Khamis, Ogos 11, 2011

Rahsia Lelaki

Selama ini saya berpeluang berkawan dengan ramai orang muda dan golongan berusia dari pelbagai bangsa.

"Bini call!," bisik lelaki berusia 47 tahun.

Dia kelihatan tersentak sebaik melihat nama isterinya terpapar di skrin telefon bimbit. Itupun jika dia melakukan perkara tidak direatui isterinya. Contoh, sedang berhibur sambil memeluk mesra pelayan pelanggan, GRO di pusat hiburan.

Lazimnya dia akan berlari keluar dari pusat hiburan itu dan kemudian sedaya upaya cuba mengawal cungap nafasnya.

"Ya? Tengah kerja. Kejap lagi I call balik," jawabnya dengan nada serius.

Andai tidak membabitkan panggilan kecemasan, komunikasi dinoktahkan di situ sahaja.

Dari riak wajahnya, dia kelihatan bersalah tetapi percayalah suami itu memiliki seribu satu kaedah untuk mengelakkan diri dari disyaki oleh isteri.

Tidak semua isteri bertindak terlalu taksub menghubungi suami berulang kali samada pada waktu siang mahupun malam. Majoriti mereka sibuk bekerja di siang hari dan pastinya ingin tidur lena selepas jam 10 malam.

Sebilangan suami bertindak lebih bijak terutama mereka bergelar eksekutif dan bertugas di antara jam 9 pagi dan 5 petang.

"Awak pergi ke mana malam tadi?," soal isteri.

"Jumpa kawan," balas suami ringkas.

Lazimnya suami sebegitu tidak pulang terlalu lewat ke rumah. Jam 9.30 malam, waktu bermulanya curfew, perintah berkurung. Itu waktu selamat untuk berada di samping isteri  sekiranya mereka terbabit dalam kegiatan hanky panky.

The trick is easy

Suami perlu mendisiplinkan diri masuk ke pusat hiburan seawal jam 5 petang dan keluar tepat jam 9 malam. Durasi itu dikenali sebagai happy hours samada di pub atau di pusat karaoke. Lazimnya sewaktu happy hours, harga minuman keras lebih murah, begitu juga caj perkhidmatan GRO.

Dalam tempoh 4 jam itu, mereka mampu berhibur tanpa had. Asalkan poket kembong, semua dihajati pasti  dipenuhi. Alkohol dan wanita, kombinasi mampu membuatkan mereka lupa dunia buat seketika.

Majoriti mereka, lelaki berduit, pada masa sama bijak mengelakkan kegiatan dibongkar oleh isteri. Di rumah, mereka kelihatan seperti suami setia, pijak semut sekalipun tidak mati. Anugerah pelakon layar terbaik pasti digondol oleh mereka, jika 'lakonan' mereka berpeluang dicalonkan sebagai satu daripada kategori di festival filem.

Sebilangan mereka, bukan sahaja setakat berhibur tetapi memilki GRO simpanan. GRO sama melayan mereka setiap kali mengunjungi pusat hiburan. 

Lazimnya GRO tidak berminat dengan lelaki pokai atau berpendapatan sederhana. Suami hidup mewah dilayan mengikut kehendak hatinya, GRO pula menerima ganjaran lumayan. It is a win win situation. Rahsia jarang terbongkar kerana lelaki bergelar suami itu hanya berhibur dengan rakan karib dipercayai sahaja. Mungkin juga rakan mempunyai rahsia sama. Pandai makan, pandai simpan, itu ringkasnya.

"Jangan main tahu, isteri selalunya mempunyai gerak hati tepat"

Mereka akur dengan kenyataan itu. Mereka juga tahu kenyataan sama berkebarangkalian memerangkap diri. Jika tidak dalam jangka waktu terdekat, mungkin di masa akan datang.

Jadi, kepada semua wanita bergelar isteri, jika terdetak di hati untuk menghubungi suami, lakukan. Usah teragak-agak kerana naluri wanita lazimnya membisikkan perkara benar.

Namun perlu diingat, bukan semua suami bersikap begitu. Fikirkan juga keselesaan mereka. Andai benar suami bekerja selepas matahari terbenam, percayailah kejujuran mereka. They are innocent until proven guilty. Jangan sampai akibat panggilan telefon dan penghantaran pesanan ringkas, SMS bertalu-talu mengeruhkan kebahagian rumah tangga.

