Jika jari jemari terlalu mudah lenguh, pasti sudah lama longlai. Andai mata terlalu mudah untuk rabun, pasti sudah lebih 6 tahun pandangan menjadi kabur.
Namun semangat tetap tidak luntur.
Namun semangat tetap tidak luntur.
Sejak kira-kira 6 tahun lalu saya mula membuat liputan mengenai kegiatan pelajar remaja diarahkan mengutip derma kononnya untuk memenuhi tuntutan kokurikulam 'jualan amal' di anjurkan oleh Pusat Tahfiz Amal di Yan, Kedah.
Malangnya, isu lapuk ini masih tidak berupaya dinoktahkan oleh pihak berkuasa di Malaysia.
Sahabat saya, juga blogger, Zulhazri Abu Bakar di blognya melabelkan kegiatan itu sebagai 'perhambaan kanak-kanak'.
Sila klik di sini untuk membaca pandanga dikongsikan oleh anak kelahiran Johor itu.
Ringkasnya, kanak-kanak seawal usia 10 tahun dihantar oleh kakitangan pusat tahfiz berpusat di utara Semenanjung Malaysia itu ke pelbagai lokasi menjadi tumpuan umum. Melalui pengamatan saya, pada awalnya mereka disuruh menjual kalendar, krim panas, CD, VCD, madu dan kismis sehinggalah memasarkan produk terkini, jus penyegar untuk lelaki dan wanita.
Sepanjang membuat liputan untuk beberapa program televisyen dan blog berhubung kegiatan mereka, tidak pernah sekalipun saya terserempak atau terlihat batang hidung individu mereka gelar sebagai 'ustaz' di lokasi pelajar ditempatkan.
"Ustaz berada di tempat lain ..."
Itu dakwaan mereka setiap kali ditanya berhubung kedudukan individu menghantar mereka ke lokasi.
Tanpa disedari, perjuangan menyingkap fakta dan mendedahkan kepincangan modus operandi kegiatan pusat tahfiz sama turut disertai oleh blogger, Wan Abdul Rahman di blognya, klik di sini.
Tonton rakaman video perbualan Wan dan rakan bersama pelajar pusat sama di Ipoh, Perak. Saya amat tertarik dengan kenyataan berhubung isu keselamatan diutarakan oleh anggota polis duduk berhampiran remaja berkopiah di bawah.
Selain daripada mengeksploitasikan kanak-kanak, pusat tahfiz terbabit juga turut memerah tenaga remaja berusia di antara 10 dan 17 tahun. Sebelum dikerah untuk ke lapangan, mereka terlebih dahulu dilatih cara berkomunikasi dengan orang ramai sekaligus berhujah untuk mempertahankan imej pusat tahfiz dan aktiviti mereka
Bertopengkan nama pusat 'tahfiz', ratusan pelajar berkumpulan terus diperkudakan. Pihak pengurusan mengetepikan ciri keselamatan dan keselesaan pelajar berstatus kanak-kanak dan remaja.
... asalkan wang dikutip setiap hari.
Bagaimanakah dana hasil wang derma orang ramai itu digunakan? Setakat ini tiada jawaban tepat dan jelas.
Saya menulis berulang kali di blog ini biarpun sesekali dikecam dek segelintir pembaca berhujah secara dengkel. Kata mereka, usah dikacau kegiatan kanak-kanak dan remaja itu, biarkan sahaja.
Bukan tujuan saya dan rakan untuk mengganggu. Niat pihak pengurusan pusat tahfiz itu tidak semestinya menghalalkan cara.
Bukan tujuan saya dan rakan untuk mengganggu. Niat pihak pengurusan pusat tahfiz itu tidak semestinya menghalalkan cara.
Negara kita menggubal Akta Kanak-Kanak 2001 bertujuan melindungi hak kanak-kanak dan remaja di bawah umur agar tidak dieksploitasi. Namun saya percaya kakitangan pusat tahfiz terbabit telah mengkaji semua lompang undang-undang untuk mengatur strategi kegiatan lebih kemas tanpa membuka ruang membolehkan mereka disabitkan kesalahan oleh mahkamah.
Andai mempunyai waktu terluang, sila klik capaian serta baca kandungan entri di bawah.
7. Siapa kebal?
14. Buruknya bunyi.
Klik dan baca juga entri dinukilkan oleh blogger lain berhubung Pusat Tahfiz Amal.
