Selasa, Februari 19, 2013

DI ANTARA BLOGGER DIBAYAR DAN TIDAK

Apakah perbezaan blogger dibayar berbanding blogger menulis TANPA  disuapkan bayaran?

Mudah.

Jika dibayar, blogger itu sentiasa mengikut telunjuk pembayar. Disuruh tunduk, mereka tunduk, disuruh berguling, mereka berguling.

Blogger tidak menerima sebarang imbuhan, menulis mengikut kehendak hati mereka. Jika tercetus isu menarik di minda, mereka menulis.

Terkini, beberapa blogger penyokong Pakatan Rakyat dikatakan dibayar RM3,000 sebulan sebagai imbuhan untuk memburuk-burukkan pihak tertentu. 

Sila baca di sini.

Padanlah ada di kalangan blogger terbabit bersungguh-sungguh menghubungi saya melalui Facebook untuk menagih penjelasan berhubung beberapa isu sebelum ini.

Barangkali dia tidak tahu, bertanya itu hak dia, manakala membuat keputusan untuk menjawab atau tidak, adalah hak saya.

Kalau saya dibayar untuk menulis setiap hari, pastinya pelawat blog ini berpeluang membaca sekurang-kurangnya 5 entri dalam tempoh 24 jam.

Apapun tanpa dibayar sekalipun, saya tetap menulis.

... selagi hayat dikandung dek badan.

Terima kasih kepada semua pembaca sudi berkunjung ke blog ini.

Blog ke 5 saya, Lensa Mazidul mula beroperasi dua hari lalu dan mendapat sambutan di kalangan pembaca.

Melakukan tinjauan, merakamkan gambar dan kemudian menulis juga TIDAK dibayar oleh sesiapa.


11 ulasan:

  1. Assalamualaikum,
    Julung2 kali saya tinggalkan komen di sini, w'pun kerap sy ke sini. Teruskan usaha. Kita tak mau kerajaan kita x tegakkan Islam (mcm PAS), sokong LGBT (mcm PKR) dan chauvinist (mcm DAP). Kita mau kerajaan yg adil (tak bermakna samarata) kpd semua kaum di Malaysia.

    1 Malaysia!

    BalasPadam
  2. blogger umno takder yg dibayar ker? jgn bias mazidul

    BalasPadam
  3. Tahniah tuan Mazidul, menulis tanpa dibayar lebih ikhlas dan telus, teruskan menulis kerana apa yang tuan tulis itu sebenarnya banyak manfaat untuk masyarakat...

    BalasPadam
  4. assalamualaikum encik mazidul..
    saya org ketoyong tg malim..
    saya pernah membaca sebuah buku tulisan datuk zainudin maidin bertajuk "Mahathir di sebalik tabir"
    buku itu menulis tentang perkara2 yg telah dilakukan oleh mantan pm kita..
    apa yg menarik ialah apabila Tun M menyebut tentang kebebasan akhbar di barat...
    Beliau mengatakan yang sebenarnya tiada kebebasan akhbar di barat kerana berita itu disiarkan mengikut apa yang dikehendaki dan disukai oleh pengarang dan pemegang saham...
    jadi kita tak perlu hairan dengan apa yang pembangkang buat sekarang kerana sebenarnya apa yang mereka kata sebagai kebebasan media hanyalah apa yang mengikut kehendak mereka sahaja...
    apa yang gurunya ajar itu yang murid akan buat jugak...

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum En Mazidul..Tahniah kerana semakin matang dalam tugasan dan khidmat kepada masyarakat dengan tidak mengharapkan balasan. Biar Allah yang menentukan pahala atau dosa yang akan diberiNya. Saya amati blog En Mazidul selalu menyentuh masalah semasa dan tuan dapat juga berpandangan jauh membawa pembaca berfikir dan membuat penilaian buruk baik sesuatu isu itu.
    Gaya tulisan tuan juga baik dan mudah difahami disamping masih memartabatkan bahasa ibunda kita. Bak kata seniman agung kita Allahyarham Tan Sri P. Ramlee..bahasa menunjukkan bangsa.
    Teruskan khidmat yang mulia ini.
    Semoga Allah sentiasa merahmati daya usaha keringat tuan..Amin.

