Rabu, September 14, 2011

Bola Mata Terkeluar (Eksklusif)

Jam 2.03 pagi tadi, saya dan kru 666, Razali Harun, tiba di lokasi kejadian.


"Saya nampak dia memotong laju kenderaan kami. Motosikal dia kemudian terbabas, terlanggar divider. Mangsa tercampak ke atas jalanraya, motosikal mengelungsur kira-kira 100 meter ke depan. Selepas berhenti, nasib baik saya sempat menggunakan lampu suluh untuk memperlahankan kenderaan lain. Kalau tidak, rasanya mesti body dia hancur kena langgar dek kenderaan lalu-lalang," jelas anggota polis Unit Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Selangor.


Kemalangan ngeri itu berlaku di Lebuh Raya Damansara-Puchong, berhampiran jalan masuk ke The Curve, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

Mangsa, lelaki Cina berusia 28 tahun dan alamat tercatat di MyKadnya, Taman Sentosa, Klang, Selangor.

"Tengok ini, kesan motosikal dia masa terlanggar divider," ujar polis trafik bertugas.


Mangsa tercampak ke lorong laju selepas tubuhnya dipercayai terhentak kuat ke pembahagi jalan lalu mati di tempat kejadian.


Topi keledarnya terhumban ke laluan bertentangan manakala organ dipercayai otak bertaburan di atas jalanraya.


Berikut gambar motosikal Yamaha R6 ditunggang mangsa sebelum maut dalam kemalangan terbabit.


"Ini helmet biasa, tengok pelapik pun terkeluar," ujar Razali.


Kami terpaksa berjalan secara lebih berhati-hati untuk mengelak daripada terpijak organ bertaburan di lebuh raya itu.


Sebaik kenderaan pacuan empat roda pengangkut mayat tiba di lokasi kejadian, anggota polis bertugas bergerak menghampiri mayat mangsa.


Melihat usaha mereka, saya terfikir, itu hanya secebis daripada cabaran didepani pegawai dan anggota trafik sedang  majoriti masyarakat awam tidur lena.

Sebaik mayat diangkat, plastik penutup muka mayat sedikit terselak dan Razali tiba-tiba bersuara.

"Mesti kepala dia terhentak terlalu kuat, bola mata kiri terkeluar bro," bisik Razali.

Saya perhatikan dari jarak dekat, muka mangsa diselaputi darah segar.

Tubuh mangsa saya anggarkan seberat lebih 90 kilogram kemudian diusung oleh 6 anggota trafik ke kenderaan.


Saya perhatikan pemandu bertugas, dia hanya berseorangan membawa mayat ke Pusat Perubatan Universiti Malaya. 

Jika berada di tempatnya, belum tentu saya berupaya menjalankan tugasan itu secara tenang dan sempurna.


Seperti kelaziman, petugas L:ingkaran Trans Kota Sdn, Bhd, LITRAK kemudian secara pantas membersihkan tapak lokasi kejadian.
 

Kepada pembaca, jika menunggang kenderaan berkuasa tinggi, berhati-hati kerana maut tidak mengenal jenis motosikal dan siapa pemiliknya.

Apa pun, takziah kepada keluarga mangsa.

Teliti 2 gambar berikut, saya rakamkan pada jam dan minit sama (waktu tercatat di sebelah kanan bawah gambar).


Barangkali itu gambar orb (sila google) atau hanya sekadar debu jalan berterbangan di awal pagi tetapi peliknya entiti itu hilang dalam beberapa milisaat sahaja.

Jika lensa kamera G12 digunakan berhabuk, saya tidak mempunyai masa mencukupi untuk membersihkannya dalam tempoh terlalu singkat.

Entiti kelihatan hampir sama juga saya rekodkan di kawasan sekitar sewaktu berdiri statik di atas pembahagi jalan.

33 ulasan:

  1. bawak laju-laju nak kejar apa?
    kejar maut?
    sedihnya....

