Rabu, Ogos 15, 2012

"SEMBELIHLAH SAYA ..."

Lokasi, Bazar Ramadan di Kota Bharu, Kelantan.

Sewaktu berkunjung ke bazar itu, saya merakamkan gambar wanita Myanmar duduk mengemis bersama 2 anak lelakinya.


Bazar Ramadan itu sesak dikunjungi ramai pelanggan, bising.

Namun perhatikan anak kecil itu, dia tidur lena. Sejak bergelumung dengan pengemis sejak setahun lalu, senario seperti di bawah sudah menjadi lumrah.


Biarpun ibunya sibuk bergerak, membungkus barangan 'dijual', anak kecil itu tetap memejamkan mata.  

Luar biasa. 

Lazimnya, anak kita pasti akan terjaga dan berasa tidak selesa tidur dalam keadaan sebegitu.


Barangkali benar kata pepatah Melayu, alah bisa tegal biasa.

"Kalau orang di sini enggan menegur awak, saya minta awak bawa anak ini balik ke rumah. Dia tidak sepatutnya berada di sini," ujar saya.

Saya sudah lama muak melihat warga asing, selamba melanggar undang-undang negara kita. Pada masa sama menggunakan anak kecil untuk meraih simpati orang ramai.

Ya, saya wartawan bertugas membuat liputan berita tetapi sebagai manusia biasa, saya berhak menyuarakan pandangan secara terbuka.


Beberapa minit kemudian orang ramai mula berkumpul.


Sewaktu dia beredar, seorang lelaki tempatan menyapa saya.

"Saya pegawai agama, jangan siarkan cerita ini," bisiknya kepada saya.

Kenyataan itu turut didengari jurukamera, Hanapi Mat, berdiri di sebelah saya.

Mungkin lelaki mendakwa 'pegawai agama' itu tidak mengetahui, semalam 7 pengemis warga tempatan dan asing diselamatkan dan kini ditahan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Kota Bharu.

Lelaki kerdil Kemboja di bawah seorang daripada mereka.


Sebaik saya duduk di atas kawasan bertar itu, ramai mengelilingi kami.

Tiba-tiba peniaga wanita berketurunan Kemboja di bawa ke lokasi dan dia menawarkan diri menjadi juru bahasa.


"Dia kata menyewa bilik di Kota Bharu, RM50 sebulan bersama beberapa rakan senegaranya. Katanya, bunuhlah dia, asalkan jangan ditangkap," kata wanita itu.

Tidak hairan, sejak awal lagi dia menggunakan isyarat tangan kanan seolah-olah menyembelih dirinya sendiri berulang kali. Barangkali dia tidak memahami, Malaysia negara berdaulat dan penduduk negara ini tidak sewenang-wenangnya membunuh warga asing seperti dikehendakinya.

Sambil  menangis dan meraung dia kemudian mengeluarkan wang tunai RM300 dari beg kecil digenggam di tangannya.


Perhatikan rokok dihisapnya, dipercayai rokok seludup.


Sewaktu hendak dibawa ke trak JKM, dia meronta-ronta. Sebelum itu beberapa kali dia bersalaman dan mencium tangan saya, mungkin memohon belas.

Namun semua helahnya itu tidak mendapat perhatian pegawai penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu ...


Dia juga kelihatan seperti 'budak luarbiasa'.


12 ulasan:

  1. SMTI: Saya tertanya-tanya apakah motif lelaki tempatan yg didakwa 'Pegawai Agama' menghalang niat bro utk memaparkan kisah pengemis ini? Suka agaknya Malaysia dibanjiri warga asing yg mengemis di bumi Malaysia ini? *apapun tahniah utk semua yg terlibat dlm operasi ini termasuk JKM* :)) Syabas..:))

    BalasPadam
  2. Pegawai Agama dari mana tu? Takut apanya? Keep up the good work you are doing bro. Tak kisahlah kalau Mazidul tak sempat nak kontak saya pun. Di Pasir Puteh sekarang InshaAllah clear. Cuma kalau ada kesempatan dan minat nak cover the real story of Silat Lintau boleh la Mazidul hubungi saya. Lots to share and show you. Not just talk. Because you and I know that talk is cheap. ;)

    Apapun, usaha bro membongkar dan menerjah dialu2kan walaupun saya bukan Kelantanese. Thank You Mazidul for coming to Kelantan.