Sebelum ini dalam operasi menyelamatkan pengemis bersama penguatkuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM, beberapa pelajar dari pusat tahfiz sama diperiksa dan dibawa pulang ke pejabat.
Apakah tindakan susulan JKM? Penguatkuasa menghubung iIbu bapa pelajar dan anak mereka diserahkan.
Mengapa?
Pada pengamatan saya, JKM tidak memliki punca kuasa untuk melaksanakan tindakan mengikut undang-undang terkini terhadap dalang kegiatan pelajar terbabit. Lazimnya, sewaktu disoal siasat, ibu bapa pelajar mengaku tahu dan reda dengan kegiatan dijalankan oleh anak mereka.
Noktah.
Penguatkuasa JKM hanya berpeluang untuk menasihatkan sahaja ibu bapa dan pelajar agar tidak meneruskan kegiatan. Tidak lebih daripada itu. Berikutan aduan orang ramai, polis pula mungkin menahan dan membawa kanak-kanak dan remaja terbabit ke balai dan membenarkan mereka pulang dalam tempoh kurang 24 jam.
Saya tidak bermaksud untuk melihat kanak-kanak, remaja dan keluarga terbabit didenda mahupun dipenjarakan tetapi tindakan tegas harus dilaksanakan terhadap pengurusan pusat tahfiz memperhambakan mereka.
Pelajar lazimnya menjual pelbagai barangan berharga di antara RM10 dan RM20.
"Ambil duit ini untuk membeli makanan, bukan untuk diserahkan kepada ustaz"
Saya pernah mendengar kenyataan itu dilontarkan oleh wanita di stesyen minyak Petronas di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur berikutan berasa simpati terhadap nasib malang kanak-kanak dan remaja dipergunakan.
Pelajar lazimnya menjual pelbagai barangan berharga di antara RM10 dan RM20.
"Ambil duit ini untuk membeli makanan, bukan untuk diserahkan kepada ustaz"
Saya pernah mendengar kenyataan itu dilontarkan oleh wanita di stesyen minyak Petronas di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur berikutan berasa simpati terhadap nasib malang kanak-kanak dan remaja dipergunakan.
Setakat ini usaha pemantauan dan penguatkuasaan untuk membanteras perhambaan kanak-kanak sesekali dilaksanakan oleh pihak berkuasa tetapi tanpa usaha dan komitmen untuk memperkasakan undang-undang sedia ada, kegiatan itu akan berterusan.
Sehingga kini, pelajar Pusat Tahfiz Amal masih dilihat berkeliaran sambil menjual barangan terutama di stesyen minyak, kawasan Rehat dan Rawat Lebuh Raya Utara Selatan dan di hadapan pasaraya di seluruh negara. Sebilangan remaja lelaki dan perempuan ditinggalkan di lokasi tumpuan ramai, hanya dijemput oleh ustaz untuk di bawa pulang ke rumah transit selepas jam 12 malam.
Saya percaya, majoriti anggota masyarakat mengetahui kejadian tersurat dan tersirat di sebalik jualan amal itu tidak merestui kegiatan berlangsung di hadapan mata tetapi mereka tidak mampu bertindak.
Sehingga kini, pelajar Pusat Tahfiz Amal masih dilihat berkeliaran sambil menjual barangan terutama di stesyen minyak, kawasan Rehat dan Rawat Lebuh Raya Utara Selatan dan di hadapan pasaraya di seluruh negara. Sebilangan remaja lelaki dan perempuan ditinggalkan di lokasi tumpuan ramai, hanya dijemput oleh ustaz untuk di bawa pulang ke rumah transit selepas jam 12 malam.
Saya percaya, majoriti anggota masyarakat mengetahui kejadian tersurat dan tersirat di sebalik jualan amal itu tidak merestui kegiatan berlangsung di hadapan mata tetapi mereka tidak mampu bertindak.
Saya first time bagi komen kat sini... saya orang tg malim dan dulu masa kerja kat petronas tg malim memang ada banyak kali depa hantar budak2 ni ke stesen minyak tu.. tapi depa pandai depa tak hantar depan2 stesen depa hantar sejauh sekolah khir johari untuk menyembunyikan dalang sebenar... pastu budak2 tu akan menjual sekitar 8-10 jam dengan tiada segan silu.. saya memang tak faham sanggup depa gunakan budak2 ni?? dan satu lagi memang depa datang tiba2 tanpa disedari dek pekerja stesen dan tahu2 je dah ada...
