Khamis, Februari 03, 2011

Bala Buat Mesir

Jun 2010, saya berada di Kaherah, Mesir.

Ketika itu bandaraya terbabit aman tanpa kekacauan akibat berhubung konflik pucuk pimpinan negara Islam terbabit.

Selepas berada di Kaherah dan Al Arish selama 12 hari, saya kembali ke Malaysia.

"Kalau awak bagi saya RM20,000 dan menyuruh saya pergi bercuti bersama keluarga di Mesir, saya akan top up RM2,000 kepada jumlah itu dan mempersilakan awak pergi. Pergilah melawat piramid, pergilah melawat sphinx dan pergilah melawat Sungai Nil, kerana itu sahajalah Mesir ada"

Itu kenyataan berbentuk gurauan saya ungkapkan  kepada kenalan bertanya berhubung pengalaman saya tempuh di Mesir.

Gambar berikut saya rakamkan pada 27 Jun 2010 di Lapangan Terbang Kaherah.


Ketika tiba di lokasi ini, jurukamera, Norkamal Azedy Ahmad berbisik kepada saya.

"Kita nasib baik, semua smooth kali ini. Dulu masa aku datang ke sini, pegawai imigresen dia macam sial. Boleh dia main-mainkan kita? Masa nak cop passport tu, dia tengok muka kita. Dia buat buat macam nak cop, lepas tu dia tarik balik cop tu dan senyum dekat kita. Kita pun tunggulah macam orang bodoh  Dia buat buat nak cop sekali lagi tetapi tak jadi. Macam itu lah sikap dia orang"

Biar pun bergelar bandaraya, Kaherah atau Cairo bukan metropolitan maju sekali pun Mesir, negara bermulanya tamadun awal manusia. Anggaran saya, dari aspek pembangunan infrastruktur, Mesir ketinggalan lebih 20 tahun berbanding Malaysia. Lihat kenderaan awam dan teksi uzur digunakan di ibu negara Mesir itu.


Sedikit sebanyak, saya yakin penduduk bandaraya ini tidak berasa selesa dengan kemudahan awam disediakan pihak kerajaan di bawah pimpinan Presiden, Hosni Mubarak.

Dalam tampalan sebelum ini, saya pernah menyentuh berhubung jumlah gaji bulanan polis di Mesir. Berapakah gaji mereka? RM120 sahaja. 

Maka tidak hairan lah jika pemberian 'baksis',  'hadiah' dalam bentuk wang tunai, kepada polis amat berleluasa. Lumrah, pemandu teksi memberhentikan kenderaan di tepi jalan untuk menurunkan penumpang di hadapan hotel terpaksa menghulurkan baksis kepada polis. Jika tidak, dia akan dikenakan tindakan undang-undang. Berikutan itu, tidak janggal jika sebilangan penduduk Kaherah saya temui menganggap baksis sebagai rasuah diberikan secara sah.


Aksi polis trafik duduk berehat sambil menghisap rokok di tepi jalan utama seperti saya rakamkan pada jam 2 petang, 27 Jun 2010  ini tidak dapat pembaca saksikan di negara kita. 


Timbul persoalan, berpuas hatikah pihak berkuasa Mesir dibayar gaji ciput tidak berbaloi berbanding  tanggungjawab mengawal trafik? Saya terpaksa mengakui sikap pengguna jalanraya di Malaysia jauh lebih berdisiplin berbanding pemandu di Kaherah. Bagi mereka, lampu isyarat hanya sekadar hiasan, hon sentiasa dibunyikan bak muzik indah untuk telinga mereka.

Aksi penunggang basikal membawa roti menciluk di celah kenderaan, senario biasa dilihat di ibu negara itu.


Manakala peminta sedekah tanpa teragak-agak menghulurkan tangan, meminta simpati biar pun  daripada warga asing tanpa perasaan segan. Pastinya faktor kemiskinan mendorong mereka bertindak begitu.


Hemat saya, mereka hidup daif  tidak teragak-agak untuk bangkit memberontak menentang kerajaan dengan harapan status kehidupan mereka berubah jika pucuk pimpinan ditukar. Justeru, hairankah kita apabila dipaparkan berita rakyat Mesir kini merusuh menentang kerajaan pemerintah?

Tidak lengkap jika tidak saya catatkan di sini, Mesir juga kelihatan dihantui bayang-bayang sendiri. 

"How come the lift is so small, only 2 people can fit in?," soal saya kepada petugas di kaunter hotel.

"It is back to the history. At one time part of Egypt was invaded by Israelists, so the secret service were worried if lifts were used as secret meeting venues. So they asked the hotel owners to make  them  small," jelas petugas terbabit.


Hasil tinjauan di beberapa lokasi di Kaherah memberikan gambaran hampir di setiap sudut bangunan dijadikan tong sampah besar.


Sewaktu menaiki teksi menuju ke Concorde Hotel, Mesir, saya melihat sikap angkuh pemandu terserlah.

"Do you know where Concorde Hotel is?," soal saya.

"Yes, of course," jawabnya yakin.

