Selasa, November 29, 2011

BUSUK ITU LALI BAGI MEREKA

"Aku kenal engkau! Engkau hendak masukkan gambar kami di dalam surat khabar atau TV?," jerit wanita saya anggarkan berusia lewat 30 an.

"Keduanya tidak," balas saya ringkas.

"Engkau ambil gambar aku, aku saman engkau! Engkau ingat aku tidak tahu undang-undang?," jeritnya lagi.

"Macam inilah, bagus sangat jika awak tahu mengenai undang-undang tetapi awak tidak mengetahui tujuan saya ke sini apatah lagi mampu membaca niat di hati saya. Kalau awak hendak menyaman saya, samanlah," kata saya kepadanya.

Kejadian di atas berlaku pada 7 November lalu di hadapan Bangunan Cahaya Suria, Kuala Lumpur ketika saya dan kru Penyingkap Fakta 666, Suhaimi Salim melakukan tinjauan awal untuk Projek Bantal.


Baca kisah lengkap di sini.

Biarpun berhadapan dengan karenah manusia sebegitu, impian kami sebulan lalu kini hampir menjadi kenyataan. Banyak bantal berjaya dikumpulkan hasil sumbangan pembaca blog ini.

Klik di sini untuk melihat sebilangan daripada 41 bantal sedia untuk diagihkan. 

Awal malam tadi, saya dan kru 666, Razali Harun ke Carrefour, Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.


"Sekarang ini, stok tidak cukup kalau hendak seratus. Bagi saya tempoh sampai tengah hari esok untuk cuba mendapatkan stok, kemudian saya akan call encik Razali," ujar pengurus bertugas.

Harga satu sleeping bag, RM29.

Selain daripada bantal, kru 666 bertekad untuk mengagihkan sleeping bag kepada kelompok gelandangan pelbagai bangsa dan usia di ibu kota bermula jam 11 malam, 3 Disember 2011.

Harga 100 sleeping bag, RM2,900.


Berikutan kekurangan ruang di rumah untuk menempatkan semua bantal dan sleeping bag, kami memohon bantuan pengurus terbabit.

"Hari Sabtu, Carrefour tutup pukul 12 malam," ujarnya.

"Kalau begitu dalam pukul 10 malam, 3 Disember, kami akan ambil semua barang. Itulah kalau boleh encik maklumkan kepada pihak pengurusan, kami bercadang untuk berkumpul di ruang parkir Carrefour. Jadi kepada pembaca blog ingin menyumbangkan bantal atau sleeping bag beberapa jam sebelum diagihkan, mereka boleh datang ke sini," jelas Razali.

Pengurus terbabit bersetuju untuk mengutarakan permintaan kami kepada pihak pengurusan hypermarket itu.

Saudara dan saudari pembaca dihormati, ide saya cetuskan pada awal November lalu tidak mungkin dapat dizahirkan tanpa sokongan padu kru 666 lain dan sekalian pembaca budiman.


Untuk rekod, jumlah wang disumbangkan oleh pembaca blog ini berbeza, di antara RM1 dan RM3,000 tetapi niat mereka tetap sama. Mereka berhasrat membantu kelompok kurang bernasib baik berbanding kehidupan kita semua.


Saya mewakili kru 666, dengan rasa rendah diri berasa amat bangga dengan jasa semua pembaca. Allah telah membuka hati kita semua untuk tunduk ke bumi lalu menghulurkan bantuan kepada mereka memerlukan. 

Kita akur, ramai antara 28 juta penduduk Malaysia kaya raya sekaligus hidup mewah tetapi barangkali belum tiba waktunya Allah membukakan hati mereka untuk menyumbang untuk projek ini.

Barangkali segelintir pembaca melihat usaha kami bak menggalakkan sebilangan warga Malaysia terus hidup bergelandangan.

Saya melihat usaha ini dari aspek berbeza. 

7 April 2011, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Yayasan Kebajikan Negara telah menyediakan Anjung Singgah. Pusat Sehenti sementara itu dilaporkan berupaya menampung 76 warga gelandangan pada satu masa.

