Isnin, Jun 09, 2008

Siapa Juara?

“Ini ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan, B. Sathianathan”

Kata Pengurus Jabatan Majalah TV3, Aziz Ismail memperkenalkan beliau kepada saya.

“Coach, you supporter pasukan mana?”

Soal saya kepada jurulatih berusia 50 tahun dan pernah mewakili pasukan kebangsaan selama 15 tahun itu.

“Italy. Team work bagus, spirit is high,” respon beliau sebelum ditemubual dalam MHI.

“Do you think that Italy can win?,” soal Aziz.

“Uh! That’s hard to tell,” kata Sathianathan.

“Kita di Malaysia, bola ok ke?,” tanya Aziz lagi.

“Nowadays, budak-budak kita ada good players tapi mak bapak tak bagi main, takut belajar terganggu. Ada juga boleh main but then keyakinan kurang,” komen beliau ringkas.

Bercerita mengenai bola sepak, teringat kepada anak sulung saya, Muhamad Afif Faiq, 10 tahun.

“Nanti pukul 2 ayah tolong kejut Afif, nak tengok Jerman lawan Poland,” katanya sebelum masuk tidur pada jam 11 malam, 8 Jun lalu.

Perlawanan bermula pada jam 2.45 pagi. Saya sibuk menulis, dia menonton TV dengan mata terbuka luas. Sewaktu pemain Jerman menjaringkan gol pertama dia melompat kegembiraan.

“Gol! Gol!,” jeritnya.

“Apa seronok sangat tengok bola tu?,” tanya saya.

“Best bila tengok gol,” responnya biarpun tahu dia terpaksa bangun pada jam 6 pagi untuk ke sekolah.

“Silap-silap kalah Jerman tu, upset,” saya mengusiknya.

“Kalau Jerman kalah, Afif makan sayur”

Saya tersenyum. Sukar mendengar dia mengeluarkan kenyataan itu sebab sejak kecil dia jarang makan sayur. Tidak sesuai dengan citarasa, alasannya.

“Ayah tengok, Jerman mesti menang 2-0,” dia yakin.

Sama seperti kenyataan Abu Bakar Atan dalam komen beliau sebelum permainan ditayangkan secara langsung di TV3. Ketika itu Afif masih tidur di biliknya.

Teringat saya kata-kata gurunya sewaktu menghadiri Hari Sukan di sekoah Afif.

“Afif ni walaupun badan dia besar, semangat dia tinggi. Suruh lari 200 meter dia lari tapi last sekali sampai. Tapi dia tak stop, dia terus lari sampai habis. Sesetengah budak half way dah quit”

Saya percaya Afif tidak akan menjadi pemain bola sepak sebagai cita-cita. Bagaimanapun saya berasa bangga kerana semangat tinggi dimilikinya. Saya tidak pernah menjangka dia menaruh minat dalam bola sepak. Dia tahu jadual perlawanan Euro 2008 dan pasukan bertanding.

“Ayah tak excited pun tengok Jerman jaringkan gol"

Dia ternyata kecewa melihat reaksi saya sewaktu pasukan negara pernah diperintah Adolf Hitler itu menjaringkan gol ke dua.

“Ayah memang tak minat bola. Tengok bola macam tengok orang makan nasi. Biasa, tak ada apa menarik,” menjawab soalannya pagi itu.

Jerman 2, Poland 0, keputusan pagi itu.

Di panel penerbitan program MHI saya bertemu pengarah studio, Shamsul Bahrain Ahmad, 39 tahun.

“Kau belilah jersi bola untuk dia, mesti dia suka punya,” kata seorang lagi peminat fanatik bola sepak itu.

“Nama dia Afif, kalau diterbalikkan jadi Fifa. Dia lahir masa musim kejohanan Piala Dunia. Muhamad dan Faiq tu mama dia tambah,” saya berkongsi sejarah kelahiran Afif.

“Italy ok ke Sul?,” tanya saya memang ‘buta’ bola.

“Ok what. Last year Italy masuk final lawan Perancis. Menang jaringan penalti. Masa tu Zidane tanduk orang. Macam drama game tu,” ulas Shamsul.

Saya mengangguk pura-pura ingat.

Terlintas di fikiran.

