Rabu, Mei 02, 2012

JIKA ANWAR MENJADI PERDANA MENTERI ... BAGAIMANAKAH STATUS LGBT DIPERJUANGKAN OLEH AMBIGA?

Sewaktu Bersih 3.0 berlangsung, saya tidak berada di Malaysia tetapi sempat menonton berita disiarkan oleh media asing.

Berita menggambarkan betapa huru-haranya negara kita, Malaysia.

Apapun, melalui pengamatan saya, Bersih 3.0 kelihatan tidak begitu bersih. Pelbagai kejadian tidak diingini berlaku samada dirancang atau sebaliknya. Fakta, ramai tercedera, termasuk polis, penyokong Bersih dan beberapa wartawan.

Lebih menakjubkan, saya berasa amat teruja menonton aksi berani lelaki mengejar kereta peronda polis dan sebaik mendarat, berulang kali melompat di atas atap kenderaan sedang bergerak itu. 

Berani sungguh tindakan itu.

Terfikir, adalah dia berfikiran dengan kaedah itu dia mampu mengubah pilihan raya mengikut acuan dan tuntutan pemimpinnya?

Awal malam tadi, saya bersembang dengan rakan baik dan tiba-tiba tercetus satu persoalan menarik di minda saya.

Begini ...


Ambiga menyokong LBGT, itu fakta diketahui ramai.

Di sepanjang Bersih 3.0, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Nik Aziz Nik Mat dilapor memberikan sokongan padu. Namun saya akur, kita tidak sepatutnya menuduh mereka sebagai penyokong LGBT. Tujuan kedua pemimpin terbabit dan penyokong mereka, untuk menuntut pilihan raya LEBIH bersih.


Apapun, jelasnya, Datuk Seri Anwar amat berminat untuk menjadi pemegang tampuk pemerintahan negara, Perdana Menteri Malaysia.


Keputusan samada beliau berjaya atau sebaliknya bakal ditentukan selepas Pilihan Raya Umum, PRU Ke-13 kelak.   

ANDAI KATA Datuk Seri Anwar berjaya dinobatkan secara sah sebagai Perdana Menteri, timbul satu soalan penting pada ketika itu ...

Adakah beliau dan ketua parti politik seperti PAS dan DAP akan memenuhi tuntutan Ambiga sekaligus merestui serta menghalalkan LBGT di Malaysia?

... kerana sebelum PRU 13, mereka semua kelihatan molek berganding bahu dan bekerjasama untuk mencapai objektif masing-masing.

Semoga soalan itu dapat diajukan kepada semua pemimpin parti terbabit sebelum PRU 13.

52 ulasan:

  1. Salam..
    Adakah saudara percaya Datuk Seri Anwar akan dilantik menjadi PM? Kenyataan yang saudara tuliskan disini menunjukkan keyakinan saudara pada Barisan Nasional untuk terus menerajui Malaysia selepas pilihanraya kelihatan tergugat. Mengapa perlu untuk menjangka sesuatu yang tidak mungkin terjadi? Lihat sahaja lapuran arus perdana yang yang menghebahkan keburukan barisan pakatan rakyat. Rakyat tentunya mempercayai segala lapuran tersebut. Seandainya saudara sebagai pengamal media arus berpendapat sedemikian..bagaimana pula pendapat khalayak umum.?

    BalasPadam
  2. Saya menulis sebagai blogger.

    Sila rujuk bahagian penafian di blog ini.

    BalasPadam
  3. rasa nak senyum tgk respon Tun dlm press conference.
    " saya rasa baik juga Ambiga jadi Perdana Menteri , dengan itu kita boleh buat demo hari - hari di Dataran Merdeka"
    Susah pulak tgk Anwar nak menepis soalan press ttg tindakan beliau bagi sign " kononnya" suruh nego...
    apa lagi yg nak disorok...semua org nampak dgn terang dlm berita

    BalasPadam
  4. saya rasa kalau Datuk Seri Anwar jd PM Malaysia akan datang beliau tidak akan menghalalkan LBGT di Malaysia.

    Kalau beliau menghalalkan, pastinya Pakatan pembangkang takkan bertahan lama memerintah, paling lama pun mungkin 1 penggal.


    Old-Trafford

    BalasPadam
  5. Maafkan saya kerana tidak menilai hasil penulisan anda sebagai seorang blogger. Mungkin saya tidak dapat melihat saudara dari satu sisi yang berbeza..

    BalasPadam
  6. As salam semua
    Abang maz, saya yakin..dia tidak akan jadi PM Malaysia..dia tiada karisma sebagai pemimpin..memang benar, dia berupaya menarik ramai penyokong yang mengagungkan dia tetapi yang tidak menyokong dia lebih lagi..dia boleh jadi PM Malaysia dalam mimpi je la...

    BalasPadam
  7. Pada pengamatan saya, itulah yang didambakan oleh Ambiga, iaitu untuk menghalalkan LGBT dalam Malaysia. Baginya, biarlah dia 'berkorban' sekarang untuk menghuru-harakan negara, agar PR dapat mengambil kesempatan untuk menjatuhkan 'kerajaan demokrasi' dan menubuhkan pula 'kerajaan jajahan'. Bila itu terlaksana, budinya itu nanti tentu ada harganya....

