Rabu, Mac 30, 2011

Jangan Minum Pepsi Di KFC

Bulan puasa tahun 2010, saya dan keluarga berbuka di KFC di Endah Parade,  Sri Petaling, Kuala Lumpur. Berikutan status komplek membeli-belah tidak begitu glamor, bilangan pelanggan berbaris di kaunter juga tidak seberapa.

Anak memesan makanan, saya membantu membawakan hidangan ke meja. Sebaik azan Maghrib berkumandang, perlahan saya membuka tutup botol Pepsi bersaiz 1.5 liter di atas meja.

Peeeerggggh! Gas dan air berkarbonat menyembur dari mulut botol bagaikan muntahan lava gunung berapi, membasahi baju, meja dan lantai.

Setelah selesai membasahkan tekak, saya berjalan menuju ke kaunter.

"Masa saya ambil botol Pepsi tadi, saya tak ada goncangkan tetapi mengapa air masih tersembur keluar masa botol dibuka tadi eh?," soal saya.

Penyelia perempuan, berusia 21 tahun bertugas di kaunter hanya diam membisu biarpun for sure dia tidak bisu. 

"Staf di kaunter ni memang kerja suka goncang botol Pepsi ke? Atau langsung  tidak terfikir kalau botol minuman berkarbonat tidak dipegang baik-baik atau tergoncang, bila customers buka tutup, gas dia akan menyembur keluar?," soal saya. 

Pelik, dia tiada jawaban.

Lebih menarik lagi, tiada seorang pun daripada staf KFC Cawangan terbabit bergegas ke meja saya untuk membersihkan tumpahan air sehingga dipanggil 2 kali. Mereka menyedari kejadian berlaku, nampak dek mata tetapi kesemua sekadar menganga.

Mujur panggilan kali kedua disempurnakan dengan kaedah jeritan, mereka dengar.

Itu cebisan kejadian menunjukkan betapa sebilangan staf syarikat makanan segera itu tidak profesional dalam melaksanakan tugas mereka.

Satu lagi kisah membabitkan staf KFC berlaku di Melaka, laporannya bersama blogger, Azhar Abdullah.

Over to you Azhar!

Tengahari tadi kami ke Tesco Cheng, tak jauh sangat dari rumah. Tujuan utama ialah nak beli blender jug buat ganti yang lama dah pecah...tapi biasa la bila ada anak-anak ni, macam-macam la yang diorang masukkan dalam troli...antaranya Chocolate Chip Cookie yang sedap buatan Tesco tuh...

Bila dah menuju ke kereta baru teringat, kang kalau diorang makan cookie tu kering pulak tekak, so my wife suruh Rayyan pergi beli dua gelas Pepsi atau Coke kat KFC di tingkat bawah...

Tabiat aku, bila anak-anak pergi nak beli barang sendiri aku akan perhatikan dari jauh. Ada dua kaunter yang berfungsi waktu tu, kaunter hujung sekali sebelah kiri ada sepasang lelaki dan perempuan berbangsa Cina dan kaunter tu dikendalikan oleh Supervisor sebab baju dia kaler lain. Kaunter sebelah tu pulak kosong, tapi ada seorang pekerja perempuan dok buat-buat sibuk di sebelah tu. Jadi Rayyan ni pergi la terus ke kaunter kosong tu dan aku nampak dia bercakap-cakap. Ok, aku pun attend to other business sebab mission Rayyan dah selesai.

Tetiba, another glance, aku tengok Rayyan berlegar-legar antara dua kaunter tu dan di kaunter yang tadi dia pergi tu ada sepasang lelaki dan perempuan Melayu. Yang perempuan berseragam jururawat (muka tak macam jururawat yang selalu aku tengok kat spital pun)...

Aku pun terus tolak troli ke situ. Aku tanya Rayyan kenapa, dia jawab kejap. Aku tanya dah order belum, dia kata belum. Then aku tanya lagi, tadi bukan Adik kat kaunter tu ke, dia kata ya, tapi akak tu buat tak tahu je then datang orang lain terus dia ambik order.

Aku sekarang ni dalam keadaan tidak bersuara. Bak kata Hazrey, suara aku hari ni ibarat suara pondan gersang...sebab sakit tekak. Jadi aku malas bising-bising, aku pergi dekat sikit dengan kaunter dan aku bercakap dengan Rayyan :

Aku : Tadi Adik berdiri kat kaunter ni tak?

Rayyan : Ya la, tapi akak ni ambik order orang lain pulak.

Aku : Tak pe la Adik, KFC kat sini tak layan kot pelanggan budak-budak.

Masa tu staff kaunter KFC tadi buat muka bodoh dan dua ekor Melayu yang berdiri kat situ pun beralih tengok aku sambil kontrol muka tak bersalah.

Tak puas hati sebab tak leh bertengkar dengan kadar suara yang baik, aku pergi ke arah wife dan bagitau apa yang berlaku. Apa lagi, my wife terus pergi ke kaunter tu dan berlaku lah perbualan berikut :

Wife : Maaf ye dik, tadi anak akak datang kaunter ni kosong, dia nak beli air kenapa adik tak ambik order dia dan dahulukan orang lain?

Staff : Saya ingat dia anak pasangan kat kaunter sebelah. (Please note that kaunter sebelah ialah pasangan Cina)

Wife : You are not supposed to do that. Walaupun dia budak tapi dia adalah pelanggan. I wish to see your supervisor atau manager.

Jururawat : Alah, benda kecik je, kan dah bagitau silap faham.

