Khamis, Jun 06, 2013

TONY FERNANDES BAKAL MARAH JIKA TERLIHAT KAIN RENTANG TERCEMAR

Mereka terbabit dalam pengurusan  tertinggi Air Asia memang terlalu fasih berbahasa Inggeris.  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan syarikat penerbangan tambang murah itu, Tan Sri Tony Fernandes, bercakap dalam bahasa kedua Malaysia, bak  bertih  digoreng.


Saya  menerima  kiriman  gambar di bawah  melalui  Whatsapp. Tersenyum saya buat seketika  melihat  tulisan dipaparkan.


Kalau Tony  dan Ketua  Pegawai Eksekutif  Air Asia, Aireen  Omar  terlihat gambar di atas, berkebarangkalian  meraka akan  marah.


Oleh itu,  jangan  tunjukkan  gambar kain rentang dengan ejaan tercemar terbabit kepada mereka.

GAMBAR JAMBATAN PULAU PINANG KE 2 RUNTUH

Kira-kira jam 6 petang tadi, saya bersama  3 rakan melalui Jambatan Pulau Pinang.

"Itulah  jambatan  kedua," ujar Amelia Shafer.

Pantas saya  merakamkan gambar.

"Manalah  tahu selepas ini   kalau runtuh,  sudah ada gambar,"  balas saya secara bergurau.


Pada kira-kira jam 7.15 malam,  struktur  penyambung  susur keluar jambatan sedang dibina itu  dilaporkan runtuh.


Maklumat  disahkan,  empat menaiki kendeaan  maut di lokasi kejadian, Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu,  berhampiran Batu Maung.

Terima  kasih  kepada rakan, Cik Nod,  sudi  menghantarkan  gambar.

MOHON MAAF : ESOK HARI TERAKHIR SAYA MENJADI BLOGGER

... JIKA saya gagal  menyalurkan maklumat mengenai kes perhambaan kanak-kanak dan remaja  oleh Pusat Tahfiz Amal,  PTA di Yan, KEDAH.

Itu  janji  saya  kepada  semua pembaca setia blog ini.

Syukur,  jam  2.12   petang tadi,  saya dihubungi  oleh  Setiausaha  Politik  YAB  Menteri Besar, MB Kedah,  Datuk  Mukhriz   Mahathir.


"Hari ini cuti umum di Kedah,  InsyaAllah esok kita  berjumpa," kata beliau.

Apapun  secara ringkas dan padat,  saya sempat menyalurkan  maklumat  kepada  beliau melalui  perbualan  telefon.

Saya berasa amat yakin,  majoriti pembaca blog ini  tahu mengenai kegiatan PTA lebih 12 tahun   memperhambakan  kanak-kanak  dan remaja.  Kegiatan  zalim  pada  awalnya  berlaku di Kedah itu   kemudian diluaskan  sayap ke seluruh negeri di Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Sila baca  rayuan pertama, kedua dan ketiga saya kepada kerajaan negeri KEDAH   di sini, sini dan di sini.

Saya  telah menulis  puluhan  entri  berhubung PTA di blog ini. Bagaimanapun semua maklumat dikongsikan untuk rujukan pihak berkuasa bak  mencurah air di daun keladi.

Jabatan Agama Islam Kedah, JAIK tetap dengan kenyataan klise  dikeluarkan sebelum ini. PTA  tidak   berdaftar secara sah  dengan JAIK kerana pusat itu  terus berdegil  mengeksplotasi  kanak-kanak dan remaja untuk  menjual pelbagai  barangan, produk hasil  keluaran  Raja Sakti   kini memiliki  istana  di Tasik Beris di  Sik, Kedah.

Justeru,  JAIK  tidak  berkuasa  memantau  kegiatan  pihak pengurusan  PTA  menzalimi pelajar. 

Melalui entri ini, saya ingin memohon jasa baik  pembaca untuk berkongsi pengalaman peribadi  mengenai perhambaan pelajar PTA  kini  dilihat  berlaku  secara  berleluasa  di seluruh negara. 

Jika pembaca  tidak mempunyai  akaun  blogger,  sila catatkan  pengalaman  di laman ini. 


Berikan peluang kepada  Datuk Mukhriz   dan  pegawai beliau  bertugas  di Wisma Darul Aman di Alor Setar membaca dan memahami  semua informasi bakal   dikongsikan. Semoga tindakan  membanteras   kegiatan  zalim itu  mampu  dilaksanakan  dengan kadar segera.

