Khamis, Mac 20, 2014

DIEGO GARCIA : SATU KEBARANGKALIAN


Nama Pangkalan Tentera Amerika Syarikat, Diego Garcia, di Lautan Hindi, pertama kali dicatatkan di blog ini pada 13 Mac lalu setelah maklumat didedahkan oleh portal Cabal Times.


14 Mac, AS melalui Rumah Putih mengarahkan kapal pemusnah misil, USS Kid ke Lautan Hindi setelah terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat, di Laut China Selatan.


Beberapa hari kemudian pegawai di Pentagon berkata, USS Kid diarahkan pulang kerana lautan itu terlalu luas dan lebih cekap jika pesawat digunakan dalam misi itu. Dilaporkan, tiada serpihan atau bangkai berkaitan pesawat (MH370) ditemui. 

Kebelakangan ini, timbul kembali dakwaan mengatakan MH370 kini berada di Diego Garcia.


Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein kemudian berkata MH370 tidak mendarat di Pangkalan Tentera AS itu. Persoalannya, pihak manakah berupaya mengesahkan kenyataan itu selain daripada AS? Setakat ini tiada laporan mengatakan pihak berkuasa Malaysia  melakukan pemeriksaan di Diego Garcia, pulau milik AS.

AS dilaporkan sedang mencari pangkalan tentera baharu untuk menyeimbangkan strategi pertahanan negara Uncle Sam itu di rantau Asia Pasifik. Pada tahun 1991, Filipina menutup dua pangkalan besar tentera AS di negara itu termasuk di Subic Bay. Dalam pada itu, Manila memerlukan kehadiran tentera AS di Laut China Selatan, bertujuan untuk menghalang campur tangan musuh ketat AS, China di perairan sama.

Klik di sini.

Dalam sidang media di Hotel Sama Sama, Sepang, Selangor, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengesahkan pesawat MAS itu telah diubah arah laluan secara sengaja dari dalam cockpit. Majoriti masyarakat melihat kenyataan itu bermaksud 'MH370 dirampas'.  

Siapakah terbabit? Biar siasatan pihak berkuasa menjawab soalan itu.

Menurut Hishamuddin, setakat ini tiada tuntutan dibuat oleh pihak tertentu (sekiranya MH370 dirampas). Dalam kes rampasan pesawat Southern Airways Flight 49 di AS pada 10 November 1972, 3 perampas menuntut bayaran US10 juta. 

Bagaimanakah jika dalam kes MH370, wang tebusan bukan menjadi tuntutan? Mungkin AS hanya mahukan satu lokasi strategik untuk dijadikan pangkalan tentera mereka.

Jika andaian, MH370 berjaya didaratkan di Diego Garcia diguna pakai, semua penumpang dan kru pesawat selamat di pulau dikawal ketat oleh tentera AS itu. Sekiranya wujud rundingan untuk memenuhi tuntutan, wajarkah proses itu didedahkan? 

Tentunya tidak, demi memelihara keselamatan 239 penumpang dan kru MH370.

BERNAMA melaporkan pada 17 Mac, Hishamuddin berkata MH370 masih ada harapan.

Klik di sini.


16 Mac lalu, pihak polis mengambil simulator penerbangan diambil dari rumah juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah. Maklumat diperoleh menunjukkan, anak kelahiran Pulau Pinang itu berlatih menggunakan perisian untuk mendaratkan pesawat di lima landasan berbeza.


Satu daripada landasan itu di Diego Garcia, klik di sini.


Adakah maklumat itu sekadar kebetulan? Lebih pelik lagi, Harian Metro melaporkan kebanyakan daripada data simulator itu telah dipadamkan pada 3 Februari lalu.

Klik di sini.

Selagi misteri kehilangan MH370 masih belum terlerai, pelbagai tanggapan bakal terus tercetus. Tanpa bangkai pesawat ditemui, kita semua berharap agar penumpang dan kru MH370, masih selamat.

Baca mengenai Diego Garcia, klik di sini.