    BalasPadam
  8. bro.. look.

    hang punya report dah la tak best. etika kewartawanan mmg dah hancus. lu buat macam govt skang perfect. tak pun yang mana govt buat taik lu diam.
    jadi start skang, boleh tak jgn buat malu melayu? hg tulih macam pencacai angkat najis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lu kalu tak suka..lu jgn menyemak kat sini..kalu lu kata bro mazidul takde gaya Penulisan,itu lu punya pasal..kitaorg takde masalah..
      Lagi terang mau suluh ke?banyak pendedahan bro mazidul pasal kepincangan/kerenah birokrasi kerajaaan..takde pulak lu mau kecoh..
      Lu jgn bikin malu le..sokong Ambiga umpama sokong kesamarataan hak agama & LGBT..bagus utk keturunan lu?jgn menyesal nnt sudah..

      Padam
  9. salam, saya tidak berniat untuk lari topik. Ya, saya setuju peserta bersih agak kasar tempoh hari (pedulikan samada agen provokator atau tidak) yang pastinya, berlaku kekacauan dan kekasaran baik di pihak bersih juga pihak polis.

    namun apa yang berlaku selepas bersih terutama di media seolah olah untuk menentukan siapa salah siapa benar, kau hentam aku atau aku hentam kau, apa yang saya kesal adalah perkara pokok yang dibawa oleh ratusan ribu rakyat malaysia yang hadir pada hari itu seolah2 terpadam begitu saja. apakah ada sekelumit perasaan cakna oleh pihak media dan pemerintah tentang perkara pokok ini? apakah dengan berpura2 buta dan pekak ini akan membawa kehancuran atau kebaikan pada rakyat malaysia?? apa pendapat encik mazidul?

    BalasPadam
  10. Saya tak suka anak-anak saya dibesarkan dengan kehidupan maki hamun, cakap kotor,tak boleh bersabar ,tak mengaku kesalahan ...saya akan berdoa semoga anuar tak akan jadi pemimpin demi anak-anak saya

    BalasPadam
  11. Yang penting dari yg lebih penting ketika ini adalah menjatuhkan UMNO. Yg lain akan menyusul : )

    BalasPadam
  12. Yang penting dari yang lebih penting ketika ini adalah menjatuhkan UMNO. Yg lain akan meyusul selepas kejatuhan UMNO : )

    BalasPadam
  13. Saya bersetuju dengan Suzie. Sebagai bapa kepada 6 orang anak, saya melihat senario politik hari ini membimbangkan. Anak-anak mudah diracuni dan diajar melanggar undang-undang.

    Saya juga rasa komen the sniper agak sinis tetapi ada logiknya. Menjatuhkan UMNO, iaitu tunjang kekuatan kerajaan adalah tujuan utama pembangkang. Kemudian, yang lain akan menyusul. Maksudnya, LGBT yang diperjuangkan AMBIGA Laknatullah, tidak mampu dihalang atas alasan hak asasi. Siapa yang akan menahannya?

    Kesimpulannya, saya kira majoriti rakyat tidak inginkan ini berlaku. 30 ribu perusuh di BERSIH, tidak menggambarkan isi hati 30 juta rakyat yang cintakan kedamaian dan keamanan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ralat: 300 ribu Lebih dari 10 negara Dan 82 kotaraya... Tak tgk u tube ke Kak jah?? 6 erg Anak?? Rajin ya

      Padam
  14. Jangan risau, Allah punya perancangan yang lebih baik untuk kita semua, mana mungkin kita dapat Pemimpin yang tidak patut kita angkat sebagai pemimpin JIKA kita terus terusan BERDOA memohon pemimpin yang membawa kita semua ke jalan Allah swt..insyaAllah...Dont STOP PRAYING for the BEST LEADER who will leads us to ALLAH's right path..insyaAllah..

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum..

    Tumpang lalu ye Mazidul..

    Seingat saya Mazidul tetap hantam kakitangan kerajaan macam kami.Tapi dia juga bekerjasama dengan kakitangan kerajaan.Etika kewartawanan melaporkan apa yang berlaku berdasarkan fakta.Saya percaya itu yang sdra Mazidul amalkan.Biasanya yang kata tak best tu kalau kena batang hidung sendiri.

    Saya rasa tenang bila baca komen di atas.Tiada maki hamun.Bukankah best macam tu.Tiada yang cepat melenting.Berfikir cara bijak.

    Perjuangan PKR yang satu-satunya sama adalah ingin memegang tampuk negara. Tapi komponen PKR mempunyai haluan berbeza.Andai kata mereka berjaya.Akan wujudkah perbalahan demi manifesto komponen masing2?Mampukah mereka memenuhi manifesto antara satu sama lain?

    BalasPadam
  16. walaupun saya baru 18 , tapi boleh fikir waras lagi . manusia sanggup berbunuhan demi kuasa -_- cukuplah , yang penting amal ibadat kita yang tentukan kedudukan di akhirat kelak . jangan gunakan agama untuk kepentingan politik semata-mata . bersyukurlah apa yang ada sekarang , jangan tunggu negara jadi huru-hara macam negara lain

    BalasPadam
  17. kalau berfikiran singkat ...barangkali mereka boleh menang....HEHEHE

    BalasPadam
  18. tak payah anwar jadi PM...
    skrg pn LGBT dh berleluasa...
    bukak mata tgk sekeliling pn dh cukup...
    tambah2 org2 yg ddk KL sana tu...

    BalasPadam
  19. tak payah tgg anwar jadi PM...
    even tak payah pn tgg BN kalah pilihanraya...
    skrg pn dh berlambak LGBT ni...
    tgk je la program2 di TV dh cukup...
    TV3 pn bagi ruang pada pondan masuk rancangan realiti die...
    lagi terang org2 yang ddk KL tu...
    buka mata dan tgk je sekeliling dh cukup dh...

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum Saudara Mazidul.

