Selasa, Julai 20, 2010

Sekadar Menutup Aurat

Jam 1.30 pagi tadi, saya minum di kedai mamak berhampiran rumah. Saya perhatikan gelagat 3 remaja, 2 lelaki dan 1 gadis bertudung duduk di meja bertentangan.

Dari loghat perbualan saya dapat menjangkakan mereka berasal dari Indonesia. Gadis bertudung itu sekali sekala dipeluk remaja lelaki duduk rapat di sebelah kirinya. Lebih setengah jam saya perhatikan 'drama' mereka bermesra.

"Kamu dari Indonesia?," soal saya ketika menghampiri mereka.

"Ya," jawab remaja lelaki.

"Kalau dia isteri kamu, balik rumah. Saya tengok sejak tadi, sakit mata," ujar saya.

"Bukan," katanya sedikit terkejut.

Pantas, remaja lelaki itu bangun dan bergegas pulang ke rumahnya di kawasan berhampiran.

"Kamu bertudung, jagalah keperibadian," pesan saya kepada remaja perempuan Indonesia itu.

Terlintas di hati, mungkin tingkah laku ditampilkan ditiru dari sikap sebilangan gadis tempatan bertudung namun tidak segan silu berpegang tangan dan berpelukan dengan teman lelaki biarpun di khalayak ramai.

Barangkali mereka bertudung sekadar untuk menutup aurat pada masa sama mendedahkan perlakuan bercanggah dengan budaya timur dan agama dianuti.

22 ulasan:

  1. Bertudung sekadar berfesyen dan ikut-ikutan tanpa penghayatan. Memang sakit mata dan sakit hati melihatnya.

    (Muncul pula satu iklan di kaca TV yang para pelakonnya hanya nampak muka tapi berpakaian seperti telanjang!) :(

    BalasPadam
  2. Tahniah bro Mazidul kerana berani menegur maksiat di depan mata!! Tak ramai yang berani macam ini.

    Kalau semua umat Islam bersikap begini kan bagus.

    Apabila kita terlihat suatu kemungkaran maka cegahlah gunakan tangan (kuasa), jika tidak mampu maka gunakanlah lidah,jika masih lagi tak mampu maka gunakanlah hati itulah selemah-lemah iman...

    Andai kata guna hati juga kita tidak mampu..maka tahulah sudah jawapan tahap iman kita ini.

    Zaman sekarang, dugaan maksiat itu semakin kuat dan bahaya lebih-lebih lagi kepada ramaja tak terlepas juga kepada yang dewasa dan yang tua.

    Memperbanyakkan zikir kepada Allah insyaAllah dapat mengalahkan nafsu dan sebaik-baik zikir adalah zikir di dalam hati (Qalbu). Hati yang kosong tanpa zikir mudah diisi oleh syaitan. Jika syaitan sudah memenuhi ruang Qalbu maka nafsulah yang bermaharajalela.

    Allah.....Allah.....Allah.....

    Tahniah!

    BalasPadam
  3. Salam En. Mazidul,

    Syabas! berani menegur perkara mungkar depan mata.
    Saya kerap terserempak perkara begini yang dah terlalu biasa, tapi hanya tegur dalam hati saja.
    Takut jugak, silap hari bulan, kena pelangkung pulak. :-)

    BalasPadam
  4. yang bertudung tak semestinya menutup aurat..sebagaimana yang islam tak semestinya beriman...

    tindakan 'bebas' yang sebenarnya merendahkan nilai diri

    BalasPadam
  5. cayalah bro.. budak2 sekarang ni byk yg kurang ajar.. depan2 org pun berani buat bukan2.. masyarakat kita kena bersikap mcm ni.. tegur terus.. jgn biarkan.. makin menjadi2 nanti.. dan dah sememangnya menjadi yg bukan2 sekarang ni.. buang anak dan sebagainya.. masyarakat kena ambil tindakan proaktif..