“Pasukan manalah bakal menjuarai Euro 2008?”

Ahad, Jun 08, 2008

Busuk

“Tempat tu memang tong sampah ke?”

Soal saya kepada pekerja kedai menjual buah-buahan di Jalan Cecawi 6/19, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

“Kita bayar, ada orang kutip,” kata lelaki itu, angkuh kedengarannya.

“Encik orang mana?”

“Saya Aceh,” jawabnya.

“Saya orang Malaysia”

“Saya rasa mesti ada syarat untuk sampah tu dikutip. Masukkan dalam plastik dulu dan kemudian baru buang ke?,” respon saya.

Pekerja itu mendiamkan diri.

“Minta tolong jangan buang macam tu sebab kotor dan busuk,” pinta saya.

Lelaki India duduk di atas motorsikal di kawasan berhampiran memerhatikan saya sejak dari awal kemudian datang mendekati saya.

“Kita orang pun sudah cakap banyak kali. Tapi ini orang banyak degil,” komplennya.

Kedai itu terletak berhampiran gerai menjual makanan menjadi tumpuan orang ramai.

Saya harap keadaan itu berubah.
Berubah dengan kadar segera .

Naik Jangan Tak Naik

Hari ini 8 Jun 2008, perkataan NAIK banyak kali saya lihat dalam akhbar tempatan

Antaranya ..

New York, Amerika Syarikat, harga minyak mencatat KENAIKAN tertinggi dalam sehari, AS$10.75 melonjakkan harga setong mencecah AS$138.54 atau RM450.25

Johor bahru, tambang bas sehala ke JB-KL NAIK sehingga RM60

Di Kota Bharu, Persatuan Bas Sekolah Kelantan akan MENAIKKAN tambang bas RM5

Di Johor Bahru, harga roti canai dan teh tarik NAIK antara 10 dan 20 sen

Kuala Lumpur, Persatuan Pemilik Lori Tipper dan Kuala Lumpur MENAIKKAN caj perkhidmatan 40%

Apa lagi NAIK?

Sila hantar komen anda.

Terima kasih.

Mayat Berikat

“Di mana?,” tanya saya kepada jurukamera, Nong.

“On the way ke Sungai Buloh, ada jumpa mayat,” balasnya pada jam 1.58 pagi 8 Jun.

Ketika itu perlawanan bola sepak Euro 2008 antara Switzerland dan Czech Republic di Basel baru sahaja berakhir dengan keputusan 0-1.

Saya tiba di lokasi kira-kira 15 minit kemudian. Mayat ditutup menggunakan kertas suratkhabar terbaring di tepi jalan di bawah jejantas Lebuhraya Utara-Selatan.

Dua pekerja Hospital Sungai Buloh berdiri di sebelah saya.
“Encik, ini jalan apa?”

“Jalan Hospital. Tu hospital, 200 meter dari sini,” jelas seorang daripada mereka.

“Padanlah ambulan lalu-lalang kat jalan ni,” bisik hati saya.

Ketika kertas suratkhabar diselak, saya rakamkan gambar. Mayat diikat di mulut, tangan dan kaki. Terdapat kesan darah kering pada hidung dan telinga mangsa, bibir bengkak akibat ikatan di antara dua bibir. Si mati memakai t-shirt berlengan panjang serta berseluar jeans.

Jurukamera NTV7, Maziah Seman atau dikenali dengan nama CJ turut sibuk mencari sudut sesuai merakamkan gambar mayat terbabit.

“Dah berapa lama dah awak ambil gambar?,” soal saya sebaik mayat ditutup semula.

“Dekat 4 bulan bang,” balasnya sambil mengukirkan senyuman manis.

Pada hemat saya, gadis bertudung berusia 19 tahun itu memiliki semangat kental. Tiada riak gentar di wajahnya. Saya percaya dia benar-benar minat dengan kerjaya diceburi. Kemahirannya banyak dipelajari daripada Nong, jurukamera 999 dan 360. ltu saya tahu.

“Bagus budak ni. Malam minggu, remaja lain mungkin sedang leka berhibur menonton bola sepak atau lena diulit mimpi di rumah, dia selamba ambil gambar orang mati,” terlintas di fikiran saya.