    Persoalan saudara ini memang tepat. Pelbagai isu masih tidak disepakati oleh Pakatan Rakyat, namun saya akan berbaik sangka dan berpendapat bahawa terdapat terlalu banyak isu yang lebih penting yang perlu ditangani oleh Pakatan.

    Sebagai pakatan pembangkang, pengaruh yang dimiliki pembangkang nyata lebih kecil, oleh itu, seharusnya mereka bekerjasama untuk menangani isu yang berkepentingan nasional. Untuk isu ini, pakatan telah menunjukkan kredibilitinya dengan menghasilkan Buku Jingga.

    Berkenaan isu LGBT, mudahnya, bagi saya, apa yang berlaku di dalam kelambu orang lain bukan masalah saya. Jika tidak berlaku dengan paksa, jangan bagitahu saya, saya tidak mahu tahu. Ini ialah jenayah insan dengan Tuhan, bukan tempat saya untuk menghukum.

    Tetapi satu isu yang semakin berat yang lebih utama yang saya mohon pendapat daripada Saudara Mazidul memandangkan saudara Mazidul sendiri merupakan warga media, kedudukan kebebasan media yang wujud di negara ini khususnya yang dilaporkan oleh mainstream media seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Astro dan laman portal mynewshub.my.

    Saya dapati laporan-laporan media ini lebih mesra UMNO/BN dan bersikap partisan. Ulasan sebelum ini menyebut betapa mereka tidak suka anak-anak mereka membesar dalam suasana maki hamun, namun dua buah akhbar utama negara memaparkan gambar lucah di muka hadapan. Apakah media tidak memikirkan kesannya kepada anak-anak?

    Saudara Mazidul rapat dan memahami SOP pihak polis, bolehkah saudara jelaskan kepada pihak polis apa yang para wartawan fahami sebagai SOP pihak polis? Adakah merampas dan menghancurkan kamera pihak media termasuk dalam SOP polis sepertimana didakwa Menteri Dalam Negeri?

    Apakah undang-undang dan tatacara yang menyebabkan ASTRO menyunting laporan Al Jazeera dan BBC?

    Siapakah sidang redaksi mynewshub.my dan apakah wujud integriti dalam laporan portal ini memandangkan tidak wujud nama wartawan yang melaporkan?

    Apakah pandangan saudara Mazidul tentang kebebasan media di negara ini?

    Dan akhir kalam, media manakah yang wajar saya baca dan mempunyai integriti yang tinggi?

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum Saudara Mazidul.

    Persoalan saudara ini memang tepat. Pelbagai isu masih tidak disepakati oleh Pakatan Rakyat, namun saya akan berbaik sangka dan berpendapat bahawa terdapat terlalu banyak isu yang lebih penting yang perlu ditangani oleh Pakatan.

    Sebagai pakatan pembangkang, pengaruh yang dimiliki pembangkang nyata lebih kecil, oleh itu, seharusnya mereka bekerjasama untuk menangani isu yang berkepentingan nasional. Untuk isu ini, pakatan telah menunjukkan kredibilitinya dengan menghasilkan Buku Jingga.

    Berkenaan isu LGBT, mudahnya, bagi saya, apa yang berlaku di dalam kelambu orang lain bukan masalah saya. Jika tidak berlaku dengan paksa, jangan bagitahu saya, saya tidak mahu tahu. Ini ialah jenayah insan dengan Tuhan, bukan tempat saya untuk menghukum.

    Tetapi satu isu yang semakin berat yang lebih utama yang saya mohon pendapat daripada Saudara Mazidul memandangkan saudara Mazidul sendiri merupakan warga media, kedudukan kebebasan media yang wujud di negara ini khususnya yang dilaporkan oleh mainstream media seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Astro dan laman portal mynewshub.my.

    Saya dapati laporan-laporan media ini lebih mesra UMNO/BN dan bersikap partisan. Ulasan sebelum ini menyebut betapa mereka tidak suka anak-anak mereka membesar dalam suasana maki hamun, namun dua buah akhbar utama negara memaparkan gambar lucah di muka hadapan. Apakah media tidak memikirkan kesannya kepada anak-anak?

    Saudara Mazidul rapat dan memahami SOP pihak polis, bolehkah saudara jelaskan kepada pihak polis apa yang para wartawan fahami sebagai SOP pihak polis? Adakah merampas dan menghancurkan kamera pihak media termasuk dalam SOP polis sepertimana didakwa Menteri Dalam Negeri?

    Apakah undang-undang dan tatacara yang menyebabkan ASTRO menyunting laporan Al Jazeera dan BBC?

    Siapakah sidang redaksi mynewshub.my dan apakah wujud integriti dalam laporan portal ini memandangkan tidak wujud nama wartawan yang melaporkan?

    Apakah pandangan saudara Mazidul tentang kebebasan media di negara ini?

    Dan akhir kalam, media manakah yang mempunyai integriti yang tinggi dan wajar saya ikuti?

    BalasPadam
  22. saya pun dah lama tak menjengah sini.
    maksud saya, memberikan komen.
    saya sekadar baca semua entry en MAS.
    jom la singgah kat blog saya

    BalasPadam
  23. Fakrul, setiap berita dihebahkan oleh media itu diolah mengikut keputusan dibuat pihak pengurusan terbabit.

    Samada media cetak atau elektronik.

    Contohnya, JIKA parti pembangkang kini mengambil alih kerajaan maka berita mereka kongsikan bersama penonton lazimnya pasti tidak akan cenderung menyokong pihak menentang mereka.

    Sebagai contoh jelas, akhbar milik pembangkang tidak memuji tindakan kerajaan. Begitu juga akhbar atau televisyen milik kerajaan pastinya tidak memuji tindakan pembangkang.