Wife : (Api sudah naik kepala)...Are you working here? Am I talking to you? You takde tanggungjawab tau, sebab tu walau you tahu ada pelanggan lain kat depan, you terus jugak bagi order, walhal sepatutnya you bagitahu budak kaunter ni yang ada orang lain depan you kalau in case dia tak perasan. Benda kecik yang you kata tu ialah apa yang kita panggil Adab. I didik anak I supaya dia beratur dan ikut undang-undang, supaya dia tidak membesar jadi orang yang tidak ada adab dan tak tau beratur.

Wife : (Sambil bercakap kepada supervisor di kaunter sebelah) You sepatutnya tahu melatih dan menasihati staff you. Bukan ambik pekerja kemudian biar diorang bekerja tanpa ada kawalan mutu yang baik.

Supervisor : .... (hanya memandang seolah-olah dia hanya bekerja sebagai tukang sapu sampah kat situ)

Wife : Ok...since no response from both of you dan I hear no apologies sampai sekarang, I will file a report to your HQ after this.

72 ulasan:

  1. eee...kite lak yg geram bile baca tu...tpi mmg hampeh pun staf KFC , penah terkena di KFC kulai...teruk btol!

    btw, suara pondan gersang? ahhahah..

    BalasPadam
  2. gulp...

    kalau saya ditempat supervisor tu, dah sah-sah mintak maaf ditempat pertama..

    sebenarnya itu je yg kita mahukan...iaitu ADAB..kerja servis customer tapi servis tak bagus...memang tak beradab.

    BalasPadam
  3. memang patut komplen ke management depa .. buat kerja stail tak ikhlas ni memang susah nak kikis

    BalasPadam
  4. Boss, thanks for putting up my entry here. The impact will be much harder on those fellas comparing my small 'kampung' blog..hehe...

    BTW, I received a call this morning from Assistant Manager of KFC cawangan Tesco Cheng, saying that she received call from higher administration about the report lodge. At first, she was a bit defending her staff by saying that my son was wandering around the counter and the staff didn't really know whether he wanted to order or not. I let her speak, then I said that was the version of her staff story, and as you are now talking to the complainant, you shouldn't start by blaming the customer and defending your staff. My version would be the other side of the coin.

    So we did chat a bit and she admitted that most of newly employed worker are not keen in their job, and most of them are part timers. She apologised to me on behalf of her staff and her branch, and I let her off the hook by asking her to make sure no such incident will ever happened to other customer, let them be children or adults.

    The most important point is they now knew that their misbehaviours are not acceptable and customer can talked directly to their higher management, and they will be hearing from their bosses should the complaint reached them. And we, as customers, must make full use of this ability, to complaint for we have the right to do that.

    Thanks again boss. Have a nice day.

    BalasPadam
  5. tah kenapa ble saya baca artikel ni saya rasa xsetuju..mgkin da salah faham..kenapa xditeman kan anak 2...kenapa dibiarkan walaupun dpantau dari jauh...mana la staff 2 nk taw adik kecil 2 nk beli ke x..2 pandangan saya..

    BalasPadam
  6. sepatutnya supervisor tu minta la maaf...haaiih...kan dah kena repot kat HQ...

    BalasPadam
  7. Salam.saya pun nak berkongsi gak bab restoran makanan segea nih...beberapa hari yg lalu,saya ke Carrefour kota Damansara,setelah selesai menghabiskan duit kat situ,terasa kantung bernyi minta diisi..saya ke sebuah restoran KFC di tingkat bawah pasaraya besar itu,seingat saya pelanggan tak lebih dari 10 org termasuk keluarga saya 5 org kesemuanya...saya berasa amat terkejut dengan sisa makanan yang telah selesai dijamah berselerak di beberapa buah meja(seingat saya 4 buah).Saya mengambil tempat disatu sudut untuk menjamah dan didapati sos pencegah perlu diambil di satu sudut..apabila kesana,terdapat satu lg permandangan ygmana bekas sos yg terbalik sejak sbl saya msk lg tidak dibersihkan...apabila selesai menjamah saya beredar keluar utk pulang ke destinasi tapi yang pasti sbl saya mengangkat punggung saya darai kerusi restoran tersebut..semua yg saya paparkan td masih tiada yg bersihkan...cukup memalukan.............

    BalasPadam
  8. - org lain pun sama...nak report
    - prob.nyer....tak tau channel
    - takut ambil masa kita plak...call sini call sana...
    - ada jgk staff kfc...bila kita mintak tukar dada ayam ngan peha ayam...mula la tarik muka... macam la kita tak bayar.... kita pun ada selera masing2.
    - tu jer

    BalasPadam
  9. sukarnya nak minta maaf

    mesti supervisor berlagak tu

    BalasPadam
  10. Saya tak penah pulak kena lousy service dari KFC macam tu, cuma penah kena dengan staff 7E..Customer dah 3-4 org beratur nak bayar dia boleh pulak amek handphone yg berbunyi dan balas sms...Mangkokkkk!!!!

    BalasPadam
  11. kes en azhar sama kes anak saya yg nak beli aiskrim kat kaunter Mc Donalds, budak kaunter tu buat taktau je pada dia, sedangkan budak tu boleh nampak anak saya pegang RM5 untuk dptkan satu cone sundae...saya tunggu dari jauh (tak berapa jauh la dlm 3meter dr kaunter aiskrim) tapi budak kaunter tetap melayan pelanggan sudah 3pelanggan melepasi anak saya, anak saya berlari pada saya "mak, abang tu tak layan, saya dah cakap banyak kali" dan silapnya saya malas nak buang masa, dan terus tarik anak saya ke Baskin Robbins... puas hati!

    BalasPadam
  12. umo berapa budak yang tak d layan tu? kalau budak baru nak belajar cakap ok la klu dia x layan pun (x mungkinkan budak sebesar itu yang pergi order)...

    tp klu budak sekolah rendah, diorang sepatutnya d layan seperti pelanggan lain jugak.

    apa punya staff...

