Jumaat, Ogos 03, 2012

JANDA THAILAND DISERAHKAN KEPADA JABATAN IMIGRESEN (UPDATED : KLIP VIDEO)



Sebentar tadi saya menghubungi Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM Selangor, Suhaila Maijana Adnan.


"Dua wanita Cina warga tempatan diselamatkan di Bazar Ramadan, Seksyen 13, Shah Alam, tempohari dibawa ke pejabat. Setelah kita memeriksa rekod jabatan, mereka sebenarnya penerima bantuan JKM sejak tahun lalu, RM300 sebulan. Pasangan adik-beradik itu diberikan amaran agar tidak mengemis lagi sebelum diserahkan kepada keluarga mereka," ujarnya.

Suhaila bertugas dengan JKM sejak 10 tahun lalu.

"Sebelum ini saya di JKM Negeri Sembilan tetapi ini kali pertama saya melihat kes seperti itu," tambahnya lagi.

Untuk rekod, kedua wanita terbabit didapati memakai jubah seperti dipakai oleh wanita Islam biarpun bukan beragama Islam.



"Masa masuk waktu Maghrib, kita ajak mereka bersolat tetapi mereka memberikan alasan masih belum belajar Jawi," kata Suhaila bergurau.

Memang sejak dari awal, seorang daripada mereka secara terbuka, mendakwa free thinker itu  petah berkata-kata dan mampu berbahasa Inggeris.

"Kita satu Malaysia! Saya suka pakai macam ini, fesyen"

Berulangkali dia mengeluarkan kenyataan sambil tersenyum dan sesekali tertawa tanpa mengetahui rahsianya bakal terbongkar sekaligus dipaparkan oleh media elektronik dan cetak tempatan.


"Awak tidak boleh memegang IC saya!," jeritnya kepada anggota polis bertugas.

Barangkali ilmu dimilikinya tidak lengkap biarpun fasih berbahasa Inggeris. Pegawai dan anggota Pasukan Polis Diraja Malaysia dibenarkan memegang MyKad untuk tujuan pemeriksaan atau siasatan.

Menurut Suhaila, kakak pengemis itu berusia 71 tahun, dilaporkan bekerja sebagai pembantu tukang kebun sebelum ini.

"Jumlah kutipan dua beradik itu, RM290," kata Suhaila lagi.


Apapun, saya kagum melihat reaksi polis terbabit, mereka kelihatan tenang melayan karenah pengemis ditahan.

Terkini, janda beranak dua, warga Thailand, didapati mengutip derma tanpa kebenaran itu telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen Selangor.


"Lelaki mendakwa 'ustaz' mereka, sebelum ini pernah diperiksa oleh JKM juga turut diserahkan kepada jabatan sama untuk tindakan lanjut," tambah Suhaila.

Dia didapati berehat di surau berhampiran manakala 2 wanita bersamanya menjalankan tugas mengutip derma. Lelaki sama hanya muncul setelah dihubungi dua 'pekerja' nya. 


"Encik kenal saya kan? Kita pernah berjumpa sebelum ini?," soal kakitangan JKM berkemeja biru.

Lelaki itu mengangguk.

"Kalau mengutip derma secara sah, tidak mengapa. Di dunia ini pun kita mempunyai undang-undang harus dipatuhi. Malaysia juga mempunyai undang-undang. Kalau rakyat Malaysia pergi ke Thailand dan sewenang-wenangnya mengutip derma seperti ini, boleh ke?," soal saya.

"Tidak, saya bersalah," katanya perlahan.


Setelah saya desak beberapa kali, pengutip derma terbabit kemudian mengaku menerima komisyen RM20 daripada setiap RM100 hasil kutipan. 

Kepada pembaca budiman, sebelum menghulurkan derma di bulan Ramadan ini, cubalah minta peraih simpati mengucap dua kali syahadah terlebih dahulu. Mampu memberi dan menjawab salam, bukan bukti seseorang itu beragama Islam.

Laporan terperinci berhubung pengemis, bakal disiarkan di Majalah 3 pada pertengahan September kelak.

Jika pembaca terserempak dengan pengemis dianggap unik, sila hubungi saya melalui emel  mazidulakmal.com.

7 ulasan:

  1. pernah satu masa dulu ade peminta sedekah berbangsa pakistan atau bangladesh datang ke klinik sedara saya untuk minta sedekah, selepas dibagi wang dimarah pulak kita sebab bagi duit sikit.katanya doktor boleh bagi sebanyak itu sajakah.

    BalasPadam
  2. Saya memang ada dasar kesian tiap kali terjumpa orang2 macam ni, tapi lebih rela sedekah kat masjid. Kecuali makcik jual kerepek, memang saya beli walaupun tengah sengkek. Bukan apa, kagum dengan kecekalan makcik yang seperti tu

    BalasPadam
  3. yang tang free thinker tu meh saya kaki kan muka die, free thinker konon nk amik kesempatan dekat agama Islam. pui!

    BalasPadam
  4. Selalu jumpa yang Pakistan ke Bangla ke tak pastilah sapa tapi yang rupa camtulah dengan bahasa Melayu tak pas dan bahasa inggeris pun tak lepas minta derma,sedekah konon untuk masjid le,rumah anak yatimlah.Ada yang jual ayat2 Quran.Siap ceramah bila kita tak bagi.Saya bukan kedekut,tapi baik derma kat badan-badan yang memang kita tau mengutip derma secara sah atau derma kat masjid je daripada bagi dia org.Kadang-kadang akal ni berfikir juga kalau sebuah rumah dia dapat RM10,10 rumah dah Rm100.FUh,sangat kaya dia balik Pakistan...

    BalasPadam
  5. free thinker atau atheist ni sebenarnya lagi bahaya dari org yg beragama, kerana mereka tiada pertimbangan moral, semua keputusan dibuat berdasarkan logik dan akal semata2. mohon pihak berkuasa memantau dan mengawal ideologi atheist ini.

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. SMTI! Terima kaseh Encik MAS diatas usaha gigih Encik membongkarkan kisah spt ini, sgt2 dihargai!!

    BalasPadam
  7. salam.. kes janda berkenaan setelah siasatan dijalankan, mendapati dia telah masuk melalui Rantau Panjang pada 27.07.2012 dan mempunyai Pas Lawatan (Sosial) yang masih sah berlaku, mengaku mengutip derma untuk menampung perbelanjaan sebuah Yayasan Tarbiah untuk Anak-Anak Yatim dan Fakir Miskin di Thailand. Dia telah tergolong dalam kategori imigran larangan sebagai kutu rayau atau peminta sedekah tetap di bawah Seksyen 8, Akta Imigresen 1959/63 (pind. 2002).

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.