Ahad, Februari 17, 2013

REZEKI LORONG




Berbaju ketat, berseluar pendek serta memiliki payu dara bersaiz besar. Lazimnya mereka begerak dan duduk berkumpulan. 

Berikutan rambut panjang mengurai, sekali pandang, majoriti pasti terpedaya sekaligus menganggap mereka itu wanita sejati. Pada malam minggu mereka tidak teragak-agak mengenakan pakaian seksi sehingga menampakkan sebahagian daripada payu dara dan seluar dalam.

Pondan.

Di setiap negeri di Malaysia, pasti tidak lekang daripada sarang pondan berkeliaran di waktu malam. Masyarakat dan pihak berkuasa seperti penguatkuasa Jabatan Agama Islam juga tahu mengenai lokasi 'panas', tempat pondan berpeleseran.

Gambar berikut direkodkan di Klang, Selangor pada waktu siang. Terdapat 8 bapuk menawarkan khidmat seks kepada pelanggan sudi dipuaskan oleh mereka.



Jika di waktu siang, cahaya terang-benderang, kegiatan tidak bermoral itu berlangsung secara tenang,  tatkala malam, pastinya lebih hebat lagi.



Di bawah, gambar saya rakamkan pada jam 6 petang tadi di Lorong Haji Taib, Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Bapuk terbabit tinggal di bilik atas deretan kedai dan menawarkan perkhidmatan mereka di muka pintu.



Sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, mereka pantas menyusup ke bilik sewa menggunakan tangga.



Tidak jauh dari lokasi di atas, lorong berbau busuk tetap dikunjungi dek orang ramai terutama lelaki. 



Biarpun tubuh dimamah dek usia, sebilangan wanita di lorong ini masih menawarkan khidmat seks dengan kadar RM30 bagi satu sesi.




Warga emas, saya anggarkan berusia lebih 60 tahun di bawah, kelihatan mundar-mandir di lorong sama.

Tiada gerai di lokasi itu untuk dia membeli sireh buat dikunyah.



Terlihat kelibat saya, dia mendengus, marah. 

Saya kemudian meminta sahabat, pemandu drift terkemuka Malaysia, Hanizam Hamzah atau  'Loyai'  memberhentikan kenderaan buat seketika. Saya mula mengenali Loyai dan ahli keluarganya sejak lebih 13 tahun lalu.

Biarpun sibuk dengan tugasan, kekadang, di waktu terluang kami tetap keluar bersama, biarpun dia telah menjadi antara individu hebat di bidang diceburinya.





Sedang Loyai menunggu di dalam kenderaan dipandu,  gambar berikut saya rakamkan.



Amat malang jika wanita itu menghabiskan sisa hidupnya sebegitu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.