Khamis, Oktober 23, 2008

Mencurah Air Di Daun Keladi

25 pegawai Jabatan Imigresen Putrajaya diketui Pengarah Penguat Kuasanya, Datuk Ishak Mohamad menyerbu premis hiburan di Jalan Belimbing, Starlight Park, Seremban pada jam 11 malam semalam. Hasilnya 38 pelayan pelanggan, GRO warga China dan 2 dari Thailand diberkas dalam ‘Ops Sayang’ terbabit. Mereka dilapor menyorok di 2 bilik khas di bahagian belakang dinding.

Pendapatan purata GRO diberkas dianggarkan antara RM10,000 dan RM20,000 sebulan.

Mereka didapati memasuki negara ini melalui Kuala Lumpur International Airport menggunakan pas lawatan sosial. Bermaksud mereka tidak dibenarkan bekerja di negara ini.

Menurut Datuk Ishak, berikutan masalah sosial timbul, orang ramai dikatakan berulangkali membuat laporan kepada pihak berkuasa tempatan dan polis namun tiada tindakan diambil sehingga beliau dihubungi.

Barangkali ramai berasa jemu, aduan dibuat bagai mencurah air di daun keladi.

5 ulasan:

  1. mungkin itulah masalah utama mengapa jenayah dah masalah sosial semakin menjadi2 di negara kita.. bila polis sendiri sudah tidak mengendahkan aduan orang ramai, siapa lagi tempat untuk kita mengadu??

    BalasPadam
  2. Ni lah masalah pihak berkuasa (not specific to any authority). Aduan punya la bertimbun tp takde layanan lansung. Bila dah sampai kat orang atas, baru la nak bertindak. Tp sementara nak sampai ke orang atas, ntah berapa ratus (atau ribu can i say?) aduan yg dah dibuat.

    Kenapa perkara camni masih berlaku? Ke mana peginye 'working efficiently and effectively'? Hurm~

    BalasPadam
  3. Statement ni dahsyat. Betul ke dah banyak kali buat aduan? Kalau betul, tak taulah nak cakap ape. Kat mana lagi la kita nak harapkan dapat menjaga keamanan dan kemakmuran kat negara kita ni. Cuma saya harapkan laporan ini tidaklah seteruk yang kita sangkakan.

    BalasPadam
  4. aritu mak saya buat laporan kat pihak yg berkenaan pasal adik saya lari rumah..ikut pakwe dia.. tapi pihak berkenaan tu buat x endah jer..sampai sekarang pihak berkenaan xde kontek.. sbb dia janji nak kontek.. tp skrg..mak saya dah malas nak amik tau pasal pihak berkenaan..sbb berita terbaru yg kami terima pulak, adik saya tu.. dah nikah dgn pakwe dia..tapi nikah kat tmpat lain..tanpa wali..

    *mcm out of topic je*

    sorry..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.