Jumaat, Julai 16, 2010

Najis Manusia Sebagai Pelaris?

Pelbagai isu dibangkitkan berhubung kedai mamak. Terbaharu blogger menulis berhubung dakwaan restoran mamak terkenal di Wangsa Maju, Kuala Lumpur menggunakan najis manusia sebagai pelaris untuk menarik pelanggan.

Apapun, tiada bukti disertakan, hanya sekadar pandang dengar, hearsay sahaja.

Sebelum ini pengusaha restoran mamak cuba mendapatkan khidmat pekerja warga tempatan namun sambutan diterima terlalu dingin. Maksudnya, rakyat tempatan tidak berminat bekerja di restoran mamak. Barangkali bekerja di restoran terbabit terlalu memenatkan kerana pemilik  selalunya bersikap tegas terhadap pekerja. Jika diamati, sukar melihat pekerja mencuri tulang biarpun sewaktu tiada pelanggan.  

Mereka bimbang dimarahi penyelia atau  pemilik restoran kerana kini kebanyakkan restoran mamak dilengkapi televisyen litar tertutup, CCTV. Pemilik tidak lagi perlu melawat setiap cawangan secara fizikal kerana premis milik mereka boleh dipantau menggunakan CCTV dari rumah atau pejabat.

Justeru pekerja restoran mamak lebih cekap dan pantas melayan pelanggan mereka. Sebaik duduk, pelayan siap sedia berdiri berhampiran meja.

"Minum?," soalnya.

Sejurus minuman dipesan, dia akan mengajukan soalan seterusnya.

"Makan?"

Itu antara perkataan terawal diajar kepada mereka, majoriti pekerja asing berasal dari India dan beragama Hindu.

Namun, kebanyakkan pelanggan beragama Islam tidak menghiraukan identiti pekerja terbabit. Asalkan pesanan mereka dihantar cepat, itu  sudah mencukupi dan pelanggan berasa cukup selesa melepak di restoran mamak sambil berbual bersama rakan.

Sebelum ini ada pihak mendakwa berhubung tindakan restoran mamak meletakkan seluar dalam dan tuala wanita terpakai di dalam periuk makanan sebagai pelaris namun tiada bukti sahih dikemukakan, semuanya sekadar hearsay. Lebih mengejutkan ada pihak lain mendakwa melihat makhluk halus berlidah panjang menjilat lantai di restoran mamak di Kuala Lumpur tetapi kenyataan itu juga tidak lebih daripada dakwaan.

Sebagai pengguna, kita berhak membuat pilihan tepat berhubung lokasi menjamu selera. Hakikatnya, masih banyak gerai atau restoran diusahakan warga tempatan beragama Islam di seluruh negara. Pelanggan berhak menggunakan mata kepala untuk menilai tahap kebersihan premis sebelum menjamu selera. Bukan susah, sebelum memesan makanan atau minuman, cuba jenguk bahagian dapur gerai atau restoran terlebih dahulu. Lihat sendiri tahap kebersihan ruang terbabit. Jika pengusaha atau pekerja tidak membenarkan tindakan itu, tanya dia kenapa?

Barangkali itu antara sebab saya tidak digemari pekerja restoran mamak pernah dikunjungi sebelum ini.

Satu hakikat sukar disangkal, rakyat Malaysia lantang bersuara mempersoalkan pelbagai tindakan kerajaan jika didapati tidak bersesuaian dengan kehendak majoriti tetapi malangnya kecut perut untuk menjenguk dapur restoran mamak.

10 ulasan:

  1. em. betul. kenapa setiap kali dorang cakap isu ni mesti xde bukti. and betul apa yg di ckp kan.. kitalah yg kena mmbuat pilihan yg tepat..

    BalasPadam
  2. memang hearsay juga benda2 kotor ni diletakkan dlm makanan di restoran..bukan hanya di restoran mamak tp juga restoran melayu islam pun sebagai pelaris ...

    jika kita rajin amalkan bismilah 6 dan juga ayat penggerak sebelum masuk restoran, insyallah dpt "gerak rasa" s/ada restoran itu guna bagahn2 kotor/jin utk pelaris..

    Bila bro mazidul sebut jenguk ke dapor restoran utk pastikan kebersihannya..sy pernahlah sekali ke dapur restoran sbb nak ke toilet..kena melalui dapur..tengok semua ayam,perut,daging diletak di atas simen tanpa sebarang alas..terus tak jadi order makanan bila keluar dr toilet.Kawan2 heran semua knp sy tak nak makan.. lepas keluar restoran barulah sy cerita. Marah mrk semua pd sy tak beritahu awal2..mulai hari itu hingga sekarang sy tak singgah dah restoran itu biarpun tersohor pun.

    BalasPadam
  3. Salam,

    Makan minum menjadi darah daging...lebihkan makan dirumah..kalau tak 100% pun (mcm kita kecik2 dulu)..50% pun dah baik, kan best makan masakan isteri ...@ masak sendiri krn kata ustaz2, air tangan ibubapa mempengaruhi kelibat anak2...merapatkan kasih sayang antara suami & isteri.

    Kalau asyik makan kt kedai...mamak masak, indon masak, hindu masak...bersih ke?, muslim ke? etc...belum lagi isu bahan2 mentah yg di supply oleh cha ya nun alip...berhati2

    BalasPadam
  4. Haa.... memang susah nak dapatkan bukti melainkan kita sendiri nampak dan ambil gambar.