Di sebelah CJ berdiri wartawan suratkhabar Nanyang Siang Pau, Kite nama gelarannya. Dia masih muda.

“You tahu apa maksud ‘CJ’ in Cantonese?,” tanyanya kepada CJ.

“Apa?,” CJ ingin tahu.

“Perempuan senior,” jelas Kite.

“Perempuan tua ke?,” saya mencelah.

Kite mendongak melihat saya.

“Bukan! Perempuan berpengalaman. You tahu ‘sifu’ kan? Sifu lelaki berpengalaman. CJ perempuan berpengalaman,” terang Kite.

Saya dan CJ mengangguk faham biarpun agak terkeliru pada awalnya.

“You dari mana?,” Kite bertanya kepada saya.

CJ tersenyum. Saya balas soalan Kite dengan soalan.

“Berapa lama you sudah jadi wartawan?”

“2 tahun. You berapa lama?,” soalnya.

“Tambah lagi 12,” jawab saya.

“14 tahun ah?,” Kite kehairanan.

Saya tersenyum melihat wartawan muda itu. Benar, sudah hampir 14 tahun saya bertugas sebagai wartawan penyiaran. Sudah ratusan mayat saya lihat. Mayat di dalam semak, di dalam rumah, di dalam sungai dan di tepi jalan. Mayat tanpa kepala, tanpa tangan, tanpa kaki dan tanpa pakaian.

Saya percaya Kite akan menjadi wartawan hebat dan 'CJ'. Masa dan pengalaman faktor penentunya.

Dalam sidang akhbar di lokasi, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosli Hassan berasal dari Temerloh, Pahang berkongsi maklumat.

“Polis terima laporan pada jam 1.15 pagi tadi. Mangsa dipercayai berbangsa India berusia lingkungan 30 an, tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat. Mungkin dibunuh di tempat lain, kira-kira 5 jam sebelum mayatnya dicampakkan di sini. Sebab kematian masih disiasat. Terdapat kecederaan di bahagian tangan”

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, bunuh.

Saya tiba di rumah pada jam 3 pagi dan terus menulis di blog ini.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Selamat malam!

Sabtu, Jun 07, 2008

SIAPA DIA 'LOYAI'?


"Table semua penuh. Kalau awak nak main, join kita orang dulu. Nanti bila kami blah awak slow slow ajak kawan, mainlah kat table ni,” ketika itu sekumpulan remaja sudah lama menunggu di tepi meja pool.

“Nama saya Loyai,” katanya memperkenalkan diri.

“Saya Mazidul”

Daripada riak wajahnya, dia tidak mengenali saya ketika itu sudah 5 tahun berkhidmat di TV3.

Peristiwa itu berlaku 8 tahun lalu. 

Kami bertemu sewaktu saya secara berkebetulan berkunjung ke kelab American Pool di Sunway Mentari Business Park, Petaling Jaya, Selangor.

“Gua blah dulu,” dia menghulurkan tangan sewaktu beredar bersama 3 rakannya.

Sejak itu Loyai menjadi sahabat juga saudara. Dia orang pendiam tetapi punya keberanian. Itu saya pasti. Jika tidak masakan dia boleh menjadi 'Raja Rempit' 20 tahun lalu. Namun apabila usia meningkat dewasa, dia berubah angin. Minatnya menjurus ke arah kereta berkuasa turbo sebelum secara serius terbabit dalam drift.

Nama Loyai pernah dipinjam satu daripada karektor dalam filem drift pertama negara arahan Ahmad Idham, Impak Maksima. Malah kini nama sama masih digunakan dalam siri disiarkan di TV3.

Barangkali ramai pernah mendengar nama itu tetapi tidak mengenali orang sebenarnya.

“Kereta baru ke ni?,” tanya saya sewaktu bertemu Loyai di Kota Damansara.

Saya mempelawanya minum petang di Papa Kopitiam.

“Alah, kereta drift la. Toyota KE70, gua beli 10 ribu, modified tambah sport rims, cat two k, lebih kurang 4 ribu. Enjin Toyota AE86, 1.6 CC,” ujarnya kepada saya ‘buta’ mengenai kereta.