    BalasPadam
  13. Suka kalau Boikot je..bagi bebudak yg tak dengar kata je masuk situ,org dewasa dgr kata..byk buruk dari baik..

    BalasPadam
  14. kebanyakkannye mmg melayu la yg tak pandai layan pelanggan.. pernah kene banyak kali... hmm :((

    BalasPadam
  15. moral of the story:walau bukan salah kita,kalau orang komplen,minta maaf tu yang pertama sekali..itu boleh meredakan kekusutan seterusnya..kalau dah tercengang macam tu lagilah bikin panass...

    BalasPadam
  16. kfc dan semua makan segera tak elok untuk kesihatan. pepsi dan minuman berkarbonat juga tak elok untuk kesihatan.

    tak ada isu sebenarnya. mereka tak mahu jual pada budak-budak sebab tak mahu budak-budak mendapat penyakit.

    BalasPadam
  17. betul jugak kata yuseri tu..tak semua orang sempurna..

    cuba kita di tempat casher tu, mungkin dia tak tahu budak tu nak order ke tak..

    kita pantau dari jauh tak sama macam kita berada disitu..

    mana nak tahu suara anak saudara tu perlahan ke sehinggakan diorang tak dengar?

    mungkin juga 2 adalah salah faham..jalan yang terbaik adalah berlapang dada dan bersabar..

    tiada sapa menang mahupon kalah..

    just my 2 cent..

    BalasPadam
  18. Citer pasal KFC/MCD.. (dan lain2 fastfood)

    Sebagai customer, saya agak cerewet dgn apa yg saya beli. Contoh ayat kat KFC:

    "Dik, saya nak BELI 2 set snekplate ~ 2 dada, 2 drumsticks. Ada tak? Tapau ek. Kalau x de, takpe la.. x jadi beli"

    Kalau ada, saya beli. Kalau x de, saya x beli. Since kebiasaanya saya tapau/takeaway, lepas dpt pesanan saya akan check time tu gak.. Sometimes kena tukar..

    Kalau makan kat situ, diorg akan bagi as yg dipesan.

    X faham bila some staff (dah marked dah) mmg perangai mcm tu. Do it on purpose (bukan kesilapan sekali sekala).

    BalasPadam
  19. apa2 pun customer is always right...jd klu staff x bertanggungjawab, supervisor perlu la main peranan...

    kan dah rosakkan nama syarikat...

    BalasPadam
  20. budak-budak perlu diajar berdikari sejak kecil, dan pantau dari jauh...

    BalasPadam
  21. mcm setuju sikit dgn pandangan mr yuseri...

    hmm...yg kije kaunter tu slalu nye sambilan jek...gaji pun dua tiga kupang sejam je(pengalaman dulu2 kije KFC time cuti sekolah)...n mayb betul dia tak perasan kanak2 tu nk beli ke nk round kaunter jek..sbb try masuk KFC or McD..ada gak kn budak2 jenis yg pusing2 kaunter sambil tunggu ibubapa order mknn or g tumpang tandas KFC..heheh..so kanak2 yg nk membeli tu tak bersuara ke nk order air? sbb sya rasa org kaunter tak kn buat tak tau kalau budak tu order air ke apa...so kt sini saya rasa just salah faham..hmm...mayb manager n staf kfc tu dh bg penjelasan yg dia salah faham...so bila staf kaunter dh bg penjelasan pastu kena sembur sapa pun angin..w/pun yg jga kaunter tu tk kije hebat tak belajar tinggi, tp dia pun manusia...so biasa la tu terasa sikit kena sembur mcm tu..managar KFC pun siap kena sound tk latih betul2 staf..kelakar lak baca..try istighfar byk2..insya-Allah tak marah2 n boleh terima penjelasan org kaunter tu.

    -makan ayam grg kt umh jek-

    BalasPadam
  22. Rata rata pekerja industri makanan segera di Malaysia baik KFC McDonald dan restoran dan lain2 memang tidak mempunyai mutu kerja dan muhasabah diri sebagai pekerja dalam "service industries" .. ini adalah kerana rasa bongkak diri dan ada sesetengah yang kurang arif dengan bahasa inggeris yang di ujarkan oleh pelanggan yang berbilang kaum.

    inilah kelebihan sistem pembelajaran "bahasa baku" di malaysia yang di war warkan oleh Saudara Anwar Ibrahim tidak lama dahulu telah membuahkan hasil .. manusia yang janggal dan kurang pemahaman sosial. Yang depa tahu la ni budak2 nie enjoy ala2 barat berpoya dan menghabiskan duit .. kerja tak paham ... sekian .. kalau ada yang terasa minta maaf bebanyak tapi itulah hakikat nya ..

    BalasPadam
  23. Boleh buat tak tahu?

    Those peeps are just too brave.

    pfftt~

    BalasPadam
  24. bcakap pasal KFC ni...lgi stu kes, Yan dah 2 kali trmakan ayam busuk...di KFC yg same....di Kelana Jaya...panggil staf kfc suruh rase...diorg trus gntikan yg baru...geram btol...stakat ni customer srvice diorg ok lg la...

    BalasPadam
  25. Tiba2 kakcik rasa kakcik berada di tempat Mrs Azhar! :)

    BalasPadam
  26. macam2 perangai sekarang ni..patutnya kena lah jaga hati pelanggan .

    BalasPadam
  27. kadang2 saya rasa fast food joints camni suka pandang lekeh kat customer. dorang ingat semua customer bodoh n boleh dibuat main2 kot.

    xpasal2 dah glamor masuk blog en Mazidul dan En Hazrey.hohoho

    saya respek tindakan En Azhar.baru dorang tau kan.

    BalasPadam
  28. apologize is the first thing yang diorang patut buat bila customer complaint..mana boleh buat customer macam tu..nak2 pulak their in food service where..kepuasan hati pelanggan sepatutnya diutamakan..pelanggan selalu nya betul..

