Selasa, Jun 04, 2013

AGONG TITAH ANWAR BANTAH?


Yang  di-Pertuan   Agong   bertitah   agar rakyat   akur keputusan  PRU 13.


Namun  Anwar  Ibrahim merancang  mengadakan perhimpunan  membantah kononnya penipuan  dalam  PRU  13  pada  15 Jun   akan  datang   di Kuala Lumpur.

Klik di sini.


Tidakkah  Anwar  sedar,  hanya   penyokong  PR   SAHAJA  ingin melihat  dia  menjadi  Perdana Menteri?   BUKAN  majoriti  rakyat Malaysia.


Isnin, Jun 03, 2013

MATI KATAK

Terang-benderang  dianggarkan selama 8 tahun,  akhirnya  Jumaat  malam Sabtu lalu  kolam memancing  ikan  di  Damansara  Perdana,  Pataling  Jaya, Selagor,  bergelap.


Gambar di atas  dirakamkan  pada jam 11 malam.  Dua cahaya di atas bumbung pancaran dari lampu  kawasan  perumahan  di bahagian belakang. 


Dua  pemancing  datang   barangkali   berasa  kecewa  kerana kolam  itu  ditutup. Mungkin mereka  tidak   mengetahui  nyawa  mereka  bisa  tergugat  setiap kali memancing di kolam itu seperti telah disahkan  oleh TNB,  klik  di sini.

Sewaktu  operasi   bersepadu   dijalankan  oleh  SYABAS,  TNB,   MBPJ  dan  polis pada   29 Mei lalu,  sebilangan  pemancing  berasa  hairan  melihat  ramai  penguatkuasa  berada di lokasi.  Mereka  pasti   tidak  mengetahui  kegiatan  pengusaha   mencuri elektrik  dan  bekalan air. Lebih daripada itu, kolam dan struktur binaan juga  didirikan  secara  haram.

Klik  di sini.

Jika  berlaku   kemalangan  meragut nyawa di kolam itu,  pemancing hanya mati katak.   

Wajar  benar  tajuk   dipilih   oleh Sinar Harian  semalam.


Saya jangkakan, operasi  kolam  terbabitg  akan berhenti sepenuhnya pada pertengahan minggu  ini  jika  struktur   binaan  di tapak   haram  dirobohkan. 

Seorang  lelaki  menghantar mesej berbaur  kemarahan di Facebook  apabila  kes ini  dibongkar.  Biarlah  tidak saya  dedahkan identitinya buat masa ini.  Tidak pasti samada dia seorang  daripada taukeh premis terbabit atau tidak. 

Dia harus ingat, saya dan wartawan Sinar Harian  BUKAN pihak berkuasa, kami hanya pelapor kepada  kejadian. 

Kalau masih  tidak berpuas hati,  sila ajukan  masalah ini kepada Elizabeth Wong, dia sekarang  menjaga  kesejahteraan  alam  sekitar di Selangor.  Boleh juga  menjemput  dia meninjau  alam sekitar  dicemari  oleh  individu  menangguk di  air  keruh itu.

BILAKAH MELISSA GOOI AKAN DITAHAN UNTUK DISIASAT?

Dipercayai  segalanya  bermula   dengan  sembang di  Facebook di kalangan beberapa  individu  berbangsa  Cina.

Hasil   sembang  itu  kemudian  tersebar  sekaligus  semua  rakyat Malaysia  berpeluang mengetahui  antara  hal  tersirat  dan   disuratkan  di laman  sosial.


Sebagai  Pengurus  Pemasaran  Lancome Malaysia,  klik di sini,  Mellisa  Gooi tidak   sepatutnya   mencetuskan isu  sensitif  membabitkan  Yang di-Pertuan Agong. Biarpun dia graduan universiti luar negara,  barangkali  Mellisa bersama beberapa rakannya   tidak memahami  apatah  lagi  memperakui  Rukun Negara.


Melalui akhbar  saya mengetahui,  satu  laporan polis  dibuat di Pulau Pinang  manakala 6 lagi di Kuala Lumpur. 

Sila baca  kenyataan akhbar  Timbalan  Ketua Polis Kuala Lumpur.