    Itulah kaedah dilaksanakan kini dan diketahui umum.

    Selama kira-kira 18 tahun saya bertugas sebagai wartawan, tidak pernah pula pihak berkuasa merampas atau melarang saya membuat liputan di pelbagai lokasi.

    ... selagi liputan itu tidak menjejaskan keselamatan negara.

    Sebagai pembaca dan penonton televisyen, saudara berhak untuk menentukan media pilihan mengikut kesesuian dan ilmu pengetahuan. Tonton dan baca tetapi pada masa sama usah lupa menggunakan pemikiran waras untuk menilai kredibiliti laporan dipaparkan.

    Analoginya mudah, PRU 13 bakal menjelang tiba dan setiap parti akan menampilkan kebaikan masing-masing bertujuan untuk memancing undi. Justeru bagaimanakah saudara membuat keputusan, parti mana lebih berkredibiliti?

    Gunakan otak untuk menganalisa dan kemudian sila membuat keputusan dan pilihan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan atas dasar keselamatan negara..negara ok, takde masalah ngan negara cuma "SOP" tu wujud atas dasar keselamatan golongan Melayu elit dalam kerajaan barisan nasional...kami anak muda dah muak ngan alasan2 pemimpin BN yg lapok...kami mau kerajaan yang baru, yang punya semangat baru, klu z ok NeXT election tukar la balik...apa susah...susah sgt ke nk bt apa bersih nak?? Ini bkn masalah ko umno ak pakatan..ini isu nasional..kami nk padang yg sama rata...

      Padam
  24. Sebenarnya LGBT memang berleluasa di Malaysia...tetapi sengaja disenyapkan...atas alasan keseronokkan di dunia adalah senjata yg paling berkesan utk mengekalkan kuasa..tetapi bila Si Ambiga cuba menimbulkan persoalan itu...kita jdkan isu yang besar sbb fahaman beliau menyokong pembangkang...

    Kenapa kita tidak melenting dan etika kewartawanan kita tidak tergugut pun bila saban hari kita dihidangkan berita prono di dada akhbar kita sebagai tajuk utama? adakah berita ini amat sesuai untuk anak-anak kita?

    Saya teruja bila saudara Mazidul tidak terkesan pun di hati untuk mengulas isu begini secara terperinci...dan cuba mengangkat martabat kewartawanan itu di landasan yang betul..."berkatalah benar walaupun pahit"...

    BalasPadam
  25. Salamz uat semua dari Singapore.
    Kami di Singapore juga perhatin dgn keadaan di KL, Malaysia. Kalau tidak ada org melayu di Malaysia, melayu di Singapore diperkotak katikkan... Seperti pagi tadi. Saya pulang dari kerje ada pemandu taxi cina dia tanya, " lu org melayu hari2 mau gaduh ah" saya ckp kenapa apek? Apek tu ckp, " itu malaysia punya news mah. Apa itu rusuhan? Mau undi undi ajalah. Kasi org susah uat apa? Lu org uat mcm gini apa lu org dpt? Dpt malu... Business jatuh... Org mau buat business dlm Malaysia takut rugi... Kalau rusuhan mana org mau kelija.. Org semua takut. Ada betul." Dgr sedemikan saya pun terfikir. Kita ni semua bangsa melayu.. Mcm motto malaysia "satu Malaysia". Asal nak Buat cara gini? Anak2 kita tgk? Kalau segi agama kita dah memalukan bangsa melayu ajaran islam dan tata susilah org melayu.. Ini yg membuat saya berpaling ke sajak Datok Tun Mahadir yg tajuk "Melayu Mudah Lupa".

    Memang saya dari singapore tak ada hak mengata apa2 kerna saya ni bukan asal malaysia. Tetapi tanah di singapore ini dahulu tanah hak org melayu tanah hak malaysia dan kami ada saudaramara di malaysia.. Setiap perkembangan malaysia dia salutan TV Rtm 1 & 2, TV3 dan Astro juga kami dpt tonton liputan berita dlm negeri malaysia... Kami pun terasa juga apa yg terjadi di malaysia.. Bangsa lain yg di singapore pun ada mencela bangsa melayu disini kerana apa yg berlaku disane semua ada terkena juga pada kami...

    BalasPadam
  26. Sekarang juga LGBT amat berleluasa...teramat2...

    bukan sekarang saja..bahkan sejak beberapa tahun lalu lagi...

    Majalah Mastika sendiri pernah membongkar masalah ini.....berbulan2..& berisu2...

    Akhbar sendiri pernah menyiarkan ...

    Namun apa tindakan?

    Ini sebenarnya masalah kita bersama...rakyat Malaysia.Yg perlu ditangani bersama.

    Takkan nak tunggu andai LGBT ini dibenarkan secara rasmi baru kita bangun nak menentang..kalau tidak kita duduk diam membisu bahasa semata

    BalasPadam
  27. Bro..

