Selasa, Mac 13, 2012

MAKAN ROTI DISAPU KAYA DAN MINUM KOPI PAHIT

Akhbar Harian Metro di muka hadapan hari ini melaporkan ...

"Kami ada video gambar bogel milik Melia yang diberikan seorang aktor terkenal sebelum ini. Lantas sebagai penyelia sebuah laman sesawang gosip artis hiburan, kami melaporkannya"

Itu kenyataan dikeluarkan oleh pengendali blog Rotikaya.com, baca di sini.

'Hebat'!

Saya difahamkan, jika ada individu membuat laporan polis berhubung kenyataan berbentuk pengakuan di atas, pihak polis lazimnya akan bertindak mencari bahan bukti dan pengendali blog terbabit sekaligus membuka ruang untuk pihak berkuasa menyiasat mereka mengikut Seksyen 922 Kanun Keseksaan kerana menyimpan dan memiliki bahan lucah.


Barangkali kerana teramat ghairah untuk mendedahkan berita tidak disahkan oleh pihak berkuasa, mereka secara semberono tampil memberikan kenyataan secara terbuka.

Mungkin mereka melonjak gembira kerana wajah dipaparkan di akhbar dan di dalam klip video Harian  Metro. 

Pemilik blog popular itu juga dilaporkan berkata ...

"Kami tidak pernah melakukan 'superimpose' atau berniat mengaibkan dia. Apa yang kami paparkan pada blog itu benar dan kami ada bukti sahih'

Majoriti wartawan membuat liputan kes jenayah mengetahui fakta, pengesahan bahan bukti audio video ditugaskan kepada kakitangan Jabatan Forensik Pasukan Polis Diraja Malaysia sebelum status keaslian bahan didedahkan kepada wartawan.


Membaca laporan pengendali blog Rotikaya.com di blog, mereka kelihatan seperti pihak berhak membuat pengesahan itu.

Sila baca, pandangan WARTAWAN TV3 di Johor, Zulhazri di sini.

Hemat saya, tindakan Melia membuat laporan polis itu wajar untuk mempertahankan maruah dirinya daripada diaibkan sebegitu rupa.

Menulis bahan gosip berhubung artis barangkali menyeronokkan tetapi mereka juga harus faham, kekadang tindakan tanpa dirujuk kepada pihak lebih bermaklumat mampu menjerat leher sendiri. 

... seperti makan roti disapu kaya tetapi meminum kopi pahit.

Rasa pahit itu tetap terasa di lidah.

28 ulasan:

  1. Brilliant abang Mazidul sebab kupas. Saya ada terbaca hari ini dalam Metro, and saya rasa seperti awkward. Kenapa seperti bangga ada video sedemikian kan?

    Plus, betul lah, macam suruh polis siasat mereka sebab simpan benda macam tu. Well, ramai juga yang simpan, tapi diam diam je la kot.

    Takziah Untuk Adik Nurul Nadirah, Dan Malaysians, We Are Actually A Part Of The Blame

    BalasPadam
  2. SMTI - Dia orang ada ada sijil atau ijazah dalam bidang Kewartawanan ke? atau giler glamour? Samapai tak ambil kisah langsung etika dan undang-undang kewartawanan? Haram jadah sungguh.

    BalasPadam
  3. Sesungguhnya tak baik buka aib orang kan??? Haish.. Pelik betul, kenapa mesti sebarkan video dan gambar lucah macam tu.. Apa niat sebenarnya kalau bukan untuk menjatuhkan maruah seseorang??? Ermmmmmmmmm..

    *Terbaek abg mazidul..

    BalasPadam
  4. salah satu cara nak "up" nama dan jugak nak "up" blog...

    percaya atau tidak.. "BENDA" sebeginilah yang menjadi "CARIAN" utama dia dalam alam cyber...

    tapi harus diingat.. undang undang tetap undang-undang.....