Kegiatan PTA harus disiasat dan perhambaan kanak-kanak WAJIB dinoktahkan.


Kepada pembaca  sudi berkongsi pengalaman,  terlebih dahulu terima kasih saya ucapkan. Mulakan catatan  dengan  'YAB Datuk Mukhriz ...'

RAYUAN KE 3 KEPADA YAB MB DATUK MUKHRIZ MAHATHIR : SAYA HANYA MEMERLUKAN 10 MINIT UNTUK MEMBENTANGKAN KES PTA


Alhamdulillah,  saya  dimaklumkan  melalui  pesanan ringkas, SMS,  oleh  pegawai  media    Menteri  Besar  Kedah   bahawa   YAB  Datuk   Mukhriz  Mahathir telah dimaklumkan mengenai  kes  perhambaan  kanak-kanak  dan  remaja  oleh  Pusat Tahfiz Amal, PTA,  Yan, KEDAH.

'Sudah  dirujuk  kepada  MB  dan pegawai' -  SMS  pegawai  media  MB

Saya  juga  dimaklumkan   pegawai  pejabat  MB  telah  diarah  menjalankan  siasatan  selepas  entri ini  disiarkan pada 31 Mei 2013.

"Izinkan  saya membentangkan  kes ini  kepada  Datuk Mukhriz  dalam tempoh 10 minit supaya beliau mengetahui betapa seriusnya kes perhambaan ini," pinta saya kepada wakil terbabit.  



Saya telah menulis mengenai kes perhambaan kanak-kanak dan remaja  PTA  berulangkali sejak  PAS  memegang tampuk pemerintahan negeri Kedah. Malangnya, tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa di negeri itu.

Kini,  saya  sekali  lagi  mencuba nasib  membangkitkan  isu sama  sejak Kedah jatuh kembali kepada  Barisan  Nasional,  BN. Semoga rayuan kali ke 3 saya ini,  terus didengari dan disusuli  dengan tindakan  segera.



Saya  percaya,  pemimpin  BN  tidak  akan membutakan hati dan  memekakkan telinga setelah  maklumat  disalurkan  kepada  mereka.

Siapakah  sebenarnya   dalang sebenar di sebalik kes perhambaan  menzalimi kanak-kanak dan  remaja ini?

Klik di sini.

Adakah  kerana  bekas  ketua  ajaran  sesat  itu  menggelarkan dirinya SAKTI, tiada siapa berani  bertindak?

Rabu, Jun 05, 2013

SMART TAG TIDAK SMART

Gambar di bawah  saya  rakamkan   pada 2 Mei lalu,  sekitar  jam 10 malam.


Jumlah  kutipan  wang tol,  banyak.


Papan  tanda  SMART  TAG  tidak  begitu  smart.


Lebuhraya  KARAK.

RAYUAN KE 2 KEPADA YAB MB KEDAH : PELAJAR DIPERHAMBAKAN TIDAK MAKAN NASI


"Kes perhambaan kanak-kanak  membabitkan pelajar  Pusat Tahfiz  Amal, PTA  telah  dimaklumkan kepada Menteri Besar. Datuk sedang  menghadiri  mesyuarat exco,"  ujar blogger, Medan Tempur Kedah.


Lalu  saya  dibantu  oleh sahabat  bergerak ke Wisma Darul Aman, Alor Setar dan  mendoakan agar Datuk Mukhriz Mahathir  tidak  akan  memandang remeh maklumat disalurkan kepada  beliau.


Sebelum itu,  saya  berpeluang  merakamkan  gambar PTA di Yan,  Kedah.


Biarpun  dianggarkan  jutaan  ringgit   telah  dikutip  oleh  pelajar melalui penjualan pelbagai barangan,   pagar PTA  masih  boleh  dimasuki dek  gajah.


Tingkap PTA  juga masih  tidak  berganti  dan  dibiarkan  ternganga. Klik di sini untuk melihat keadaan PTA direkodkan pada Februari lalu. 


Bagaimanapun  pada kira-kira jam  1.45 tengahari tadi, saya terlihat  kelibat ramai kanak-kanak di PTA.


Saya  bersama  sahabat  kemudian  bergerak menemui  beberapa  penduduk tinggal  kurang 100 meter dari  PTA.