    Sy kesian dgn org melayu yg x berpandangan jauh..dimarahnya media arus perdana dan dikatakan biased tp media pembangkang pon apa kurangnya? ade msiakini,harakah atau keadilan daily memuji kerajaan ke? so tepuk dada tny selera..tiada paksaan pun dan pd sy mmg sy x percaya pon pd freedom of press di mana2..sy suke kalau semua yg kta buat tidak menjejaskan keselamatan negara..sy sedih anwar gadaikan msia utk mendapat kuasa..even ambiga sendiri mengakui dpt sumbangan dari dana luar utk bersih..tu pun rakyat x boleh nk pikir..dan sy telah mendapat satu emel sebentar tadi, minta bro baca n bg ulasan,tq:


    tak banyak orang mengetahui bahawa DSAI telah menjanjikan post malaysian ambassador to the united states kepada ambiga way back in 2009.this was after ambiga mendapat award daripada isteri presiden amerika syarikat.

    inii adalah sebab utama ambiga tergedik gedik untuk mensupport DSAI in everyway she can. she is doing everything so that PR comes into power. do you know that kesemua lawyer hindu and cina disaran turun ke dataran merdeka semalam. ambiga wanted more non muslims to ambil bahagian. kesemua lawyer hindu and cina digalakan sebar perkara untuk turun ke dataran merdeka to their family members.

    ambiga dapat international 2 human rights awards dari united states and france. SEBAB UTAMA she dapat these 2 awards in 11 march 2009 ( from united states ) and 23 sep 2009 ( from france ) is because ambiga adalah organizer of a FORUM BERTAJUK CONVERSION TO ISLAM ( MEMASUKI AGAMA ISLAM ) PADA 9 AUGUST 2008. pihak polis membenar this forum but it must be secara tertutup , meaning between a selected crowd tapi ambiga berdegil dan she did this forum as an open forum. polis stop this forum after 3 hours but she was very proud that she did not listen to the polis.

    this is about ambiga sidekick , marina chin abdullah bersuh co chairman ( if i am not mistaken bini no 4 arwah yunus lebai ali ) . a few days ago after a bersih meeting rasanya monday malam , she told a lawyer that " i don't care about malaysia " , i am not even born here. so inilah orang yang organise bersih , bukan rakyat malaysia secara born here.

    just this sunday morning i was told ambiga ask her bersih committee member wong chin huat to give a press statement that police racially abuse him after he was arrested yesterday evening masa bersih 3.0 apparently polis suruh dia balik china. out of the 512 people arrested polis pick on the bersih committee member to racially abuse .. this order came from ambiga to contain damages made by her people.

    BalasPadam
  28. boleh saya kongsikan sedikit perbualan sinis, yang mungkin saudara mazidul boleh memahaminya, saya tau anda pengamal media berkerja di tv3, yang tau berita di tv3 selalunya dipihak kerajaan sahaja yang betul a.k.a Barisan Nasiaonal atau lebih tepat lagi untuk parti perkauman UMNO.oopss parti perjuangkan Bangsa Melayu.




    BERSIH, A.Samad Said, Ambiga & Islam

    A: Bodoh betul sape yang sokong si Ambiga tu dalam BERSIH!

    B: Kenapa pulak?
    ...
    A: Yela..dia kan pendukung IFC, pembela kes murtad, penentang mahkamah syariah bla..bla..bla..So, siapa yang sokong dia maknanya dia menyokong Ambiga!Siapa yg sokong si Ambiga memang x sayangkan ISLAM!

    B: Oh..macam tu sekali ea..urm..nak tanya sikit boleh?

    A: Hah! Tanya ape pulak ni??

    B: Ko ade facebook x?Ko guna henpon jenis ape ek?Suka minum milo?Ada twitter x, aku nak add la..hehe..

    A: Ape punya soalan la ko ni..memang la aku ada akaun facebook.Aku guna nokia dengan IPAD..canggih x aku?Milo tu memang la peberet aku la..Nanti aku PM fb ko aku punya akaun twitter ea..

    B: Hah! Sah ko AHLI NERAKA!!!!

    A: Aik?Kenapa lak ko ni?Jangan tuduh sembarangan!

    B: Memang la..ko tau x fb tu milik Mark Zuckberg?Dia tu kafir tau!Nokia dan IPAD pun org kafir yang punya.Twitter punya founder tu si Jack Dorsey tau!Dia pun kafir!Milo tu pun pemiliknya Nestle.Pun org kafir gak!

    A: Dah tu apasal aku ni ahli neraka pulak?

    B: Dah kau guna barangan dia, kira ko sokong org kafir la..Ko x sayangkan Islam!

    A: Eh..bukan macam tu..aku cuma gunakan kemudahan yg dia sediakan..gunakan kepakaran yg dorang ada..bukan bermaksud aku sokong dia tu..Lg pun aku gunakan fb dan twitter utk kebaikan..untuk sebarkan maklumat dsbgnya..

    B: Owh..macam tu ea..untuk pengetahuan ko..mcm tu juga dengan org yang menghadiri BERSIH, mereka menyokong tentang tuntutan BERSIH..dalam tuntutan tu, xde pon disebutkan tentang menyokong seks bebas, xsokong mahkamah syariah or etc..mereka bersama-sama untuk 8 perkara tersebut sahaja..itu pun berkaitan dengan keadilan mengenai PRU13..tentang daftar undi dsbgnya..

    A: Owh..mcm tu ke..huhu..kalau aku cakap yang sokong Bersih tu x sayang Islam..maknenye aku pon sama la ek..huhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak perlu le pusing2 saudara.. Dah terang lagi bersuluh..sekarang mau tanya benarkah Ambiga tu Penganjur IFC & LGBT..
      Mudah saja dlm kes ni..Memang le benar org kafir yg cipta Milo,nokia & lain2..cuma ingat satu perkara.. Setiap perbuatan bergantung pada niat.. matlamat tidak menghalalkan cara..

      Padam
    2. Yang akaun twitter itu anda guna barang. Anda beli dan bayar pun tak mengapa. Itu dah hak dia meniaga. Yang Ambiga ni anda dah tahu dia ketua Ifc dan Lgbt. Anda minta dia ketuai anda. Kenapa tidak orang lain.

      Disinilah kunci jawapannya. Kenapa tidak selain dari Ambiga. Anehnya Hadi Awang pun tiada jawapannya. Kenapa tidak si Ahmad. Abu Ali Siti atau yang lain2.

