasuki pesawat diikuti penumpang kelas ekonomi. Seperti biasa, ketua pramugara berdiri di hadapan dibantu 4 krew kabin memberikan penerangan rutin berhubung langkah keselamatan menaiki pesawat.
Suara juruterbang kemudian berkumandang memaklumkan penumpang, beliau sedang menunggu 'clearance' bahagian trafik udara untuk terbang.
Tepat jam, 7.18 baharulah pesawat bergerak dan terbang, lebih sejam terlewat berbanding jadual sebenar. Saya kemudian bertemu dengan ketua pramugara bertugas.
"Selama berada di dalam kapal ni, ada tak you dengar perkataan maaf ke? Sorry ke?," soal saya.
"Tak," jawabnya.
"Kapal terbang ni dah terlewat satu jam. Apa salahnya on behalf of MAS, cakap sorry, make an announcement. Ini langsung tak ada," komen saya.
"Oh! There is nothing that we could do about the delay, masalah cuaca," jawabnya pantas.
Saya kemudian pantas berjalan semula ke tempat duduk diikutinya dari belakang.
"Mr. Maizatul ...," dia cuba menjelaskan sesuatu.
"Sorry, my name is not Maizatul, it's Mazidul. If I could pronounce your name, Patmanathan correctly, why don't you?," soal saya.
"My name is written here," katanya sambil menunjuk tanda nama di jaket dipakai.
Sebagai pekerja berpengalaman, jika dia tidak tahu nama sebenar penumpangnya, itu tidak salah. Saya juga tidak langsung berharap dia mengingati nama penuh saya, Mazidul Akmal Sidik, penumpang kelas ekonomi. Cukuplah jika dia menggunakan ganti nama 'encik', 'awak' atau 'saudara'. Pada hemat saya, tindakan itu jauh lebih cerdik berbanding memanggil saya menggunakan nama salah.
Pada masa sama, terdetak di hati, apa salahnya jika penumpang menunggu lebih sejam di dalam pesawat dimaklumkan lebih awal berhubung masalah didepani? Apa salahnya jika MAS membuat pengumuman itu? Apa pincangnya jika MAS memohon maaf kepada penumpang atas kelewatan berlaku? Jatuh kah mertabat? Lagipun, penumpang bukan menggunakan perkhidmatan percuma atau penerbangan tambang murah.
Barangkali, itu prosedur MAS. Jika tidak, hal ini boleh diperjelaskan.
7.52 malam, kedengaran suara juruterbang membuat pengumuman.
"Maaf, kelewatan berlaku kerana pesawat dari Kuala Lumpur lambat tiba kerana cuaca"
Saya percaya tindakan itu didorong 'mesej' saya sampaikan kepada ketua pramugara sewaktu bertemunya di bahagian belakang pesawat.
'Best cabin crew', anugerah dibanggakan syarikat penerbangan nasional negara itu selama ini.
Sekarang saya kurang menyakini maksud phrasa itu. 'Best', perkataan berbentuk 'superlative'.
Apapun, kejadian hampir sama pernah berlaku dan dicatat di blog ini, sila baca di
sini.