Rabu, April 29, 2009

RM1

Banyak diperkatakan berhubung sikap tidak profesional sebilangan kakitangan hospital kerajaan. Mereka melontarkan perkataan ‘menyakitkan’ pesakit ketika mahu mendapatkan rawatan samada di wad bersalin atau di unit kecemasan.

Tetapi ada di kalangan kita berkata …

“Bayar RM1 masa nak mendaftar, don’t expect too much lah. Takkan nak dibelai kut. Kalau nak layanan mesra, pergilah ke hospital swasta”

Apa komen?

Ahad, April 26, 2009

Kejar 'Sami'

Jam 10 malam semalam saya meninjau Jalan Alor, Kuala Lumpur bersama jurukamera.

Di celah kesesakan pelanggan makan di gerai majoriti dimiliki peniaga Cina, kelihatan lelaki berpakaian oren ala sami berjalan dari meja ke meja, memungut wang daripada pelanggan. Peliknya, dia kelihatan lebih gemar mendekati pelancong asing berbanding warga tempatan.

Saya mendekati ‘sami’ terbabit.

“Where are you from?,” soal saya.

“Myanmar,” balasnya ringkas.

“Which temple are you from?,” soalan seterusnya.

Dia tidak menjawab soalan itu.

Perlahan dia beredar, mungkin berasa kurang selesa berikutan soalan saya ajukan. Bagaimanapun saya hairan, sebaik melihat kelibat jurukamera merakamkan visualnya, dia menghayun langkah seribu, berkaki ayam. Lariannya mengalahkan pecutan Watson Nyambek mengejutkan dua pondan berdiri di lorong gelap di belakang bangunan.

“Tengok lah nyah, kita berdua berdiri di sini belum tentu ada pelanggan. Itu orang, mengemis setiap malam dapat wang,” komen pondan kelahiran Sabah.

Melihat saya mereka cuba melarikan diri.

“Relaks lah nyah, malam ni saya kejar ‘sami’ bukan kamu,” ujar saya.

Persoalannya, adakah ‘sami’ warga asing itu dibenarkan mengutip derma di negara kita sesuka hati? Permit kerja jenis apa mereka gunakan?

Khamis, April 23, 2009

Usah Keliru

Kita biasa mendengar, perempuan baik hanya untuk lelaki baik, lelaki baik untuk perempuan baik.

Betul?

Jika jawaban anda ‘Ya’, bagus!

Andaikata, contohnya suami ditangkap dek isteri sewaktu dia bercanda dengan wanita lain, suami itu BUKAN lelaki baik.

Betul?

Jika jawaban anda ‘Ya’, kesimpulannya isteri itu juga BUKAN perempuan baik.

Setuju?

Jadi, jangan mendakwa terlalu baik.

Macam Jalang

Zaman dahulu, ramai wanita merokok sehinggakan anak kecil bermain di halaman rumah tidak langsung berasa kekok memerhati kepulan asap dihembus nenek duduk berehat merokok di tangga kayu. Malah ada waktu nenek sukarela menggulung rokok daun tanpa tembakau untuk dihisap cucu. Maksudnya, merokok bukan dianggap ‘taboo’ di kalangan generasi tua waktu itu.

Bagaimanapun perbuatan merokok di kalangan wanita pekerja kelab malam berbaju kebaya ketat dan pulang ke rumah waktu dinihari dilihat dari perspektif berbeza.

“Dah lah perempuan cabaret, merokok pula tu. Tak ubah macam jalang!,” antara komen dilontarkan.

Sekarang, lebih ramai perempuan merokok tanpa mengira usia. Mereka suri rumah, eksekutif, pelajar, golongan profesioanal merokok di rumah, café dan di pusat hiburan. Itu hakikat tidak boleh disangkal.
Bagaimana pula tanggapan masyarakat terhadap mereka?

Rabu, April 22, 2009

Hebat Mamak

“Bos, mahu makan apa?,” tanya pelayan berketurunan mamak di restoran kepada pelanggan lelaki juga suami kepada wanita.

Ketika itu pelbagai lauk terhidang dan sedia diceduk sekiranya pelanggan ingin makan.

“Bang, nak makan ke malam ni? Kalau nak makan, saya masak. Bukan apa, saya dah lah penat balik kerja, nanti bila masak tak makan, buat penat saja masak,” kata isteri kepada suami, lelaki pelanggan restoran mamak tadi.

Suami berkata …

“Hebat mamak. Tak perlu suruh masak, dia masak. Bukan tanya nak makan atau tidak, dia tanya nak makan apa?”

Panel Exora


Selasa, April 21, 2009

Exora Close Up