"Memang  pelajar menjual  barang, banyak kali terjumpa. Penduduk di sini memang TIDAK   menghantar anak ke PTA.  Keluarga  tinggal jauh, di Perak, Kuala Lumpur, Johor,  tidak mengetahui   hal  terjadi,  menghantar  anak mereka  ke  PTA.  Pelajar  mengaji  pada waktu pagi  dan menjual  barang pada   waktu petang. Kalau  orang ramai,  mereka  dihantar  keluar ke bandar  untuk  menjual di  sekitar bank,"  ujar wanita ditemui.

Penduduk  mendakwa  rela  menghantar  anak  mereka ke  asrama  di sekolah  lebih  jauh   untuk belajar  berbanding ke  PTA.

"Pelajar memang tidak dibenarkan keluar.  Kami  tidak begitu kenal dengan tenaga pengajar PTA,"  tambah  wanita  dianggarkan  berusia  awal 40 an.

Kami kemudian  ke deretan  bank  di  Mergong,  Alor Setar.


Dua pelajar  perempuan PTA  berusia 11  tahun saya  temui berhampiran institusi kewangan menjadi tumpuan ramai  terbabit. 

Mereka menjual dua produk.


"Kami mula  menjual  produk ini bermula pada   darjah  empat  lagi.   Kami dihantar ke sini pada jam  9 pagi  dan balik jam 6 petang,"  ujar remaja terbabit.


Ingin mengetahui  produk siapakah  dijual oleh pelajar PTA di seluruh negara?

Klik di sini.

Untuk  pengetahuan pembaca,  produk ubat dipasarkan tidak mendapat kelulusan Kementerian  Kesihatan  Malaysia, klik di sini.

Wajah  remaja saya temui   kelihatan penat   dan  airmata  bergenang  di kelopak mata   tatkala  diajukan  beberapa  soalan.  Sebaik  menyedari  gambar dirakamkan,  mereka  berdua  beredar dan menghilangkan  diri.



Maklumat  kemudian  dikongsikan oleh  wanita berusia  51 tahun  saya  ditemui di kawasan sama. 

"Setiap hari,  pelajar PTA  datang  menjual barang di sini, bukan remaja sama. Lelaki jarang,  remaja  perempuan ramai.   Kasihan  sangat  tengok,   nasi   pun   mereka  tidak  makan.  Kalau  ada makanan  pun,  disedekah oleh  peniaga di sekitar bank ini.  Orang ramai  memahami  keadaan   mereka,  sebilangan  memberikan  mereka duit   tetapi  jumlahnya kurang  daripada  RM10.  Jadi wang itu  tidak boleh digunakan untuk  tujuan   pembelian barang,"  ujar wanita beranak satu itu.


Biarpun dalam tempoh waktu singkat,  wanita itu tetap ingin  meluahkan  kekecewaannya mengenai   kes perhambaan kanak-kanak dan remaja disaksikannya saban hari.  

"Kanak-kanak ini dipergunakan,  seawal   usia 10 tahun.  Pada  waktu malam,   mereka menjual barang di kedai makan.   Cuti  sekolah ini,   mereka tidak  balik ke kampung.   Saya perhatikan,  mereka  langsung  tidak duduk   selama  kira-kira 8 jam   menjual barang.  Mungkin  ada  'ustaz'  memantau  pergerakan mereka. Setiap petang   mereka dijemput   menggunakan kenderaan 'elok',"  ujar  wanita  tempatan  itu.


Biarlah,  jika perlu  saya merayu kepada Datuk Mukhriz 1,000 kali sekalipun, saya akan melakukannya.

Perhambaan  kanak-kanak dan remaja berpunca di Negeri Jelapang Padi  ini WAJIB diberhentikan  biarpun  cabaran  dihadapi barangkali  lebih tinggi berbanding  ketinggian Gunung Jerai.

Sila salurkan maklumat  mengenai  perhambaan manusia terus berlaku di Malaysia  di sini.

SILA  SHARE  SEBAGAI TANDA SOKONGAN



Selasa, Jun 04, 2013

CAROL TAY AGONG ITU WUJUD

Akhirnya Melissa Gooi, 32 tahun,   diberkas di Ampang,  Selangor.

Tiga  rakan  Melissa  juga  diminta  oleh pihak polis untuk tampil membantu siasatan mengikugt  Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Klik  di sini  untuk  membaca  laporan  lengkap. 


Polis  turut  mencari 4  lagi  rakan  sembang  Melissa,  klik  di sini.

Barangkali  ramai   telah  membisikkan  kepada  Carol Tay,   Agong  itu   wujud  di Malaysia. Sepatutnya,  Carol menghadiri bengkel  bersama fasilitator CakapDotCom  supaya dia tahu, kekadang  'silent is golden'.