Isnin, September 05, 2011

Telefon Bimbit Bak Besi Buruk Di Kampung Sungai Bill

Sayaa bukan blogger tersohor, mamun dengan tulisan saya berusaha mengubah keadaan agar menjadi lebih baik.

Sejak dilahirkan, Kampung Sungai Bill, Slim Village, Perak, boleh dikategorikan sebagai penempatan lewat dijengah pembangunan.

Sewaktu menuntut di antara darjah satu pada tahun 1974 dan tingkatan lima, rumah penduduk kampung terkenal sebagai destinasi pelancongan di Perak itu hanya diterangi lampu minyak tanah atau lampu gas bagi mereka berkemampuan.


Setiap malam sewaktu mentelaah pelajaran, tulisan di buku teks kelihatan kabur. Puluhan anak kampung pernah belajar mengaji Al-Quran di rumah di bawah bimbingan arwah ayah terpaksa tunduk untuk membaca ayat kitab suci itu.

Peristiwa itu berlaku kira-kira 34 tahun lalu.

Kini penduduk kampung sudah menikmati bekalan elektrik dan air bersih sejak penghujung tahun 80 an.

Cuma kini perbezaan Kampung Sungai Bill berbanding kampung lain, cukup ketara dari aspek kemudahan telekomunikasi.

Tiada kemudahan talian telefon mudah alih dan tiada talian tetap TM.

Setiap kali pulang ke kampung, telefon bimbit bak besi buruk. Dalam erti kata lain, penduduk kampung tidak boleh dihubungi atau menghubungi sesiapa. Walhal di beberapa kampung bersebelahan, penduduk berpeluang membuat panggilan keluar dan menerima panggilan masuk menggunakan talian operator mudah alih seperti Digi, Maxis dan Celcom.

Bayangkan, Kampung Orang Asli Pos Bersih, antara kawasan penempatan suku kaum Semai dianggap terpencil di daerah Batang Padang, kini menikmati kemudahan talian telefon mudah alih. 


Jika berlaku kes kecemasan, penduduk terpaksa keluar menggunakan kenderaan ke pekan terdekat, Slim Village, 5 kilometer dari kampung. Untuk rekod, pekan kecil terbabit dibekalkan kemudahan Streamyx oleh TM.

Rungutan berhubung masalah telekomunikasi saya dengar, setiap kali pulang ke kampung. Terbaru sewaktu meraikan sambutan Hari Raya Aidil Fitri lalu.

"Kalau nak dapat signal Celcom, kena naik kawasan tinggi di hulu sungai," ujar remaja kampung. 

Pelik, bagaikan tiada siapa peduli berhubung kebajikan penduduk sekaligus kelihatan seperti menafikan hak penduduk kampung untuk berhubung dengan masyarakat luar.


Adik saya, Mushairil Azmil terpaksa memandu hampir 18 kilometer ke bandar Tanjung Malim, semata-mata untuk menjemput kru 666, Ashraff Zainon tersesat jalan dalam perjalanan untuk berhari raya di rumah.

Mengapa?

Kerana ketiadaan kemudahan sistem telekomunisi talian mudah alih atau tetap pada tahun 2011.

Terasa benar bak tinggal di zaman batu. Cuma dahulu orang naik gajah, adik saya memandu kenderaan bermotor.

Terfikir, adakah kemudan telekomunikasi hanya ditawarkan oleh Celcom, Digi dan Maxis kepada masyarakat di bandar sahaja?

Arwah ayah, Sidik Mohd sehingga meninggal dunia pada usia 70 tahun, sebelum Ramadhan tahun lalu terpaksa bermotosikal ke pekan Slim Village sewaktu hayatnya semata-mata untuk menghubungi anak-anak menetap di Kuala Lumpur.


"Sebelum ini, ada talian TM, setiap bulan kena bayar RM26 tetapi talian tidak ada," ujarnya 2 tahun lalu.