    Sekali kita mengaibkan kita.. maka ALLAH akan mengaibkan kita juga.. dan sekiranya kita menutup aib org lain ALLAH akan 10 kali Menutub aib kita.. fikir-fikirkan lah yer...

    p/s: abg Mazidul.. bila kita leh set appoitment yer.. ada hal sikit..

    BalasPadam
  5. Gosip atau fitnah ?

    Kalau betul sekali pun gambar itu, apa faedahnya mendedahkan keburukan orang lain ?

    BalasPadam
  6. manusia sekarang terlalu seronok nak menjatuhkan maruah orang lain...tanpa memikirkan akibatnya....berlagak seperti hakim nak memutuskan sesuatu sedangkan kita dituntut untuk tidak membuak aib orang lain......insaflah wahai manusia....

    BalasPadam
  7. "sy pun ada satu gambar ni yg tidak pernah dilakukan 'superimpose' atau langsung sekelumit tiada berniat ingin mengaibkan sapa2. Apa yang sy ada ni dan cadang nak paparkan pada blog ini adalah benar dan sy ada bukti sahih/kukuh"

    camna ekk..???

    BalasPadam
  8. Hahahaha!

    Yang bogel bergumbira! yang kantoikan berduka!

    Jap lagi boleh laa artis pakat bogel ramai2!

    hahahaha! MALAYSIA! semua pon boleh!

    BalasPadam
  9. Hahahaha!

    Yang bogel bergumbira! yang kantoikan berduka!

    Jap lagi boleh laa artis pakat bogel ramai2!

    hahahaha! MALAYSIA! semua pon boleh!

    BalasPadam
  10. membuka aib orang memanglah tak baik tapi tuan punya badan tu pun janganlah mengaibkan diri sendiri dengan buat menda pelik2..kalau dia buatlah kan......

    BalasPadam
  11. Soal si artis itu betul2 ada video lucah atau tidak, soal kedua. Tapi di mana justifikasi dan rasa tanggungjawab si pemilik blog itu?

    Andai si artis rasa mmg betul2 dianiaya, maka saya menyokong penuh tindakan nya utk menyaman pemilik blog tu dengan saman yang semaksimum mungkin ( sebab dalam laporan akhbar si pemilik blog seolah olah bangga/lali sangat dgn tindakan saman)

    BalasPadam
  12. smti

    yg peliknye diorang mati-mati mempertahankan yg video itu asli. wah wah wah...

    BalasPadam
  13. Pemilik blog konon adalah kawan kepada artis terlibat. Sanggup kawan buat macam ni. Apa motif nak lapor benda-benda macam ni? Kalau ikhlas lapor kepada polis. Kenapa nak suap masyarakat dengan cerita bogel ni..apa faedahnya????

    BalasPadam
  14. Sampai bila Malaysia nak maju kalau asyik nak sentuh isu bogel, liwat, seks dan sebagainya?

    Grow up lah people.

    BalasPadam
  15. Salam bang,

    Saya rasa kasihan pada tuan punya diri yang difitnah tu. Apa agaknya kesan "teka-meneka" bloggers hiburan tu terhadap family dan kredibiliti dia sebagai seorang pelakon.

    Rasanya, yang cuba jadi eksklusif blogger tu sedang carik tapak kot nak menonjol. Tapi, that was very bad ethic and I have no words to say except, pi lah minta maaf kat artis perempuan tu. Kesian dia.

    Cuba bagi info berguna pada para pembaca blog di RotiKaya tu, lebih baik rasanya dari menayangkan clip yang kurang sopan. Nampak lah berilmiah sikit.

    BalasPadam
  16. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  17. Bro Mazidul, harap dapat "tegur & bantai" juga geng2 Melodi TV3, sbb walaupun diorg tu "baik" sikit dpd Rotikaya, tp utk gosip yg agak ringan Melodi pn 2x5 juga.

