Sabtu, Oktober 03, 2009

Masjid Beijing Rantau Panjang


Serambi Mekah Menyembah Bumi

Ada 2 bandar diberikan jolokan ‘Serambi Mekah’ di Indonesia.

Pertama, Aceh, bandar pernah dilanda tsunami mengorbankan lebih 170,000 nyawa. Kedua, Padang, kini bergelumang dengan bencana sama. Jumlah kematian tepat tidak dikeluarkan lagi kerana masih ramai mangsa dilaporkan hilang ditelan bumi atau terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Tidak adil untuk saya melontarkan komen berhubung sikap masyarakat Padang secara keseluruhannya kerana saya tidak menetap di sana. Tetapi khutbah Jumaat semalam disampaikan Imam Masjid Raya Ganting, Padang, Drs Suhardi, dipetik Harian Metro, menarik perhatian saya.

“Ini mungkin malapetaka dan balasan daripada Tuhan kerana masih ramai masyarkat Padang bergelumang dosa dan amalam syirik,” kata beliau.

Justeru, beliau menggesa umat Islam di Padang menginsafi diri dan kembali ke jalan benar.

Bandar dengan nama jolokan ‘Serambi Mekah’ juga mampu menyembah bumi.

Update

Di Buletin Utama, malam tadi, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan 3 bentuk sumbangan dihulurkan kepada mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia. Berikutan itu, 39 anggota mencari dan menyelamat, SMART, kumpulan bantuan perubatan Angkatan Tentera Malaysia serta sumbangan kemanusiaan lain diterbangkan ke lokasi bencana. Presiden Republik Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, SBY, dihubungi beliau bersetuju menerima bantuan terbabit.

Bagaimanpun ‘penerimaan’ beberapa pihak di Padang agak berbeza.

2 Oktober lalu, akhbar Indonesia, Harian Kota, melaporkan bantuan disumbangkan Malaysia dipisahkan dengan bantuan dihulurkan negara lain.

“Kami sangat berterima kasih atas kepedulian Pemerintah Malaysia namun karena di beberapa tempat terjadi penolakan dikarenakan alasan judi. Kami memilih untuk memisahkan bantuan Pemerintah Malaysia dengan bantuan negara lain, akan tetapi banyak juga bantuan dari perkumpulan warga Minang di Malaysia yang mengirim bantuan dan tidak ditolak,” ujar Kepala Distribusi Bandara Minangkabau, Departemen Perhubungan, Budi S. Ervan.

Menurutnya, mereka menolak bantuan berikutan Malaysia mempunyai ‘fasilitas perjudian terbaik dan terlengkap’ di Asia Tenggara, Genting Highland. Bagaimanapun mereka menerima bantuan Amerika Syarikat secara terbuka.

Mungkin Budi tidak pernah mendengar nama Las Vegas atau memang tidak sependapat dengan SBY.

Keliru sungguh.

'Transkancil'


Jumaat, Oktober 02, 2009

Buah Dada Dalam Plastik

Ya, saya kini berada di Kota Bharu, Kelantan.

Jam 4 petang tadi wakil TV3 di Kelantan, Hanapi Mat membawa saya ke Rantau Panjang, pekan dikunjungi ramai khususnya wanita gemar membeli belah. Kebanyakan daripada puluhan kedai menjual pelbagai barangan tiruan antara paling ketara, kasut dan sandal ‘Crocs’. Harga ditawarkan lebih murah berbanding kasut asli berjenama sama.

Tetapi itu semua tidak menghairankannya saya. Di Lembah Klang, senario sama dapat disaksikan di pelbagai lokasi. Mungkin penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi tidak begitu perasan penjualan barangan tiruan di hadapan mata.

“Apa guna benda ini?,” soal saya kepada Hanapi.

Hanapi terdiam dan kemudian menggelengkan kepala.

Sebuah kedai menjual pakaian dan eksesori tentera di zon bebas cukai Rantau Panjang turut dikesan menjual buah dada palsu diperbuat daripada plastik.

Kini saya berada di bilik hotel, namun persoalan sama terus menghantui minda, apa guna buah dada palsu itu?

Wakakakaka!

Jom Betulkan CNN

Telinga saya sakit.

Sakit, sakit dan sakit.

Sejak Indonesia dilanda gempa bumi, Cable News Network, CNN membuat liputan dan berulang kali membuat kesilapan.

“Pe-deng”, lapor wartawannya, “Pe-deng”, dibaca penyampai beritanya. Stesyen televisyen bertaraf antarabangsa, langsung tiada inisitif mencari sebutan betul nama bandar berpenghuni 900,000 di Sumatera Barat dilanda bencana itu.

