Sabtu, Mei 24, 2014

RAMAI ORANG ISLAM MALAYSIA MAKAN BABI

Berita 2 produk Cadbury disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM, mengandungi DNA babi, porcine, kini viral di laman sosial.

Klik di sini.

Berita sama dimuatkan di Buletin Utama TV3.

Tinjauan saya ke 7-Eleven, Giant dan EON Big awal malam tadi mendapati 2 produk terbabit, Dairy Milk Hazel Nut dan Dairy Milk Roast Almond telah ditarik dari rak Cadbury.

Berikut kenyataan rasmi dipaparkan di facebook Cadbury Dairy Milk :

'Kami di Cadbury ingin memberi maklum balas berkenaan dengan laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pagi ini.

Pihak kami telah dimaklumkan bahawa Cadbury Dairy Milk dengan kacang Hazel (nombor siri 200813M01H I2 yang tarikh luputnya adalah pada Nov 13, 2014) dan Cadbury Dairy Milk dengan Buah Badam (nombor siri 221013N01R I1 yang tarikh luputnya adalah pada Jan 15, 2015) telah diuji positif dengan kesan DNA khinzir. Pihak kami telah mengambil tindakan segera dengan menarik semula kesemua produk-produk yang terjejas daripada pasaran.

Produk-produk Cadbury yang lain adalah tidak terjejas dalam siri ujian yang telah dilakukan.

Pihak kami sedang menjalankan sisasatan rapi ke atas kesemua rangkaian bekalan kami bagi memastikan kualiti produk kami terus mematuhi kesemua piawaian yang telah ditetapkan. Pihak kami juga ingin menegaskan bahawa kesemua cokelat Cadbury Malaysia adalah dihasilkan di Malaysia dan dijamin Halal menerusi sijil JAKIM, dan ini termasuk sumber bekalan bahan-bahan mentah dan lokasi yang digunakan. Kami mengamalkan prosedur kawalan kualiti yang ketat dan memastikan produk kami mencapai standard tertinggi dalam keselamatan dan kualiti produk.

Kami ingin mengucapkan terima kasih ke atas sokongan yang diberikan kepada Cadbury'


Perhatikan, TIADA permohonan maaf dikemukakan oleh pihak pengurusan Cadbury Dairy Milk, dalam kenyataan di atas.

Melalui komen orang ramai di facebook Cadbury, sokongan itu diyakini semakin luntur di kalangan pengguna, rata-rata sebelum ini penggemar produk terbabit.



Pihak pengurusan Cadbury Dairy Milk harus menjelaskan kepada pengguna Islam : 

1. Bagaimanakah 2 produk terbabit mengandungi porcine?

2. Siapakah individu/pihak bertanggungjawab mencampurkan porcine itu ke dalam produk?

3. Sejak bilakah pengguna beragama Islam ditawarkan produk mengandungi porcine?

4. Bagaimanakah pengguna Islam berpeluang mengetahui, peralatan digunakan untuk mengeluarkan 2 produk haram itu tidak digunakan sewaktu memproses produk lain keluaran Cadbury?

5. Apalah tindakan Cadbury untuk menangani kes pengguna Islam selama ini ditipu?

6. Mengapakah Cadbury tidak memohon maaf daripada pengguna beragama Islam dalam kenyataan rasmi dicetak di facebook?

7. Apakah tujuan sebenar porcine dicampurkan ke dalam produk ditawarkan kepada pengguna beragama Islam.

Cadbury seharusnya tahu, terbabit dengan sentimen agama, bak mencelupkan tangan ke dalam kuali minyak mendidih.

Berita lebih menarik, KKM membuat pengumuman secara terbuka berhuung kes ini, pada jam 5.41 petang, 23 Mei lalu. 

Klik di sini.

Manakala, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM , hanya mengeluarkan kenyataan rasmi menarik kembali Sijil Pengesahan Halal 2 produk Cadbury itu pada kira-kira jam 6 petang tadi.

Klik di sini.

Perbezaan waktu, hampir 24 jam selepas KKM bertindak berani berkongsi maklumat tepat di laman facebook agensi itu.


Kelembapan JAKIM terbukti. Mungkin Ketua Pengarah JAKIM, Dato' Haji Othman Mustapha tertidur lena seketika.


Jika berlandaskan  kenyataan JAKIM ... 

"... pemeriksaan secara berkala terhadap syarikat pengeluar produk berkenaan telah dibuat dan pemeriksaan terakhir adalah pada 20 Februari 2014 dan didapati mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia"

Maksudnya, DNA babi telah dicampurkan ke dalam 2 produk Cadbury selepas tarikh itu.  


