Khamis, Februari 17, 2011

Alam Flora Cuti Maulidur Rasul 3 Hari? (Updated) MASALAH SELESAI!

Jam 2.20 petang tadi, saya rakamkan gambar lambakan sampah berhampiran Apartment Dedap, Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.


"Dah 3 hari sampah tak berkutip, orang nak makan pun 'berperang' dengan lalat, bau sampah busuk," ujar peniaga.

Gerai menjual makanan terletak kurang 5 meter dari tong sampah disediakan.


Pada jam 4.55 petang tadi, saya kemudian menghubungi pejabat Alam Flora di talian 03 7783 1403 dan dinasihatkan bercakap dengan pengurus syarikat di talian bebas tol 1-800-880-880.

"Tolong berikan alamatnya," ujar pegawai bertugas.

Bahagian aduan Alam Flora dilaporkan menerima puluhan aduan berhubung sampah tidak dikutip di kawasan sama, masakan informasi itu tidak diketahui pihak pengurusan atasan syarikat.

Pelik.

Sampah bukan sebungkus dua, bertimbun.

Untuk rekod, saya tidak menetap di apartment terbabit, cuma bersimpati dengan keadaan penduduk terpaksa hidup di persekitaran bertemankan sampah.

"Tadi saya pergi makan di sana dan dah rakamkan gambar sampah tu, encik tengok dan baca blog saya, google 'Bersama Mazidul," kata saya.

Saya meninggalkan nombor telefon bimbit untuk memudahkan pegawai bertugas memaklumkan saya berhubung perkembangan tindakan bakal diambil.

Rakyat seluruh negara bercuti  sehari Selasa lalu sempena sambutan Maulidur Rasul.

Barangkali pekerja Alam Flora mengambil cuti tambahan selama 2 hari?

Kita bersama tunggu berapa lama masa diperlukan pihak pengurusan Alam Flora untuk menangani masalah didepani orang ramai.

I start counting ...

Kemaskini

Saya difahamkan pihak Alam Flora berhadapan masalah pertukaran kontraktor. Jadi wajarkan penduduk dibebani masalah berikutan tindakan terbabit?

Hemat saya, tidak. There must be a way how to solve the problem.

Kemaskini II

Pada jam 9.10 malam tadi saya dihubungi pegawai Alam Flora memaklumkan kakitangannya telah mengangkut lambakan sampah terbabit.

"Kontraktor baru dilantik 3 minggu lalu dan kita masih memantau kerja mereka," ujar pegawai terbabit.


"Bukan ke kerana Alam Flora tidak menjelaskan bayaran kepada kontraktor sebelum ini?," soal saya.

"Bukan. Kerja kontraktor sebelum ini tidak memuaskan dan kita terpaksa terminate kan," jelasnya.

Kurang 4 jam setelah syarikat terbabit saya hubungi, masalah dapat diselesaikan, terima kasih kepada Alam Flora.

Esok, jam 8.30 pagi, sebelum ke Johor Bahru, InsyaAllah akan saya rakamkan gambar di kawasan terbabit.

Berikut gambar saya rakamkan pada jam 9.54 pagi 18 Februari 2011.


19 ulasan:

  1. Masalah sampah ni ada di mana2. Orang awam dan pihak berkuasa perlu bekerjasama bagi menjamin kebersihan alam sekitar. Terima kasih En. Mazidul kerana prihatin dengan masalah sekitar.

    BalasPadam
  2. Bau sampah hanya boleh tahan, pada musim durian..bila cuti je sampah byk.

    BalasPadam
  3. hmmmm....salah plan cuti utk para pekerja ker sampai perkhidmatan terganggu ni??

    BalasPadam
  4. abg mazidul..saya duduk dekat flet sentul..bukan setakat sampah-sampah biasa je..sampai kan sofa satu set dgn kitchen kabinet pon diorang buang..itu senario biasa.

    saya selalu perhati je bila dbkl dtg kutip..tension je diorang..kesian jugak tgk..sbb kalau semua org buang elok2 kat dalam tong senang je rasanya kerja diorang..angkat tong pakai mesin tolak tu heret sampai lori, then bushhh buang dalam lori..pastu dah boleh blah dah.

    Moral yg saya ingin sampikan ialah:
    1.Agak2 la buang sampah tu..kalau barang2 perabot bagai, sewalah lori..suruh buang..bertanggungjawablah sikit.

    2.Buanglah sampah elok2 kat dalam tong sampah..bukan ditepi tong..diulangi..bukan ditepi tong!