Dalam Impak Maksima, Loyai menjadi stuntman pemandu drift menggunakan keretanya sendiri, Nissan Cefiro biru 2.5 CC.

“Dah lama lu main drift eh?,” soal saya.

“Dalam 2 tahun. Filem tamil gua jadi stuntman, ‘Billa’ tu box-office di India dengarnya. Tapi pelakon dia pun superstar, Ajit Kumar,” Loyai memang gemar merendah diri.

“Kereta lu 2 buah untuk drift tu lepas ke inspection JPJ?,” soal saya.

“Lepas beb. Enjin semua dah endorsed,” balas Loyai.


“Lu nak jual ke Toyota KE70 ni?”

Pemenang tempat ke 3 Pertandingan Star Drift di Melaka Julai 2007 itu terdiam seketika sebelum menjawab.

“Di KL rasanya ada 6 buah saja. Tapi kalau ada orang nak tawarkan harga baik, boleh runding lah,” jawab Loyai.

Kepada pembaca berminat, boleh menghubungi Loyai di hanizam@macg.panasonic.com.my atau klik di sini.


Extra RM2!

“What did he tell you?,” saya bertanya kepada gadis dipercayai berasal dari Afrika sewaktu dia melangkah meninggalkan teksi ditahan.

“He’s not going to SS3,” komennya bermuka masam.

“According to the law he must take you where ever you want to go to,” ujar saya.

“Thank you. But he's not doing that,” ujarnya.

Kemudian saya lihat lelaki Cina menghampiri teksi lain dan bercakap dengan pemandunya. Kurang 15 saat kemudian dia menutup kuat pintu teksi dan duduk semula di kerusi tempat menunggu teksi di hadapan Stesyen LRT Taman Bahagia. Saya menghampirinya.

“Driver tadi cakap apa?”

“Dia cakap tak pergi SS3 sebab dekat sangat,” balasnya.

Teksi menjadi keperluan pengguna khususnya mereka tidak memiliki kenderaan sendiri atau enggan memandu jarak jauh.

Sharil Akmar Zazili, 34 tahun saya temui di lokasi sama pada jam 6.50 petang. Dia kelihatan murung sewaktu saya menyapa.

“Nak pergi mana?,” tanya saya.

“Seksyen 11 Kota Damansara bang,” jawabnya dengan beg sandang di bahu.

“Apa fasal tak naik teksi tadi?”

“Satu tu tak pergi sebab jalan jem katanya. Satu lagi mintak extra RM2 sebab dia nak ikut highway. Bukan masalahpun nak bayar extra RM2 tu. Tapi memang macam tu ke sepatutnya?,” soal ayah kepada seorang anak lelaki itu.

“Dari mana ni?”

“Saya dari Batu Pahat, Johor. Kerja sana tapi famili di Kota Damansara. 2 kali sebulan saya balik sini. Teksi ni memang pelik. Pernah sekali saya tahan teksi dari Puduraya, nak ke Federal Hotel. Masa tu pukul 9.30 malam. Pemandu tu nak charge saya RM20. Bila saya jalan kaki, tak sampai pun 5 minit rupanya. Cemas tak terkena,” jelas Sharil.

Saya kemudian menghubungi talian Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan, LPKP seperti tertera di bahagian belakang teksi, 1800 88 9600

“Terima kasih kerana memanggil talian aduan LPKP. Tekan satu untuk Bahasa Malaysia, tekan 2 untuk bahasa Inggeris,” lalu saya tekan satu.

“Waktu operasi kami daripada pukul 8 pagi hingga 5 petang. Sila tekan 1 untuk merakamkan aduan anda atau penggil semula pada waktu operasi kami,” sambung mesin bersuara wanita itu lagi.

Jam tangan menunjukkan pukul 6.50 petang. Saya hampiri teksi didakwa Sharil meminta ‘extra RM2’ itu.

“Encik, kalau nak pergi Kota Damansara, nak extra RM2 ke?,” soal saya kepada pemandu.

“Alamak!,” balasnya sambil menutup muka dengan tangan.