"Aku kekadang rimas dibuatnya. Isteri call berpuluh kali, sedangkan kita ini bekerja mencari rezeki, berjumpa clients tanpa mengira waktu," keluh sebilangan suami.

Bayangkan tekanan dialami mereka.

"Dia ingat bila kita keluar malam, balik lewat, mesti jumpa betina. Itu masalahnya," tambah suami sama.

Itu antara rintihan biasa dilontarkan sebilangan suami setia, berhempas pulas mencari rezeki secara jujur.

Ringkasnya, setiap isteri pasti sudah mengenali sikap lelaki mereka tiduri sekian lama. Lelaki, ayah kepada anak mereka. Lelaki selama ini bersama mereka dalam keadaan susah dan senang dan lelaki mengepalai keluarga.  

Itu kisah suami.

Lazimnya, remaja atau orang bujang berbeza kisahnya. 

Mereka bercinta. Perempuan menggelar teman lelaki mereka, boyfriend, bf, singkatannya. Manalala lelaki pula merujuk teman wanita mereka sebagai girlfriend, gf.

"Apa fasal tadi tak bagi tahu you pergi mana?," tanya gf garang.

Lelaki ingin menjaga hati selalunya hanya berdiam diri dan membenarkan dirinya dileteri. Dileteri hanya kerana tidak memaklumkan gf berhubung pergerakannya.

Sebilangan pasangan muda, mengambil tindakan mudah. Mereka menggunakan kemudahan sistem telekomunikasi, friend finder. Kemudahan itu memudahkan mereka saling mengesan kedudukan gf atau bf masing-masing. 

Usah tersenyum, saya pasti ada antara pembaca pernah melalui pengalaman getir sebegitu. 

"Aku tak boleh keluar nanti Ina guna friend finder, mampus aku kalau dia tahu aku berada di tempat hiburan," ujar bf.

Tetapi ingat, lelaki terlalu terkongkong berkemungkinan menggunakan 9 akalnya untuk melakukan perkara di luar jangkauan pemikiran wanita.

Cukuplah cerita berhubung friend finder, saya tidak pernah menggunakannya perkhidmatan terbabit sewaktu bercinta.Telefon bimbit masih tidak wujud ketika itu.

"Aku rimas gila, gf asyik asyik call, kejap kejap SMS. Katanya risau tentang aku, kalau dia tak tahu apa jadi," keluh bf.

Kononnya, kalau pergerakan bf diketahui, perasaan gf lega.

Benarkah begitu? Atau itu hanya saya alasan kukuh, lambang ketidakpercayaan gf kepada bf?

Lambang sikap cemburu gf. Maksudnya dia khuatir jika bf melakukan perkara di luar jangkauan pemikirannya.

"Bukan apa, silap silap dia dengan perempuan lain"

Kenyataan itu juga kerap dilontarkan gadis remaja. Kita tidak boleh menolak fakta, sebilangan bf memang berasa selesa sentiasa dihubungi gadis kesayangannya. At least she cares, dakwa mereka namun adakah majoriti bf berfikiran begitu?

Melalui pengamatan saya, akibat terlalu kerap diminta membuat updates, bf, lelaki belum lagi menjadi suami secara sah, mula berasa dirinya terlalu dikawal atau dikongkong.

Bayangkan, sewaktu bf bersama ramai rakan lelaki, tiba-tiba dihubungi gf.

"I dengan kawan-kawan, tak ada perempuan pun ...," ujar bf jujur.

Sebelum panggilan telefon diputuskan, tersipu-sipu bf akan memperlahankan suaranya.

"I love you," katanya.

Tidak berpuas hati, gf spontan menuntut 3-letter word itu diulang dengan nada lebih kuat.

Pastinya dia tertekan, begitu juga rakan di sekeliling. Mereka bukan sahaja merasai tekanan itu malahan bersimpati terhadapnya.

"Alah! Malu malu pula, cakap sahajalah," usik meraka.

Usahlah berasa terlalu yakin, kononnya lafaz 'I love you'  diungkapkan bf di hadapan ramai temannya itu, lambang sebenar kesetiaan dan kasih sayang terpancar dari hatinya.