    3.sampah ikat elok2 kat dalam plastik..jgn la botol kicap semata2 buang kat dalam tong..walaupun botol kicap or sos letak lah elok2 dlm plastik..nak lagi skema bawak pegi ktar semula punya tong..tapi takkan boleh buat punya..tong sampah depan mata pon boleh buang tepi tong..hehehe

    BalasPadam
  5. Kalau dalam pengetahuan sbg kontraktor dan sedang berkhidmat dgn sbg kontraktor Alam Flora (bukan ditempat ini), jadual kutipan bagi kawasan terbabit adalah setiap hari kecuali hari Ahad. Atau lebih tepat 6H seminggu. Cuti hanya pada hari Ahad dan tiada cuti lain selain itu termasuklah pada hari raya. Apa juga cuti umum jika tidak kena pada hari Ahad kami akan bekerja seperti biasa. Jika ini berlaku, mungkin masalah ini ditimbulkan oleh kontraktor itu sendiri. Atau mungkin juga payment lama tak masuk.

    BalasPadam
  6. ish2, mn majlis?...abeh kotor kwsn perumahan

    BalasPadam
  7. Bro, hari tu ada wakil penduduk di kawasan pondok buruk saya ada call Alam Flora, jawapan sama diberikan, masalah pertukaran kontraktor. Tapi desas desus yang saya dengar ialah kontraktor tidak mendapat bayaran. Kerja tak de gaji, siapa nak, betul tak?

    BalasPadam
  8. Pertukaran kontraktor bukan saja berlaku di situ...malah setiap tahun bila proses ini berulang².

    Tempat kami pun lalang dah panjang.... bagi orang yang faham dan memerhati mesti fikir " ini mesti proses tukar kontraktor lah ni..." sebab keadaan ini berulang2 setiap kali tukar.

    BalasPadam
  9. Masalah pengurusan & pertukaran kontraktor yg tdk teratur, penduduk yg menjadi mangsa.

    Terlanjur cerita bab sampah ni, saya sehingga kini msh tertunggu-tunggu bilalah gamaknya lori sampah akan mempunyai takungan air yg mengekang 'jus-pati-piau berdengung' sampah-sarap yg pelbagai variasi tu drp menitis-mengalir-tumpah di atas jalan raya.

    Kalu susah beno nak memikirkan mcm mana rupa bentuknya & tak nak pula meniru lori sampah mesra alam negara maju, maka saya cadangkan adakan pertandingan rupa bentuk lori sampah - rakyat Malaysia ni sgt kreatif, percayalah.

    Saya yakin di ketika itu nanti, Pemandu lorinya, pengangkut sampahnya akan senyum tak sudah kerana mendapat lambaian mesra drp org ramai yg tdk lg menutup hidung (cuba bayangkan Bai roti berbasikal yg Mak kita lambai di subuh hari di era 60-70an dulu - ala nak beli roti paun...).

    BalasPadam
  10. Tiada kutipan selama 3 hari utk pusat tong awam mmg fail KPI la alam flora. Alasan je diberi! Boleh tak guna lori alam flora dulu (boleh charge kedian kan!)Lori cukup ke? atau lupa berapa biji lori yang ada utk bantu kontraktor dlm kes ini!

    BalasPadam
  11. Tidak kutip 3 hari dari pusat tong awam mmg alam flora fail KPI. Alasan je yang diberi. Kalau pantau, beritahu kontraktor buat kutipan. Eh smpai bau dan melimpah. Boleh tak pakai lori alam flora dulu dan charge kos pada kontraktor (selalu buat kan?)Atau lori tak cukup atau lupa berapa buah yg ada utk bantu kontraktor.

    BalasPadam
  12. hurmm masalah ne tak pernah selesai..tapi cube fikir hari2 diorang kutip so nak gak cuti kejap..bayangkan kita pun hari2 bau sampah cam ner tu?

    BalasPadam
  13. alam flora tak dtg kutip satu hal.

    satu hal lagi ialah cara kebanyakan kita membuang sampah, sama2 la kita mendidik diri kita dan keluarga kita membungkus sampah dan bahan buangan lain dgn cara yg lebih bijak - iaitu dgn memastikan sampah buangan kita itu tidak senang terburai, ikat kuat2.

    alam persekitaran tanggungjawab kita bersama.

    BalasPadam
  14. Ada baiknya semua sampah2 tu dilonggokkan didepan Pejabat Alam Flora baru adil...ha ha ha.
    Barulah diorang akan ambil tindakan.

    BalasPadam
  15. terlanjur singgah kat sini, nak menyatakan sesuatu.. apa yang paling penting, mentaliti kita sendiri kena maku setapak lebih dari orang lain.. cuba tengok, ada kotak, ada kertas dan ada tin2 minuman yang boleh dijual untuk barang kitar semula.. tak kurang gak, ada kayu2 perabot yang dibuang dalam "leach" bin tu.. lori compactor mana boleh telan kayu, rosak la lori dye org, pastu bocor, tumpah plak air "leachete" yang busuk tu... katu dan semua jenis perabot takleh buang sesuka hati. kena tgk waktu gak. Alam Flora hanya dipertanggungjawabkan kutip 2 kali sebulan untuk sampah pukal camtu.. bila jadi longgokan sampah camni, Aalam Flora gak dipersalahkan, sedangkan, tangan yang membuang tu, goyang kaki kat umah...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.