“Tak apa, relaks la. Saya cuma nak bertanya, bukan LPKP pun, JPJ pun tidak. Sebab saya dimaklumkan, kalau nak guna servis teksi pengguna tak perlu tanya hargapun sebab ada meter. Lepas tu kalau teksi stop kat sini, kena bawalah penumpang tu. Bukan ada tempat pergi, ada tempat tidak,” sambung saya.

"Ini masuk TV ke?," responnya.


"Tak payah masuk TV baru nak berlaku jujur," kata saya.

Pemandu itu terus diam dan memalingkan muka ke arah tingkap bahagian pemandu. Saya kemudian menutup pintu teksi. Bukan terlalu ingin mengganggu.

Jika anda berhadapan masalah berhubung sikap pemandu teksi, hubungilah LPKP. Saya percaya mereka akan mengambil tindakan tetapi pastikan anda mencatat nombor pendaftaran teksi terbabit.

“Jom balik, saya hantar. Saya pun tinggal kat Kota Damanara,” saya mempelawa Sharil.

Bacalah

Salam

Sedar tidak sedar, blog ini sudah menjadi bahan bacaan ramai lebih sebulan. Pelbagai komen dihantar, khususnya di kalangan khalayak ingin berkongsi ilmu secara mudah. Majoriti daripada komen saya terima terpancar daripada pemikiran cukup dewasa. Pada hemat saya, hasil tulisan Sdr Zakaria My ini, satu daripadanya.

Ini komen beliau ..

'Sdr Mazidul, isu pekerja asing ini nampaknya sering dipandang remeh oleh pihak berkuasa. Memang kita terlalu meraikan tetamu. Membiarkan mereka mencari rezeki di negara kita walaupun salah dari segi undang2. Bila dah lama, dah ramai, dah 'berkuasa' tentu sukar untuk menghantar pulang. Akhirnya, kita terpaksa akur. Hatta, pulau yang nyata milik kita pun akan terlepas. Ironinya, kita hanya berlembut dengan 'tetamu' kita. Tapi tegas dengan orang kita. Lihar sahaja di sektor binaan. Carilah orang tempatan, pasti sukar. Sdr Mazidul pun kalau nak repair rumah sendiri, siapa yang datang, walaupun kita deal dengan orang kita. Kita ada ratusan pusat latihan kemahiran. Kita keluarkan puluhan ribu setiap tahun. Tapi ke manakah mereka?Memang kalau seorang, nampak tiada masalah. Kalu dia hantar RM200 sebulan. Ah, tak mengapa. Dia datang tak kacau kita. Tapi kalau sudah 2.3 juta? Darab dengan RM200 sebulan, darab lagi 12 bulan. Tentu ianya mengacau ekonomi negara kita. Itu bilangan yang disahkan. Khabarnya yang tak sah sekali ganda lagi. Kita hilang billion setahun. Adakah orang kita malas? cerewet? Mungkin ia. Pada saya itu hanyalah persepsi yang diadakan bagi memberi peluang pada kontraktor tertentu terus-terusan mengambil pekerja asing. Byr gaji murah, longgokkan setempat 10-20 orang. Pastinya mereka tak dapat lakukan pada rakyat tempatan. Kita sebenarnya tiada polisi jelas. Tiada undang2 yang mewajibkan kontraktor mesti mengambil pekerja tempatan yang telah dilatih. Mereka bebas mengangkut orang luar. Ada pula yang diizinkan membawa orang luar dengan keuntungan berlipat ganda. Kesian belia kita. Akademik mungkin tak seberapa. Belajar kemahiran dengan harapan boleh mengubah kehidupan. Malangnya, sekadar mendapat sijil sahaja. Nak jadi kontraktor kelas F, ianya dibekukan. Nak bekerja tiada yang sudi. Akhirnya sijil kemana apa ke mana. jual burger dan air tebu juga akhirnya. Melihat pelbagai pembangunan yang ada pelbagai koridor yang mampu hanya menyapu koridor.

Sdr Mazidul, Maafkan saya. Saya sudah lawati puluhan pusat seluruh negara. Menyedihkan, itu sahaja yang dapat saya katakan. Lebih sedih, tiada yang bangun membela. Mungkin 360 mampu mengubah keadaan atau sekurang-kurangnya menyedarkan banyak pihak. Wallah huallam.

Ada kelapangan lawati http://www.enzek.blogspot.com/'