Ahad, Februari 24, 2013

UDANG MENYOROK

Saya dan rakan minum petang di Teh Tarik Place, di The Curve, Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Ada makan mi goreng, ada sekadar minum teh ais sahaja dan ada memesan cucur udang. Satu set, di potong empat, berharga RM2.40. Memang saya membawa wang mencukupi untuk makan dan minum.

Malangnya, selera hilang sebaik melihat 'cucur udang' versi digoreng oleh pekerja warga asing.

Hangit tetapi masih dihidangkan kepada pelanggan. Apabila diajukan kepada pengurus bertugas, juga warga asing ...

"Sorry," katanya.

Pelik, nama juadah cucur udang tetapi udang mungkin menyorok.


10 ulasan:

  1. Kalau Chef Gordon Ramsey ada ni, mampos kena maki tukang masak tu.haha.

    BalasPadam
  2. Nasib baik tak minta cucur badak....lagi haru...

    BalasPadam
  3. Nasib baik tak minta cucur badak, lagi haru biru...

    BalasPadam
  4. kalau takde udang, tak cukuplah ramuan cucur udang tu... setakat sorry je tak cukup...

    BalasPadam
  5. diorang takde stok udang le tu... patut name cucur kosong jer...

    BalasPadam
  6. hihihi itu cucur udang versi seberang la tu :P

    BalasPadam
  7. Sabarlah,

    Saya telah sekian lama nak tengok badak dalam cucur badak.. tak pernah dapat tengok ... :(

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.