Baca butiran berhubung Anjung Singgah di sini.

Saya percaya Anjung Singgah mampu membela nasib mereka bergelandangan tetapi tidak semua.

Justeru, kita harus menelan fakta biarpun pahit.

Bukan semua gelandangan memikirkan diri mereka sesuai berteduh di Anjung Singgah berikutan kekangan peribadi. Contohnya, pulang bekerja sebagai pengutip sampah kitar semula pada jam 3 pagi dan terpaksa bangun sebelum ibu kota dibanjiri manusia pada awal pagi, mereka melihat ruang pejalan kaki, lokasi terbaik untuk mereka merebahkan tubuh lesu buat seketika. 


Jika tidak kita bersama membantu mereka, siapa lagi? Sanggupkah kita secara berterusan memejamkan mata sebaik melihat mereka tidur dengan kepala berlapikkan selipar?

Baca nukilan saya di sini.


Melalui hasil tinjauan oleh kru 666, dianggarkan lebih 100 gelandangan di Kuala Lumpur. Mereka tidur di ruang pejalan kaki deretan kedai di Lebuh Ampang, di ruang terbuka berhampiran Menara Maybank, Stesyen Keretapi Tanah Melayu dan berdekatan bangunan Cahaya Suria.

Tanpa segan silu warga emas terpaksa memejamkan mata di tepi jalan utama di tengah bandaraya, barangkali sentiasa mengidamkan mimpi indah tidak kunjung tiba.


Melalui temubual dijalankan sebelum ini, kru 666 mendapati majoriti kelompok gelandangan berkerjaya. Mereka bertugas sebagai buruh kasar dan jurujual di pusat membeli-belah. Majoriti berkeluarga sekaligus menggalas tanggungjawab menyara keluarga di kampung halaman. Dilaporkan, pendapatan bulanan tidak seberapa menjadi kekangan utama untuk mereka menyewa bilik atau rumah di ibu kota.

Lalu mereka memilih untuk tidur beratapkan langit, bertilamkan simen keras dan cuma berbantalkan surat khabar atau apa sahaja lapik tercapai dek tangan.


Sebilangan mereka dirakamkan tidur bersama ahli keluarga, isteri dan anak kecil.


Sebagai bapa, tersentuh benar hati kecil saya sebaik terlihat kelibat dua anak kecil di atas. Kedua mereka kelihatan tidur lena di tepi tong sampah berhampiran jalan utama. 


Barangkali busuk bau sampah berulat itu sudah lali bagi mereka kerana alah bisa tegal biasa.

Sebagai insan hidup sederhana, hakikatnya saya dan kru 666 tidak berkemampuan membelikan rumah apatah lagi banglo gah tersergam indah untuk mereka tetapi kami berbesar hati untuk menyerahkan bantal dan sleeping bag disumbangkan oleh ramai pembaca kepada mereka.

Bersama kita berikan mereka peluang tidur di atas lapik lembut lebih selesa berbanding malam sebelumnya.

Pengagihan bantal dan sleeping bag akan berlangsung dalam tempoh 4 hari lagi. Jika pembaca ingin menghulurkan sumbangan, sila berhubung dengan Razali Harun di talian 016 231 5812 atau melalui emel razarro@yahoo.com.

Tolong sebarkan entri ini, semoga Allah membalas jasa kalian semua.

Terima kasih.

MISTERI

Semua kru membatukan diri tanpa suara buat seketika sambil memasang telinga. Jantung berdegup sedikit kencang berbanding sebelumnya namun semua kru 666 masih kelihatan tenang.

"Siapa di atas itu?," laung saya.

Pada masa sama Suhaimi meluru ke tingkat tiga menaiki tangga.
 
 
Apakah terjadi selepas itu? Ikuti jejak kru 666 mengungkap misteri di sebalik banglo di puncak bukit, klik di sini.