    Oops....dah Subuh pun...

    BalasPadam
  2. ucapan takziah... berhati hati di jalan raya..

    BalasPadam
  3. Takziah kepada keluarga mangsa. Penunggang motorsikal (tak kira apa kuasanya), masih merupakan penyumbang kepada kadar kemalangan jalanraya yang tinggi. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak cik, bukan moto je yg menyumbang kadar kemalangan jln raya, klu nk diikutkan bas lg la teruk mencatatkan kadar kematian yg tinggi...moto plg kuat pun 2 org je mangsa, tapi bas kak cik bayangkan lahn...jgn bias ok...

      Padam
  4. Mangsa menonggang Yamaha R1 ...memang laju..!

    BalasPadam
  5. Mungkin orbs tu adalah lelaki cina yang baru mati tu kot?....

    BalasPadam
  6. ini yamaha r6, mungkin mangsa mengantuk.... dari apa yang saya perhatikan sehingga helmet boleh tertanggal kemungkinan helmet tidak diikat, mustahil helmet ini boleh tertanggal sebab menggunakan jenis ikat bukan gunakan jenis klip sepeti helmet biasa..... mangsa sangat mengambil mudah soal keselamatan....adalah beliau pakai kasut khas untuk ride, hanya mengenakan seluar biase... jaket keselamatan tak pasti..... ini agak memalukan rider menggunakan motorsikal kuasa tinggi yang lain.... soal keselamatan amat diperlukan...... bagi motorsikal berkuasa sehingga 300kmj..... soal keselamatan amat dititikberatkan.....

    pada jalan sebelum selekoh sepatut mustahil untuk jatuh kecuali gagal mengawal kenderaan.....

    tapi.....

    mungkin mangsa mengelak 'sesuatu' tiada siapa tahu......

    BalasPadam
  7. smti...takziah utk keluarga mangsa...berhati2 lah di jalan raya..maut tidak mengenal mangsa..

    BalasPadam
  8. roh kesedihan bila melihat jenazahnya diuruskan sampai ke kuburan

    kekadang time memandu saya slalu fikirkan adakah malaikat maut sedang menunggu di selekoh di depan, atau pada lori di depan dan sebagainya... tapi bila naik syiekh lupo segalo eyyy

    BalasPadam
  9. Polis jugak yang kena uruskan. Dilarang bawak laju-laju bawak juga. Kena saman dimaki hamun polis tu. Dah jadi macam ni apa nak kata??

    BalasPadam
  10. sebagai seorg bikers, sy selalu ingatkan diri sendiri....jangan le bawak2 laju2 wpun mto sy ni bigbike.. kepandaian kita mengawal mto cuma 20 % je...yang selebihnya tu takdir yg ditentukan allah....jadi utk all riders ...ingatlah org2 tersayang...berhati2 semasa ride...

    BalasPadam
  11. Nyawa, bukan boleh disimpan dalam botol. kalau dah keluar dari jasad, maknanya matilah..

    Moga kita sentiasa beringat.

    BalasPadam
  12. huhu...

    sangant mengerikan...

    minta dijauhkan dengan kemalangan yang sedemkian rupa...huhuhu...

    BalasPadam
  13. Mami dan Akiss, saya tidak in any way mengatakan begitu.

    Arelane, dari pemerhatian saya, mangsa memakai sarung tangan.

    Tidak pula terlihat kasutnya di kawasan sekitar, sandal putus ada.

    BalasPadam
  14. ajal dan maut di tangan Allah. walaupun berpakaian besi sekali pun.

    BalasPadam
  15. Sedih benar melihat nyawa melayang begitu sahaja. Takziah kpd ahli keluarga and kenalan mangsa.

    Nak komen sikit pasal "orb" yang di kata-kata kan dalam gambar di atas. Sebenar nya apa yang dikatakan "orb" it bukanlah apa... Sebenarnya ia adalah jejirim pencemaran udara yang memantul balik "flash" ketika gambar berkenaan diambil. Sekiranya gambar diambil dengan berlatarbelakang kegelapan malam dan dengan "on-camera flash" di kawasan perindustrian berat, lebih banyak lagi "orb-orb" akan terpapar dalam gambar yang diambil...