    BalasPadam
  29. kalau dah nampak bdk tu duk tercengap situ, apa salahnye bertanye.

    tu masalahnye, bila lihat terus bagi conclusion, mulut tu berat nak bertanye.

    yang dah ditegur pun apasalahnye mintak maaf. tak susah pun, sapa salah pun tak kesah. perkataan "MAAF" tu kadang-kadang sejukkan hati orang.

    saya pernah lihat sorg akak bila beratur ada anak customer lain yang duk main2 di depan bila ida nak order, akak tu pun tanya dulu dia punya turn ke. budak ke dewasa ke. adab sopan tetap ada.

    BalasPadam
  30. Marah2 org dpn anak Adab yg x baik jugak tu. Memaafkn adlh yg terbaik... Kdg kesian kat bdk2 keje fast-food ni. Bape sen sgtlh gaji mereka... Bila dah diperbesar2kn kes ni budak cashier tu yg kena. Stress ooo jd cashier bila jmpa mcm2 prangai manusia. Cuba letak kaki di kasut mereka...pasti kemaafan itu yg terindah:))

    BalasPadam
  31. alamak...pasal minuman pepsi atau coke pun heboh satu malaya ke?
    maaf la.aku tak pandai komen dalam bahasa orang putih.
    mungkin sebab masuk kat KFC kena guna bahasa uncle sam tu.
    teringat aku cerita..GOD MUST BE CRAZY..sebab botol coca cola heboh satu africa.
    sama la macam kisah ni.
    melayu....melayu...melayu...ops...apanama anak makcik tu?...Rayyan?....uiks....selamat datang ke MALAYSIA Rayyan....jangan makan belacan ye ....bahaya...meletop nanti.

    BalasPadam
  32. biadap gila.

    memang selayaknya kena macam tu. baru tau nak hormat customer

    BalasPadam
  33. wah.. KFC! isu hangat ni.. kerana sejak KFC diambil alih oleh sebuah syarikat konglomerat yang besar, prestasi mereka terus hancur.. iklan pun byk yg menipu.. di tv, saiz makanan punye besar.. tapi actual, kecik sangat..

    so dah hampir 2 tahun saya tidak lagi menjadi pelanggan KFC..

    BalasPadam
  34. Salam Mazidul

    Jika pelanggan meluangkan masa untuk menghubungi anda, melalui surat, e-mel, fax, telefon atau media sosial maka anda perlu melayan keluhan mereka.

    Pelanggan adalah kehidupan perniagaan anda.

    The person handling the complaint need to distinguish between the facts and the feelings.

    Jangan berdiam diri dan melupakan keluhan pelanggan.

    Your ability to talk to your customers and minimize bad services helps you move up ranks in a competitive industry.

    In these case, silence is NOT golden.

    BalasPadam
  35. sy penah order burger KFC bungkus bawak balik....buka2 roti burger tinggai separuh dan pegi komplen dgn nada sinis..burger ni cam orang dh mkn, tak pun roti burger kena gigit ngn tikus(saja perli)..dgn selamba pekerja tu kata,dak tu bkn org mkn, or gigit tikus..burger tu patah ja..walaupun burger pasar mlm tp kita nk yang full roti burger bkn yg patah2...quality ye...apatah lg KFC..

    BalasPadam
  36. Terima kasih Abang Mazidul kerana share kes di KFC.

    Bab2 tak layan customer ni bukan hanya KFC,Jabatan Kerajaan pun ada mcm tu..

    Pernah sy mcm wifey En Azhar sbb angin sudah naik kepala kepada seorang kerani yang hampir 30 minit baru nak attend saya.Then dia provoke sy dgn perkataan 'kenapa masa sign dulu tak fikir,dah bankrap tak terima lak'
    Apa lagi sy membebel la..hanya kerana sy minta resit utk bayaran bulanan kpd kes sy..dia boleh kata tiada..sbb dia malas..issshh kalau diingat2kanm,sakit hati sy

    BalasPadam
  37. Salam Mazidul,

    Saya setuju dengan Mazidul...staf syarikat makanan segera itu tidak profesional dalam melaksanakan tugas mereka ( no interest and desire to do a job well, no positive attitude towards their delivery service )if you want to be good, it has to be your passion too

    Mereka yang bekerja di semua peringkat seharusnya tidak hanya menjadi terampil, tetapi peka terhadap keperluan pelanggan.

    And...to deny there is any problem with performance and making the person who raised the concerns feel like it is all in their head and just their perception, despite the fact that others have raised similar concerns.

    At the end of the day, your goal is to put your customers in the limelight.

    BalasPadam
  38. Jarang saya berpeluang makan kat restoren segera ni. Tapi seingat saya belum lagi saya dihidangkan air Coke atau Pepsi dalam botol. Biasanya dalam cup. Dalam kes cerita di atas, mungkin yg botol besar (1.5 L) tu yer..

    Benar, jika tergoncang sedikit, menyembur!

    Bab layanan, pada saya 80% MEMANG TERUK! Terutama pelayan WANITA! Sombong perasan! kalu customer lelaki hensem, tergedik-gedik. Kalu makcik2 yang minta order, buat muka kelat. Padahal dia tak tau, makcik tu ada anak lelaki lagi hensem tauuu...!

    BalasPadam
  39. Hmm... saya rasa bukan semua KFC yang bagi perkhidmatan macam ni. Contoh di kawasan perumahan saya, servisnya bagus walaupun saiz ayam agak kecil jika dibandingkan dengan masa dulu.