Isnin, November 28, 2011

RODOK JANGAN TIDAK RODOK (KEMALUAN) 18SX

"Tidak larat bang. Ramai perempuan lesbian di situ. Dari seniors sampailah ke perempuan kami panggil 'emak' (warden)"

Kenyataan di atas dipetik dari entri berikut dan kejadian didakwa berlaku kira-kira 13 tahun dahulu.

Berikut antara kenyataan dicetak semula dari akbar Harian Metro hari ini.

'Dalam kejadian itu, Mira yang juga anak kedua daripada tiga beradik mengalami detik hitam apabila mendakwa alat sulitnya dirodok dengan botol pewangi badan dan jari oleh lima pelajar berusia 14 hingga 17 tahun terbabit yang tidak puas hati terhadapnya'

Baca artikel penuh di sini.

Sebelum ini saya pernah menghubungi Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM Kuala Lumpur, memaklumkan beliau kebarangkalian berlakunya kegiatan lesbian di pusat pemulihan akhlak di bawah kendalian JKM.

Biarpun kes penderaan seksual terbabit didakwa berlaku di Marang, Terengganu, ada baiknya jika JKM menjalankan siasatan secara terperinci dan menyeluruh.

Kes pelajar didera oleh seniors di sekolah bukan terlalu asing di Malaysia. Lazimnya mereka didera dengan menggunakan teknik kekerasan seperti dipukul menggunakan tangan kosong atau disepak terajang. 

Kejadian di Marang, berbeza.

Merodok kemaluan mangsa menggunakan JARI dan BOTOL minyak wangi?

It sounds so familiar, bezanya di antara sedap dan sakit. Jari mana? Telunjuk atau hantu?

Teknik penderaan itu saya anggap pelik, selalunya perempuan lebih gemar menarik rambut untuk menyakiti sesama perempuan.

Hairan, kan?

Ibu mangsa juga mendakwa pihak sekolah juga cuba menyembunyikan kejadian malang menimpa anak gadisnya.

Ahad, November 27, 2011

KRU-KRUT

Tengah hari tadi saya dan keluarga pulang ke Kampung Sungai Bill, Tanjung Malim, Perak bersama kru 666, Adam.

Sebelum makan tengahari, kami meninjau pengunjung berkelah di kampung kelahiran saya itu.


Bangsar, Kuala Lumpur, tempat keluarga Adam bermastautin pastinya jauh berbeza berbanding kampung ini. Jalanraya di kampung tidak sesak, tanpa hiruk-pikuk kota raya. Di sekeliling kami, ramai berkelah sambil bermandi-manda bersama ahli keluarga, sebilangan memancing ikan.


Untuk rekod, 2012 telah diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Perak dan Kampung Sungai Bill telah lama dikenal pasti sebagai satu daripada destinasi pelancongan di negeri sama.

"Tengok, dewan orang ramai dihempap pokok," celah Adam.

Dewan terbabit sebelum ini digunakan kumpulan menganjurkan kem motivasi.


Dua tandas awam di belakang dewan ini telah lama tidak berfungsi.


Manakala tandas di seberang sungai tidak mempunyai bekalan air justeru tidak boleh digunakan oleh pengunjung ke kawasan perkelahan ini.


Semahal atau secanggih mana sekalipun telefon bimbit, di kampung ini alat perhubungan itu hanya sekadar besi buruk kerana tiada talian mudah alih disediakan oleh operator telefon di negara ini.

Alam sekitar kaya dengan flora dan fauna tetapi sayang kerana tiada pihak mengambil pusing berhubung prasarana disediakan untuk pengunjung.

Sebelum ke lokasi terbabit, saya dan Adam berkunjung ke Kampung Orang Asli Sungai Bill.

"Johar anak lelaki Duyung. Macam mana dapat nama Duyung?," soal saya.

Johar, 40 tahun, berketurunan suku kaum Semai, junior saya sewaktu di sekolah menengah.


"Tidak tahu. Banyak lagi nama pelik lain," balasnya.