      Sebab Ambiga itu. .....

      Padam
  29. Makanya saudara mazidul setuju tiada kebebasan media, semua terikat ngan parti politik.

    Tapi, saya nampak cuma sebelah pihak saja yang mahukan kebebasan media.

    macam mana pula tu? yang sebelah lagi tak mahu ke?

    dahla media internet dikuasai puak B,harap bergantung pada media perdana je, nanti kalau puak A jatuh dalam pilihan raya, tak takut ke media perdana dan media internet, dua dua jatuh merudum, takda siapa nak tengok lagi dah..


    apa yang saya nak, cukup2 lah media berat sebelah ni.. kalau nak berat sebelah, tulis terang2 itu media parti atau lidah rasmi. jangan gunakan wang rakyat untuk berkempen untuk parti.

    BalasPadam
  30. I think Anwar will be stupid if he allows Ambiga's interest on LGBT to be supported and approved if he become the PM. then he will be just like BN leaders nowadays.Ambiga is just one of the colleagues of Anwar, but it does not mean Anwar will agree everything with her. Anwar's success will not be depended on Ambiga's existence and support on his side. Sekarang pun sudah terlalu banyak lencongan dan kesalahan yang di bawa oleh BN kerana menurut permintaan rakan sekutu yang bukan Islam. contohnya membanyakkan pembukaan pusat judi, kilang arak yang tak terbilang nombornya, apa beza nya dengan LGBT? kenapa hanya LGBT yg di persoalkan, sedangkan BN terdahulu membuat dan menyokong, membenarkan pelbagai kesalahan menyokong penyakit moral wujud di Malaysia?

    BalasPadam
  31. you have my respect with the comments above . Good job !

    BalasPadam
  32. Tak perlulah tunggu Ambiga..bagaimana dengan sekarang?artis sesuka hati berpakaian menjolok mata, pondan dibiarkan merata siap boleh buat function di hotel...biarlah siapa sahaja menjadi pemimpin asalkan perkara diatas dpt diatasi..ramai hanya melihat perspektif dimana ambiga menyokong kesaksamaan Gender utk golongan gay dan lesbian serta heteroseksual namun apa matlamat Bersih semua org tak pandang...ibarat seorang penagih dadah memarahi kita membuang sampah merata tp kita marah blk sbb penagih dadah tuh lagi teruk..sepatutnya jgn hanya pandang dia sebagai penagih dadah namun pandang disebalik nasihat itu biarlah dtg dr org kafir sekalipun jika bertujuan baik dan tak bertentangan dgn Agama kita ambil iktibar

    BalasPadam
  33. Tak perlulah tunggu Ambiga..bagaimana dengan sekarang?artis sesuka hati berpakaian menjolok mata, pondan dibiarkan merata siap boleh buat function di hotel...biarlah siapa sahaja menjadi pemimpin asalkan perkara diatas dpt diatasi..ramai hanya melihat perspektif dimana ambiga menyokong kesaksamaan Gender utk golongan gay dan lesbian serta heteroseksual namun apa matlamat Bersih semua org tak pandang...ibarat seorang penagih dadah memarahi kita membuang sampah merata tp kita marah blk sbb penagih dadah tuh lagi teruk..sepatutnya jgn hanya pandang dia sebagai penagih dadah namun pandang disebalik nasihat itu biarlah dtg dr org kafir sekalipun jika bertujuan baik dan tak bertentangan dgn Agama kita ambil iktibar

    BalasPadam
  34. ramai rakyat dimalaysia ni sebenarnya terlupa kuasa sebenar-benarnya terletak ditangan rakyat.Sebagai rakyat,sebagai pengundi rakyatlah yang mempunyai kuasa utk menentukan siapa yang akan menjadi kerajaan.dan aku percaya lebih ramai atau majoriti pengundi dinegara ni menolak segala perkara yang berkaitan LGBT.tetapi,mengenai isu anwar ibrahim atau PAKATAN RAKYAT adalah pertubuhan yang menyokong kewujudan dan akan menghalalkan LGBT dimalaysia ni adalah amat keterlaluan.aku percaya isu LGBT dan bersih adalah dua isu yang amat berbeza,hanya individu yang sama.kenapa ambiga disokong dalam hal berkaitan bersih ini?kerana dia adalah antara pengerak program ini dan perkara yang sama diperjuangankan oleh pakatan rakyat,iaitu mahukan pilihanraya yang bersih,perjalanan pilihanraya yang bersih,senarai pengundi yang bersih,tiada satu pun terkandung didalam program bersih ini berkaitan dengan LGBT.perjuangan BERSIH ini adalah semata-mata berkaitan dengan PILIHANRAYA,jika terkandung hal berkaitan LGBT,walaupon ia hanya isu sampingan sekalipon,aku percaya mereka yang akan menyertainya tidak sampai 2%.jangan kita menolak pendirian rakyat dinegara ini hanya kerana pengeraknya ialah AMBIGA,mereka yang menyertai HIMPUNAN BERSIH ini adalah rakyat malaysia,warganegara malaysia,segala pendirian dan tuntutan mereka harus didengar dan dihormati kerana mereka adalah WARGANEGARA MALAYSIA YANG MEMPUNYAI HAK UNTUK BERSUARA DAN MELUAHKAN PANDANGAN DAN TUNTUTAN,ITU HAK MEREKA DAN KITA SEMUA MEMPUNYAI HAK MASING-MASING YANG PATUT DIHORMATI SELAGI TIDAK MELANGGAR TUNTUTAN AGAMA DAN PRINSIP PERLEMBAGAAN NEGARA.adakah menuntut untuk pilihanraya yang bersih itu salah disisi agama dan negara?itu bukan perkara yang salah tetapi kerajaan sememangnya harus mengadakan satu pilihanraya yg bersih,bukan meninggalkan syak wasangka kepada rakyat setiap kali berjalannya pilihanraya.dan juga menjadi kesalahan kepada kerajaan dan bangsa yang menutup mulut mereka yang ingin meluahkan perasaan tidak puas hati rakyat sebelaum mereka melauhkannya.kita dizaman manusia yang bertamadun tinggi,tetapi bersifat manusia yang tiada tamadun kerana menidakkan hak manusia untuk mendapatkan yang sememangnya hak mereka,bukan sahaja menidakkan hak mereka,tetapi membuang hak itu dengan memaksa dengan kekerasan dan kuasa yang diberikan dengan kepercayaan untuk membuat kebaikkan dengan menutup mulut secara paksaan mereka yang memberi mereka kuasa.itu adalah sesuatu perkara yang amat bangsat dilakukan oleh mereka yang tidak bertamadun

