Khamis, Mac 08, 2012

KINI BANYAK KEPALA DISELAMATKAN

Sebelum ini saya menulis berhubung tindakan driving range beroperasi tanpa jaring keselamatan sekaligus berbahaya kepada pengguna jalanraya utama berhampiran.

Baca laporan lengkap di sini dan di sini.

Sebagai pengamal media, wajar bagi saya mempraktikkan etika kewartawanan dan memberikan laporan penuh serta kemaskini berhubung tindakan lanjut premis dimiliki oleh syarikat gergasi itu.

Beberapa minggu selepas diarah memberhentikan operasi oleh penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ, jaring keselamatan dibina.

Berikut gambar saya rakamkan petang ini.


Berikutan tindakan itu, biarpun kos pembinaan barangkali mencecah ratusan ribu ringgit, saya percaya banyak kepala terselamat dari risiko terkena hentakan bola golf  dipukul laju.

Alhamdulillah.

Terima kasih kepada penguatkuasa MBPJ terbabit kerana melaksanakan tugas tanpa prejudis.

5 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.