7 ulasan:

  1. Salam mazidul,
    Tuan fikir tak mcm mana CIA susun plot WTC tu? Radar US yg canggih manggih tu xboleh pintas dua biji boeing, masuk akal ke? Sbb CIA nk musnahkan negara Iraq, Afghanistan. Skrg MH370..plot cerita yg hmpir sama.. US CIA diyakini perancang besar merampas pesawat MH370. DGN segala peralatan komunikasi canggih US boleh rampas MH370 Ddari udara, rekacipta fake voice utk tipu DCA Subang konon pilot/co pilot yg ucap GOOD NIGHT. Isu teknologi mudah..

    Yg bodohnya ialah Hishamuddin dn krjn, bulat2 ikut telunjuk FBI Whit House. Pndai2 sahkan konon MH370 xmendarat di Diego Gracia, siapa sahkan? Hishamuddin dn panglima tentera gemok mulut muncung tu dh pegi siasat dh ke sendiri ke pulau tu? Klu belum jgnlah pndai2 jd talibarut USA CIA sah dgn yakin. Apa sbnrnya yg Malaysia sembuyikan? Dlu kita marah jg China ckp kita rahsia byk hal, skrg jelas krjn ada main belakang, ckp belit2. Fakta yg xsepatutnya sahkan bkn main berani disahkan, tp fakta yg sah spt diversion pesawat diputar belitkan, hari ke 7 baru sahkn? Apa ini?? Harap Sdr Mazidul siasat jg game apa krjn tgh main ni??

    BalasPadam
    Balasan
    1. PASDAPX kalau betul MH370 kena rampas oleh US bukan semua benda harus kerajaan bagitau rakyat, mungkin untuk menjaga keselamatan penumpang pesawat. yg mungkin tengah ketakutan dan kelaparan, kaum keluarga mereka dan keamanan didalam negara...itu lebih penting dari memuaskan hati kamu yg sedang selesa duduk dikerusi sambil makan popcorn....
      dalam kes ni sy rasa yg bodohnya ialah kamu, kerana percaya bulat2 tanpa mengambil kira faktor lain selain teori konpirasi MH370 ini. Pndai2 sahkan konon MH370 mendarat di Diego Gracia, siapa sahkan? adakah awak dan pakar2 teori konpirasi tu dh pegi siasat sendiri ke pulau tu? Klu belum jgnlah pndai2 sah dgn yakin.
      p.s maaf kerana gunakan ayat kamu ye...

      Padam
    2. En Alam dan semua, maafkan saya atas emosi berlebihan pada posting,
      Jauh dilubuk hati saya..saya sayangkan tanah air ini..Malaysia.. saya sayang pd MAS Airlines atas jasanya yg banyak pd keluarga saya. Saya terlalu runsing dan sedih dengan peristiwa ini..sebagai rakyat saya ingin rasai kesusahan ini.. lantaran saya jadi tidak percaya kepada kuasa asing seperti Amerika yang saya kaji mereka banyak merosakkan negara2 Islam di dunia ini dengan plot2 jahat dirancang.

      Kisah WTC 9/11 utk menghalalkan serangan2 di bumi Islam lain, Iraq di ratah. Saya juga lihat dlm negara pembangkang kita tak ubah seperti musuh diluar sana. Saya yakin Insya Allah krjn pemerintah skrg adalah yang terbaik, cuma diharapkan mereka lebih telus dalam menyampaikan fakta kepada umum.

      Setiap hari saya lihat PC oleh DS Hishamuddin.. sebagai rakyat yang boleh berfikir saya tidak rasa ini suatu kemalangan dan ia sgt jelas menunjukkan konspirasi besar. Data yag ada banyak menunjukkan ia menuju ke arah Maldives, Diago Garcia kawasan2 yg pencil di lautan Hindi.. sedangkan kita belum sahkan secara military bahawa betul2 pesawat MH370 tidak ke sana.

      Apapun saya tetap DOAKAN dengan Kuasa Allah SWT Yang Maha Esa digagalkan perancangan2 jahat jika ada ke atas MH370, selamatkan semua mereka kembali ke negara masing2.. krew dan penumpang.. Ameen!