    BalasPadam
  16. maaf... gambar orb tu kalau bukan air pada lens mungkin titisan hujan... adakah waktu tu hujan renyai atau gerimis...??? itu mungkin titisan hujan yang melintasi hampir dengan lens camera... kalau jauh takkan nampak... maaf kalau silap...

    BalasPadam
  17. salam..

    jalan nya lurus aje..
    mungkin mengantuk.. dah pukul 2 pagi.
    en mazidul, ada ke tanda2 punca kemalangan tu disebabkan dari kerosakan jentera? mmg dia hilang kawalan & jatuh sendiri?

    sy juga penunggang bigbike & banyak kali hampir jatuh. alhamdulillah tak jatuh lg stkt nie.
    tapi memandu motorsikal ni mmg memerlukan focus yg tinggi & skill mengendalikan jentera itu sendiri.

    keadaan permukaan jalan pun banyak mengganggu. even line putih jalanraya tu pun boleh membuatkan traction lari. sgt bahaya.

    kalau tak berhati2 @ hilang focus...

    BalasPadam
  18. Melihat kepada no pendaftaran masih baru lagi... mungkin mangsa ni baru memiliki @ menunggang motosikal berkuasa tinggi.. kalau begitu dari aspek kawalan dan mengenali karekter motosikal belum mahir lagi...

    saya memerlukan masa yang lama utk memahami karekter bigbike saya.. itupun tak berani juga nak speeding tak tentu hala.. tetapi sesekali.. hmmm... hantam juga 250kmj.. tapi sekejap je..

    BalasPadam
  19. Gerimis dan titisan hujan tidak akan kelihatan seperti itu...

    Titisan hujan akan kelihatan berkehalajuan ke arah bumi - lebih lebih lagi jika shutter kamera lebih perlahan daripada 1/1000 saat; bukan berbentuk bulat. Gerimis akan mengaburi bahagian background gambar dan lampu jalan (jingga sodium vapor) akan tersebar akibat "light scattering".

    Dan ianya bukan Orb. Ia jerebu (air particulate) yang mendap ke lapisan bawah atmosfera pada waktu malam.

    BalasPadam
  20. ermm..safety gear pun tak dititik beratkan bile ride sbk.. mungkin die pecut tu nk eksen/menunjuk potong kete peronda polis tu.. dan2 tu terlost control n tergesel ngan divider.. lalu jatuh.. dan momentum yg sgt kuat meragut nyawanya..

    ape2 pun.. hanya dia dan Tuhan je yg tau ape yg sebenarnya berlaku.. kita yg idop ni kene ambil iktibar..

    Memandu dan tungganglah dengan cermat ingat lah org yg tersayang..

    BalasPadam
  21. 1. helmet tak ikat
    2. pakai suar pendek
    3. glove dan riding boot xde
    4. mana jaket?

    sila pikirkan yang tersayang... model helmet tu sama dgn yang saya gunakan skrg.. helmet tu bukan jenis "BIASA" mcm apa yang abang polis tu cakap.. middle range.. tak murah dan tak mahal..

    BalasPadam
  22. r6 mana boleh pergi sampai 300km/h..r1 lain citer lorh...ajal maut semua ditangan tuhan..dah itu ajal dia..kita tak boleh buat apa..walaupun die bawak 10km/h sekali pun kalau dah ajal..tetap mati :)

    BalasPadam
  23. Setuju dgn anak jani.helmet tu bukan 'jenis biasa' .ianya mid range.kalau xikat helmet arai sekalipun tcabut padding.jelas rider xmnitik beratkan soal safety gear.

    BalasPadam
  24. itu bukan entiti, itu reflection cahaya dengan wap air di udara -,-

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.