Bukan  sukar untuk polis menghubungi  atau mencari  Mellisa kerana  syarikat dia  bekerja    amat  ternama.  Hari Isnin,  pastinya  dia  datang ke  pejabat  untuk  menguruskan tugasan  rutin.

Apapun  saya  percaya  dia  akan  disiasat   mengikut  Akta Hasutan 1948 seperti  disiarkan  di atas.  Lebih molek   andai  semua  rakannya  terbabit  dalam  perbualan  itu   disiasat  sekali  terutamanya   Carol  Tay  dan  Hun  Keat  Wong.

Carian di  Facebook  menggunakan  nama 'Mellisa Gooi',  gagal.  Mungkin  akaun terbabit telah   dipadamkan  tetapi  saya  AMAT YAKIN  sekumpulan  pegawai dan anggota  polis di  Jabatan  Siasatan Jenayah Komersil  Bukit Aman  tentunya  telah  memperolehi  maklumat diperlukan  untuk  siasatan   dilaksanakan.

Sebelum disiasat,  dia tentunya  akan  ditahan  oleh  polis  terlebih  dahulu.   Jika tidak hari   ini, mungkin esok.

Kalau duhulu,  anggota  polis  bertugas  di balai  lebih  selesa  menggunakan typewriter  untuk menulis  laporan  kes  berbanding  menggunakan  komputer meja,  kini   keadaan jauh berbeza.  Pegawai dan  anggota  polis kini  berstatus  IT oriented.

Terkini,  sila baca pula   laporan berikut.

Ahad, Jun 02, 2013

SEMBANG FASAL ALAT SOLEK SUDAHLAH MELLISA GOOI!!!



Mellisa Gooi, Pengurus Pemasaran  Lancome Malaysia sejak 2 bulan lalu.  Mengikut maklumat dipaparkan oleh Linkedin,  dia  graduan Macquire University, Australia dan bekas pelajar INTI College Pulau Pinang.





Kepada Carol Tay, bertanyakan soalan ...


Ya,   Agong  itu WUJUD  di  Malaysia. Sila Google di sini untuk mengetahui informasi mengenai  Yang di-Pertuan Agong.

Are  you a Malaysian, Carol Tay?

Sooner  or  later  all of us  will  know  who those people really are.  Police  could start by asking  Mellisa  to  go to  the nearest  police  station.

Sabtu, Jun 01, 2013

UNIFI BERMASALAH LAGI

Kepada semua pembaca ini, mohon maaf.

1. Unifi di rumah saya tidak berfungsi lagi.

2. Bil sentiasa dibayar.

3. Laporan telah dibuat jam 5.15 petang (1-4682198172), 1 Jun 2013.

4. Kakitangan TM kemudian menghubungi saya pada jam 7.27 malam tadi. Katanya, juruteknik akan dihantar tetapi tidak pula dinyatakan masa.

5. Saya telah katakan kepada petugas perkhidmatan pelanggan TM, mohon selesaikan masalah ini dengan kadar segera kerana saya ada banyak informasi hendak dikongsi melalui dunia maya.

6. KALAU dibiarkan lama di dalam otak, khuatir menjadi basi.

7. Papan kekunci Samsung Tab terlalu kecil.

8. Kepada pegawai TM juga pembaca blog ini, mohon bantuan.

Terima kasih.

posted from Bloggeroid

SIAPAKAH MELISSA GOOI?


Melissa Gooi berkata ...



Ampun Tuanku!



PERKATAAN FAVOURITE MEMAKAN DIRI ANWAR IBRAHIM ( CHECKMATE! )


Anwar  Ibrahim,  Lim Kit Siang, Mat Sabu dan  SEMUA  penduduk  Malaysia  adalah RAKYAT  baginda  Yang di-Pertuan Agong.

Ampun Tuanku.

Semua RAKYAT  harus  akur keputusan PRU 13 seperti dititahkan oleh baginda.  Justeru itu, semua perhimpunan bersama  RAKYAT ( perkataan favourite Anwar) kononnya bertujuan membantah  keputusan PRU 13  sekaligus wajib diberhentikan.

Checkmate!

Ada  sesiapa  berstatus  RAKYAT  Malaysia   ingin   membantah? 

Klik di sini.