Selasa, Februari 22, 2011

Kami Cintakan Kerjaya Ini

21 Februari, jam 5 pagi, Balai Polis Pasir Puteh, Pasir Gudang, Johor. Taklimat Ops Tapis disampaikan Pegawai Operasi Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, ASP Sobri Baki kepada 4 pegawai dan 30 anggota polis.


Jam 5.30 pagi, rumah di Kampung Pasir Puteh ini diserbu.


Di dalam rumah papan ini, jurukamera, Zulhazri Abu Bakar merakamkan poster menarik perhatian kami.


Close up poster, saya rakamkan.


4 lelaki berusia di antara 23 dan 33 tahun diberkas polis di rumah sama.


Setelah menjalani ujian saringan air kencing semua didapati positif dadah jenis heroin.

Sewaktu serbuan di bilik sewa di kampung sama pada jam 6.20 pagi, lelaki berusia berusia 35 tahun ini ditahan kerana positif dadah bersama isterinya.


Bukan sahaja mereka berdua ...


Hasil operasi berakhir pada jam 1 tengahari, 24 diberkas kerana terbabit dalam penyalahgunaan dadah.


6 jam, kami berjalan, menyertai intipan, serbuan dan ... 


Saya dan kru melakukan semua itu untuk menyediakan paparan 999 pada 24 Februari, jam 9 malam di TV3.

... biarpun memenatkan . 

Mujur pada jam 6.33 pagi kami sempat bersarapan di Gerai Kak Wan. Lihat gelagat peniaga dan kru saya.


Tidak ubah seperti pengagihan bubur lambuk pada bulan Ramadan biarpun hanya teh ais sahaja sempat diminum ...


Taukeh gerai sempat mengabadikan gambar pada jam 6.45 pagi dirakamkan Zulhazri.


Sekarang mungkin pembaca lebih tahu, kenapa kami cintakan kerjaya ini.

Ingin saya merakamkan penghargaan kepada kenalan, Kopral Wan Mohd Haniffiza Wan Ahamd, 43 tahun. Tanpa disedari dalam tempoh 10 tahun, kami pernah bertemu dalam operasi di Kelantan, Pahang dan terkini di Johor.

Ayah kepada 3 anak berusia di antara 9 dan 21 tahun ini tetap sama, peramah dan semalam sempat minum bersama kru saya.


Terima kasih kepada semua pegawai dan anggota terbabit menjayakan operasi.

20 ulasan:

  1. Kerjaya yang paling adventurous penuh dgn pengalaman hidup.

    BalasPadam
  2. Huh!?
    Pengawal keselamatan tapi layan heroin?!..
    Adakah syarikat mereka berkerja boleh dikenakan tindakan kerana tidak 'menyemak' latar belakang pekerja mereka?.
    Kita tidak mahu kejadian pengawal keselamatan merogol seorang anak perempuan kecil di Gelang Patah, berhampiran PTP berulang.
    Itu gara-gara TNB cuai dalam memilih pengawal keselamatan untuk bekerja menjaga pencawang mereka disana..

    BalasPadam
  3. Salam Hormat,
    Mudahan Mazidul dan rakan-rakan sentiasa selamat dalam menunaikan amanah yang dicintai ini.

    Yang baik tetap jadi mulia, walau ke ceruk mana juga perginya.

    BalasPadam
  4. sama-sama dan bersama-sama sayang kerja
    aman Malaysia

    BalasPadam
  5. terus naik traffik ke gerai makcik tu harini. heheh~

    BalasPadam
  6. kerja murni yang memerlukan banyak pengorbanan..masa... tenaga..

    BalasPadam
  7. Salam...
    Tahniah!
    Kagum dengan kerjaya membenteras ini.
    Semoga segala urusan dipermudahkan ALLAH SWT.

    Kepada yang terlibat dengan najis dadah tu...anda tahu akibatnya tapi kenapa masih nak teruskan amalan tu.
    Bersihkanlah diri...masih ada yang sayangkan anda.

    BalasPadam
  8. Sgt setuju dgn "author faethal". Bukan setakat menyemak, kita kena perketatkan. Kerajaan harus pantau masalah2 seperti ini. Tak boleh la setakat umumkan gaji minimum utk pengawal keselamatan, lps tu tinggalkan mcm tu je. Wajibkan setiap majikan yg berkaitan itu utk menghantar medical checkup pekerja2 mereka. Atau sekurang2nya, majikan tersebut memantau sendiri...
    Kerajaan umum gaji minimum dgn harapan nak mengurangkan kadar kemiskinan rakyat. Ni dah dpt gaji baik sikit, ambil ganja dan sbgnya. Bilanya nak kaya mcm tu? Hai, manusia...manusia... Panggil lembu kang, marah plak!

    BalasPadam
  9. Bro Dul, terharu saya dengan pengorbanan Bro dan rakan-rakan serta kru kru dan anggota keselamatan negara kita. Teruskan usaha murni anda selagi terdaya bro. Susah nak cari mereka yang sanggup bersusah payah begini demi kemakmuran orang ramai. Setinggi-tinggi tahniah dari saya.

    BalasPadam
  10. cara abg MAS, mcm aksi dlm gerak khas the movie..
    semua org cintakan kerjayanya..
    tapi kerjaya sebegini amatlah mencabar dan mereka sanggup berkorban..tahniah

    BalasPadam
  11. Kagum, kagum sesangat dengan kerjaya yang agak penat lagi berbahaya macam saudara-saudari sekelian lakukan.
    Bukan semua orang mampu jadi seperti kalian semua. Tahniah dan terima kasih diatas perjuangan kalian semua.

    BalasPadam
  12. Bro Ruslie, sampai sekarang paha terasa kebas dan pergerakan terbatas :)

    Author, 4 pengawal keselamatan diberkas dan semua positif dadah.

    Abg Zul, ZZ dan Gadis Bunga,Eyna, Sahrom, Ros terima kasih.

    Muhamad, kekadang majikan pengawal keselamatan sekadar tangkap muat, asalkan ada individu beruniform menjaga pos pengawal, mencukupi.

    Red, awak engineer, menyumbang juga.

    Dr. Rozila, panjat pagar ok, kalau jumpa Dr payah sikit lah.

    Nota, setiap kita pernah berkorban, cuma dalam bidang berbeza.

    BalasPadam
  13. Syabas & tahniah bro atas kejayaan membanteras salah guna dadah..

    Wah bro masih hebat memanjat pagar :)

    BalasPadam
  14. bestnye keja mcm ni..sy suka sgt..agak2 ade peluang tak nak join?hihi..

    BalasPadam
  15. security guard sekarang ni pun tak semua leh percaya... company main hired je tanpa semak latar belakang mereka.

    Keywords from Nuffnang

    BalasPadam
  16. kena tgk betul2 ni gurad lalok ni..

    ah main panjat2 pagar...rasa lelah..

    tahniah kepada anda semua kerana menjalankan tugas dgn baik sekali.

    BalasPadam
  17. saya faham en mazidul sayang kerjaya ini. cuma keluarga u sangat sayangkan u.
    maaf sekiranya saya tersilap tulis

    BalasPadam
  18. suami sy juga detektif narkotik di KL, sy pula di Seremban...jd sy faham susah payah & penat jerihnya ketika bertugas...huhu~

    BalasPadam
  19. Kerja yang dilakukan adalah amanah yang diberi...

    Tahniah Mazidul....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.