      Padam
  2. Antara 4 faktor polis war warkan - rampasan pesawat, sabotaj, masalah psikologi penumpang serta anak kapal dan masalah peribadi mereka.
    1. 2 passport. Iran ( Pendirian Malaysia thadap Syiah), (Sabotaj, Rampasan)
    2. Penyokong Fanatik Anwar, (masalah peribadi pilot dan anak kapal ) 3. US - Diego Garcia tebusan, (rampasan, sabotaj)
    4. Crimea Russia 'War warning signal', (rampasan, sabotaj)
    5. Provokasi keruhkan Hubungan Malaysia China dalang US.( Rampasan, sabotaj)
    Antara teori terbaik ialah Datuk Nik Huzlan kerana ia fakta kekal kecanggihan Boeing 777. Kepakaran kapal terbang memerlukan pengajian pelbagai jurusan di Universiti. Ada kemungkinan ia dilakukan secara berkumpulan, Ia mgkn membabitkan 1 atau lebih negara yg bersekutu melakukan agenda terkutuk ni. Dr sejarah Malaysia negara yg tidak boleh dipercayai adalah Thailand dan mgkn Vietnam yg pd mulanya x mahu campur tangan. Malaysia menegaskan tidak sembunyikan sebarang maklumat MH370. Dan sekiranya kapal itu dirampas apakah tebusan nya. Mgkin?? US = Pengkalan baru di Asia Pasifik. Iran = Dasar Malaysia terhadap Syiah mgkn Najib step down atau Kedaulatan. Jika MH370 tenggelam spt yg dilihat di pantai timur dan Michael Mckay di Vietnam. Mungkin MH370 menjunam umpama penerjun profesional tanpa meninggalkan sebarang tanda. Satu lg kemusykilan sy dimanakah sistem sekuriti pertahanan Malaysia apabila kapal terbang yg tidak dikenal pasti berada di ruang udara Malaysia. Tentera mgesahkn terdapat pesawat tidak dikenali berada di ruang angkasa Malaysia. Mengapa tiada arahan terhadap pesawat pejuang kt utk memintas pesawat terbabit. Sy rasa sudah sampai masanya Air traffic control Malaysia diambil alih sepenuhnya oleh Angkatan Tentera Malaysia. Kerajaan juga patut serius meluluskan budget besar bg meningkatkan sistem pertahanan tanah air. Harap maaf ini hanya sekadar pendapat naif sy saja. Dimana teka teki MH370? Hanya Allah yg Maha Mengetahui.... Assalammualaikum..

    BalasPadam
  3. Dari hari pertama kes ini terjadi Krjn tk henti2 mntk org ramai jgn buat spekulasi..KONON mengguris hati keluarga dan ganggu siasatan... Pirahhhh.. Auta shj..skrg ni siapa yg timbulkn spekulasi?? Krjn sndri.. DCA dn Tentera jelas main wayang, rakyat berhak tahu hal sbnr tp knapa tenteta ckp bohong di hari pertama?

    Cuba fahami kronologi kes mh370 ini... Mmg mula ternampk krjn ada rahsia dn sembunyikan banyak perkara, putar belit fakta berubah2. Konon jgn guat spekulasi tp ahli politik PAKATAN HARAM main isu ini mcm2 kenapa krjn tak tangkap mereka??

    Negra semakin kucar kacir hasil dr lemahnya pemerintah. Skrg rakyat tertekan dgn mcm2 isu.. PM lemah, ISA dihapuskan.. Mcm2 bala menimpa.. Ya Allah dtgknlah pemimpin negara yg berwibawa, jgn biarkan negara ibi lemah dirosakkn oleh musuh2 dr dalam dn luar.. Ketemukanlah Ya Allah peswat MH370 dgn kadar segera..pd Mu Ya Allah hnya kami berserah. Gagalknlah perancangan jahat musuh2 negara ini..Ameen!

    BalasPadam
  4. tanggapan saya pun sama. maybe sekarang selamat. tapi lepas rundingan adakah 239 org tu akan bdiam diri? pasti akhirnya mati juga... hmm, sekarang perancangan untuk bgaimana pengakhiran tbaik. "Ya Allah, andai pengorbanan 239 orang yang antaranya tidak bersalah akan menyelamatkan dunia. Kami redha...Mungkin ini petanda akhir zaman semakin mengunjung... Terima Kasih pada mereka yang sanggup berkorban untuk membuka mata dunia umat islam..."

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.