Sabtu, Februari 02, 2013

SIKAP PELIK PEMANDU WANITA ITU

Sikap manusia ketika mamandu kenderaan di jalanraya lazimnya menggambarkan pemikiran mereka.

Tengahari semalam, kejadian ganjil berlaku. 

Perhatikan kenderaan dipandu oleh wanita di bawah. TOLONG baca secara teliti, saya catatkan, 'kenderaan dipandu oleh wanita di bawah' BUKAN semua pemandu wanita di negara ini. Ertinya kenyataan terbabit secara spesifik TIDAK merujuk kepada pemandu wanita lain. 


Terdapat ruang kosong di hadapan kenderaan terbabit.


Tanpa mengendahkan kereta lain beratur panjang di belakang, pemandu itu selamba memberhentikan kenderaannya di tengah garisan berkembar.

Situasi itu memaksa beberapa pemandu lain memintas kenderaan MPV itu menggunakan laluan di sebelah kiri.  

Mengapakah dia melakukan tindakan hanya mementingkan diri sendiri itu?


... untuk menjawab panggilan telefon!

Saya merakamkan gambar kenderaan terbabit namun pemandu wanita itu masih terus bersembang. Sebaik melihat saya, dia menggunakan isyarat tangan, menyuruh saya berhenti.

Memang undang-undang jelas melarang pengguna jalanraya menggunakan telefon bimbit tatkala memandu namun adakah memberhentikan kenderaan seperti di atas satu tindakan wajar?


6 ulasan:

  1. Memang pentingkan diri.. menganggap dia bos.. cubalah ada trafik masa tu.. bru tahu..huhu.. sikapnya akan membuatkan pengguna lain bukan saja hot.. tp akan menarik pengguna yg same level dgn dia tuk ikut kat belakang..

    BalasPadam
  2. perbuatan macam ni memang tak patut berlaku. menyusahkan pengguna lain sahaja. maaf cakap, sikap pemandu tu menunjukkan dia hanya pentingkan diri sendiri dan kurang peka terhadap sekeliling.

    BalasPadam
  3. lihat pada dashboard mpv terdapat patung b***a. paham2 sajalah...

    BalasPadam
  4. Haiya macamni pun hado? Pentingkan diri sendiri...

    BalasPadam
  5. Kat Pulau Pinang pun boleh tengok banyak jenis bangang macam ni kat atas jalan raya, bila ditegur, kita pulak yang kena maki

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.