    Kecekapan pekerja dan kebersihan restoran sebenarnya bergantung kepada kewibawaan dan kecekapan pengurus restoran tersebut. Kalau sisa makanan bersepah, layanan diberi tidak memuaskan hati, pengurus kena bertanggungjawab. Kalau tak cukup staff, pengurus kena la turun padang. Bukannya satu perkara luar biasa kerana saya dah banyak kali tengok kes pengurus restoran cawangan lain turun padang - ambik order, kemas meja dsb.

    Soal pekerja part time ke full time ke temporary ke tak menjadi soal. Itu bukannya masalah pelanggan. Tidak sepatutnya ada layanan yang berbeza dari setiap kategori pekerja. Kalau berlaku macam tu, seharusnya pengurus mengambil tindakan. Komitmen tetap sama.

    P/S: Di US, takde pekerja yang menjadi tukang kemas meja, semua pelanggan tahu mengemas meja yang mereka gunakan sendiri.

    BalasPadam
  40. sy pernah alami..kalau kanak-kanak dia anggap macam invisible..tapi kalau saya yang da besar gedabak ni pun dia anggap invisible..cannot go la..ada satu kes...saya rushing nak balik ke kampung..yang paling dekat dengan stesen minyak tu adalah mcd..so saya park kete kat luar terus ke dalam..kaunter yang close cume 1, so yang lain semuanya buka..cuma tak da pekerja..ada satu kaunter tu ada ramai pelanggan so saya ke kaunter sebelah sebab tak da papan tanda kata 'close'..barisan kat sebelah saya berganti2 da orang..saya yg duk lama kat kaunter sebelah tak da sapa2 pun yang layan...aish..da bertambah melampau ni..okey..agak2 da dalam dekat 15 minit saya tunggu still tak da sapa yang layan saya, saya cilok ke kaunter sebelah..then saya bila tiba giliran saya, saya tanya.."kaunter sebelah ni tutup ke?" "tidak".."owh tak tutup, ingatkan tutup sebab sy rasa da hampir 15 minit saya tunggu kat situ..tapi tak da org pun yang nak serve, lain kali kalau tak nak serve orang letakla papan tanda "close", cashier tu diam jelah..no apologise word keluar dari mulut dia..Huh!hampagas tul..

    BalasPadam
  41. Setuju dengan dvd. Makanan segera tak baik untuk kesihatan.
    Tak setuju dengan tindakan customer yang melampau..kenapa cakap tak ikut akal. Gaya bercakap yang keterlaluan mentang mentang mereka tak berapa pandai berbahasa Omputih.
    Mana mana "front counter" yang melayan karenah pelanggan yang bermacam macam perangai..diminta bersabar, tingkatkan ketahanan diri dan mental dan jangan lupa senyum selalu...itu satu sedekah. Jadikan satu pengajaran dan ingat tag "CUSTOMER ALWAYS RIGHT". TK

    BalasPadam
  42. tak berbaloi dengan gov tax yg dikenakan, servis sepatutnya lebih mesra.

    BalasPadam
  43. siapa pun yg bekerja melibatkan customer service,orang tu harus n wajib dilatih mempunyai sifat humble.

    sebabnya walaupun customer yang salah tetap kena layan dengan sopan n profesional tanpa melibatkan emosi.customer always right lor.tp customer pun jgn salah gunakan term customer always right 2 sengaja nak cari kesalahan org.

    BalasPadam
  44. yup..kadang2 dorng pandang remeh teguran kita..tp bila bos besar lawat outlet baru kalang kabut...hampeh..

    BalasPadam
  45. Anak sulung saya bukan setahun dua kerja di KFC sebagai Juruwang; banyak ceritera di KFC dapat kami kongsi bersama.

    Dia pernah kerja di KFC TESCO Kajang pun KFC Giant Shah Alam sebagai pekerja sementara. Pengurusnya amat sayangkan akan anak saya; tak dapat dinafikan anak saya ini rajin & setia dengan KFC sampaikan Hari Raya pun dia masih berkerja.

    Boleh katakan tiap hari dialah yang menutup Restoran; jika tutup jam 10:00 malam 12:00 malam belum tentu pulangnya. Nampak sahaja KFC itu kecil tapi amat banyak peraturan dalam segi kebersihan.

    Untuk pengetahuan Bro Maz, mereka juga sentiasa diasuh dengan sering diadakan kursus tak kira staf tetap atau sementara. Tidak sewenang-wenangnya duduk di depan kaunter malahan Pengurus sentiasa memerhati gelagat mereka. Sebab itu ramai perkerja mereka amat sukar lekat kerja lama, gaji tak banyak mana tapi stres amat kerjanya.

    Bulan sudah selepas tamat belajar pun anak saya baru sahaja mendirikan rumah tangga dia cuba memohon kerja sementara di KFC yang sama dekat rumah saya ini. Amat dukacita permohonannya di tolak atas alasan KFC tidak mahu lagi perkerja sementara; (Biar pun pengalaman anak saya bukan setahun dua dengan KFC, sedang belajar pun anak saya masih kerja sementara dengan mereka)

    Moralnya di sini; jika memang gaji mereka masih bagai dulu jangan harap pekerja mereka akan kekal di sana. Bila pekerja silih berganti tak mustahil layanan & perangai pekerja mereka juga akan sifar santunnya.

    BalasPadam
  46. slm Mazidul..
    saya pernah terblur di kaunter KFC BBN..x ingat apa benda yg nak di order..(nak cheezy wedges,coslaw n kentang putar...)gambar ada dpn mata tp nama x ingat..bila di tunjuk benda tu dia boleh masam mencocoh...tau la makcik ni x baper muda ....

