Isnin, Februari 04, 2013

MENGAPAKAH PKNS MENJUAL KOMPLEKS MUHIBBAH PETALING JAYA? BERAPAKAH HARGA? KEPADA SIAPA?

"Tuan, jika Kompleks Muhibbah Petaling Jaya di bawah kendalian Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ, adakah orang ramai dilarang memasuki kawasan itu pada waktu siang?," soal saya kepada pegawai penguat kuasa MBPJ.

"Tidak," balasnya.

Ternyata saya telah dihalang memasuki dan merakamkan gambar di lokasi berpagar terbabit oleh pengawal keselamatan bertugas.



Sila baca entri ini.

Tapak menempatkan ratusan perniaga pasar malam, majoriti berbangsa Melayu di Uptown D' Kota di Kota Damansara itu didakwa telah dijual oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, PKNS kepada syarikat Ilmu Panduan Hidup dengan bayaran jutaan ringgit.  



Mungkin rakan blogger, berpeluang membantu saya mengesahkan dakwaan itu? 

Beberapa soalan lain turut terlintas di fikiran saya.

Adakah pemilikan syarikat itu membabitkan wakil rakyat Kota Damansara, Dr Nasir Hashim? Bilakah pembelian itu dilakukan?  Berapakah jumlah tepat kos pembelian keseluruhan tapak? 

"Memang ada transaksi (penjualan)," dakwa sumber di PKNS. 

Apapun kita semua tidak perlu mempercayai bulat-bulat bisikan itu selagi tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak PKNS.

Peliknya, setakat ini, saya tidak melihat papan kenyataan memaparkan nama syarikat swasta, didakwa pemilik terkini tapak perniagaan dikenali itu. Hanya lambang serta nama MBPJ masih terpahat di tembok simen berhampiran pintu masuk utama.



Mungkinkah status pembelian itu belum lagi ingin didedahkan oleh pemilik kepada masyarakat?  Atau masih menunggu waktu lebih sesuai? 

Mengapa? 

"Jika Uptown D' Kota bukan lagi di bawah kawasan penguat kuasaan MBPJ, lebih baik bendera Malaysia dan Selangor koyak rabak itu diturunkan dengan kadar segera," saran saya kepada pegawai pihak berkuasa tempatan itu.



InsyaAllah, beberapa hari lagi, saya akan membuat kunjungan semula ke lokasi sama untuk memantau  tindakan susulan oleh MBPJ.

Lebih mencurigakan, dua bendera berkibar kira-kira 10 meter dari bendera uzur itu, kelihatan baru. 

Mengapakah bendera compang-camping di tiang berhampiran itu tidak digantikan sekali? 



Dua hari lalu,  saya sempat bertemu seorang daripada pengusaha gerai di Uptown D' Kota lalu merakamkan antara luahan isi hatinya.

"Saya anggarkan terdapat kira-kira 300 gerai beroperasi pada waktu malam. Sebelum ini, sewaktu tapak di bawah kendalian PKNS dan MBPJ, kami hanya membayar sewa RM200 untuk satu lot sebulan. Untuk penngetahuan, perjanjian sewaan dibuat setiap tahun dengan syarikat Ilmu Panduan Hidup. Kali terakhir, awal tahun lalu. Sewa tapak dinaikkan kepada RM500 untuk gerai dibina struktur atap dan kerangka besi di zon B. Kadar kenaikan sewa itu melebihi seratus peratus," kata peniaga itu.



"Adakah gerai lain masih tidak diubah suai?," soal saya.

"Ada, gerai zon A. Peniaga membayar sewa lebih murah, kira-kira di antara RM300 dan RM350 sahaja sebab pemilik terkini tapak barangkali tahu, sebahagian daripada tapak itu (zon A)  akan dibeli untuk pembinaan  Mass Rapit Transit, MRT. Desas-desus mengatakan, harga tanah itu biarpun tidak begitu luas, dibayar pampasan bernilai jutaan ringgit,"  tambah pengusaha gerai itu lagi.



Saya berharap, rakan blogger mempunyai akses kepada maklumat sebenar, mampu berkongsi fakta berhubung dakwaan itu di blog mereka.

Klik di sini untuk membaca rintihan beberapa peniaga Pasar Tani beroperasi setiap Ahad di luar pagar kompleks.



Jika benar transaksi berlaku di antara PKNS, Ilmu Panduan Hidup dan syarikat membina MRT,  berapakah jumlah berbezaan kos pembelian tapak daripada PKNS BERBANDING nilai pampasan sebahagian daripada tanah bakal digunakan untuk pembinaan laluan MRT?  

Untung jutaan ringgit?

"Kira-kira 95% pengusaha gerai di Uptown, berbangsa Melayu dan berasa bimbang jika kadar sewa dinaikkan lagi kerana tempoh setahun perjanjian terdahulu sudah hampir tamat," tambah peniaga. 

Andai kata benar jutaan ringgit diraih hasil daripada transaksi belum didedahkan, baguslah. Itu rezeki mereka, Alhamdulillah kerana bijak menjangkakan peluang meraih imbuhan. 

Barangkali YB Dr. Nasir boleh membantu, memastikan semua peniaga di Uptown D' Kota tidak akan dibebankan dengan kadar sewaan lebih tinggi di masa akan datang. Tolak ketepi samada beliau akan dicalonkan semula sebagai wakil rakyat atau tidak pada Pilihan Raya Umum 13 kelak.

Majoriti peniaga bukan orang senang. Mereka sekadar mencari rezeki untuk menampung perbelanjaan keluarga.


Jika hati YB terbuka lebih luas, tolong bantu sekali peniaga beragama Islam agar berpeluang mengerjakan solat subuh di surau kompleks, bukan di pinggir jalanraya.






Klik di sini.

Untuk menjamah pelbagai juadah enak, klik di sini.

6 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.