Arwah tidak gemar berhutang justeru bil telefon dibayarnya.

"Last sekali terpaksa hantar telefon ke TM di Tanjung Malim, apa gunanya kalau tak boleh digunakan," tambah bekas imam kampung itu lagi.

Kenyataan itu sehingga kini terngiang-ngiang di telinga saya, biarpun arwah telah meninggalkan kami sekeuarga.

Al-Fatihah.

Minggu lalu saya cuba untuk menghubungi TM, ingin mengetahui status talian telefon dengan mendail 103.

"Maaf encik, saya tidak boleh memberikan nombor telefon pejabat TM sebab itu considered nombor internal. Kalau ada masalah mungkin saya boleh tolong selesaikan," ujar operator Call Center TM.

Lalu saya meringkaskan laporan sebelum ini saya nukilkan di tampalan ini.


Masalah saya kemukakan terlalu besar untuk diselesaikan oleh petugas khidmat pelanggan Call Center TM itu lalu saya diberikan peluang untuk bercakap dengan pegawai penyelianya.

Awal petang tadi seperti dijanjikan pegawai terabit, saya dihubungi.

"Saya telah memaklumkan hal ini kepada manager saya. Laporan itu akan dihantar kepada TM," ringkas katanya.

Saya akui dia berkomunikasi secara beradab tetapi soalan di kemukakan sebelum itu masih tidak berjawab.

Apakah masalah sebenarnya sehingga kini, talian tetap telefon masih gagal dibekalkan? Jika kerana kabel didakwa sering dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab, apakah langkah proaktif dilaksanakan oleh TM untuk mengatasi masalah itu?

Membiarkan tiang telefon terus dililit tumbuhan menjalar seperti di bawah?


Molek benar jika tiang itu dijadikan hiasan di hadapan pejabat TM Point.

Cantik.

Simbol keperluan pengguna diabaikan.

Barangkali ramai tidak menyedari, pengguna tidak berupaya berhubung secara terus dengan kakitangan syarikat pembekal talian mudah alih atau tetap. Setiap panggilan pengguna disambungkan kepada syarikat third party, petugas bukan pembuat keputusan.

Kampung Sungai Bill, bak jatuh ditimpa tangga, terpinggir tanpa kemudahan sistem telekomunikasi sehingga ke saat ini.

Adakah siapa peduli?

20 ulasan:

  1. Saya dah bosan dengan TM. Kami di bandar kalau ada masalah streamyx sekali pun ambil masa paling cepat seminggu lebih atau sebulan. Selamat maju jaya buat penduduk sg. Bill

    BalasPadam
  2. harap2 lah ada pihak berwajib tampil membantu masyarakat kampung di sini...

    BalasPadam
  3. telefon di rumah ayah saya pun sama gak sebelum ini... bil tiap-tiap bulan kena bayar tetapi langsung tidak boleh buat penggilan (akibat cable dicuri) Penduduk telah buat rondaan dan kawalan tetapi macam tiada tindakkan dari pihak tm. akhir sekali tamatkan je talian dan guna hset. sampai sekarang tidak ada talian telefon tm di kawasan rumah ayah saya.

    BalasPadam
  4. Mengikut blog Dr Azwan, Pos Bersih hanya ada line Celcom sahaja tiada talian Maxis.

    Sepatutnya TM mencadangkan perkhidmatan telefon TM CDMA seperti promosi yg dilakukan di Kelantan. TM CDMA menggunakan450mhz. Handphone dengan no tel rumah. bagaimanapun keluar dari kod kawasan 05 tidak dapat digunakan.

    kaw liputan cdma

    BalasPadam
  5. Tak lama lagi PRU13. Gerenti, dijamin beres!

    BalasPadam
  6. Sebab masaalah inilah hubby kak Zai tak mahu tinggal lama2 jika berkunjung kerumah saudara mara yang tinggal di Sg Bil.

