Sabtu, Ogos 13, 2011

Guru Pusat Tahfiz Ditangkap

Semalam saya menulis berhubung tindakan Pusat Tahfiz Amal selama ini dipercayai mengeksploitasi pelajar, menjual pelbagai jenis barangan.

Klik di sini untuk membaca tampalan terbabit.

Barangkali secara kebetulan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM Melaka telah bertindak menahan 4 guru pusat tahfiz sama.

Akhbar Kosmo Online melaporkan di sini.

Saya melihat operasi bersepadu dilaksanakan itu satu tindakan cemerlang oleh JKM. Mungkin selama ini guru pusat tahfiz atau lebih dikenali sebagai 'ustaz' terbabit sama sekali tidak pernah menduga tindakan sebegitu mampu dilaksanakan terhadap mereka.

Tahniah kepada JKM Melaka.

Berikutan emel dihantar kepada saya oleh kenalan, juga penguatkuasa JKM, saya percaya alamat blog ini telah dihantar kepada Ketua Pengarah, KP JKM Malaysia. Allah akan menentukan samada hati beliau akan terbuka untuk menjenguk informasi saya muatkan di blog ini atau sebaliknya.


Sepengetahuan saya, setakat ini hanya JKM Negeri Sembilan, klik di sini dan Melaka mengambil tindakan tegas terhadap kakitangan pusat tahfiz terbabit.

Bertujuan memudahkan KP JKM mendapatkan maklumat berhubung kegiatan pusat tahfiz terbabit, saya senaraikan kembali antara tampalan pernah dimuatkan di dalam blog ini.


Di samping tulisan saya, lambakan maklumat dan komplen berhubung pusat tahfiz sama dikemukakan orang ramai, cuma Google perkataan 'Pusat Tahfiz Amal'.

Saya yakin, tiada umat Islam membantah anak-anak dihantar menuntut ilmu di pusat tahfiz tetapi pada masa sama JKM harus melihat kejadian tersirat di sebalik nama pusat tahfiz itu.

Pengeksploitasian terhadap kanak-kanak perlu diberhentikan dengan kadar segera.

NOTA

Di bulan Ramadhan, jika ingin makan tomyam sedap, sila klik di sini.

SILA BACA PENDEDAHAN TERKINI BERHUBUNG KEGIATAN PUSAT TAHFIZ AMAL ...

KLIK DI SINI

12 ulasan:

  1. Kepada pihak-pihak yang bertanggung-jawab dan diberi kuasa,janganlah tunggu laporan dan aduan baru nak buat tindakan. Keluar dan tinjau-tinjaulah kat luar sana, carilah informasi dan maklumat terkini melalui IT, janganlah nak harapkan informasi dan maklumat dari kertas saja.

    BalasPadam
  2. smti..

    dah lama sangat dah.. dah banyak pun yang dah dikutip.. dah sampai masa kita hentikan kegiatan ini..

    tahniah cik Mazidul...

    BalasPadam
  3. kesian anak anak kecil jd mangsa

    selamat berpuasa en mazidul

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum,
    SMTI.
    Alhamdulillah, ada juga pihak yang pegang kuasa bertindak. Kita harap benda macam ni tak jadi kudis lagi

    BalasPadam
  5. assalamuaikom!

    syukur alhamdulillah dh ade tindakan yg tegas!

    smart header baru bang!

    BalasPadam
  6. Harap menjadi pengajaran kepada pusat tahfiz yang lain agar tidak mengambil kesempatan keatas pelajar-pelajarnya. Tidak salah untuk berniaga, tetapi pastikan dengan cara yang betul.

    kepada En Mazidul teruskan usaha murni anda.

    BalasPadam
  7. Saya berharap semua JKM di Malaysia membuka mata terhadap pengeksploitasian ke atas kanak-kanak ini...Tahniah kepada yang terlibat termasuk En Mazidul sendiri...Tahniah!

    BalasPadam
  8. Tak sukalah dengar masalah kita guna agama untuk menimba kesenangan dunia. Cer selidik di Hentian Rehat (PLUS) Seremban ke KL; dalam sebulan dua ini; (lokasinya lorong ke Surau) dari berdua telah berempat ada remaja perempuan kutip derma buat masjid & jual kalendar serta barangan yang agak mahal harganya.

    Saya tertanya-tanya juga baik siang atau malam, baik hari cuti atau kerja ada saja remaja belasan tahun ini mengutip derma; bila pula remaja ini belajar atau bersekolah!.

    Sekiranya memang benarlah mereka kutip untuk buat masjid; baguslah elok saya cadangkan lebih ramai lagi & buatlah kutipan di semua hentian rehat.

    BalasPadam
  9. Baru semalam saya didatangi seorang gadis minta derma di Stesen Petronas Presint 16 lebih kurang jam 6:00 petang. Seperti yang dijangka resit mereka beralamat di Kedah. Selama ini saya seringkali musykil kenapa sejauh itu mereka sanggup datang untuk mengutip derma. Kalau dikirakan kos pengangkutan, tempat tinggal, makan dan minum pasti lebih baik mereka meminta derma di Kedah sahaja. Tapi semalam saya sempat melihat nama pusat tahfiz tersebut. Hasil google pagi ini barulah saya tahu kegiatan Pusat Tahfiz Amal ini. Hampir setiap bulan pasti akan ada gadis/lelaki yang datang mengutip derma di stesen petronas tersebut. Nampaknya mereka masih lagi meneruskan kegiatan walaupun telah diambil tindakan.

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum wbt..
    hari ini sy dan suami didtgi olh 2 org pelajar yg mengakui pelajar Pusat Tahfiz Amal Yan Kedah.. minta derma rm10 ringgit.. yg menghairankan saya & suami adalah mcm mana budak2 ini bleh smpi ke Sarawak. diorang cakap hari ini baru sampai ke Kuching dari Bintulu. dari Kedah mengutip derma ke sarawak?? Sangat pelik.. harap ada tindakan dari sana berkenaan dengan perkara ini krn mrk bleh smpi ke Swak & Sabah utk meneruskan kegiatan ini.. Tq

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. Macam-macm cara dorg cari duit sekarang nie..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.