Jumaat, Disember 27, 2013

KEUNTUNGAN TNB UNTUK TAHUN KEWANGAN 2013 RM4.61 BIILION BERIKUTAN PENURUNAN HARGA ARANG BATU

Berita di bawah dipaparkan oleh akhbar Berita Harian.


Baca perenggan terakhir, harga arang batu diturunkan, TNB untung lebih banyak. Itu kenyataan Pengerusi TNB bukan kenyataan saya.

Jadi tarif elektrik tetap dinaikkan pada tahun 2014?


Khamis, Disember 26, 2013

TNB BAYAR BONUS (KEUNTUNGAN TAHUN KEWANGAN 2013 RM4.61 BILLION)

Minggu ini ramai rakan saya bertugas dengan Tenaga Nasional Berhad, TNB, bermurah hati untuk membelanja saya minum teh.


Di gerai, restoran mamak dan hotel lima bintang.

"TNB bayar bonus 23 Disember lalu. Saya dapat empat bulan dan bonus dibayar mengikut KPI," kata kenalan saya, ceria.

Saya turut berasa gembira.


Kepada kakitangan TNB, Qaerool Adhan Mohamaed Sazali, tidak perlu lagi melabelkan saya sebagai anjing Rosmah, klik di sini. Bergembiralah dan hargai pemberian bonus oleh majikan. Gunakan wang itu dengan sebaiknya. Ramai lagi pekerja syarikat swasta dan kakitangan kerajaan masih belum mendapat bonus.

Mungkin Qaerool boleh menghubungi dan mengundang saya minum teh bersama. Saya belanja, tiada masalah.

Tabung ayam masih belum dipecahkan lagi.


"Minima dan maksima berapa bulan?," soal saya kepada rakan sama.

"Minima lebih kurang empat bulan, mengikut jangkaan saya, bayaran maksima sekitar tujuh atau lapan bulan, tidak begitu pasti sebab saya hanya dapat empat bulan," jawabnya.

Jika dakwaan itu kurang tepat, pihak pengurusan TNB tentunya mampu berkongsi penjelasan. Nyatakan sekali jumlah keseluruhan bayaran bonus itu. Boleh juga masyarakat Malaysia menumpang gembira.

TNB telah mengumumkan, KENTUNGAN BERSIH tahun kewangan 2013, RM4.61 BILLION, klik di sini.

Apapun, Alhamdulillah. Padanlah sebilangan rakan TNB ingin membelanja saya minum teh di hotel lima bintang.

Sebelum ini, sebilangan kakitangan TNB terusik apabila saya mencatatkan di entri ini, TNB membayar bonus pada 18 Disember. Sumber saya, kakitangan TNB. Maaf, kerana bonus itu dibayar sedikit terlewat.



Ucapan untuk aboyz prosboc, bila lagi hendak membelanja teh? RM1.20.

Berikutan pembayaran bonus itu, kini terbukti dakwaan dicatatkan di blog Jelapang, klik di sini dan di sini ternyata benar. 

Barangkali dalam beberapa hari lagi pihak pengurusan TNB dengan bangga akan mengumumkan di media berhubung pembayaran bonus lumayan itu. Kita tunggu. Seronok hendak melihat di kaca televisyen, siapakah bakal membuat pengumuman.

Terus terang, saya tidak cemburu, malah berasa amat gembira dengan insentif berganda dibayar oleh TNB kepada kakitangannya selama ini berkerja gigih. KEUNTUNGAN diraih oleh syarikat gergasi dikongsikan bersama pekerja berdedikasi.

Kami rakyat Malaysia berikrar akan tetap membayar tarif elektrik lebih tinggi pada tahun hadapan, kerana khuatir TNB bakal menanggung kerugian biarpun bonus bakal kami terima mungkin sekadar sebulan dua gaji. 

Itupun jika ada.

Bimbang juga, jika bil tidak dijelaskan, sayur pucuk ubi menjadi layu di dalam peti sejuk, anak-anak terpaksa membeliakkan biji mata, mentelaah pelajaran di dalam gelap dan ikan emas di dalam akuarium mati, andai bekalan elektrik ke rumah dipotong.

Kami juga akan terus, tanpa jemu membayar tol, SEKIRANYA dinaikkan pada tahun 2014. Jika kenaikan itu dilaksanakan oleh kerajaan, manifesto Barisan Nasional mengatakan akan berusaha mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat terbukti hanya omong kosong. Jadi, harapannya kerajaan tidak akan tergamak menaikkan kadar bayaran tol itu.

Pesanan saya, kepada mereka ingin mencatatkan komen tidak membina, just keep it to yourself.


HAZLIN HUSSAIN (999) BERNIKAH SECARA SENYAP?


"Nikah secara senyap, tidak baik," kata saya kepada Hazlin Hussain.

Hazlin, rakan sekerja sewaktu saya mengendalikan program 999 ditemui di pejabat petang tadi.


Saya terlihat gambar Hazlin memakai gaun putih di skrin telefon bimbitnya tatkala dia merakamkan gambar di atas berhampiran meja penerbitan 999.