    Tapi kan.. masa di sebuah gerai sate dulu, ada seorang pelanggan terjumpa tisu dalam kuah sate. Rupa-rupanya pakcik sate tu campurkan semula kuah sate yang tak habis dimakan pelanggannya.

    Terus phobia makan sate di luar. Biasa beli kat pasar malam tu pun kita dah kenal benar dengan penjualnya.

    BalasPadam
  5. saya rasa ramai jugak yg keliru bila restoren hindu tulis ayat dlm tulisan jawi.. so disangka restoren mamak (india muslim).. disangka tulisan alQuran. cuba tengok restoren lotus, kat papan tanda restoren diorg ada tulisan jawi "dengan nama tuhan yg maha pemurah dan penyayang".. kalau org yg buta tulisan jawi mmg nampak mcm makna Bilmillah.

    BalasPadam
  6. takde siapa paksa kita utk makan di restoran mamak.. itu pilihan kita.. dan sememangnya terdapat pelbagai keraguan yang saya sendiri pernah alami.. dan kini saya tidak lagi ke restoran mamak..

    terdapat pelbagai dakwaan antaranya pembekal ayam untuk restoran mamak adalah dari bukan muslim kerana mendapat tawaran harga yang jauh lebih murah.. tapi semua itu hanya dakwaan kerana tiada bukti..

    sama juga isu kopitiam.. ntah lah saya sendiri tiada bukti tetapi saya mengambil langkah berhati-hati.. makan di rumah lebih baik.. makan di restoran jika tiada pilihan lain.. tetapi seperti kata bro mazidul.. kita periksa dahulu..

    BalasPadam
  7. salam
    sebut pasal restoran mamak ni, satu isu yg berat bagi saya. menggunakan pelaris 2 xleh nk ckp mamak je, kedai melayu islam pn ada. tapi yg menjadi mslshnya cara kerja restoran mamak ni yg buat dorg xmenang tangan nk melayan.pelanggan ramai...sikap dan cara kerja dorg yang buat restoran melayu kita xboleh ikut. untuk mengubah keadaan ini pengguna yg kena berubah..pilih restoran yang baik...jangan tengok luaran je...bagi peniaga pula...kenapa tidak jadikan budaya kerja kdai mamak sebagai guide line untuk berniaga.xmustahil restoran melayu islam pn leh jadi mcm restoran mamak. tepuk dada tanya selera

    The Dajjal Crimes

    BalasPadam
  8. Bro

    Kedai Mamak guna pelaris?

    Contoh: ( Pengalaman saya sendiri)

    Gulam Mi Restorant - Seksyen 7, Kota Damansara ( Berwarna BIRU, 2 endlot dan boleh di lihat dari Jalan Besar Kota Damansara ke Sungai Buloh)

    Kronologi:
    1. Duduk dimeja bersama isteri pukul 8.00pm, kena suit suit panggil waiter datang dan ambil Order makanan/Minuman - pukul 8.25pm
    2. Pukul 8.47pm - minuman sampai, punyalah cepat sampai tertumpah atas meja
    3. Pukul 9.00pm - Saya tanya pada waiter " Mana Nasi Ayam saya?"
    Waiter " eh eh eh.. abang order apa tadi?"
    4. Pukul 9.15pm - Nasi Ayam sampai, satu pinggang nasi sahaja, Ayamnya tiada
    5, Pukul 9.16pm, saya terus ke gerai Nasi Ayam dan beritahu " Saya order Nasi Ayam 2 set, tapi kenapa yang sampai cuma nasi tambah sahaja?"
    Petugas gerai nasi Ayam jawab " Orang tak de bang?"
    ( Apa yang saya Nampak, Waiter berbaju-T OREN ramai yang ke hulu kehilir, mengikut kiraan adalah 15orang, tak cukup ramai kah?"
    6. Akhirnya, nasi ayam saya sampai ke meja dengan set lengkap, pada pukul 10.05pm
    7. Selesai makan pukul 10.25pm, waiter datang bertanya " Boleh saya clearkan meja?" ( Ini ialah satu cara halus untuk suruh orang belah dari meja) amboiiiii... kalau pasal menghalau, cepat aje ye?

    Penilaian:
    1. Teh cair, susu kurang, air tak cukup panas.
    2. Nasi ayam...hmmmm TAK SEDAP LANGSUNG!
    3. Tempoh menungu - 1 jam 40minit. Anda kena makan sikit sebelum menjamu selera di restoran Gulami ( Dah tukar nama jadi GULAMBAT)

    Nota: Kebanyakkan waiter di Gulammi adalah BISU, CACAT MULUT (TIDAK BOLEH SENYUM) dan ada masalah perhubungan awam serta tidak cukup makan dan tidak bertenaga)

    Restorant Kayu Nasi Kandar (Sunway Damansara Kota Damasara)
    1. Duduk di Meja pukul 8.30pm, soerang macha terus datang dan ambil order makanan dan minuman.
    2. Minuman sampai pukul 8.40pm
    3. Makanan sampai siap dengan sudu, garfu, tisu dan resit pada pukul 8.50pm.
    4. Kebanyakkan waiter kenal aku he he he he sebab selalu tengok bola kat situ.

    Penilaian:
    1. Teh tarik memang kaw, susu cukup, teh ada rasa.
    2. Mee goreng dan makanan lain agak mahal, tapi sedap.
    3. Tempoh menunggu - 10 ke 15minit.

    Kesimpulannya: Nilaikan sendiri, ada pelaris atau tidak?

    BalasPadam
  9. No komen.

    Sejujurnya, saya tak berkenan sangat dengan restoren 'gagak'...

    No offence...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.