Sejak 2 Februari lalu, saya memantau perkembangan di Kompleks Muhibbah Petaling Jaya, SELANGOR.
Teguran demi teguran terbuka dilontarkan berhubung tindakan pemilik kompleks, PKNS dan MBPJ namun semua usaha itu bak mencurah air ke daun keladi.
Jalur Gemilang dan bendera Selangor koyak-rabak dan lusuh dikibarkan di lokasi menjadi tumpuan awam itu.
Akhirnya dua hari lalu, seorang daripada pendudk Kota Damansara telah memnyumbangkan bendera berharga RM7.90 setiap helai kepada pihak pengurusan halimunan kompleks.
Mereka mengambil masa kira-kira dua hari untuk mengibarkan bendera disumbangkan.
Mari kita lihat bersama.
Biarpun pelbagai isu berhubung status syarikat pemilik kompleks ini masih terus disembunyikan, klik di sini, saya berbangga melihat Jalur Gemilang berkibar megah bermula hari ini.
Namun cuba teliti pula bendera Selangor di bawah.
Mengapakah bendera Selangor dikibarkan separuh tiang? Did I miss anything on the news?
Jika Jalur Gemilang dikibarkan separuh tiang bermaksud tanda berkabung di atas peristiwa tertentu seperti kemangkatan pembesar negara atau pembesar sebilangan negara asing meninggal dunia. Arahan pengibaran bendera setengah tiang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri.
Andai bendera Selangor dikibarkan separuh tiang, apakah pula maksudnya? Kerajaan negeri Selangor boleh mengajukan soalan itu terus kepada pemilik kompleks halimunan terbabit.
Nanti saya akan tinjau kembali, ok?
Sudahlah bendera disumbangkan dek orang awam, begiu pula jadinya.
Pelik sungguh.
Nanti saya akan tinjau kembali, ok?
Sudahlah bendera disumbangkan dek orang awam, begiu pula jadinya.
Pelik sungguh.
Mungkin pemilik ini nak kasitau kerajaan Selangor bahawasanya mereka tu sedang nazak menunggu masa K.O.. Hahahaaa...!
BalasPadamBute mata korang ni... tengok betul2 dulu..
BalasPadamButa mata korang ni.... tengok betul2 bendera tu diikat kat tiang mana...
BalasPadam