Ulat, Katak, Pinang dan Dahan antara nama orang asli generasi terdahulu di kampung terbabit.


"Sekarang kalau ada orang asli  mati, kami memang tidak berpindah-randah lagi," jelas Johar.

Mereka menganuti agama Islam dan Kristian, sebilangan atheist.

"Ya lah, sekarang ini orang asli pun sudah menyanyi lagu kumpulan Jemol, Rindu ku tiada berteman," gurau saya.


"Rumah Amran mana?," soal saya sambil Adam terus merakamkan gambar.

"Di belakang itu sahaja, pergilah panggil dia," balas Johar.

Amran anak lelaki Titoi berusia sama dengan saya, 44 tahun. Dia dilaporkan masih menyumpit binatang liar di hutan.

"Binatang apa dia selalu sumpit?," soal saya.

"Apa sahaja boleh dimakan, beruk, siamang, burung," jelas Johar.

Amran masih menggunakan getah Ipoh sebagai racun diletakkan di hujung mata buluh 'peluru' sumpit untuk melemah atau membunuh  haiwan buruan.

"Itu anak dia," celah Johar.


Sebaik dihampiri, anak gadis berusia 12 tahun baru pulang mandi di sungai itu cuba melarikan diri.


"Ayah awak dulu kawan sekolah saya. Jangan lari," pujuk saya.

Dia berhenti berjalan, pantas saya meminta Narizan memanggil ayahnya, saya jangkakan sedang berehat di rumah. Pada masa sama, saya dan Adam diiringi oleh Johar bergerak ke arah rumah Amran.

"Tengok, kalau orang tidak biasa dia akan datang dekat, mungkin bau orang itu berbeza," ujar Johar.

Saya terlihat 2 ekor anjing berdiri di sebelah kiri denai kami lalui.

"Anjing ke?," soal saya kepada Johar.

"Bukan! Itu!," katanya.


"Adam! Tolong ambil gambar babi itu," pinta saya.

Yakin, seperti saya, Adam juga tidak perasan babi hutan dianggarkan seberat 90 kilogram sedang duduk berehat berhampiran kami.

Amran keluar dari rumah, datang mendekati kami.


"Apa nama dia Amran?," tanya saya.


"Kru-krut," balas Amran ringkas.


"Mengapa nama dia kru-krut?," soal saya hairan.

"Sebab bunyi dia kru-krut! kru-krut!," jelas bapa kepada 4 anak itu.

Seorang daripada anak lelaki Amran, berusia 17 tahun, meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya di jalan besar berhampiran kampung.

"Apa beza daging babi hutan berbanding daging babi dipelihara?," saya cuba mendapatkan penjelasan.

"Babi hutan kurang lemak. Lebih kurang macam daging ayam kampung berbanding ayam telor. Ayam kampung lemak dia kurang," kata Amran.

Tambahnya, dia memelihara kru-krut sejak 4 tahun lalu.

"Dia anak bongsu, terjumpa masa saya memburu di dalam hutan. Emak dia lari, tinggalkan dia dan saya ambil dan bawa balik," jelasnya.

Kisah kehidupan kru-krut tidak ubah bak tragedi menimpa sebilangan bayi ditinggalkan ibu mereka setelah dilahirkan.


Sebelum ini setiap kali terserempak, Amran cuba mengelak daripada berbual.

"Awak orang TV, kita siapalah," alasan dikemukakannya.

Barangkali kini dia tahu, apa pun kerjaya kami, persahabatan selama lebih 37 tahun tetap akrab. Hanya lokasi kami tinggal menjadi faktor pembeza.

Sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah, saya merakamkan gambar Adam di jalan masuk ke kampung. 


 Wow! Tangan siapakah itu?


"Kami berasal dari Medan, Indonesia, bekerja di Shah Alam," ujar gadis berbaju hitam.

Mereka juga datang ke Kampung Sungai Bill untuk berkelah dan merakamkan gambar bersama Adam sebagai kenang-kenangan.