BalasPadamSaya kasihan pada anak2 ini saya jugak sangat kasihan kepada ketolona ibu-bapa yang merestui cara ini. Bila membiarkan anak2 berada dijalanan tanpa pemantauan tidak terfikirkah mereka terdedah kepada peluang2 jenayah. Jangan sudah terkena baru nak menyesal.
BalasPadamMenghantar anak ke sekolah adalah untuk menuntut ilmu. Jadi sebagai ibu bapa jangan nafikan hak anak2 untuk belajar secra selesa dan sempurna begitu juga pihak pengurusan sekolah. Banyak lagi cara lain yang boleh digunakan untuk mengumpul dana sekolah. Jangan cari jalan mudah.
Perjuangan fisabilillah? Tepuk dada tanya selera.
Saya hairan kenapa begitu sukar untuk kerajaan menutup pusat ini..kalau Al Arqam dulu begitu mudah kerajaan tutupkan dan juga pusat pemerintahan ayah pin..mengapa pusat yang diasaskan oleh Azhar Abdul Wahab yang setaraf dengan mereka ini masih lagi utuh di situ?? Semua ini tak lain tak bukan kerana Azhar berkawan rapat dengan YB YB yang boleh melindungi dia..Bayangkan dia sedang bersenang lenang dengan isteri isterinya dan pernah di mahkamah syariah salah seorang isteri yang memohon cerai memohon ganti rugi sebanyak 1 juta..dari mana dia dapat duit kalau tak dari keringat budak budak ni... Ini salah satu sebab kenapa orang marah dengan kerajaan. Lani dua dua kerajaan sama saja..baik BN atau PR.dulu orang PR kata tak leh buat apa sebab kedah bawah BN.lani Kedah bawah PR pun masih tak leh tutup pusat ni dan bela nasib anak anak yatim kat sini..
BalasPadamElok rasanya jika Mazidul meminta pandangan Ust Kazim yang mempunyai pusat tahfiz dan Ustaz Samsuri Ahmad yg selalu memberi kuliah di sebelah utara.
BalasPadamsalam,last week ketika mengisi minyak di petronas kg melayu subang (depan johawaki) sy didatangi seorang pelajar perempuan (wajah mirip2 warga myanmar/india tp fasih berbahasa melayu) dari pusat tahfiz amal.sy bertanya siapa yg suruh minta derma.dia ckp cikgu.jual madu berharga rm20.sy tnya lagi kalau tak laku kena pukul tak?dia jawab tak.bila diminta surat dari balai polis berhampiran,pelajar itu cakap ada pd cikgunya.kesian dgn pelajar itu sy mendermala juga.
BalasPadamSaya kagum dgn tuan yg tidak pernah kenal erti lelah mempertengahkan pelbagai isu masyarakat termasuklah isu hak anak2 dari diperhambakan oleh golongan pusat2 tahfiz yang tidak bertanggung jawab ini.
BalasPadamSaya memang telah lama mahu pemilik pusat2 tahfiz tidak bertanggung jawab ini termasuk ibubapa yg bersebahat mengekspoitasi anak2 tanpa memikirkan keselamatan dan kebajikan mereka dibawa kemuka pengadilan dan dihukum dengan setimpalnya.
Apa pun alasan mereka, matlamat tidak boleh menghalalkan cara dan kebajikan anak-anak wajib dipertahankan.
Sama seperti tuan, saya juga dapati isu ini telah lama berlanjutan tanpa menampakan sebarang penyelesaian. Tanpa penglibatan bersepadu pelbagai agensi masalah ini tidak akan dapat dibendung.
Namun untuk mengerakkan agensi2 ini bukanlah mudah melainkan dibuat dalam bentuk yang lebih tersusun dengan suara yang ramai.
Saya membayangkan jika dibuat satu petisyen dgn sokongan tuan dan pembaca2 setia blog serta orang ramai mungkin suara-suara ini akan dipertimbangkan dengan lebih serius oleh agensi2 tersebut.
Dibawah adalah tajuk petisyen yg saya cadangkan dan jika bersetuju saya akan siarkan didalam laman web petisyen terkenal seperti www.change.org untuk mendapat sokongan audiens yang lebih besar.
Cadangan tajuk petisyen adalah;
a. Stop Children Slavery in Tahfiz Religious School
atau
b. Stop Children Exploitation in Tahfiz Religious School
Wallahualam.
zmn skrg nih manusia ngn sewenang2nyer mempergunakan agama utk mudah dpt duit... kenapa lah mereka tak gune ilmu yg ada utk kebaikan dr mengambil kesempatan...