Selepas tersesat jalan hampir 2 jam, dia kemudian memperlahankan kenderaannya di tengah jalan untuk bertanya arah ke hotel terbabit kepada pemandu teksi di sebelah teksi saya naiki.


Pemandu di bawah ini juga mempunyai sikap sama, secara angkuh mendakwa mengetahui jalan ke Pejabat Emergency and Relief Agency di Kaherah.


Akhirnya kenderaan terpaksa diberhentikan di tengah jalan untuk dia menghubungi rakan mengetahui lokasi sebenar.


Di Malaysia banyak premis menjual arak tetapi agak sukar kita melihat botol minuman keras dibuang di tengah jalan utama.


Apa pun saya hanya menganggap semua itu sekadar hal remeh.

Jika kita lihat sebelum ini dunia dimomokkan dengan berita kononnya sempadan Mesir-Gaza dibuka kepada orang ramai untuk mereka masuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Islam Gaza.

Saya melihat dari perspektif berbeza. Kenderaan saya naiki bersama petugas Aman Malaysia ditahan  berulang kali dan perjalanan kami dilengahkan pasukan polis mereka menjaga 10 check points di antara Kaherah dan Al Arish. Saya ketika itu menyertai misi menghantar bantuan kemanusiaan sentiasa berada di dalam keadaan ketakutan biar pun tujuan kumpulan saya sertai murni, untuk membantu saudara seagama di Gaza.

Lihat gambar berikut, kenderaan kami naiki diekori polis Mesir. 


Kehadiran kami untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada rakyat Islam Gaza dianggap ancaman di negara Islam bergelar Mesir.

Weird but true.

Tingkap banglo saya huni selama 3 hari bersama Norkamal diketuk polis bertalu-talu pada jam 2 pagi hampir setiap hari  bertujuan memantau kedudukan kami.


Pantai Al Arish, terdampar indah di belakang banglo, sepi tanpa pengunjung. Menurut peniaga membuka gerai usang di tepi pantai, polis di daerah itu mengutip wang perlindungan daripada mereka, kelompok hidup hampir merempat di negara sendiri.


Berikutan rusuhan berlaku di Mesir, terfikir, apakah nasib menimpa gadis cilik ini?


Semoga Allah memelihara keselamatan dia dan keluarga, mesra melayan saya dan krew biar pun hidup serba kekurangan.

30 Jun 2010, saya dan krew Majalah 3 ditahan Majlis Keselamatan Mesir hampir 2 jam. Mengapa?

Hanya kerana kami menemubual wartawan dari Jerman gagal memasuki Gaza setelah 9 percubaan, di Safa Hotel, Al Arish. Pada masa sama pihak berkuasa Mesir bimbang kerana krew kami bersembang dengan lelaki warga Palestin menetap di hotel sama. Sehari sebelum itu lelaki terbabit cuma memasuki Gaza untuk bertemu ahli keluarga tetapi gagal.


Terus-terang saya nyatakan, nyawa kami waktu itu bagaikan telur di hujung tanduk. Bukan  akibat diancam tentera Israel tetapi pihak berkuasa negara Islam, Mesir.

Kegagalan krew kami memasuki Gaza, pada dasarnya kerana sikap flip flop pihak berkuasa Mesir. Undang-undang di sempadan Mesir-Gaza, Rafah, sentiasa berubah mengikut kehendak pemerintah Mesir.

Rumusannya, selama ini Mesir menyukarkan orang Islam dan pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa untuk membantu lebih 1.5 juta penduduk Gaza kini terus terseksa akibat kebaculan Israel.

Mesir, negara Islam tanpa taring kerana secara tidak langsung sanggup membiarkan rakyat Gaza menderita akibat sekatan ekonomi berterusan. Kini bala menimpa negara itu. Rakyat bangkit merusuh bertujuan mengubah pucuk pimpinan sekaligus mencari sinar baru dalam kehidupan mereka.

Apa pun saya berasa amat bersyukur mendengar perkhabaran, kerajaan Malaysia sedang berusaha membawa keluar semua penuntut Malaysia di negara itu. Semoga mereka selamat tiba di Malaysia dengan selamat.

Ops! Satu satunya pengalaman indah di Mesir? Gambar di bawah menerangkan segalanya.

14 ulasan:

  1. Oh camtu rupanya Mesir. Dah tertanam selama ini jika kebanggaan jika terbang belajar agama di sana, tak tahu begini sikap mereka. Tak pelik, tengok saja, namanya negara Islam, tapi membuka laluan sempadan untuk Israel ke Palestin.

    BalasPadam
  2. Ya, saya rasa masih ingat tentang kisah ke Mesir itu.

    Dan suatu lagi yang saya baca tentang Mesir adalah melalui novel (best seller) Ayat-Ayat Cinta. Wpun tidak menyeluruh, tetapi jelas, habuk pasir sentiasa digambar ada sepanjang masa (berhampiran gurun barangkali).

    juga dikisahkan tentang betapa kejamnya polis di sana semasa kisah penjara dan betapa uzurnya penjara sehingga banduan tersebut berkongsi dengan tikus tikus yang besar...

    Mungkin di sudut ini, banduan kita jauh lebih bertuah, kan?

