Selasa, Mac 18, 2014

MUSTAHIL ANWAR TIDAK MENGENALI KAPTEN ZAHARIE KERANA ...


Saya memang jatuh cinta setiap kali melihat bayi comel terutama apabila dia tersenyum. Bayi bak kain putih, belum dicorakkan lagi dengan warna kehidupan.

Saya difahamkan, ibu bayi terbabit, MENANTU Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Maka bayi comel itu, CUCU mereka. 


Justeru tidak hairan jika Wan Azizah memangku cucu sambil diperhatikan oleh Nurul Izzah, bergambar bersama datuknya, Anwar. 

Pastinya bayi itu berasa selesa dimanjakan oleh ahli keluarga terdekat.



Lebih menarik, melalui laman sosial Instagram (di atas), ibu bayi itu mencatatkan, JURUTERBANG pesawat MAS MH370, kini masih hilang, adalah bapa saudaranya, Kapten Zaharie Ahmad Shah. Menurut wanita itu lagi, Zaharie gemar mengendalikan pesawat. Dia juga berharap, MH370 akan ditemui.


Semua photo di atas dipaparkan di sini untuk tontonan umum.


Agak pelik juga apabila Wan Azizah mendakwa Anwar TIDAK mengenali bapa saudara kepada menantu mereka.


Barangkali kerana Anwar terlalu sibuk berpolitik.

Dia juga mungkin terlupa, secara jelas MENGAKUI mengenali Zaharie semasa bercakap di sidang parlimen minggu lalu.


Rujuk waktu 0:34

"Saya hendak juga sentuh, untuk ringkaskan tentang tragedi MH370. Tentunya kita ingin membuat beberapa kenyataan mendoakan supaya selamat semuanya. Ada sebilangan yang saya kenal termasuk juruterbang ..." - Sedutan rakaman sidang parlimen.


Klik di sini.

Sebaik terbaca kenyataan Wan Azizah, mengatakan Anwar TIDAK mengenali Zaharie, secara spontan saya berasa hairan. Mengapakah dia berkata begitu? Apakah motif di sebalik kenyataan dihebahkan kepada media? 

Pihak polis hanya menyiasat Zaharie dan menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, tindakan itu, satu prosedur biasa. Pembantu juruterbang dan jurutera turut disiasat. Dalam kes ini, status mereka BUKAN pesalah. Tiada pihak melabel mereka sebagai perampas MH370.

Jika kelak ditakdirkan Zaharie selamat kembali ke tanah air bersama 239 penumpang MH370, dia mesti akan berkecil hati.

"Datin Seri dan Datuk Seri tidak kenal saya? Saya bapa saudara menantu Datin Seri dan Datuk Seri. Nama saya Zaharie"

Barangkali itulah antara ungkapan juruterbang berpengalaman terbabit.

26 ulasan:

  1. Assalam Saudara Mazidul dan semua...

    1) Lama-lama pecah tembelang...Anwar janji mcm-mcm kt big brother kononnya PR akan menang PRU lepas.

    2) janji mcm2 sbb nk biayai perbelanjaan pembangkang...trmasuk beli bbrpa tokoh utk join PR..tokoh UMNO, tokoh Jeneral Perang..mcm-mcm tokohla dia beli..itu belum kira belanja buat demo...belanja utk NGO2 utk join sekali projek guling kerajaan.

    3) Sekali BN pulak menang...makin gelabahla Anwar...punya bengang sampai fitnah pasal Bangla 40k undi BN...buatla fitnah blackout...last2 blackout 505 x dpt smbutan pun.

    4) Sebab tu lepas PRU smpi skrg kurg dia gi oversea ngadap big brother...sbbnya big brother dh tuntut tunai janji...takutla dia...nak tak nak Anwar kenala gadai sesuatu...itu jalan terakhir dia...do or die plan...jawabla ko Anwar kt pdg masyar nanti..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum. Saya fikir, sebagai seorang wartawan yang hebat tuan mesti dedahkan sikap sebenar dan penipuan-penipuan Wan Azizah kepada wartawan asing yang sedang berkumpul di negara kita untuk membuat liputan berkaitan MH370. Biarkan mereka mengetahui wanita berhati busuk ini sebenarnya hanya bersembunyi di sebalik tudungnya. Yang benar pasti mengalahkan yang batil.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biarkan mereka mengetahui wanita berhati busuk ini sebenarnya hanya bersembunyi di sebalik tudungnya.
      APABILA POLITIK KEBENCIAN MELEBIHI SEGALANYA. TAHNIAH AMAN TOYA !

