Isnin, Februari 04, 2013

TOLONG BERIKAN PENIAGA PELUANG MENUNAIKAN SOLAT DI SURAU

Mari bersama kita memohon pemilik terkini Kompleks Muhibbah (Uptown D' Kota) Petaling Jaya di Kota Damansara untuk memberikan sedikit kelonggaran kepada semua peniaga Pasar Tani beragama Islam menunaikan solat subuh di surau kompleks.

Beberapa peniaga saya temui mengadu nasib, terpaksa bersolat subuh di surau stesyen minyak dan di pinggir jalan walhal surau kompleks terletak hanya kira-kira 50 meter dari tapak  mereka mencari rezeki pada setiap hari Ahad.

Klik di sini.

Mereka Melayu dan beragama Islam.


Surat permohonan untuk peniaga menggunakan surau dan tandas dihantar kepada Pengurus Kompleks Muhibbah pada 17 Januari lalu di bawah perintah Pengarah FAMA Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan masih belum dibalas secara bertulis.


1. Timbul persoalan,  siapakah sebenarnya pihak pengurusan terkini kompleks pernah menempatkan peniaga  Pasar Tani itu sebelum mereka diarahkan keluar dan kini berniaga di jalanan?

Jika pernohonan terbabit ditolak sekalipun, mengapakah tiada kenyataan bertulis?

2. Mengapakah setelah lebih setahun kompleks itu dilaporkan diambil alih oleh syarikat swasta,  papan tanda syarikat masih tidak kelihatan?

Sila baca entri terdahulu, klik di sini.

Bantu saya untuk menghebahkan berita malang peniaga Melayu ini di Facebook dan media sosial lain agar nasib mereka terbela.

Saya akan memuatkan kandungan entri ini di ruang kanan blog dan membiarkan entri ini berada di situ selagi tiada tindakan dilaksanakan.

2 ulasan:

  1. SMTI: Moga nasib semua peniaga ini terbela dengan penglibatan pihak berkuasa. Mungkinkah ader 'sesuatu' yang tersembunyi ? wink;)

    BalasPadam
  2. yb ooo yb...wake up...wake up...nak election dah ni...xkan dok tidoq lagi kot...mamai dok hisap botoi kot..Masa nak pancing undi dulu boleh bjanji macam2...nak letak bulan kat riba la..oops terlupa pulak...tu semua manifesto...manifesto BUKAN janji yer...ni takat nak mintak pinjam surau je kot...bukan mintak BULAN, ROKET maupun MATA Lebam...ahakssss

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.