Sabtu, Februari 09, 2013

POKOK GANJIL HAMPIR SEBESAR ANAK GAJAH



Petang semalam, saya berkunjung sekali lagi ke Kompleks Muhibbah Petaling Jaya di Kota Damansara,  Selangor untuk ke pasar malam.


Berikut gambar saya rakamkan pada 2 Februari lalu.


Manakala di bawah, gambar saya rakamkan pada petang semalam.


Bendera Selangor koyak-rabak di sebelah kiri didapati telah tiada di lokasi asal manakala Jalur Gemilang uzur masih terus berkibar.


Mengapakah bendera Malaysia masih lagi dibiarkan begitu? Siapakah telah menurunkan bendera Selangor? Mengapakah tidak diturunkan kedua bendera sekaligus dan kemudian  digantikan dengan bendera baru?

Mahal sungguhkah harga sehelai Jalur Gemilang?

Sehingga kini beberapa soalan dibangkitkan sejak seminggu lalu masih tidak berjawab.

Klik di sini.

Di Seksyen 3, Kota Damansara, saya rakamkan gambar tiang papan tanda dipercayai telah dilanggar kenderaan ini.


Bilakah papan  tanda itu bakal diperbaiki? Pemandangan sebegitu amat menyakitkan mata. 

Tidak jauh dari lokasi terbabit,  saya terpandang,  pokok menumpang di sisi jambatan digunakan oleh ribuan pengguna jalanraya setiap hari.


Akar tunjang pokok itu kelihatan menjalar ke dalam ruang terbuka struktur jambatan.


Secara kebetulan saya terserempak tiga jurutera sedang minum di restoran berhampiran dan mendapatkan buah fikiran mereka.


"Ruang terbuka di bahagian bawah dan tepi itu perlu ada. Jadi jika berlaku regangan dan penguncupan struktur ruang itu mengelakkan jambatan rosak,"  kata seorang daripada jurutera muda itu.   


"Tetapi pokok tidak sepatutnya dibiarkan tumbuh sebegitu manakala air juga tidak sepatutnya membasahi permukaan tepi dan bawah jambatan," kata mereka sepakat.

Maksudnya, pokok tumbuh semakin membesar terbabit bukan ditanam untuk hiasan kerana tumbuh secara liar. Persoalannya, tidakkah kakitangan pihak penyelenggara terlihat pokok hampir sebesar saiz anak gajah itu? 

5 ulasan:

  1. Kalu takat bendera koyak rabak tidak berganti tu dah kira belambak, di kampung saya boleh dikatakan setiap rumah ada bendera yang memang dah koyak rabak tunggu saje hampir 31 ogos baru ditukar, itu sudah jadi jiwa rakyat tidak hirau, nanti saya snapkan gambar bendera tersebut dah akan mengirimkannya kesini, saya pun nak melihat apa reaksi orang... tungguuu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kampung yang diyatakan diatas adalah salah sebuah daerah die mane PM kesayangan kita dilahirkan..

      Padam
  2. bahaya nyer... ptut ambil tindakan segera ni.

    BalasPadam
  3. Memang tak sepatutnya berlaku akan tetapi mungkin mereka hanya nampak 'kuman di seberang'

    BalasPadam
  4. Buat tak nampak le tu..dah retak dan roboh baru main bangau oh bangau...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.