    BalasPadam
  47. Ha ha ha... bila saya baca ke2-2 citer di atas, sy geli hati dan jauh hati... sbb 1. mmg melayu dilayan kelas ke2, wpun ada duit (sbb berlagak tak sedar diri, muka belacan, makan omputih), 2. KFC tu mkn org kaya (mcm byk makanan kat M'sia ni, kat situ gak pi mkn-minum), 3. mkn KFC mahal, tapi boleh bayar tanpa komen2(cukai, minyak, gula naik- bising plak), 4.tu lah ajar anak2 boros lagi, baik makan tepi jln, warung jer (jadi tak terasa hati sgt- bayar murah, servis biasa2) 5. bayar ciput, nak servis hotel... hah hah lawak! 6. baik simpan duit, bykan duit dalam bank, baru kualiti bangsa naik... asyik2 komplen jer... nampak tak de kelas! Ingat! Kepimpinan Melalui Teladan!

    magua_putra@2000

    BalasPadam
  48. KFC & pizza hut style staff semua lebih kurang.... mcm *&^%$#@...

    kalau kat shah alam ni kat KFC seksyen 18 tu mmg selalu darah naik sampai siling... dah 2/3 kali buat hal....

    mmg x semua tapi most of staff KFC yg jaga kaunter kene belajar adab lebih skit.... adan melayan pelanggan.

    bukan nak mintak disanjung or dilayan mcm raja... cukup dilayan mcm manusia udah ler...

    BalasPadam
  49. bile la RFC nak bukak kat KL ni...

    ni tak bila pegi kedah je bole dpt..

    BalasPadam
  50. Salam Mazidul,

    Isu disini bukanlah untuk memboikot makanan segera tetapi lebih untuk berkongsi pengalaman buruk.

    Cuma kita tidak mahu mereka terlalu tertumpu pada organisasi, produk, proses, keperluan dan dasar tanpa lupa menangani isu dan komen pelanggan.

    Too often, this gives way to an attitude, "everything would be great if it wasn't for those damn customers!" We complain about customers complaining rather than reveling in it because it shows they care. We become unresponsive and indifferent. We find ourselves having to invest more resources and more money in getting customers to patronise our establishments.

    Saya juga tidak idealis, percaya pelanggan selalu dipihak benar dan perlu didodoi setiap keperluan mereka.

    Setiap perniagaan perlu kepada keuntungan untuk mencapai matlamat.

    BalasPadam
  51. To FAZEMY..
    anda menulis: "Kdg kesian kat bdk2 keje fast-food ni. Bape sen sgtlh gaji mereka..."


    saya nak ulas tentang gaji.. my daughter pernah menjadi pekerja sementara di KFC selama 10 hari cuti semester break last year.. u know something? hanya pekerja sementara.. dengan kerja shift.. sama ada pagi ke petang atau petang ke malam.. bagi seorang remaja sekolah berusia 16 tahun, I think gajinya sangat lumayan..

    10 hari = rm 700 tiada potongan KWSP kerana hanya pekerja sementara,
    siap dapat makan free ketika masa rehat..
    maknanya purata 1 hari (8 jam bekerja) = rm 70
    * 1 jam = rm 8.75

    sangat lumayan,ok! bagi seorang remaja yang tiada apa2 tanggungan..

    so, saya nasihati dia, kerja dengan baik.. sentiasa utamakan pelanggan dan bersabar melayani karenah mereka.. gaji yang diperolehi akan diberkati Allah, insyaAllah..

    kenapa saya benarkan anak yang masih bersekolah bekerja sambilan ketika cuti? supaya mereka menyedari kesusahan ibu bapa.. alhamdulillah, mereka kini lebih menghargai nilai sebuah kasih sayang.. mereka kini kebih mengerti apa itu kesusahan..

    BalasPadam
  52. Assalam,

    Nak joined. Anak pempuan saya pun pernah kerja KFC selama 3-4 bulan sementara menunggu keputusan SPM. 1 Jam @ RM3.50 aje. Lepas 3 bulan baru dpt 1 jam RM4.00 kalu saya tak silap. Kerja bagai nak rak. Shift pagi hingga petang. shift petang sampai jam 1 - 2pagi kena tolak tong sampah besar gadang . Tetiba esok kena shift pagi plak tu. Walau asrama ada disediakan KFC Jln Tuanku Abdul Rahman, tapi teruk. Banyak tikus dan pepijat. Tilam kotor. Pandai2lah urus dan selamatkan diri sendiri. Sorry to say, drp penceritaan anak saya Manager nya suka maki hamun semua staf2 yg didapati tidak memuaskan. Memang culture KFC branch kat PERTAMA Complek KL, semua mulut sadis. Kakitangan tak cukup so terpaksa kerja macam hamba. Ramai staf sementara ni budak2 SPM sambilan, sabor ajerlah sebab nak pengalaman. Tak heran pun gaji seciput tu. So, saya biarkan dan nasihat anak saya kalu kita buat kerja dgn betul tapi org benci Allah swt tetap sayangkan kita. Solat jangan tinggal. Anak saya selalu solat kat surau Pertama Complek. Suatu hari boleh Manager Perempuan tu tuduh anak saya mencuri makan "Aku walaupun tak solat tapi aku tak mencuri." Walhal staff lain yg curi2 makan kat dalam stor. Anak saya yg kena tuduh. Balik kerja, menangis dia. Saya suruh sabar ajerlah. So kerjalah dgn baik asal rezeki halal dan jgn sekali2 ikut mulut2 jahanam staff tetap KFC cawangan tu. Saya suruh dia berhenti ajer. Seminggu sebelum dpt result SPM terus dia berhenti. KFC nampak ajer gah dari luar dlm staff dari Manager dll memang teruk kesian kat budak2 pekerja sementara.