JAKIM usah lepas tangan.

Hemat saya, agensi itu wajib menjalankan siasatan terperinci terhadap produk disahkan mengandungi DNA babi itu dan menjelaskan fakta di sebalik kejadian kepada semua rakyat Malaysia beragama Islam.

... BUKAN sekadar menarik kembali sijil pengesahan halal produk itu.

Pengguna Islam, kini berstatus 'pemakan DNA babi', berasa ditipu telah mula bersuara. 

Mereka mendesak agar produk Cadbury Dairy Milk diboikot. 

Dalam hal ini, saya amat bersetuju.



Apapun, TAHNIAH kepada Ketua Pengarah KKM, Datuk Noor Hisham Abdullah dan kakitangan beliau. Jika pendedahan ini tidak dibuat, pasti lebih ramai orang Islam di negara ini berterusan makan DNA babi.

12 ulasan:

  1. 2 bulan delay baru nak announced kenapa tu??

    BalasPadam
  2. Jgn mgmt cadbury Malaysia kata mereka jahil akan hal haram ini.. Mereka di sini sejak puluhan tahun. Produk yg sama telah berada di pasaran lama dah. Patut disebar seluruh dunia. Boikot terus produk Cadbury. Pengguna produk halal satu dunia ni ramai.

    BalasPadam
  3. Mohon tuntutan maaf secara umum dan dibuat kenyataan media dari pihak pengeluar.Hal sedemikian harus dijadikan pengajaran kepada semua rakyat malaysia khusunya umat islam berkaitan halal / haram.Untuk pihak JAKIM adakah anda terlepas pandang atau LENA dibuai .........kepada JAKIM tolong periksa sekali lagi semua produk keluaran syarikat tersebut dan buat pemantauan secara menyeluruh dan tarik balik kesemua sijil halal yang dikeluarkan keatas pengeluar coklat tersebut.Bagi kami RAKYAT MALAYSIA BERUGAMA ISLAM AKAN MEMBOIKOT PRODUK ANDA DIPASARAN BERKUAT SERTA MERTA.

    BalasPadam
  4. jakim bukan tertido lena sahaja tapi bermimpi indah hehe... jakim oh jakim

    BalasPadam
  5. mmg babi la cadbury ni..bkn mencaci tapi realiti pun ada babi kat coklat dorank tu...xkan mereka x tau apa kandungan yg ada dlm produk mereka sebagai pembuat coklat yg terkenal...mereka menipu bulat2 rakyat malaysia...terutama orang islam...haramkan cadbury, tarik lesen mereka...korank x panas ka umat islam di malaysia skrang dipijak-pijak terang-terang..masih buta? nama saja negara islam,majoriti islam,pemimpinnya islam...apa guna? apa tindakan?

    BalasPadam
  6. Hahaha. orang melayu kalau bab babi memang perihatin. Mereka sanggup mengamuk kalau termakan benda harammmm nih. Tapi bila bab arak, judi, tak solat, tak menunaikan zakat dan sebagainya yang Islam suruh buat, depa buat poyo je.. Hahaha.. Aku tak ada masalah sebab aku tak makan coklat....

    BalasPadam
  7. Di manakah KPDNHEP, FOMCA, CAP, PERKASA dan NGO-NGO lain. Siapakah yang patut mengheret syarikat ni ke mahkamah?

    BalasPadam
  8. Ahmad

    Ternyata kelemahan pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang halal haram di Malaysia terutama JAKIM, Majlis Agama Islam dll. Tidak ada
    peruntukkan undang-undang yang tegas adalah puncanya.Sepatutnya kesalahan sebegini di kenakan tindakan tegas seperti denda maksimum RM500k atau jutaan RM disamping penarikan lesen perniagaan patut dilaksanakan. Ini bukan kali pertama berlaku tetapi dah berulang-ulang seolah mencabar undang-undang dan tindakan terancang menghina orang islam.

    BalasPadam
  9. JAKIM boleh tidur lena jika buat begini "Blacklist terus CADBURY untuk sijil halal & Maklumkan syarikat tersebut ditarik terus kelayakan sijil HALAL ke sumua media masa yang ada". Mungkin dengan cara ini, syarikat lain tidak berani mempermainkan Pengesahan HALAL.

    BalasPadam
  10. mana pejuang melayu yang nak bakar hq dap. gi lah bakar kilang cadbury plak ada berani ka

    BalasPadam
  11. vaksin BABi untuk p mekah awat tak kaycoh? sebab darurat? tak wajib p sana jika tiada vaksin halal lah, meLAYU tolol!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.