Rabu, Januari 08, 2014

PELANGGAN P1 WIMAX WAJIB MEMBACA ENTRI INI

Beberapa rakan di pejabat dan kenalan di facebook pernah mengutarakan aduan berhubung pembekal talian jaluar lebar, P1 Wimax.

Klik di sini.

Saya bukan pelanggan syarikat terbabit dan kurang mengetahui mengenai masalah dihadapi oleh pelanggan P1 Wimax. Saya dimaklumkan, ramai pelanggan telah menerima surat peguam kerana gagal menjelaskan bil, sedangkan talian telah dipotong. Nama mereka juga didakwa disenaraihitamkan oleh CTOS.


DISKAUN 70% UNTUK RUANG IKLAN BULANAN DI BLOG INI UNTUK 3 HARI SAHAJA ] klik di sini 


Maklumat dikongsikan oleh pengendali blog The Kuala Lumpur Chronicle mengenai P1 Wimax menarik perhatian saya.

Di bawah antara contoh surat peguam dihantar kepada pelanggan.


Apabila dihubungi, dilaporkan, kakitangan syarikat guaman terbabit  tidak megenali Ms. Nilla. Jadi siapakah Ms Nila?



Pelik, bukan?

Pihak pengurusan P1 Wimax dan syarikat guaman itu harus memberikan penjelasan samada dakwaan pelanggan itu benar atau sebaliknya.

Untuk butiran lebih terperinci, sila klik di sini.

12 ulasan:

  1. Saya ada terbaca sejak2 akhir ni kes P1 ni, dan saya adalah pelanggan selama 3thn bersama P1.
    Bt masa ni tiada sebarang masaalah kelajuan dn caj/servis dr P1..
    Dan sejak dari kes P1 ni, saya jd serba salah dan masih dalam keraguan, samaada saya perlu potong P1 ni atau teruskan selama tiada dtg masaalah bg saya, tapi takut plak sudah terhantuk baru nak elak...hurmm
    Dan saya pernah bt satu entri di blog saya pasal P1 ni dan ada seorang blogger mengatakan dia syarikat P1 ada komen di entri saya tu...

    http://linmdnoor.blogspot.com/2014/01/3-tahun-bersama-p1-wimax.html ...

    BalasPadam
  2. Salam.. kepada tuan puan yg nak tahu lebih lanjut ttg masalah P1 terhadap pelanggan blh masuk.ke group fb P1 WIMAX SUCKS. Banyak cerita dan masalah dari beribu2 pelanggan P1. Terutamanya apabila sudah terminatr dan selesaikan bill dan kembalikan modem..pihak P1 tetap mengenakan bayaran bulanan sehingga nama mereka di CTOS. Dan penipuan ttg quato internet. 20gb quato habis dalam masa beberapa minggu walaupun pelanggan hanya menggunakan untuk bermain fb dan email. Dan masalah coverage,dimana promoter mengatakan di kawasan rumah pelanggan ada coverage p1 tetapi apabila pelanggan pulang tiada liputan internet. Apabila pelanggan memulangkan modem dan ingin membuat pembatalan servis,prosedure pembatalan amat rumit walaupun masih dlm tempoh percubaan langganan. Kerumitan yang dialami pelanggan adalah hendak membuat pembatalan servis mestilah hanya di HQ P1. Bayangkan pelanggan dari perlis?
    P1 wimax adalah internet berkelajuan 4G,tetapi rata2 pelanggan hanya menikmati kelajuan internet 3G (<2Mbps).
    Banyak lagi isu isu dapat dikehadapankan oleh orang ramai apabila tuan puan mendengar sendiri di dalam fb group P1 WIMAX SUCKS.
    Terima kasih.
    BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg betul.. sy pun dapat kesan kuota internet saya cepat sangat habis. Mmg mcm x lojik.sy nyer mobile data maxis kuota 6gig jer tapi boleh tahan sebulan. Lagi la byk guna untuk streaming. Nie 20gig hanya bertahan selama dua ke tiga minggu sahaja.. padahal siang xde sesiapa dirumah.

      Padam
    2. P1 sucks.. kuota laju gila abis... mmg x logik.. tau2 kuota 20Gb dah kering dlm masa 3 minggu.. kalo byk guna utk streaming lain la citer.. rumah pun time siang xde org.. saya byk streaming guna maxis mobile data 6Gb pun kuota x abis2.. penipu besar p1 nie.

      Padam
    3. Mmg betul.. sy pun dapat kesan kuota internet saya cepat sangat habis. Mmg mcm x lojik.sy nyer mobile data maxis kuota 6gig jer tapi boleh tahan sebulan. Lagi la byk guna untuk streaming. Nie 20gig hanya bertahan selama dua ke tiga minggu sahaja.. padahal siang xde sesiapa dirumah.