    BalasPadam
  53. yup KFC & pizza sekarang tersangat teruk services nye... ade seklai tu...hari ahad, kfc kat s.alam..dah tau hari ahad sure ramai pengunjung, dia leh buka 1 kaunter jek..... geram sungguh bertaur punya la panjjang...

    kali ke 2 pizza kat perak... memnag saja tempah kemarahan la... nak cite pun panjang... byk sungguh isu but salah 1 isu dia... order pizza kids sepatut dapat hadiah, sampai habis mkanan x dpt hadiah... bila dia tanya pada staf pizza hut dia dia leh jwp "LA INGATKAN TAK NAK HADIAH TU" waaaaaaa mana tak menyirap darahku..... dah sepatut dapat hadiah...bagi je la... wapun hadiah colouring book but kami dah bayar... bagi je la... apa lagi siap la... balik umah sy email kat hq dengan isu2 yg terjadi ada 3 isu tak silap saya... kelam kabug manager pizza tu call saya minta maaf... walaupun pizza hut tu di kws kg, sepatut pihak pengurusan menghantar staff yg berkualiti la, ingat org kg nie apa...

    BalasPadam
  54. agak lame jadi SR, tapi hari nih nak mengomel sket...

    berkenaan service caw. makanan segera nih, saya belum pernah kene, tapi klau kedai makan dan restoren mmg acap kali terkena. nasib baik caw. makanan segera di tmpt saya staff mereka peramah dan melayan sumer orang, walau budak sekalipun.

    lagi satu, saya akan galakkan anak beli dan bayar sendiri barang mereka. saya hanya akan memerhati mereka dari jauh. ini bukan untuk suke2, untuk mengajar mereka berdikari. kene ajar mereka cara nak tarik perhatian org di kaunter, ajar mereka sekali brape baki duit yg akan di terima.

    BalasPadam
  55. memang kita akan naik darah kalau berlaku mcm tu..lebih2 lagi buat kerja sambil lewa..mungkinkah gaji mereka tidak padan dengan apa yang mereka kena buat...tepuk dada tanya hati...

    BalasPadam
  56. aku dah tak makan KFC, kena hari tu bila nak makan ayam.. tercium bau busuk.. sah ayam lama atau ayam tidak disembelih dengan betu/ ( non musli kerat leher )..
    WAS WAS ah... product of yahudi

    BalasPadam
  57. Salam.. Erghhhhh bile terbace hal KFC Endah Parade, kembang tekak tibe-tibe. Saya & bestfriend boleh dikatakan sering ke Endah Parade ber-karaoke. Tapi memang setiap kali kami nak makan, teringin sangat nk makan KFC kat situ but the moment kaki ni melangkah masuk je, terhidu bau KFC yg busuk hancing tak tau la nak digambarkan camne bau die tapi memang busuk! Sudahnye, kami gi makan kt mcD. Saya rasa pekerja KFC tu mungkin tak jaga kebersihan la.. Mungkin mop yang sama dipakai berulang-ulang airnya tanpa ditukar huhuuuu. Bile bace hal diorang tak bersihkan air yang tumpah di meja dengan segera, rasenye betul kot telahan saya mengenai status kebersihan KFC tu.

    BalasPadam
  58. Kalau la aku di kedudukan jururawat tu, penampar FREE si ibu budak tu dapat bawa balik dari KFC.. buat kenang kenangan.. Bia dia ingat, kalau nak aja anak beradap, ibubapa kene beradap dulu... nanti kalau si anak tanya, "ibu kenapa abg tu tampar ibu" boleh la si ibu jawab "sebab ibu kurang adap tak di" baru la si anak akan cakap "kalau mcm tu, saya kene sentiasa beradap la, kalau tak nanti dapat penampar FREE"... Moral Of The Story, Kebodohan orang kita cepat je nampak, tapi kebodohan sendiri berpuluh-puluh kali ganda tak nampak. Saya tak sokong mana2 sbb tak tahu THE REAL STORY.. tapi jangan angkuh boleh tak? jijik sangat! yuck!

    BalasPadam
  59. mmg kurang ajr...biasenya pekerja kaunter mcm tu mmg sombong & berlagak...tak kiralah di mana2 akan jumpa org2 mcm tu..sy sendiri dah byk experience mcm tu..syabas to ur wife!!

    BalasPadam
  60. bagi pendapat saya, sebagai org yang berkerjaya dan berpendidikan tinggi, kita tak perlu nak tinggi suara apabila nak komplen. cuba kita cakap elok2,bknnye crew kat situ tak paham bahasa bila ditegur pun.kadang2 crew kt situ mmg tak perasan kanak2 nak amik order.apa salahnye ibu bapa temankan pergi order kalo anak2 diorg tu bawah umur 12 tahun. saya juga berpengalaman bekerja di McD secara sambilan selama 4 thn dimana waktu itu dalam pengajian lg. saya juga penah disembur oleh seorg bapa yg kononnye saya layan anak dia teruk. anak dia membeli satu set bege fillet tetapi sudah dibagi tahu yang fries tgh masak dan akan dihantar bila dah siap masak. tapi budak tu tak bagi tau bapanye..last2 saya balik yg kena sembur. setelah abis disembur, saya cakap la yg fries tu tgh di masak siap tunjuk kt fryers skali.last skali baru la pelanggan tu paham dan termalu sendiri..kita kena ingat, kalo kita nk di layan elok, kita kena mula kan bercakap secara elok dgn orang lain dulu.
    Sekian.

    BalasPadam
  61. Pengalaman aku kerja kfc, sesetengah customer ne entah apa2....setakat nak straw ngan cili sos pun suruh kita ambik..bukannya takde tangan,lain la kalau ade anak.yang kita ni kerja dah nak patah pinggang...bayar dalam 10 ringgit sorang jer,tapi nak layanan macam kat hotel...