Sebelum itu dia kelihatan mengheret beg pakaian besar masuk ke pejabat.

"Lin, hendak pergi ke Jom Heboh," kata anak kelahiran Kuala Lumpur itu.

"Bila nikahnya?," soal saya sambil memerhatikan cincin di jari manisnya.


"Bukan nikah abang. Lin menghadiri sesi bergambar untuk sebuah majalah di Shah Alam, Selangor, semalam.  Gambar itu dan banyak lagi bakal dipaparkan oleh majalah terbabit pada bulan Februari 2014," jelasnya.

"Cincin?," tanya saya lagi.

"Lin beli sendiri sewaktu hari jadi," jelasnya.


Hazlin bertugas mengendalikan 999 sejak 3 tahun lalu dan menjadi pembaca berita Buletin Utama sejak setahun lalu.

Biarpun kini personaliti itu lebih dikenali masyarakat, sikap merendah dirinya tetap kekal.

Dalam kelembutan gadis ini, terselit keberanian payah disangkal. Pada tahun 2011, kami menyertai operasi membanteras pendatang haram bersama pegawai dan anggota polis di Kota Kinabalu, Sabah.

Klik di sini.


PENGERUSI BIRO MEDIA BARU UMNO IBDILILLAH ISHAK TIDAK MEMBENARKAN SEBARANGAN INDIVIDU MEMBACA BLOGNYA

Di manakah Pengerusi Biro Media Baru UMNO, BMB, Ibdilillah Ishak?

Sebaik dipilih sebagai pengerusi BMB, katanya akan mengundang ramai pengendali blog untuk bertemu dan berbincang, mencaturkan perancangan di masa akan datang.

Berapa kali pertemuankah telah disusun atur oleh Ibdilillah setakat ini? Maksud saya pertemuan bersama pengendali blog SUKARELA pro-kerajaan. 


Sebelum ini, saya mendedahkan, blog PENGERUSI BMB ini tidak dikemaskini sejak Jun 21, 2012.

Barangkali terganggu akibat pendedahan itu, Ibdilillah kemudian menukar status blognya. Kini blog PENGERUSI BMB itu hanya berpeluang dijenguk oleh pembaca jemputan sahaja.

Klik di sini.


Sikap pilih kasih paling nyata atau gentar berhadapan dengan kenyataan? 

Kepalanya barangkali kekurangan ide untuk menulis di blog. Instagram, LEBIH mudah, Snap! Snap! Catatkan satu ayat ringkas, mudah.

Life style, katanya.

Sebelum ini, beberapa pengendali blog GAY mengambil tindakan sama seperti dilakukan oleh Ibdilillah, sila klik link Ita Lembut (dicetak berwarna merah) di  entri ini

Hasilnya ...


Lelaki gay itu tidak membenarkan sebarangan pembaca meneliti kandungan blognya, hanya JANTAN terpilih sahaja dibenarkan.

Hahahahahahahaha!

Sebagai PENGERUSI BMB, tentunya ramai rakyat Malaysia, antara mereka, ahli UMNO biasa, seperti saya, ingin membaca buah fikiran individu hebat, bercakap menggunakan bahasa rojak itu di blognya.

Nampaknya Ibdilillah TIDAK sudi berkongsi pandangannya sebagai Exco Pemuda UMNO bersama kita semua. Apapun, kita seharusnya menerima tindakan itu dengan hati terbuka kerana http://cocodilly.blogspot itu, blog dia.

Namun Ibdilillah harus sedar, dia PENGERUSI BMB, blog ditakrifkan satu daripada 'media baru' di Malaysia.

Jadi, sekarang saya melihat Ibdilillah sebagai PENGERUSI BMB UMNO -1.

Saya ingin menjawab soalan dikemukakan oleh pengendali blog APA, klik di sini, mengapakah saya, bukan penulis blog politik menukilkan 4 entri mengenai Ibdilillah?

YB Khairy Jamaluddin ternyata sudah tersilap pilih orang. Selaku ahli UMNO, saya harus menegur.

Di ruang ini, saya juga ingin mengucapkan syabas kepada PAS Kelantan kerana tidak akan menghantar penyokong menyertai perhimpunan dirancang pada 31 Disember ini.




Rabu, Disember 25, 2013

MELANCONG DAN MEMBELI BELAH KE VIETNAM DI MUSIM CUTI SEKOLAH

Berikutan permintaan ramai, tarikh melancong dan membeli-belah ke bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam telah diubah ke musim CUTI SEKOLAH, di antara 7 dan 10 Jun 2014.

Saya telah menempah 40 tempat duduk pesawat MAS, MH 758 bakal terbang ke Vietnam pada jam 2.45 petang, 7 Jun.

Kos keseluruhan pakej, hanya RM1,650 sahaja untuk seorang peserta dewasa. Bayaran itu untuk tiket penerbangan pergi balik, hotel, makanan, pengangkutan darat dan tips petugas di Vietnam.

Bilik hotel berbentuk twin-sharing. Bilik untuk tiga orang boleh dipohon.

Kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas dengan kelengkapan kerusi di dalam pesawat MAS serta katil di hotel, dikenakan bayaran RM1,320. Jika TANPA katil (tidur sekatil bersama penjaga), RM990 sahaja.


Lokasi bakal dilawati :

1. Sungai Mekong
2. Cu Chi Tunnel
3. Ben Thant Market
4. Ben Thant Night Market
5. Hong Anh Shop 
6. Mai Shop
7. Russian Market
8. Saigon Square
9. An Dong Plaza
10. Hard Rock Cafe Vietnam
11. Kedai borong barangan muslimah
12. Ar-Rahim Mosque

Klik di sini untuk membaca kisah lawatan ke Vietnam pada September 2013.  

Sila hubungi pembantu saya, Lyn di talian 012 6277 300 (Tel/SMS/WhatsApp) untuk mengemukakan sebarang pertanyaan dan mendaftar. SMS/WhatsApp nama penuh, nombor MyKad/MyKid dan nombor telefon bimbit. Kemudian jelaskan deposit, RM500 sebelum 31 Januari 2014 bertujuan mengesahkan penyertaan.

Saya tidak dapat menjamin harga itu dikekalkan sekiranya deposit tidak dibayar sebelum 31 Januari. Kepada mereka telah mendaftar, sila buat pembayaran dengan kadar segera.

Depositkan bayaran ke akaun syarikat Ideal Travel CIMB, 0514 000 5445 056.



Semua peserta tidak perlu khuatir kerana saya akan menunjukkan lokasi tepat untuk membeli pelbagai barang dihajatkan. Oleh itu, tiada waktu bakal dibazirkan, In Sha Allah semua peserta akan berasa selesa dan selamat.

Happy holidays!



Selasa, Disember 24, 2013

VIDEO PERANGKAP MAUT DI KELLIE'S CASTLE (EKSKLUSIF)

Sebelum ini, saya menulis entri mengenai perangkap maut terbuka di Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak.

Barangkali mereka tidak pernah melawat ikon pelancongan Perak itu agak sukar membayangkan 'perangkap' saya maksudkan kerana hanya gambar pegun dipaparkan, klik di sini. Dalam usaha untuk memastikan pihak berkuasa mengambil tindakan LEBIH segera, saya muatnaikkan, rakaman video di lokasi sama sebagai bukti nyata.



Rakaman di atas dibuat di atas puncak menara setinggi 6 tingkat di bawah.


Klik di sini.

MENGAPAKAH TIADA GERAKAN MEMBANTAH KERAS KENAIKAN HARGA ROKOK?

Tiba-tiba terlintas di kepala.

Selain daripada petrol, gula, tarif elektrik dan tol, harga ROKOK juga dinaikkan. Rokok dihisap oleh penyokong Barisan Nasional, BN dan Pakatan Rakyat, PR di semua negeri. Perokok tegar tahu, harga rokok naik mencanak dan kini harga sebilangan jenama rokok mencecah RM12 sekotak untuk 20 batang. Kenaikan harga tertinggi, RM1.50 sen.

Ramaikah perokok di Malaysia? 

Statistik menunjukkan, kira-kira 4.7 juta orang. Rokok dihisap oleh kanak-kanak, remaja, orang dewasa dan tua. Sebilangan anak penyokong BN dan PR juga menghisap rokok samada disedari oleh ibu ayah mereka atau sebaliknya.


Biarpun harga rokok ternyata mencekik darah, bilangan perokok di Malaysia tidak pernah dilaporkan berkurangan. Maksudnya hampir 5 juta perokok tetap meneruskan tabiat mereka.

Jika Gerakan Turun Kos Sara Hidup diteruskan pada malam ambang tahun 2014 ini, perhatikan berapa ramai antara peserta menghisap rokok. Mereka bakal membantah kenaikan harga petrol, gula, elektrik dan tol tetapi membisu mengenai kenaikan harga rokok.

Walhal rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira RM15 juta sehari untuk membeli rokok.

Mungkin sebilangan pembaca kelak menempelak, mengatakan rokok bukan keperluan asas rakyat. 

Benar.

Begitu juga tol, bukan keperluan asas SEMUA rakyat.


Masih ramai lagi rakyat menggunakan motosikal dan kenderaan awam setiap hari tanpa perlu membayar tol. Jika difikirkan, kenaikan tol, petrol dan gula TIDAK membunuh rakyat Malaysia seperti rokok.

Justeru mengapakah tidak kedengaran gerakan membantah keras kenaikan harga rokok di Malaysia? Berhimpunlah di Dataran Merdeka, pakai baju seragam, bawa sepanduk besar dan kecil, kemudian laungkan berulang kali  ...

"Turun! Turun! Turun harga rokok!"

Semakin mahal harga, bilangan penghisap rokok semakin bertambah. 

Saya masih percaya, bantahan kenaikan kos sara hidup berpeluang masih boleh dilakukan tanpa orang ramai perlu diheret ke jalanraya. Kecuali pihak berkepentingan ingin mengambil alih tampuk pemerintahan negara ini dengan cara huru-hara.