    Gosip yg agak ringan adalah spt skandal dgn org itu org ini, tak bayar itu ini, tipu sana sini, cerai sana sini..

    BalasPadam
  18. Abg Mazidul memang best, info yang sangat bagus. Lebih byk tahu sedalam2nya. time kasih abg mazidul. good job.
    Adehhh! Mak Nyah Jadi Pramugari.

    BalasPadam
  19. mmm.....berpada²lah mengejar GLAMOR kot si rotikaya ni.....

    xpe, jadikan pengajaran

    BalasPadam
  20. Statement blogger tu, mungkin ada persamaan dengan berita tentang ibu Faridah Maulud yang ditinggalkan di hotel bajet.

    Disebabkan wartawan Metro ni yang bertanggungjawab ini, satu Malaysia kecoh dan memaki anaknya.

    Dan kesalnya, disebabkan kes ini, anaknya, Amir Mohd Omar kehilangan pekerjaan.

    Jadi isunya sekarang, sampai tahap mana wartawan perlu bertanggungjawab atas laporan beritanya?

    Atas laporan berita wartawanlah, kes ini terbongkar.

    Mungkin tak berakhir seperti yang diharapkan, but the damage is done.

    BalasPadam
  21. banyak kess gak roti kaya ni...gile glam apa!!

    BalasPadam
  22. Kenapa la asyik nak menyebarkan fitnah dan merosakkan sesama bangsa..bersungguh penulis blog ni mengatakan yang gambarnya adalah benar...takde sedikit perasaan bersalah pada riaknya mengaibkan orang lain... kalau gambar tu benar sepatutnya ia dilaporakn kepada pihak berkuasa dan bukannya media.... pada pandangan aku la..penulis blog ni nak melariskan blog dia je........(dah memang kurang didikan agama rasanya):(

    BalasPadam
  23. thanx en.mazidul. puas hati saya baca. saya pun harap penyebar2 gossip, keburukan orang ni baca dan fikir dalam2 tindakan mereka.

    mereka ni sbenarnya berlumba2 nak sampaikan isu2 hangat (tapi kosong & penting) yang kebanyakannya fitnah.
    ada satu blog Beautifuln**a, dgn tagline 'mari bergosip secara berhemah'.. what the.....
    siap tulis lagi 'tak lupa juga gambar2 sensasi artis. n pembaca pulak gaduh2 kat ruangan komen, saling caci maki.banyak kali dia kena sound n tak pernah rasa bersalah walau tau dia salah. saya kesian kat dia, bagi isteri anak kecil makan hasil mcm tu.

    blog2 gossip mcm rotikaya n etc, dorang tu anak2 muda yang nk cari glamer,rasa bangga dapat post crita sensasi orang. lancang je ayat kutuk orang. mcm baling batu sembunyi tangan. org tak kenal mereka tu. ARTIS pun manusia jugak. saya percaya tiada siapa mahu jadi jahat.

    golongan seperti mereka ni (rotikaya,beatifulnra etc) tidak ada pertimbangan. ini lah jadinya bila orang tidak berilmu, tidak bertanggungjawab menulis (utk wang) dan menyampaikan info sampah. lagi malang ramai jgk pembaca telan bulat2 tanpa pertimbangan rasional.

    sedih sekali blog2 merepek, sampah sebegitu ramai pembaca, pengikut dikalangan belia. malang...

    BalasPadam
  24. salam,

    thanks abg mazidul atas artikel tersebut.. pd pandangan saya hentikanlah fitnah2 nie,dari org politik sampai ke blog hiburan, 2x5 jer, suka sebar fitnah.

    saya cadangkan supaya kerajaan laksanakan hukuman islam. itu lebih berkesan.

    p/s: yg pentingnya adakah halal pendapatan org yg suka buat blog2 fitnah\hiburan ni dari segi agama islam?kemudian kasik pulak anak bini makan dgn hasil tu..

    terima kasih.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.