    BalasPadam
  62. xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

    BalasPadam
  63. masa utk meng typing

    1)era sekarang, salah satu trick ibu bapa mencari kesalahan org, atau cara melepaskan tekanan kerja atau rumah tangga, dgn menghantar anak sebagai umpan, pergi ke kaunter mana-mana, utk buat x tahu, dan di lihat dari jauh oleh ibu bapa utk memulakan maki, selepas itu lega,
    2)masyarakat malaysia,didik oleh business pemikiran barat, bukan business cara islam, customer always right, "kelakar betul" jika di brain wash macam ini, maknanya kamu boleh dibeli dengan wang, tiada maruah,org bukan islam pun tahu, atau org berniaga pun tahu,
    3)banyak mana duit kau org ada, sampai bila duit itu ada, besar sangat ke gaji dan jawatan kau org dan keturunan kau org, nak suruh org jilat kau org punya tahi, tahi mak bapak kau org pun kau org x nak terjilat, kiamat.
    (jilat-layanan). kalau x faham itu tanda nya x biasa jumpa dgn org ramai, sebab hidup didunia ne bukan indah(mencabar), ada sex, itu utk golongan yang x berpendidikan agama islam dan iman lemah,
    4) kalau kau org baca comment lain lain tadi, aku setuju, berapa besar gaji mereka casher ke atau duduk depan kaunter tu, siap pernah kerja bidang ne pasti akan sokong, satu hari anak kau org juga kerja macam ne nanti, atau pun anda semua, 90 dlm perkerjaan business. tak boleh lari.
    5) mejority, yang comment dari golongan belum ada pegalaman berkerja yg lama terutama dlm bidang perniagaan, buat main lepas typing. budak mentah.
    6) semua tempat perkerjaan sama je, tapi dalam bentuk yg lain, motif sama. kalau org yg berkerja lama dia tahu, perniagaan mendewasakan kita,ikut cara hidup nabi, org bukan islam ikut, kita xikut, sebok nak kerja office lah, atau makan gaji la, he! xkut jual brg, atau jumpa org,atau cari org,cuma tahu nak maki je..., (maki-bahasakasar).

    BalasPadam
  64. saya bukan nak kata salah sape2 tapi kerja berdepan ngn pelanggan ni memang sakit. pelanggan ni tau nak hak die tp tak pikir pn org yg kerja tu. cthnyer, nak tukar ayam...kalau dari dada kpd paha? if makan kat situ memang tah leh tukar. sebab ayam tu dah kene kuah pota dan coleslaw. kalau dh kene, ayam tu ke tog sampah. sbb tu cashier buat muka bila ayam kene tukar. lain kali kene bgtau awal2...memang bayar tapi bayar tu seketul ayam.ayam yg dlm tong sampah tu? tak byr la pulak? sy sbg csc paling menyampah dan sakit hati dengan customer yg suka amik sos byk2 pastu membazir. amik 5 cup tp guna 2 cup...tlg la, customer always right la sgt....right pekejadah nyer!
    manager kdg2 suka2 marah2 ni biasanyer die dtg dari bawah bukannya dengan kelulusan. jadi suasana bercakap dengan staff tu lain la.mmg kfc ad buat latihan dan kelas utk staff tp mslhnyer staff selalu tukar. dan kdg2 staff ni jd camni sbb customer tu sendri.byk ragam....so, nk dpt layan baik, buat la baik dulu....ok!

    BalasPadam
  65. Salam,saya bekas pekerja 7eleven dan juga Ayamas anak syarikat KFC. Untuk cawangan saya bekerja, kami di ajar dgn berbudi bahasa dan kami diberi kursus yang sewajarnya. Saya juga berhadapan dengan berbagai perangai pelanggan terutama dari kalangan yang berbangsa Cina. Bukan tujuan racist, cuma luahan pendapat sahaja. Pelanggan terlalu cerewet sampai mintak yang bukan bukan. Siap ada yang bawak mangkuk sendiri suruh letak ayam dalam tu. dunia dunia. Kadang kadang saya pun terbiadab dengan pelanggan. Minta maaf kepada semua pelnaggan Ayamas. :)

    BalasPadam
  66. Hmm..xleh nak kata apa...tesco cheng memang mcm tu.....tp makanan dia better dr kfc alor gajah sbb fresh....difahamkan kfc alor gajah tidak membuat coselow baru apabila pg...diorg padam tarikh n masa...n tukar baru.....(pekerja kfc cerita)...so memang kalau makan di kfc berlainan ada yg tak fresh....haritu makan breakfast set..makan 2 org dua dua cirit birit...ok...TEsco Cheng staff dia memang pemalas bhgian depan.....tekan loceng berkali2 staf service tidak akan datang ambil makanan untuk dihantar ke meja...akhirnya supervisor melayu lelaki yang agak kurus hantar sendiri..dulu nampak dia kat kfc Masjid Tanah...ada seorang jer staff lelaki chinese or chinese look yang sgt rajin.....

    BalasPadam
  67. sahlah kfc ada masalah menguruskan queue... aku yg umur dah pertengahan pun dia org boleh buat tak nampak apatah lagi budak budak... pekerja kfc panggil org lain, aku sabar, then dia panggil lagi org di belakang aku, aku pun bertanya "eh? tak nampak ke saya ke di sini?" dia masih lagi terus bertanya org yg beratur di belakang saya, org belakang pandang saya dgn muka tanda soal, aku pandang kaunter balik dgn muka tanda soal juga.... DIA TAK HERAN... then aku pandang org kaunter sebelah dgn muka tanda seruan, baru dia ajak saya ke kaunter dia... org yg taknak layan aku tu mati mati taknak layan aku apatah lagi nak berminta maaf. Sampai sekarang aku tak paham... mungkin sebab aku ni cina kot. KFC Melaka memang ada masalah... aku sarakan kalau pekerja takde akal atau lojik yg tinggi dlm menguruskan queue, baik lukis garisan atau letak tali utk membantu pekerja anda

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.