    BalasPadam
  35. Sdra. Mazidul,

    Saya telah dan sedang mengikuti perkembangan politik dan suasana kehidupan tanahair dari luar Malaysia. Apabila lebih lima tahun berkelana di Tanah Hijaz, negara-negara teluk, dengan pengalaman semasa kebangkitan rakyat-rakyatnya menuntut demokrasi, hak-hak kesaksamaan, perletakan jawatan pemimpin-pemimpin parti pemerintah, pengunduran raja-raja dari takhta dan tampuk kuasanya, dan lain-lain lagi, saya memandang ke dalam tanahair sepertimana pandangan seorang asing.
    Kita semua sepatutnyalah berfikiran terbuka dan waras. Sesuatu perkara yang kita inginlaksanakan perlulah dimuhasabah terlebih dahulu, adakah patunya kita bersengkongkokol dengan pihak-pihak durjana termasuk yang memperjuangkan sesuatu ajaran songsang yang dimurkai Allah SWT? Pandangan-pandangan seperti daripada Sdri. Sukartini Mostafa dari Singapura haruslah dipandang serius. Banyak perkara mengenai tuntutan, demonstrasi, penaja, hala tuju, dan sebagainya yang kita perlu kaji dari mana asal-usulnya, dari siapa pencetusnya, dari sumber mana penajanya. Banyak dalang yang ingin sekali menjatuhkan pegangan agama, tamadun, moral, nilai, tradisi, sejarah dan kualiti sesuatu negara terutama dari kelompok Negara-negara Islam.
    Segala malapetaka dan huru-hara di Malaysia hanyalah memberi lebih banyak kelebihan dan peluang kepda Negara-negara jiran yang lain, yang mungkin lebih stabil, lebih matang, lebih dipercayai dari Negara kita Malaysia, wallahu alam.

    Ikhlas daripada debupasir

    BalasPadam
  36. saudara mazidul ni dulu macam berat ke BA. tak silap aku la.. la ni dia kuar komen sket jer bagi orang2 pikir dah kene tembak macam2. perangai2 penyokong2 PR yang menyebabkan populariti PR merudum.

    fikir2kan la

    BalasPadam
  37. Saudara maZidul
    salam
    pada saya sekarang pun dah ada LBGT. Kenapa nak tgu masa Anwar. Kalau betul UMNO tak nak LBGT, buat dari skrg. Mula dgn pemimpin nya dulu kemudian lidah UMNO pulak, Utusan. Ada berani.

    BalasPadam
  38. Kepunyaan Allah Kerajaan Langit dan di Bumi.. Allah yang memberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menariknya dari sesiapa yang dikehendakkiNya ... hidup jangan tak redha dengan ketentuan Allah... mahukah kamu Allah tak redha dengan kehidupan kamu? tak payah jerit guling atas jalan kalau redha dengan ketentuan Allah.. bila dikatakanNya jadi, maka jadilah ia..

    BalasPadam
  39. Kepunyaan Allah-lah kerajaan di langit dan di bumi.. Allah memberikan kerajaan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah menariknya dari sesiapa yang dikehendakiNya.. hidup jangan tak redha dengan ketentuan Allah.. Nescaya Allah tak redha dengan kehidupan kamu.. Pemerintah yang wujud adalah cerminan amalan rakyatnya sendiri.. sebelum menghina pemerintah, cerminlah diri sendiri.. buruk amalan kamu, buruklah pemerintah kamu.. sedarlah, kiamat (gempa, bencana dan kematian beramai-ramai akibat malapetaka) berlaku ketika kamu sedang bertengkar! Jika redha dengan ketentuan Allah, tak perlu jerit guling atas jalan dan mengganggu urusan orang lain konon atas nama rakyat. ketahuilah bahawa Allah berkata jadi, maka jadilah ia .. jangan Yahudi sangat dengan menentang ketentuan Allah sampai menghalalkan cara demi matlamat.. sampai sanggup menyebut demonstrasi untuk menggulingkan kerajaan itu halal. Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi. Tunaikan hak anda di pilihanraya, bukan di jalanraya. Sekian.

    BalasPadam
  40. Salam Mazidul
    Setuju ngan 'Aku' - BERSIH dan LGBT berlainan isu.
    Semua rakyat (walaupun songsang macam mana pun dia) tetap mahu kerajaan yg adil.