    BalasPadam
  3. Semoga kehidupan rakyat palstin lebih bersinar. Kita sebagai rakyat malaysia harus bersyukur dengan apa yang kita ada. Ada ngara yang lebih 'sukar' dari malaysia..

    BalasPadam
  4. ...dan saya pun hairan melihat lif sebegitu kecil? kalau orang macam saya harus cuma 2 orang, kan?

    Kalu kecil sedikit, bolehlah 3 orang.

    Nampaknya Mesir tidak “bebas” dan tidak maju..

    mungkin akan terus begitu...
    sebab itulah pemberontakan berlaku...
    semua bersebab...

    BalasPadam
  5. Teringat waktu pelarian Palestin lari ke Mesir.. tapi dihantar balik oleh pemerintah Mesir? Negara Islam apakah yang tak mahu tolong saudara seagama sendiri? moga Allah beri yang terbaik untuk rakyat negara tersebut

    BalasPadam
  6. Salam Mazidul..

    Jika telus menjadi fulus....lambat laun yang terbilang akan menjadi yang terbuang.

    Moga moga Allah menunjukkan jalan menyelesaikan munasabah untuk Rakyat Mesir.

    BalasPadam
  7. memang macam tu la kisah mesir..saya tak pernah ke sana tapi banyak ahli keluarga yang belajar kat sana bercerita...
    perangai tok arab yang suka hati nak buat apa yang dia suka, tak kisah kita kena tunggu kat kaunter, dia nak baca paper, baca la..kita ni kena la tunggu sampai dia rasa nak berenti..

    uni al azhar tu biasa saja..pakcik saya kata tak cantik mcm uni kat malaysia ni..tapi al azhar adalah uni tertua kat sana dan kat situ banyak syeikh2 yang terulung...

    adik saya yang kat sana pun cerita, lecturer kat al azhar bukan gaji beribu macam pensyarah kat malaysia...gaji depa depends pada kitab-kitab yang depa jual kepada pelajar..heran saya awat dia dok mintak duit nak beli kitab..rupanya walaupun sama subjek tapi kalau pensyarah lain yang ajaq..kitab nya pun bertukar..

    tapi bumi mesir ni bumi anbiya...dah banyak pencemaran kat sana...moga Allah lindungi rakyat2 yang tak berdosa..

    BalasPadam
  8. Hosni Mubarak yang kaya raya...
    rakyat jelata papa kedana..

    kalau ini juga berlaku di negara kita,
    mahasiswa ramai menganggur,
    tunggulah juga saat-saat seperti ini,

    bukan hosni sahaja, lihat kekayaan Suharto, Shah Iran yang hidup ditengah-tengah penderitaan rakyat.

    BalasPadam
  9. bagos entry nie...mcm nie rupenye kat mesir 2...

    BalasPadam
  10. entry sangat baik. dan saya bersyukur jadi org malaysia.

    kak azie ada baca kisah Hassan Al-Bana dan kisah seorng perempuan yang didera dlm penjara mesir tu tak? sedih giler..

    BalasPadam
  11. sampai begitu sekali negara mesir... patutlah selama ini aman di porak perandakan dengan satu episod sahaja iaitu menjatuhkan pemerintahan... mungkin boleh di jejaki negara2 islam lain yang seumpama mesir agar dapat menjadi dorongan dan motivasi rakyat Malaysia sendiri agar memertabatkan tanah tumpah darah.

    BalasPadam
  12. ooo...macam ni gambaran sebenar mesir rupanya...bangganya jadi rakyat Malaysia...

    BalasPadam
  13. Pemimpin2 yang lama sangat memrintah macam tu rupa2 nya dia nak atur strategi - bagaimana nak hidup senang lepas bersara dari menjadi pemimpin suatu hari nanti.

    Inilah yang dinamakan taktik - kesinambungan kuasa ; jika tidak dapat menurunkan kuasa kepada anak2 atau kroni2 dia, dia akan merompak wang negara atau melobi projek2 dan konglomerat yang boleh membuatkan dia dan anak2 cucu akan terus mewah buat selama-lamanya.

    Taktik ini boleh dicapai dengan bantuan kroni2 dan juga bank2 asing seperti Bank of Swiss. Mudah.

    BalasPadam
  14. Bro, kalaulah dari segi kemajuan Malaysia lebih maju 20 tahun berbanding Mesir, saya percaya sangat, Universiti di Malaysia mempunyai kepakaran, tenaga pengajar dan kemudahan yang jauh lebih maju berbanding di Mesir. Lalu saya tertanya, apa perlunya kita menghantar pelajar sehingga lebih 6000 orang ke sana kalau kita yakin negara kita jauh lebih makmur, stabil dan maju berbanding mereka?

    Mungkin Universiti Al-Azhar terkenal sebagai sebuah universiti yang menghasilkan ilmuwan agama.... tetapi apa perlunya bidang2 lain seperti perubatan dan lain2 pun dihantar kesana?

    Mungkin ada sebab tertentu yang saya tak tahu, tapi teringin nak tahu sebab utamanya... mungkin ramai juga yg teringin nak tahu.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.