‘Padang’, maksudnya ‘field’ dalam Bahasa Inggeris, padang bola dalam Bahasa Malaysia, soccer field, dalam Bahasa Inggeris. Malaysia dan Indonesia berkongsi perkataan dan sebutan sama.

Perkataan ‘Field’ dan ‘feel’, bunyi sebutan seakan sama tetapi kedua perkataan membawa maksud berbeza. ‘Debt’ ertinya hutang. Sebutannya ‘det’, silent ‘b’. Sama seperti ‘doubt’ bermaksud keraguan, sebutannya ‘dout’, silent ‘b’. Itu bahasa Inggeris, kekadang agak mengelirukan.

Tetapi ‘padang’ disebut pa-dang, bukan pe-deng. Ganjil benar bunyi sebutannya dek lidah pelat orang putih. Jom kita hantar emel kepada CNN, kita perbetulkan sebutan penyiar di stesyen TV terbabit.

Saya telah menghantar emel kepada CNN semalam. Berikut respon saya terima.

'Thank you for the e-mail you sent concerning CNN.com! This auto reply is your notification that we have received it. CNN.com staff regularly reviews and evaluates the information provided by our users to ensure that our site is of the highest quality. Your input helps us consider changes that will most appeal to you, our valued user.

Feedback submitted through this section will be included in the response report that is prepared and made available each day to our producers and senior management.

CNN'

Update Jumlah korban gempa bumi di Indonesia mencecah1,100 orang

Khamis, Oktober 01, 2009

Gempa Datang Bagai Ular

Saya pernah ke Bengkulu di Sumatera Barat, Indonesia membuat liputan gempa bumi sebelum ini. Bangunan pejabat dan rumah runtuh menyembah bumi. Majoriti mangsa hanya tinggal di bawah khemah kanvas berwarna biru, makan mee segera dan tinggal sehelai sepinggang sambil menangis mengenang ahli keluarga terkorban. Bantuan makanan dan keperluan asas lain dihantar negara luar termasuk Malaysia dakwa mereka tidak sampai kerana diciluk pihak tertentu termasuk Pak Lurah kampung.

"Gempa itu datang bagai ular, bumi bergegar," antara kenyataan mangsa.

Semalan jam 6.16 petang waktu Malaysia kawasan sama dilanda bencana sama sekali lagi. Hampir 529 (Sumber: CNN 7 malam, 1 Oktober) mangsa dilaporkan terkorban akibat gegaran 7.6 pada skala Richter turut memusnahkan bangunan, ratusan rumah, hotel, jambatan dan menyebabkan kebakaran di bandar Padang.

Sebelum ini sekelompok penduduk negara itu melaksanakan ‘sweeping’ terhadap rakyat Malaysia. Bersenjatakan buluh runcing sambil berikat kepala, mereka berhasrat ‘memeriksa’ rakyat Malaysia berada di jalanan. Mujur tidak berlaku kejadian buruk. Tindakan itu tercetus berikutan tuduhan rakyat Indonesia kononnya Malaysia mencuri tarian Pendet milik mereka. Biarpun berulangkali negara kita memohon maaf, itu semua tidak dipeduli. Ramai blogger negara sama terus mengecam dan menggelar negara kita ‘Maling-sia’. ‘Maling’ bermaksud mencuri.

Terkini, Presiden Republik Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, SBY, merayu negara jiran terutama Malaysia menghulurkan bantuan segera kepada mangsa gempa bumi. Kasihan, SBY terpaksa memohon bantuan dari Maling-sia, negara pencuri.

Sepatutnya, biar sahaja mangsa gempa dihiburkan tarian Pendet, mendirikan rumah menggunakan buluh runcing berbumbungkan kain ikat kepala dijahit bersama dan ‘makan’ semua perkataan berbentuk hinaan dihamburkan bloggers mereka selama ini.

Soalan Siapa boleh betulkan CNN? Berulangkali cakap 'Pe-deng' walhal ungkapan sebenar, 'Pa-dang'.

Nota Esok, InsyaAllah jam 11 pagi saya berada di Kota Bharu, Kelantan. Kenyanglah makan nasi kerabu, nasi berlauk dan nasi kukus. Siapa tinggal di Kota Bharu?

Bangsat

Sebilangan manusia menyangka mereka terlalu bijak. Tidak berhati perut tetapi berlagak selamba cuba menggunakan orang lain untuk mencapai kehendak.

Tidakkah mereka terfikir niat itu mudah dihidu? Busuk bagai tahi lembu.

Bangsat.

Nota Terima kasih kepada semua sudi menonton 360 paparan 'Sisi Gelap Tiga Line'.