Rabu, Ogos 10, 2011

Tool Box

Kru 666 setakat ini mempunyai beberapa alat bantu untuk melaksanakan tinjauan dan kajian kes paranormal.

Sewaktu singgah berbuka puasa di rumah saya awal malam tadi, Rahmat menyuarakan pendapatnya.

"Kita kena ada toll box untuk meletakkan semua peralatan kita ada, Infrared Thermometer, Parabolic Recorder, torch lights, bateri dan semualah," ujarnya.

Cadangan saya kira cukup baik untuk memastikan semua peralatan terpelihara. Rupa tool box seperti di bawah tetapi tidak semestinya sama, asalkan sesuai untuk digunakan kru 666.


Saya kira, harga tool box tidak begitu mahal.

"Ok. Macam inilah, kalau ada syarikat atau individu berhajat menaja tool box, logo syarikat atau nama individu itu boleh dicetak di box itu sekaligus itu melambangkan sokongan pihak terbabit terhadap usaha kita," kata saya.

Ada sesiapa berhajat?

Sila hubungi kami melalui emel mazidulakmal@yahoo.com

6 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.