      Padam
  3. Dah nyanyok kot nek wan ni...la ni xtau sapa yang kuat putaq....laki ka bini...or both

    BalasPadam
  4. Saya sendiri tak berapa kenal dengan saudara-mara saya yang saya jarang jumpa atau tak pernah jumpa walaupun saya ni tak lah sesibuk mana. Tapi bila Anuar sendiri dah mengaku dia kenal, tiba-tiba Wan Azizah kata tak kenal... memang meragukan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat setuju. Itu adalah perkara biasa/lumrah.

      Padam
    2. @MyLIBRARY..... awak setuju dengan semua kata saya ke atau bahagian ni je?

      "Saya sendiri tak berapa kenal dengan saudara-mara saya yang saya jarang jumpa atau tak pernah jumpa walaupun saya ni tak lah sesibuk mana."

      Sekadar untuk penjelasan kalau-kalau awak dan orang lain salah faham dengan komen saya... memang tak rapat/kenal saudara-mara yang kita jarang jumpa atau tak pernah jumpa itu lumrah TETAPI bila si suami kata dia kenal A, si isteri kata si suami tak kenal A... hal tersebut sememangnya mencurigakan. Itu maksud saya.

      Padam
  5. Pinjam Spender stopa ali tutup muka Woi... Hahaha

    BalasPadam
  6. tahniah saudara mazidul .. saya kering melihat info2 dan pengulasan yg berfakta membuat segelintir mereka sedar. Namun, sifat tidak dapat menerima kebenaran amat sukar diatasi buat penyokong fanatik. Teruskan usaha saudara dalam membongkar apa yang wajib diketahui umum tentang konspirasi keluarga ini. Kami bersama anda :)

    BalasPadam
  7. anda hebat™mazidul.teruskan bongkar.terima kasih.

    BalasPadam
  8. anak beranak ni tubuh parti "PUTAR KEPALA RAKYAT"(pkr)..sekian..

    BalasPadam
  9. Semakin mendebarkan! Fakta tetap fakta kita tak boleh nak sembunyi.

    Keluar tajuk sikit. Kat Kajang naik banner KEADILAN UNTUK ANWAR sempena pilihanraya DUN KAJANG nanti. Bukankah sesebuah PARTI bekerja untuk rakyat. Saya keliru.

    BalasPadam
  10. penipu betul anwar & kerabat..... his3...

    BalasPadam
  11. Saya tak berani nak komen ' melampau' .. lebih suka bersikap ' ada mata tengok ada telinga dengar ada mulut diam' .. saya bukan anti Anuar juga tidak menyokong .. tapi KAGUM dgn semangat juang, ketabahan dan kesetian dan kesabaran WAN AZIZA H dalam mengharungi hidup sbg isteri ANUAR.. Apkah dia atau dia dan suaminya ' bukan insan yang baik ' itu persoalan lain. Saya KAGUM sifat ' POSITIF' nya itu.

    BalasPadam
  12. Sedih melihat anak2 muda yang tegar menyokong, walaupun fakta demi fakta di pertengahkan......Ya Allah, bukakanlah hati mereka kepada jalan yang benar.......Amiin

    BalasPadam
  13. lama kelamaan..bangkai xleh d tutup..akan berbau juga...sabarlah...

    BalasPadam
  14. Jangan begaduh, kita semua akan mati. Apa salahnya kita doakan keselamatan, kesejahteraan dan kesihatan masing masing. Bersatulah wahai umat Islam sekelian.


    Nota:- B777-200ER bagi penerbangan MH370 didaftarkan dengan nombor 9M-MRO tahun 2002

    BalasPadam
  15. Tak faham kenapa Anwar n Azizah perlu menafikan yg mereka kenal dgn Kapten Zaharie, melainkan ada agenda yg tersembunyi.. Wallah'ualam.. Semoga Allah swt melindungi bumi Malaysia dan semua penumpang MH370..

    BalasPadam
  16. hai..najib pun terlupa pernah jumpa saiful. zahid pun terlupa pernah jumpa tok bomoh. kenapa tidak bsangka baik? oh ya, dia ketua pembangkang. choiii

    BalasPadam
  17. kena paham..xkenal secara peribadi..bukan tak kenal langsung..
    contoh macam saya..saya kenal mazidul ni..tapi tak kenal secara peribadi..
    kenal dia sebab 999..
    sepatutnya sebagai seorg wartawan yg femes boleh paham apa maksud "tak kenal secara peribadi"

    BalasPadam
  18. ramai org kata skrg ni akhir zaman. saya setuju sb skrg ni dh ramai org islam n yg cerdik pandai agama sokong si bapak putar alam@gaay tu...memang nak kiamat....sb tu yg pandai agama pn dh jd sekongkol dgn si penipu tu

    BalasPadam
  19. suka ni kalau tabloid britain baca kisah ni, mudah dunia sangka Islamic terrorist adalah kepten zaharie

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.