      Padam
  3. Rujukan masalah dan rungutan pengguna P1 WIMAX boleh dibaca dan dinilaikan disini. Malah jika anda bermasalah dengan P1 WIMAX group Facebook P1 WIMAX Sucks sediakan pelbagai nota panduan. Kita adalah pengguna, dan pengguna ada hak menuntut perkhidmatan yang telah dijanjikan. Dan pengguna yang lain membantu antara satu sama lain dalam melindungi hak pengguna.

    https://www.facebook.com/groups/159121421506/

    BalasPadam
  4. saya pun pernah ada sejarah hitam dengan p1wimax...saya melanggan servis dorang pada tahun 2012...bila check kawasan rumah saya x dapat liputan pun. mereka berjanji dalam masa satu tahun kawasan rumah saya akan ada liputan. memandangkan saya pejabat saya x menyediakan talian internet, maka saya pun langgan.

    setahun berlalu, kawasan rumah saya masih lagi belum mendapat liputan walaupun kawasan sekeliling dah ada liputan. oleh kerana ofis saya dah subscribe streamyx, maka saya pun membuat pemotongan. pada masa saya buat pemotongan, saya dah berhenti guna dalam 6 bulan.

    bila nak buat pemotongan, agen beritahu kena settel semua hutang tertunggak. saya xnak bayar dengan alasan saya x guna perkhidmatan. bila bercakap dengan wakil, diorang bersetuju untuk waive tunggakan dan saya pun buat termination.

    sebulan selepas termination, saya dapat surat menyuruh saya membayar caj perkhidmatan. bila saya call wakil p1wimax dorang kata dorang waive supaya saya boleh guna semula perkhidmatan internet. saya bagitau kawasan rumah saya tiada liputan dan bersetuju untuk menyiasat.

    sehingga ke hari ni, saya masih mendapat notification setiap bulan untuk membayar perkhidmatan dan tunggakan.camne nak guna perkhidmatan sedangkan modem semua dah serah pada agen???

    p1wimax mmg hampeh

    BalasPadam
  5. P1 Wimax memang mengenakan orang. Saya melanggan wimax 2009. ejen jualan ckp kawasan saya access o.k
    dalam minggu pertama acess pun dah slow . Call customer P1 costumer service .bila buat komplen dia orang suruh buka komputer dan suruh setting ikut apa yang dia suruh ,sambil di talian talipon saya pun ikut apa dia orang suruh setting dan ubah arah modem lah tapi last2 sama saja. komplen hanya tinggal komplen mutu perkhidmatan /access tetap mengecewakan .Kerana kecewa saya pilih streamax .tak de masalah..tapi yang jadi masalah sekarang ni P1 macam along nak menuntut hutang tunggakan saya rm 1600. kalau nak tahu saya pakai p1 dalam sebulan kuranglebih gitu sampailah coverage /access kena potong atau ditamatkan.Saya tak mahu bayar sebab sejak mula pakai liputan very very slow mengantuk nk tunggu access yang memuaskan.Tiba 2 lak dapat email tunggakan bil rm 1560.MACAMANA anda rasa geram ke tak . Pakai sebulan pas tu dia potong , pas tu dia tuntut bil rm 1560. DAN CTOSKAN saya.Syarikat yang tak berhati perut langsung.Mari mereka 2 yang teraniaya macam saya tuntut keadilan kita sebagai pengguna .

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun kene mcm ni, saya ambik servis P1 ni masa study dan guna just x smpai setengah thn sb masalahnya quata cpt hbs.... saya buat dah tamatkan akuan P1 pada thn 2011 n byr penalti rm 300 di P1 giant putra height.. lepas terminate tu ok je xda dpt bil pape tp last year dlm bulan 9 gitu sy dpt bill tertunggak sebanyak 1600+.. dr mana bil tu datang? kenapa kalau betul ada tertunngak x mtk dlm masa 2011 hingga tarikh bil tertunggak tu... hold hampir 2 thn baru dpt bil blk.. skrg nama da msk CTOS.. gile ke nk bayar sedangkan x guna... da la nk terminate dulu pun kene bayar penalti... harap sgt pihak tertentu dpt bantu menyelesaikan masalah ni.. bkn sorg yg kene tp da ramai sgt... Pape pun blh refer FB P1 wimax sucks

      Padam
  6. PI wimax ni memang kaki penipu, hari-hari call mintak hutang.sedangkan dah tak pakai lebih 2 tahun.tiba-tiba hantar msg ada hutang lagi RM1600. apa bnda enta ...pgilan pon xdrkam...dah la modem mcm cap ayam..lpstu line kne ptong wlpon dah byr..ble pkai pon still xbole nk connect..so ble dpersoalkan babb pmbyran..buat pe nk byr klu xbole nk gne service..jnji tu ini serba blh la..tp still xbole connect..ptot ke klu anda2 smue nk byr tp xdpt gne??????bkn jgka mse 1 hri ke 2 hri..tp lebih dri sbulan.. ble dipersoalkn lagi bab last session pon mrka xdpt jwb ble???? ktanya ade contract..but then pe gne ade contract tp perkhidmatan yg dberi mcm sroh siput beranak je..xabis2 ugut klu xbuat byr nme kne ctos lah..xbole buat pnjmn loan lah..alahai..ptotnye klu line xbole nk connect kte us user boleh mntk balik gnti rugi kn???? ni die plk mntk kte byr..ape cter lah diorg ni..

    BalasPadam
  7. So nak tanya semua kalau nk clearkan ctos tu kena byr semua yg tertunggak tu ke??

    BalasPadam
  8. sy pn kene cm tu gak... hari2 dok kol jelas kn tunggakkan.... kate nye de lg RM1700... dulu bayr tok sebulan.... tp x sampai sebulan dah xleh gune.. lepas 3 or 4 bulan.. memang x bayar dah la... skrng wakil p1 nama die ikhram kot... hari2 kol.... x bayr nnt sampai surat makamah la... nama blacklist la... xleh wat loan la.. betol kew???

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.