Ingat, lelaki tertekan, sedikit demi sedikit hatinya bakal memberontak.

Di masa akan datang, dia mungkin akan mengucapkan 'I love you' itu tetapi bukan kepada gf sama.

23 ulasan:

  1. Setuju. Fenomena yang sangat biasa.

    Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.

    Paling utama, kepercayaan. Mana ada lelaki yang tidak nakal zaman sekarang? kan?

    BalasPadam
  2. Setuju dengan bro Mazidul, bukan semua lelaki mata keranjang.

    Saya berusaha menjadi suami dan bapa yang terbaik untuk keluarga saya.

    Memanglah pintu maksiat itu sentiasa terbuka luas. Bergantung kepada niat, sama ada mahu atau sebaliknya.

    Jika isteri setia, sebaiknya balas kesetiaannya dengan kasih sayang. Setakat ini, saya amat yakin pegangan agama saya membantu menolak perilaku tidak baik dalam diri. Alhamdulillah..

    (p/s: Khabarnya, penganut Kristian pun ada lagu Alhamdulillah dan Allahuakbar versi gereja di Damansara.. Nak juga mendengarnya, kot2 sama dengan lagu Raihan?..)
    :-P

    BalasPadam
  3. Keikhlasan akan terpancar walaupun tanpa kata-kata. :)

    BalasPadam
  4. betul ..jangan mengongkong. kalau kita selalu hampir dengan Allah, suami juga hampir padaNya... biar Dia uruskan hati2 kita.

    BalasPadam
  5. :) itulah dunia sekarang......

    moga² keimamnan dan ketakwaan akan membawa kebaikan kepada semua. No GRO lagi

    BalasPadam
  6. Cemburu la tu.

    Cemburu tanda sayang...
    Biarlah berpada-pada.

    BalasPadam
  7. membuka mata saya...dulu ade pakcik taxi pernah cakap..kalau dah berumah tangga tolak ansur tu penting...jgn kongkong suami..kalau nak control sekalipun..pegang agak2 lepas dgn tidak..nanti dia lari terus lagi susah..hmmm...

    BalasPadam
  8. ini memang fakta.... saya sokong 100%.. bro ni memang hebat la kua kan statement.. statement penuh dengan ilmiah... i like!!!

    BalasPadam
  9. best bace kisah pd kali ni smp tersenyum sorang2...hehehe

    BalasPadam
  10. cemburu itu perlu tapi biar kena dengan keadaannya..

    BalasPadam
  11. Saya setuju..... Pernah menyaksikan situasi yang sama- kawan lelaki 'dipaksa' ucap I love u semasa gf dia telefon. Kerap kali dikongkong, sampaikan dia terpaksa menipu untuk mengelakkan gfnya mengamuk.

    BalasPadam
  12. setuju. but for me, i jrg call dan sms selalu dimulakan dia.

    kalau seharian takde sms baru tanya.

    i sendiri pun tak suka selalu di call, understanding itu penting.

    BalasPadam
  13. isx mcm terkena je.. but, i ade reason. Coz bf pun jenis suke kongkong, i kuar dengan kawan perempuan pun tak boleh :)

    Masing2 ada gaya tersendiri kot.. hahaha..

    BalasPadam
  14. kalau sayang, biarkan dia lepas bebas. kalau dia sayang kat kita, cukup masa, dia akan pulang. kalau dia buat hal & ketahuan, sendiri mau jawab la...

    BalasPadam
  15. hahaahah....best topic nih...tergelak saya baca...tp tak semua lelaki cam tuh...lelaki baik utk perempuan yang baik...jd...what u give, u get back...hahaha...

    BalasPadam
  16. Zaman sekarang dah banyak terbalik kitab lelaki yang baik untuk perempuan yang baik tapi telah jadi sebaliknya; perempuan yang berpura baik terbukti menipu lelaki baik; begitulah sebaliknya... atau pun sebaliknya memang telah lumrah sejak berzaman!. Ini namanya ujian terkini.

    9 akalnya lelaki memang sering mengelirukan 9 nafsu perempuan. Tapi awas perempuan yang semakin bebas sering terjerumus ke 9 nafsu ini buat 9 akal lelaki bungkam!.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.