Jumaat, Ogos 17, 2012

TOLONG TURUNKAN JALUR GEMILANG INI


Lihat gambar di bawah, betapa megah bendera PAS dikibarkan di Kota Bharu, Kelantan. Bendera, lambang kemegahan parti dan semangat kesatuan ahli.


Lihat pula gambar berikut ...


Tidak jelas?


Kepada pemilik bangunan gah berdiri di Kota Bharu di atas, semperna sambutan bulan kemerdekaan, tolong turunkan Jalur Gemilang ini!

Jangan biarkan bendera negara berkibar lusuh dan koyak rabak.

SILA HEBAHKAN

21 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Bukan aje di kelantan di negeri.di Lain pun pernah saya jumpa

    BalasPadam
  3. memang melampau.xde langsung semangat patriotik.

    BalasPadam
  4. harap2 pihak yang terlibat dapat segera tukarkan bendera tu

    BalasPadam
  5. Kuat sangat serang kelantan ni,lain mcm je bro..kelantan tu negeri mundur..di KL,Selangor,Johor sign board tempat,Tunjuk Arah Jalan,Nama Lorong,boleh d katakan pelik kalau tak de di tampal sticker pinjaman ceti,negeri maju tu bro?penguatkuasa buat keja ke?ada ke tindakan di ambil?paling tak de pun yg otai2. Majlis perbandara turun,panggil reporter dan koyak sticker depan kamera,pastu...ada perubahan?? Cuba buat artikel tentang sticker ceti di bandar KL pulak,ada bran?saya bukan nak back up kelantan,tp kalau kesilapan tu di cari,siapa pun akan ada kesilapan..cuma harapan saya agak2 je bro..

    BalasPadam
  6. betul2 memalukan... kalau dia tak ada duit... maklumkan pada teman... teman boleh bagi dia duit untuk gantikan bendera tu...

    BalasPadam
  7. anggap perkara biasa la tu..
    slagi xde sapa2 sponcer/bagi free..
    baik bendera..
    maupun cat putih tu ha..
    tiang tu.. sejak tentera jepung mendarat & pacakkan.. xpenah dicat baru !!

    BalasPadam
  8. John Stone, menyerang Kelantan? Agak-agaklah.

    Menulis biar ada landasan, kalau tidak nanti terpapar kebodohan.

    Itu sahajalah nasihat saya.

    Saya memaparkan fakta di sini dan bukan sekadar tanggapan.

    BalasPadam
  9. bro mazidul,john stone menggunakan kepandaian dlm penulisan dlm berkeadaan marah.mngkin ada sesuatu yg menyebabkan beliau tertekan xtentu pasal dlm penyampaian bro mazidul.bagi saya,apa yng d sampaikan,d siarkan atau d ketengahkan menjadi panduan/pengetahuan malah mengajar kita dalam menggunakan akal sblum brtindak bg sy mngkin bg semua.truskan atas usaha kental bro mazidul bg mengketengahkan kebenaran tanpa erti undur.

    BalasPadam
  10. Kenapa bro dgn tiba2 kaitkan dgn bendera pas pulak? Pemilik bendera koyak org yg sama dgn yg pasang bendera pas tu ke? Come on bro, be positive please...

    BalasPadam
  11. Saya sgt sokong mengenai artikel bendera Malaysia lusuh ni. Sepatutnye pihak2 diluar sana peka tentang bendera lusuh mcm ni amatlah memalukan.harga rasanya tak smpai beratus pon bendera tu.bolehlah tahan 2,3 tahun..mungkin bendera ni dh 10 tahun lebih kot?
    Tapi saya sgt tak setuju dgn bro mazidul.apa kaitan dgn bendera PAS? kenapa perlu contohkan bendera PAS?

    BalasPadam
  12. Apakah kaitan dengan bendera PAS? Di sepanjang jalan berhampiran bangunan itu, banyak bendera PAS pelbagai saiz dikibarkan.

    Saya rakamkan sebilangan daripada bendera itu sebelum terlihat Jalur Gemilang berkibar lesu.

    Bendera PAS DI di sekitar, asas perbandingan terbaik. Masakan hendak dubandingkan dengan bendera lain, jauh.

    BalasPadam
  13. Kepada mereka malas membaca, semua gambar di entri ini dirakamkan di Kota Bharu, Kelantan.

    Selain bendera PAS, bendera lain sukar dlihat di daerah itu.

    Tidak ada kena mengena dengan politik. Sekadar memperbandingkan keadaan Jalur Gemilang dengan bendera di sekitar.

    BalasPadam
  14. Kan dah kena dgn abang mazidul.... Kalau ada gambar bendera UMNO, MIC, MCA, GERAKAN, KEADILAN, DAP, USNO, PBRS, kat sepanjang jalan menuju ke bangunan ni, mesti dah jadi bahan perbandingan.... Masalahnya xada.... So yang plg dekat nak dijadikan sebagai contoh... Bendera yg ad time tu la... Dalam kes ni, bendera PAS....

    BalasPadam
  15. Aslmkum... dalam isu ini tak payahlah kaitkan bendera PAS ke... ape ke... dah memang negeri Kelantan, banyaklah bendera PAS... dan gambar itulah yang di snap. Cuma dalam hal ini sangat memalukan, bendera Malaysia tidak diberi perhatian langsung... kempen kibarkan jalur gemilang tak ada maknanya disitu. Pihak yang menjaga dan menyelia bangunan tersergam indah ini patut memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia diatas kealpaannya... itu saja..

    BalasPadam
  16. John Stone... kamu kena 'gali' semula entry-entry lama Bro Mazidul... pasal isu sticker ceti haram di KL telah pun dipaparkan lama dahulu...
    pegi cari balik ye... kita malas nak cari link tu kat mana - tapi mmg ada... kita baca dah...

    BalasPadam
  17. Eja Maria, orang kalau sekadar menulis tanpa mengambil tahu, begitulah kaedahnya :)

    BalasPadam
  18. dah tu ape tindakan lu bro?tak kan snap gambar then upload dalam blog lu ni je?lu tak sound ke pemilik bangunan tuh....?pasal bendera pun nak kecoh.........

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.