Jumaat, Ogos 10, 2012

SUAMI MANGSA JERUT BAKAL DIDAKWA PAGI INI? (UPDATED)

Seseorang itu tidak bersalah sehingga diputuskan bersalah oleh mahkamah.


Gambar ihsan : Berita Harian

Al-Fatihah buat roh Syaleza Jaafar, 30 tahun, ditemui mati di rumahnya di Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor. Pada awalnya, kes terbabit diklasifikasikan oleh polis sebagai kematian mengejut.


Klik di sini untuk membaca laporan awal kes. 

Hasil bedah siasat mayat di Hospital Sungai Buloh, doktor pakar mendapati arwah meninggal dunia akibat dijerut BUKAN menggantung diri, klik di sini. Polis kemudian menahan suaminya, Norazman Bashah, 31 tahun untuk disiasat. 

Suspek direman 10 hari sehingga hari ini, klik di sini.

Jam 9 pagi nanti pasti ramai wartawan dan jurugambar media cetak dan elektronik akan berada di pekarangan Mahkamah Majestrit Petaling Jaya.

302.

Itu congakan saya.

Kita tunggu ...

KEMAS KINI

Suami mangsa, Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah  telah dituduh di Mahkamah Majestrit Petaling Jaya sekitar jam 10 pagi tadi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Jika sabit kesalahan dia boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati mandatori.

Sewaktu dibawa ke mahkamah, dia kelihatan tenang. Norazman dituduh membunuh isterinya di antara jam 12.30 dan 7.30 malam, 28 Julai lalu.

Sebutan semula kes pada 14 September 2012.

21 ulasan:

  1. al fatehah. i feel so sad n miserable for her little boy who has lost his mommy's love. to whomever who carried out the murder, blood is in your hands, you wil never know happiness anymore in your entire lifetime with this guilt.

    BalasPadam
  2. sedih....orang yang paling rapat dengan kita sebenarnya adalah musuh paling bahaya....semoga arwah tenangg di sana...Al-Fatihah

    BalasPadam
  3. Semoga kematian beliau terbela...... Al-fatihah

    BalasPadam
  4. al-fatihah buat arwah Syaleza. Semoga kematiannya terbela dengan seadil-adilnya.

    BalasPadam
  5. apa pun semoga kebenaran akan terserlah jua...

    BalasPadam
  6. mesti mencabar untuk si anak meneruskan hidup kan... katakanlah KALAU betul ayahnya yang membunuh maknya, mampukan dia memaafkan dan memanggilnya ayah? Moga Allah permudahkan perjalanan hidupnya yang masih panjang

    BalasPadam
  7. kenapa ada orang suka menyelesaikan masalah menggunakan jalan singkat.tak ke mereka tahu itu memburuk kan lagi keadaan??

    BalasPadam
  8. nak tau apa keputusan mahkamah..
    al fatihah utk arwah .

    BalasPadam
  9. kekadang pempuan ni pun satu juga.Tapi kalau dah sampai nak bunoh membunoh tu gua tak sokong lah...

    BalasPadam
  10. Tidak disangka gunting dalam lipatan...api dalam sekam..
    Agak-agaknya apakah yang mencetuskan keinginan suami arwah untuk membunuh beliau

    http://manentertainment.blogspot.com/2012/08/isu-antara-kerajaan-dan-swasta-yang.html

    BalasPadam
  11. ok kita tunggu hasil dakwaan... kalau lelaki dia yg bunuh mmg suami dia maka suaminya merupakan yg seorang suami yg paling tidak berguna... harapkan burung pegar, burung pegar makan padi...

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  12. sangat kesian pada anak mereka berdua yg baru saja 2 tahun . macamanalah nak diterang kan bapak telah jerut mak dia sampai mati. wallahualam

    BalasPadam
  13. masa di bicarakan apa pengakuan tertuduh ye? mengaku bersalah atau tak? lambatnya lagi sebutan kes..

    pilu hati mengenangkan nasib anak yg masih kecil..

    BalasPadam
  14. teori peribadi = gaduh besar, pastu suami akibat terlalu marah, dia cekak isteri dgn kuat & lama, dan x sedar bini dah tercekik & x bole bernafas, lepas beberapa minit isteri terkulai x bergerak n barulah suami tersedar daripada "sampuk"nya ... the rest is history ..

    jadi mungkin suami kena tuduh pembunuhan tanpa niat, tapi yg jadi persoalan kenapa dia buat cerita bini gantung diri? mungkin dah terlalu buntu & buat keputusan terburu-buru .. kepala dah serabut apa-apa tindakan pun x mustahil ..

    Wallahua'alam

    BalasPadam
  15. Kita ikuti dulu perbicaraan ni dan pasti akan keluar cerita disebalik kejadian ni. Dan kita akan dapat tau apa sebenaqnya yang terjadi. Al Fatihah untuk arwah.

    BalasPadam
  16. May Allah bless arwah, her son, and all, very sad kan, ni lan namanya bila iblis beraja di hati, nauzubillahiminzalik

    BalasPadam
  17. Kalaulah kita tahu orang yang akan kita kahwini akan menjadi sebab kematian kita... Tapi kita sebagai manusia yang lemah tidak tahu apa yang ditakdirkan untuk kita dan bagaimana kesudahan hidup kita. Kalau ditakdirkan berkahwin, berkahwinlah, maka bersyukurlah, walau tak pasti apa yang menanti kita kelak. Kalau ditakdirkan tak berkahwin, maka bersyukur jugalah, kerana yakinlah itu yang terbaik untuk kita menurut ilmu-Nya.

    Morale of the story - kepada mereka yang dah berkahwin, jangan memandang serong kepada yang masih single dan berikan bermacam gelaran, sebab tak pasti lagi apa akan kita tempuh dalam perkahwinan kita. Kepada yang masih single, bersyukurlah, dan yakinkah hanya Yang Maha Mengetahui lebih mengetahui apa yang baik untuk makhluk ciptaan-Nya.

    BalasPadam
  18. en mazidul

    tau ke maklumat pasal anak mereka? macamana dengan anak kecil mereka ni...siapa yang jaga dia sekarang?

    kasihan anak tu. dah la dekat nak raya. mesti asyik bertanya pasal emak dan bapanya. dia kecil tak mengerti apa2.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.