BalasPadamrasanya sebahagian ibu bapa mungkin tahu kegiatan anak mereka ni.. tapi mungkin diorg rasa itu tidak salah agaknya.. kesian budak2 ni, penat dan terdedah kepada jenayah, saya memang takan bagi/beli dengan budak2 ni
BalasPadamSalam
BalasPadamSaya sokong cadangan Jerin. Buatkan satu petisyen untuk mereka. Tugas sebagai pelajar tahfiz adalah belajar sepenuh masa, bukannya mengutip derma untuk poket ustaz2 mereka. Ini secara tak langsung mendera perasaan & mentaliti kanak2 tersebut..
zzzz
Padamberani kerana benar la...
Padamaparaa!!
ooo...
BalasPadamooo.. ni aktiviti kebajikan! ingatkn buat maksiat... sye rase paling tepat pengkomen blog ni bole tros ke pusat tahfiz amal (mazidul) dan brjumpa tros dngann pengetua di sana.. itu lah sye rse cara yg terbaeek!! bukannye menudoh/menfitnah atau...zzzzz
BalasPadam#diorang bkannye. buat bnda x elok kn?
Harap sangat kanak2 ni hilang sama ada dicolek atau sebalik ni. Supaya membuka mata semua pihak bila dah ada kes2 kehilangan mcm sblum ni.. Selagi xde kes selagi tu lah kegiatan mcm ni berleluasa tanpa sebarang tindakan undang2..
BalasPadamaku dah terkena...
BalasPadamaku dah terkena
BalasPadamPetang Tadi ketika minum di kedai mamak padang kota , kota damansara. sy didatangi seorang kanak2 meminta sumbangan ikhlas utk anak2 yatim. bila sy tgk je resit... " PUSAT TAHFIZ AMAL. sy terus ckp. " eh skolah adik ni dah penah masuk tv kn. 360. dia terus blah xtoleh2. takot kot..
BalasPadamPDRM lesu dan tak bermaya. Sepatutnya tangkap budak-budak ni. Suruh mak bapa ke balai dan CHARGE ibu bapa di atas kesalahan mengabaikan anak2. Takkan kena tunggu ada kes liwat rogol baru nak terhegeh2. PDRM ni garangnya xbtempat. Dgn mag rempit bukan main hero garangnya. Isu anak2 yg perlu pembelaan xdipedulinya
BalasPadamsekitar bulan lepas, ada seorang budak lelaki bersongkok dalam lingkungan 10-12 tahun menanti kami di tepi pintu kereta. lokasi di hadapan bank. kebetulan budak tersebut ternampak saya dan suami sedang mengira beberapa keping duit untuk pembayaran hutang (suami pi bank A, saya pi bank B). matanya tidak berkedip (saya sedar perbuatan tu agak bahaya). sejurus suami turun dari kereta, dia merayu untuk derma. tapi suami menolak dengan baik (duit yang dibawa hanya cukup2 untuk selesaikan urusan kami). sudahnya dia berlalu melepasi saya dan suami, namun tiba2 saya terdengar dia mengeluh dengan kuat "hishhhhhhhh". kami berdua tercengang dan 'ada juga manusia jenis macam ni? bila nak minta derma bahasa lembut, bila tak dapat kasar bunyinya'
BalasPadamSalam.. hari ni 15 June 2014, saya masih jumpa dengan pelajar Pusat Tahfiz Amal di Petronas Sepang. Die cakap ramai lagi yang mengutip derma di kawasan Nilai. Isu ini masih tidak selesai.
BalasPadamhttps://drive.google.com/file/d/0Bzgq59BeYbJ0NEk1ZEN3c0Jzcm8/edit?usp=sharing
Lupe nak tambah, bile di tanya pasal sekolah, die jawab die belajar dekat rumah sewa dekat nilai ni. Saya cakap yang pusat tahfiz amal die ni dah tersebar dalam internet, saya tanye betul ke tipu sekolah ni, die jawab betul ade.. hurm.. saya tanya memang die rela ke nak wat bende ni, die kate memang die nak untuk dapat pahala.
BalasPadamni no telefon ustaz yang die bagi dan saya call dapat dan saya ugut untuk bawak budak tu ke balai polis.. terus saya kene marah nape nak halang budak wat bende baik.. (019-4752050)