    BalasPadam
  6. Manusia akhir zaman... tudung tuh sekadar fesyen sahaja agaknya,
    ada jer yg bertudung tp bajunya ketat sampai nampak segala lurah dan gunung ganang, singkat sampai kan nampak longkang kat belakang tuh.. memalukan jer.. ada baiknyer ler tak pakai tudung

    BalasPadam
  7. remaja sekarang tak malu. Bercium depan org ramai pun ade

    BalasPadam
  8. tudung hanya sekadar sehelai kain yg xbermakna bagi mereka yg x tahu nilainya

    BalasPadam
  9. ramai yg bertudung camtu..bukan org indon je...org kita pun ramai.. bila ditegur marah..huh..mmg menyakitkan mata...

    BalasPadam
  10. saya sangat suka dgn tindakan tuan mazidul. sebab sikap segelintir yg begini lah yg membuatkan wanita bertudung lain dipandang tanpa harga sekarang. saya turut terpalit.

    BalasPadam
  11. kat indonesia ini pun sy tgok mcm dah mmg kebiasaan pegang2 tangan, rmbut, bahu walaupun cuma kawan..apatah lg serpihan indonesia yg merantau ke mlysia tu

    BalasPadam
  12. movie2 indonesia pun byk papar adegan x senonoh..bersyukurlah kalau di malaysia masih belum ada pengarah yang berani selit adegan 18SX yang menunjukkan isi bagian tubuh

    BalasPadam
  13. Bro

    Hari tu kat Seksyen 5, ada orang kejar budak budak macam ni dengan rotan di tangan. Tengok lah, esok esok saya pun nak beli rotan juga. Nampak perkara macam ni, saya libas je. Biar kita libas hari ni, jangan kena libas di akhirat nanti. Betul tak?

    BalasPadam
  14. itu yang negatifnya import budaya Liberal dari seberang..


    * harian metro lebih digemari/dibaca oleh warga sana..elok tukar bahasa dailek seberang atau pemegang sahamnya..
    hali hali ada gambar seksa.. elok tukar nama kepada "the metro"

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah... Amar maaruf nahi mungkar... Senang-senang Bro dapat pahala dengan teguran begitu!

    Kekadang saya hairan, mereka berpakaian bukannya menutup aurat, sebaliknya 'membalut aurat'...

    BalasPadam
  16. Kalau lah saya seberani Mazidul...sakit mata melihat perlakuan remaja kita..saya pnya anak remaja perempuan sgt runsing dah risau dgn masalah sosial skg ni....paling tidak saya akan menjeling tanda menyampah...selalunya mereka akan buat poyo....buat2 tak dgr. Abis apa lagi daya kita?..silap haribulan bila kena menegur nanti kita pulak yg di belasah??..

    BalasPadam
  17. seperti Asraf, saya pun ucapkan terima kasih kpd Bro Mazidul kerana mejalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang sejati.

    BalasPadam
  18. slm en. mazidul.. semlm time menunggu test result d hospital dtg le 2 pompuan & 1 lelaki dok dpan saya. 2 pompuan bertudung tp sorang ni bajunye nampak lengan & sluarnye jeans ketat. sesekali time syok bersembang terbongkok ke depan nampak le kawasan antara baju & sluar ketat tuu.. ishh mujor saya ni pompuan juge.. xde selera.. :P

    BalasPadam
  19. Bak kata kawan saya "itulah bezanya bertudung dan membalut kepala". Kebanyakan remaja yg bertudung tu hanya membalut kepala aje.

    Vic pun dah meluat sangat tgk gelagat org kita yg berpeluk tak ingat dunia di khalayak ramai. Dalam komuter berpeluk sakan, padahal pmpnnya bertudung2. Bila disindir mereka melenting.

    BalasPadam
  20. Meh Kita Buat Team Tegur Menegur Ni Ramai2..Baru La Mereka2 Nie Tak Berani Melawan...

    BalasPadam
  21. pendidikan dan kesedaran semua nya bermula dari rumah..kalau dah dari kecik emak bapak tak pernah tegur jangan harap lah nak dapat insan2 yg baik dan bermoral serta beriman..

    BalasPadam
  22. Bukan hanya remaja; Mak Budak pun apa kurangnya; sering saya perhatikan jika ke luar rumah bertudung sopan; bila di rumah terutama ketika jemur kain atau terkadang sampai berkemban di halaman rumah!...

    Apatah lagi jika tetiba hari hujan... ketika ini memang menguji iman Mak Budak; takutkan air..kain basah tetapi mencampak diri & suami terjun ke api... neraka.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.