    Selamat Hari Raya.

    --

    Dr Kamal Shah
    Sutan Rajo Sati
    Pasir Puteh
    Kelantan
    0193773055

    BalasPadam
  3. ya, apakah motip "pegawai agama" itu menghalang berita ini disiarkan?? agak musykil di situ.

    BalasPadam
  4. nice bro! yg part "pegawai agama" tu tak paham sikit, takut kantoi pe xbuat keje? or orang2 yang "mereka" jugak?

    BalasPadam
  5. Nak hidup senang, tipu kita di tempat kita sendiri. Badan tak cacat,digunakan pula anak kecil sebagai modal. Kasihan dgn anak kecil tu, entah-entah hari-hari disajikan ubat tidur sampai nyenyak sebegitu.Pihak berkuasa seharusnya membuat siasatan yg lebih terperinci, siapa dalang agen sindiket,kemungkinan dari kalangan org kita,mungkin mereka ini dibawa ke sini dan dijanjikan kerja yg lain dan dipaksa membuat kerja lain. Mana tahu kalau mereka diugut utk tidak membongkarkan segalanya.Dengan keuntungan yang begitu lumayan, segalanya tidak mustahil.

    BalasPadam
  6. Salam bang, lelaki yang kata dia pegawai agama tu apa kesudahan ceritanya? Cer cita2.

    BalasPadam
  7. tapi yg betul2 pelik tu macam mana pengemis2 asing ni bolehh berada di malaysia... dari celah mana mereka datang sebenarnya

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  8. Rakyat Malaysia memang pemurah dan perihatin tetapi kadang2 menyapahnya lebih semasa memberi terutama yang jenis berjalan dari meja ke meja ketika kita makan.

    BalasPadam
  9. SMTI

    Encik mazidul, kerana sikap pemurah rakyat Malaysia orang Melayu kita, orang asing ramai yang minta sedekah.

    Kita tau, 'siapa' orang yang membawa mereka masuk?

    Orang yang mengaku rakyat malaysia ini:-
    -bawa masuk pendatang asing dari seluruh Asia
    -bawa masuk segala barang tiruan
    -buat perniagaan yang melanggar undang-undang terutama di Puchong, Kota Damansara dan Cheras serta pandan Jaya.
    -Merosakkan indentiti Malaysia sebagai Negara Islam
    -Mempertikaikan hak Melayu di Malaysia
    -Mereka makan babi
    -Mereka main kerang malam-malam
    -Mereka nak sekolah mereka sendiri
    -Mereka nak tulisan mereka sendiri, tak mau ajar orang Melayu
    -Mereka memperlecehkan undang-undang PBT
    -Mereka tak sokong kerajaan
    -Mereka adalah pembantah Projek Lynas 100%.
    -Mereka membantah projek Incinerator
    -mereka membantah Malaysia sebagai negara Islam
    - Mereka minum arak
    -Mereka tipu melayu

    BalasPadam
  10. salam abg mazidul. tempoh hari saya bersama abg semasa menemu lelaki kerdil kemboja tersebut di bazaar ramadhan. seperti mana yg saya dgr dia telah insaf dan tidak ingin mengulanginya lagi.

    namun selang beberapa minggu, saya terserempat dengan lelaki tersebut dan masih meminta sedekah di pasar tani wakaf che yeh pada pagi jumaat. nampaknya, gertak bukan penyelesainnya.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.