    LHL buat tegas - ' kita tahu dan respek kehendak masing2 tetapi 'OUR SOCIETY' is a traditional society so We (pemerintah) cannot ikut kehendak u (LGBT) sepenuh nyer '- lebih kurang mcm tu yg masuk kat paper2 sini.
    LHL sambung lagi ... ' So we request u to come out of the closet n admit yr leaning to yr boss so that u're not exposed to blackmailing due to yr government post. Don't worry, yr secret is safe with the government.'
    Tentu nya bahasa LHL kemas, sopan dan teratur, tetapi pemahaman rakyat Spura mcm kat atas tu lah.

    LGBT ni otak mika mmg cerdik dan kemahuan nyer kuat sekuat ngan kehendaknya songsang nya. Ugama Yahudi, Kristian dan Islam laknat perbuatan 'Sodom dan Gamorrah'. Tetap dilanggar nya perintah, mmg perangai Shaithan lah tu.
    Tegas dan berlembutlah dgn mereka tetapi jgn sekali2 langgar perintah Allah. Hati2 LGBT pandai belit. Ayat skema - "Saya ditakdirkan lahir sebegini ... Hu hu hu."

    BalasPadam
  41. Yang pasti bukan semua rakyat menyokong Anwar. Anwar memang pandai membuat sesuatu yg menarik perhatian org lain. Itulah kelebihannya tetapi dia juga mempunyai kelemahan yg terlalu mengikut nafsu. Yang jelas nafsunya lebih hebat dpd kewibawaannya. Org yg suka menonjol diri bukannya hebat tetapi mahu menutup kelemahan yg ada dalam dirinya. Kita yg berjiwa Melayu patut tumbangkannya semasa PRU13 nanti. Dia tidak segagah mana setelah kawan2 hebatnya semua telah menentangnya kecuali kawan2 pak turut saja. Dirasakan, inilah PR yg terakhir buat dirinya.

    BalasPadam
  42. Salamz buat semua dari seberang tambak, Singapura.

    Abg Mazidul sebenarnya saya amat sedih melihat apa yg terjadi di KL sekarang. Kita org melayu dia Singapura juga terkena percikkan nya.

    Untuk pengetahuan abg, kami diSingapura dapat menonton segala perkembangan kejadian di Malaysia melalui station TV RTM 1&2, Astro dan TV3.

    Hati ini memang lah kalau blh nak aje ckp lah ini hal negeri org jgn masuk campur tapi yg membuat demonstrasi skrg org melayu. Bak peribahasa berkata, cubit peha kanan peha kiri terasa juga.

    Fikiran saya tiba2 di kejutkan oleh seorg pemamdu taxi cina yang blh bebual melayu sikit. Gini dia menegur saya, " Missy, apa mau jadi sama itu org melayu ah?" " Maksud apek?" sahut saya. "Tiap2 kali mau undi, wa tgk mesti mau ada ini mcm nya kes. Demo diam2 tak blh ka? Mau demonstration tapi rosak harta benda?? Tak ada kerja ka? Semua tak ada takut anak tengok? Mcm mana mau invester lain dtg buka business sana? org takut mah. Habis semua pergi demo tak takut kena buang kerja meh?? siapa mau kasi anak bini makan? Government sudah kasi banyak. apa lagi mau. tanah ada duit kasi. jgn jadi malas aja mah."

    Agak malu jugak bila terdengar bangsa lain berkata sedemikian. Sebenarnya saya berbangga dgn org melayu di Malaysia. Kalau tidak ada org melayu malaysia, org melayu di singapura di hedik di hina.

    Tetapi setelah menonton demo activis BERSIH ini di kaca tv, saya ingin berpaling kepada sajak Tun Dato Mahathir Mohammad - "MELAYU MUDAH LUPA". Apakah org melayu mudah lupa dgn apa yg kerajan telah beri berpuluh tahun? Dulu kampung tak ada eletric skrg dah ada.. jln dah ada.. merdeka??!!! dah bertahun... Adakah kita org melayu dah lupa ke? Jgn ikutkan nafsu. binasa nanti.

    Saya di sekolah singapura pun ada belajar sejarah melaya.. Sampai skrg masih saya ingat pejuangan org melayu dahulu.. dan perkembangan politik umno, barisan national, pas dan lain juga saya selalu update.

    Kalau blh jgn lah buat perkara gini. Rugi besar negara malaysia dan tak malu ke negara luar mentertawakan kita. Entah2 diaorg ckp... " Is This How A Malaysian Malay Behaves? Mane ada tata susilah kita?? Takkan dah hilang kot?"

    Abg Mazidul. Minta maaf kalau apa saya coretkan disini menyinggung sesetengah pihak. ini cuma apa yg saya dgr dan terasa.

    Dari seberang tambak.

    BalasPadam
  43. aku harap semua yang hadir semasa solat jumaat setiap minggu di masjid, bersungguh-sungguh meng-amin-kan doa yang di baca oleh khatib pada khutbah yang kedua..
    doa itu adalah untuk pemimpin, tak kira sama ada kerajaan atau pembangkang..
    doa itu untuk negara kita..
    kalau benar termakbul doa itu, maka amanlah negara kita..
    Insya_allah..

    BalasPadam
  44. Apa kata, kita bersatu PAS dan UMNO. Melayu makin tertindas mungkin adalah fakta, tapi sikap kita sendiri yang membuat kita kena tindas. Bos saya cina, dia kata, nak ambil cina kerja terlalu banyak pusing walaupon untuk marketing ramai atau kuat pengaruh, tapi nak ambil melayu kerja ramai melayu ni malas kuat putus asa walaupon ramai yang boleh setia. kat sini pon kita boleh tau apa maksud melayu tertindas.

    BalasPadam
  45. terbaik komen semua dah macam karangan pi sekolah...haha....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.