    p/s: Saya bukan orang politik tetapi saya sayangkan bangsa dan agama saya.Tak ramai lagi bangsa kita yang boleh menulis, berbicara dan membuat liputan, mengacara dengan baik. Kebanyakan penuh dengan bahasa kasar,mencarut, fitnah,umpat,cacian dan lucah.
    Yang baik dari Allah SWT. Yang buruk datang dari kelemahan saya. Maaf dipinta jika tersinggung rasa.
    Wassalam.



    BalasPadam
  6. Assalamualaikum :)

    Perlu diingatkan Media di malaysia Berat sebelah so jgn lihat satu pihak sahaja. Saudara percaya ke keratan kertas kat blog Pro kerajaan tu, salinan kertas itu semua org boleh buat dan banyak blogger yg dibayar oleh UMNO sendiri. Function pembangkang adalah Check and Balance, kalau tiap2 hari media kerajaan memfitnah pembangkang,takkan pembangkang duduk diam :) , so mereka akan melawan fitnah tersebut dgn fakta yg benar. Saya lihat blog Pro kerajaan bnyak memfitnah dgn hanya memaparkan bukti yg dibuat2. Kita boleh lihat blog Papagomo, beliau disaman oleh beberapa individu kerana memfitnah seorang wanita semasa HKR berlangsung, tapi kes tu senyap je :). sebabnya kita kena tgk dia bahagian mana, siapa dibelakangnya. Ramai tau kerajaan sekarang banyak Korupsi tapi org tonton dan baca media kerajaan yg hanya memaparkan sebaliknya sahaja. Seperti diarab saudi, org x tau keburukan Hosni mubarak sbb dia kawal media arab dan ketika itu beliau tidak bahawa org ramai boleh mendapatkan maklumat dari media yg lain seperti Blog dan lain.

    Terima Kasih
    Pandangan dari seorang rakyat malaysia :)

    BalasPadam
  7. jimbo john...baca la elok2...DI ANTARA BLOGGER DIBAYAR DAN TIDAK, tu tajuknya....bro mazidul tulih macam tu nak bagitau yang dia tak dibayaq untuk menulis...so dia bukan blogger kerajaan atau pembangkang dan dia bebas menulis tentang mana2 parti tersebut...baca dan pahamkan...so bro mazidul buat amendment sikit kat posting tu...cari la info brapa UMNO bayaq blogger depa...brapa DAP bayaq kat Petrik...

    BalasPadam
  8. kedahan, aku paham antara blogger yg di byr atau tidak, tp jgn bias....sebabnya kebykannya tulisan menjurus utk hentam satu parti shj, isu yg buruk pun hanya satu parti sja jadi rujukan. aku ni bukan bias mana2 pihak tp biarla adil....understood???

    BalasPadam
  9. jimbo john, ok la aku paham...memang patut lagu tu la, nak tulih kena amik example dri sume parti. Harap bro mazidul boleh olah balik entry tu...xpun buat entry baru...lagi chantek

    BalasPadam
  10. Berbayar atau tidak itu soal lain jika apa yg ditulis adalah kebenaran dan relevan itu yg penting.

    Jika tidak dibayar sekalipun (konon ikhlas fisabilillah) tapi dengan cara memaki hamun kata kesat provok dengan tujuan menyakitkan hati semata² itu yg dulu perlu dibuang.

    En Mazidul perlu bendung komen² dari orang sebegini block mereka ini agar tidak terbawa² berjangkit pada orang yang waras pula.

    terima kasih

    BalasPadam
  11. Dari dulu sampai sekarang mengharap anuar omega menyaman papagomo tentang pendedahan china doll.. Mcm2 video dah keluar siap sampai kat indon lagi. sampai skrg mengharap.. Jam mana jam? Kalau di pihak benar sila saman utk kembalikan kepercayaan sy terhadap pembangkang..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.