    BalasPadam
  7. http://58.71.131.131/mimsgoogle/gmapform.aspx

    Mengikut Maxis, Kg Sungai Bil ada liputan Maxis 3G.

    BalasPadam
  8. Inux, jangan lupa tengok disclaimer

    'Actual coverage areas may differ from the illustration. Broadband coverage and signal quality is also dependent on other external factors including user location and distance.
    Services are provided on the best effort basis'

    Kalau ada Maxis 3G, mesti ramai anak bandar pulang ke kampung akan menggunakan servis operator terbabit.

    Seriously.

    BalasPadam
  9. ada lagi rupanya tempat yang takda kemudahan untuk perhubungan telefon pada tahun 2011 ni....macam tak pecaya pulak kan...hehehe

    BalasPadam
  10. Kalau di Tebedu ke Gua Niah ke patut juga... Ini di Perak? Malu Teman Yeop, aihhh...!

    Pihak atasan, turun-turun le ke bawah, Jenguk-jenguk le ke lembah. Jernih Sg. Bill menanti, kalau talian elok garenti pengguna bayar Bill - TM masyuk, semua syok... Percayalah.

    BalasPadam
  11. Coverage map maxis 3G memang mengarut, apa yg En mazidul perlu buat ialah pastikan di mana pemancar Maxis 3G itu dipasang samada kampung slim atau behrang. Kelebihan maxis bb terletak pada multi sim dan ada satu package khas unlimited internet.

    En mazidul ramai kawan tentu tiada masalah mendapatkan package unlimited yg sudah ditamatkan tersebut. Discontinue tapi masih ada kalau tau mana nak cari.

    Cara mudah nak tau terdapat liputan 3G di Kg Sg Bill ialah pasang 3G modem + 3G router atas bumbung macam antenna tv kemudian connect pakai wifi. Saya tak suka huawei sebab tak kuat tarik signal.

    Saya tak pasti jika Celcom dan Maxis menggunakan dual band 3G 2100mhz dan 900mhz di kawasan luar bandar.

    BalasPadam
  12. saudara mazidul
    saya pelik dengan keadaan di sg bil,,
    adalah amat penting untuk TELCO menyediakan servis di sg bil
    kawasan itu adalah kawasan perkelahan
    jika berlaku apa@ kecemasan dalam kalangan orang yang berkelah

    tak seriau dibuatnya bila nak hubung balai Slim atau tg Malim..takda liputan

    kan dah susah

    harap pihak berwajib sediakan talian mudah alih di kawasan sana

    BalasPadam
  13. saudara mazidul... percaya atau tidak warga pendidik Post Hendrop terpaksa bertarung nyawa semata-mata untuk mendapatkan line telefon. bertarung nyawa iaitu memandu sejauh 20 km dan semata-mata mahu mendengar suara anak dan isteri tercinta.

    BalasPadam
  14. Mungkin Saudara Mazidul sepatutnya jadi YB dulu baru TM mahu masukkan talian telefon tu...ha ha ha.

    BalasPadam
  15. nanti sy ckp dgn bos sy.suruh pasang pencawang di sana... kalau tiada pencawang macam mana mxs dgi celcome nak ada..huhu

    BalasPadam
  16. bagi saya, masalah bukan berpunca dari TM. ini disebabkan sikap rakyat itu sendiri yang xpandai menghargai kemudahan awam yang telah disediakan. jika setiap kali kabel yang di curi diganti baru oleh pihak TM, jd apa kesudahan jika kabel itu terus dicuri.. Tak kan TM perlu ganti dan ganti.. jd dimanakan tanggungjawab dan peranan penduduk kampung didalam menjaga harta dan kemudahan untuk org ramai.
    Masalah xkan selesai jika penduduk kampung tidak bekerjasama didalam membendung masalah kecurian kabel dari terus berlaku.
    Tasneem Sayorwan, aku tak paham apa masalah ko. aku pun pakai streamyx, tetapi bila ada masalah..hari ini call dalam masa 24 jam settle.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.